Kawan-kawan setia

Rabu, 16 September 2009

Antara malang, degil dan buruk sikap

Di Johor Bahru, Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.
Di Sik, Kedah, seorang remaja berusia 15 tahun putus pergelangan tangan kirinya apabila mercun bola yang dikutipnya meletup secara tiba-tiba di Kampung Teloi Tua, Sik. Berikutan kejadian itu, Mohd Luqman Abidin, pelajar tingkatan tiga, hilang sebelah tangan. Mangsa dengan berani dan egonya menyalakan mercun yang dibeli di sebuah kedai di kampung itu dan mencampakkannya tetapi mercun itu tidak meletup. Tanpa rasa gerun dan takut mangsa mengutip semula mercun itu yang kemudiannya meletup ketika berada di tangan kirinya. Di jalan raya pula OPS sikap merekodkan sebanyak 12 nyawa kehilangan. Kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya pada hari kedua Ops Sikap ke-20 semalam dengan sembilan daripadanya membabitkan pengguna motosikal. Menurut statistik yang dikeluarkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, sebanyak 1,182 kemalangan dicatatkan pada tempoh yang sama dan 13,168 saman dikeluarkan di seluruh negara.

Tiada ulasan: