Kawan-kawan setia

Sabtu, 12 September 2009

Bila iblis diikat, ada manusia ambil alih tugas iblis

Diva pop Malaysia Anita Sarawak dan suaminya Mahathir Abdullah diserang empat perompak bersenjatakan parang di Taman Melawati pada 6 petang semalam. Di dalam kejadian yang tidak disangka-sangka itu, Mahathir telah ditetak di belakang kepalanya dengan parang ketika cuba mempertahankan diri. Anita dan suaminya telah pergi ke rumah ibu tirinya, Datin Umi Kalthum untuk menjemputnya menghadiri satu majlis berbuka puasa. Ketika tiba di rumah Datiin Umi, mereka didatangi empat orang perompak yang menaiki dua buah motosikal. Perompak-perompak itu telah merampas dompet dan telefon bimbit pemandu mereka. Sejurus melihat kejadian itu, suami Anitar, Mahathir yang berbangsa Inggeris, menyuruh Anita duduk di dalam kereta dan mengunci pintu kereta demi keselamatannya sementara dia keluar untuk membantu pemandunya. Semasa Mahathir membantu sambil menjerit meminta tolong, perompak tersebut telah menetak bahagian belakang kepalanya. Mereka melarikan diri apabila melihat jiran-jiran meluru keluar dari rumah masing-masing untuk membantu. Mahathir dirawat di Prince Court Medical Centre, di Jalan Tun Razak. (ekstrak MStar Online)

1 ulasan:

CAHAYA KETUHANAN berkata...

salam,,,sy nk kamu berfikir knape asyik ada jahat jer?erm pikir dan renungkan kate sy ni ..?erm sebenarnya jahat dan baik itu saling tidak bercerai berai kerna ia dalam satu ikatan yang kukuh iaitu dalam ilmu allah,,jahat sebenarnya tiada,,yang ada hanya baik semata-mat,kerna allah itu baik,,,erm pikir dan renungkan kenaper jahat terus berlaku dari dulu sampai sekarang,,,,knepe?erm ni jawapan nya sesungguhnya baik dan jahat itu sendiri mampunyai ketetapan tersendiri dengan lenekap dan sempurna didalam peraturan allah didalam imlu allah semata-mata,,baik dan jahat itu sendiri telah menjalankan tugasnya didalam ilmu allah dengan sempurnanya,,,sekarang mudah saja....erm selami diri dengan allah allah allah dalam seluruh diri kita seluruhnya barula kiat akan melihat hikmah dan rahsia sesuatu kejadian yang lalu,sedang berlaku dan yang akan berlaku..?erm renungkanlah,,allah mengetaui atas seluruhnya,...allah allah allah,,,amin...wasalam