Kawan-kawan setia

Jumaat, 4 September 2009

Biarkan Polis menjalankan kewajipan tanpa bias

Kerajaan Negeri Selangor wajar mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri yang setelah bertemu dengan kumpulan yang mengarak kepala lembu semalam. Walaupun pada dasarnya Kerajaan Negeri tidak membantah sebarang pertemuan yang melibatkan isu hak dan kebajikan rakyat dan pemimpin kerajaan, namun ianya menjadi kesangsian apabila seseorang pemimpin kerajaan terbabit bertemu dengan mereka yang sedang disiasat oleh polis. Dipercayai lebih 50 laporan polis telah dibuat oleh orang awam, pemimpin masyarakat setempat dan wakil rakyat menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan segera dan tanpa bias ke atas mereka yang terlibat dalam perarakan kepala lembu. Namun sangat dikesali bila Hishamuddin mengambil langkah bertemu dengan mereka yang masih dalam siasatan Polis ini, malah mempertahankan mereka habis-habisan atas tindakan mengarak lembu tersebut. Jelas sekali pertemuan Hishammuddin tempoh hari hanyalah untuk memberikan perlindungan politik kepada kumpulan ini dengan menyalahgunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri yang menguasai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Harapan masyarakat umum agar pihak polis menjalankan siasatan dengan saksama dan tanpa bias dijangka tidak dapat menjadi realiti kerana Menteri Dalam Negeri sendiri telah memberi kata-kata perlindungan kepada mereka yang membuat provokasi perkauman. Maka layaklah dalam PRU ke 13 UBN mesti di nyah dari menjadi kerajaan melalui peti undi. (ekstrak berita dari Selangor online)

Tiada ulasan: