Kawan-kawan setia

Rabu, 30 September 2009

Aktivis kental PAS calon PRK BP

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Omar PAS di pilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober depan. Beliau akan bersaing dengan Tan Sri Isa Samad yang diumumkan sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri itu yang tradisinya milik Umno.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Zulkefly sebagai calon gagasan pembangkang untuk pilihanraya kecil itu di Bagan Pinang sebentar tadi . Ahli perniagaan berusia 45 tahun itu adalah anak tempatan berkelulusan Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan juga Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
“Saya akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat atas tema Bersama Kehendak Rakyat. Saya bertanding untuk membela rakyat di sini. Harapan saya ialah untuk membawa perubahan,” kata Zulkefli selepas diumumkan sebagai calon Pakatan.
Abdul Hadi berkata Zulkefly menerima sokongan penuh bukan sahaja daripada PAS tetapi juga rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
“Kita sebulat suara setuju untuk turun padang bagi memastikan kemenangan,” tambah beliau.
Kempen rasmi untuk merebut kerusi itu akan bermula selepas penamaan calon pada 3 Oktober.
Turut hadir bersama Abdul Hadi malam ini adalah Timbalan Presiden Keadilan syed Husin Ali, Naib Presiden Keadilan Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

(TVA)

Tiada ulasan: