Kawan-kawan setia

Sabtu, 19 September 2009

horey dunia dah aman...???

Gege-gegak, gegak gempita seluruh alam merayakan terbunuhnya apa yang dipanggil militan tersohor di Asia. Militan paling dikehendaki di Asia Tenggara, Noordin Mohammad Top, memang top, malah tip-top, diburu pihak berkuasa Indonesia selama sembilan tahun, dan akhirnya mati ditembak di pekan Solo, Jawa Tengah. Ketua Polis Republik Indonesia mengesahkan lelaki yang ditembak mati itu ialah Nordin berdasarkan contoh cap jari yang dihantar Polis Malaysia. Pengesahan mayat Nordin adalah bonus hari raya bagi pihak berkuasa Indonesia . Noordin, personaliti kelahiran Malaysia, didakwa menubuhkan sebuah kumpulan serpihan kepada kumpulan militan serantau, Jemaah Islamiah dan dianggap sebagai perancang utama serangan bom ke atas hotel Ritz-Carlton dan JW Marriott pada 17 Julai lalu, selain serangan di Bali dan Jakarta yang menyebabkan banyak kematian dan kemusnahan.
Sebenarnya kesungguhan pihak berkuasa Indonesia memburu Nordin kerana berada dalam tertekan sebelum menjelangnya lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini. Inilah hadiah paling bermakna buat penguasa Indonesia buat Obama. Maka akan dicanang seantero Asia bahawa Asia sudah aman kerana pengganas,militan yang bertanggung jawab membuat kerosakan sudah tiada lagi. Begitukah?...Dulu Bush memburu Saddam Hussin dan kuncunya, dijatuhi hukuman bunuh, maka gege-gegak seuruh dunia dicanang Iraq bakal menikmati kehidupan baru yang aman dan maju...apa yang berlaku hingga ke hari ini kemusnahan berulang-ulang bagai tak pernah habis. Begitu juga bila Taliban memerintah Afghan selepas Rusia dihalau, Amerika mula mengusik bahawa Afghan tak kan aman selagi diperintah oleh militan, maka diperang, diburu Taliban hingga jatuh sebuah kerajaan, dan dilantik boneka yang kononnya membawa keamanan di Afghan, apa sudah jadi?, pi-mai,pi mai tang tu juga. Rakyat tetap derita, yang untung Amerika dan zionis bersorak sorai dapat memusnahkan Iraq, Afghan, dapat membunuh dan menangkap individu yang dicop pengganas, militan. namun kemusnahan negara-negara Islam dan individu muslim tersebut tidak sampai kemana...cuma bahan Amerika bermain wayang.

1 ulasan:

IMCurtain berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com