Kawan-kawan setia

Sabtu, 26 September 2009

F1Malaysia, Bajet Tahunan Dianggarkan RM308 Juta

Bernama Online -- Pasukan F1 1Malaysia akan mempunyai modal permulaan sebanyak RM168 juta manakala bajet tahunan pasukan dianggarkan pada RM308 juta.Pasukan itu dalam satu kenyataan berkata Proton Holdings Bhd akan memberi lesen jenama Lotusnya kepada Pasukan F1 1Malaysia (1MF1T).Lesen kerjasama itu akan termasuk pelbagai faedah bagi Lotus dan juga Proton membabitkan pindahan teknologi, hak pemasaran dan peluang pekerjaan, kedua-duanya dalam Pasukan F1 negara, di pusat teknikal kumpulan di Sepang dan pangkalan satelitnya di Norfolk, United Kingdom.MF1T merupakan projek yang dibiayai swasta dan dimiliki bersama oleh Tune Group, Kumpulan Naza dan Litespeed UK.Tune Group dimiliki bersama oleh Ketua Pasukan 1MF1T Datuk Seri Tony Fernandes dan Pengarah 1MF1T Datuk Kamarudin Meranun. Pengarah 1MF1T lain ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail daripada 1Malaysia F1 Sdn Bhd.Kerajaan tidak memegang sebarang ekuiti dalam projek tersebut, sama ada secara langsung atau tidak secara langsung, menerusi mana-mana syarikat berkaitan kerajaan.Pasukan itu akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi PETRONAS untuk membantu merealisasikan aspirasi mewujudkan kelas modal insan berintensifkan pengetahuan dan teknologi tinggi bagi negara.Composites Technology Research Malaysia (CTRM), pakar pengeluar bahan komposit utama, juga akan menjadi sebahagian daripada projek itu, kata pasukan tersebut.Perancangan sedang berjalan lancar untuk membangunkan pusat teknikal, penyelidikan dan pembangunan serta pembuatan Pasukan F1 1Malaysia di kawasan seluas lapan hektar di Litar Antarabangsa Sepang.Fernandes menyifatkan pasukan itu sebagai satu pencapaian luar biasa bagi semua rakyat Malaysia."Negara-negara lain berusaha keras membida peluang ini tetapi Malaysia menerusi usaha padu dan kekuatan dalam semangat sebenar 1Malaysia, berjaya meraihnya."Ini akan menjadi peluang terbaik bagi korporat Malaysia untuk berkongsi impian ini yang akhirnya menjadi satu kenyataan," katanya.Fernandes berkata projek itu akan membantu Malaysia menggerakkan rantaian nilai dengan memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi."Setelah terlibat dengan dunia Formula 1, kami amat teruja Malaysia memiliki pasukan Formula 1 sendiri dan faedah besar yang bakal diraih negara daripadanya," katanya.Fernandes juga berkata pasukan itu gembira dapat bekerjasama dengan Proton yang membolehkan kedua-duanya menumpukan kepada perniagaan terasnya dan dalam masa yang sama saling berkongsi faedah daripada kerjasama tersebut."Saya juga amat gembira bahawa hubungan kami dengan CTRM dan SIC, dengan UTM dan UTP semakin kukuh setiap hari. Ia satu penghormatan besar untuk bekerjasama dengan institusi yang memartabatkan semangat wawasan 1Malaysia Perdana Menteri," katanya.Fernandes berkata program itu diwujudkan terutamanya untuk mengukuhkan asas perindustrian Malaysia, memberi inspirasi kepada pelajar untuk menumpukan kepada pelbagai kemahiran, menaikkan imej negara sebagai destinasi pelancongan dan menyediakan kelebihan kompetitif bagi negara di persada dunia.Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata syarikat tersebut amat teruja dan menyokong inisiatif Malaysia itu."Menerusi perjanjian pelesenan antara Lotus dan pasukan itu, perkaitan jenama akan memberi faedah kepada Lotus dan juga Proton dan pastinya akan meningkatkan kesedaran jenama global," katanya.Begitu juga, Syed Zainal berkata Kumpulan Proton berharap dapat memanfaatkan peluang ini daripada aspek teknikal dan kejuruteraan."Pendedahan yang bakal diperoleh daripada perlumbaan Formula 1 tidak ternilai harganya, terutamanya apabila Lotus merupakan pengeluar kereta sport terkenal dan juga firma kejuruteraan yang dihormati," katanya.Pasukan itu akan menggabungkan krew pit dan teknikal Malaysia seramai 200 orang yang diuruskan oleh salah seorang daripada pengarah teknikal paling dihormati dalam dunia Formula 1, Mike Gascoyne.Pasukan itu telahpun mengupah pasukan pakar antarabangsa teras yang mempunyai rekod prestasi baik dalam pelbagai disiplin kejuruteraan, reka bentuk dan pembuatan.Ini bagi memastikan pasukan F1 1Malaysia memiliki standard antarabangsa, bersedia dan mampu bersaing dengan pasukan handalan dunia di pentas perlumbaan paling berprestij di dunia itu

Tiada ulasan: