Kawan-kawan setia

Isnin, 14 September 2009

Ambil alih tugas iblis

KAJANG - Hajat seorang wanita bagi membuat persiapan hari raya dengan membeli pakaian baru untuk sembilan anaknya punah apabila semua wang bantuan zakat yang diterimanya dikebas kaki pukau Indonesia di Jalan Abdul Aziz di sini 3 September lalu.

Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku semasa suri rumah berusia 41 tahun itu berjalan sendirian di sini selepas keluar dari pejabat zakat bagi menghantar beberapa dokumen.

"Sebaik keluar dari pejabat zakat, saya ternampak seorang kanak-kanak meminta derma untuk anak-anak yatim di situ.

"Saya kemudian telah pergi ke sebuah bank tidak jauh dari situ untuk mengeluarkan sedikit wang," katanya yang tinggal di Taman Kajang Utama di sini semalam.

Menurutnya, dia kemudian memberi derma RM10 kepada kanak-kanak itu sebelum beredar.

"Semasa berjalan saya didatangi seorang wanita dari belakang dan bercakap loghat Indonesia yang menyatakan dia dalam keadaan susah dan memerlukan wang," katanya.

Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu, jelas Hasnah, memakai tudung warna coklat, baju T biru dan jean biru gelap.

Katanya, dia menolak permintaan wanita itu dengan baik kerana memberitahu dia juga orang susah dan tidak cukup wang untuk membantu wanita itu. (Kosmo)

Tiada ulasan: