Kawan-kawan setia

Isnin, 28 September 2009

Jangan layan ...biarkan dia menggila sendirian

Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub membidas tindakan Ibrahim Ali mencabar Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan. Menurutnya Ibrahim tidak mempunyai sebarang asas untuk membuat kenyataan sedemikian dan kenyataan berkenaan jelas memperlihatkan kecenderungannya untuk kembali kepada Umno.“Apa hak Ibrahim Ali? Dia dulu diberikan kerusi di Pasir Mas kemudian dia jadikan dirinya sebagai calon bebas dan mungkin kecenderungan kembali kepada Umno. Itu saya rasa Ibrahim Ali tidak ada asas untuk bercakap mengenai perkara itu,” katanya. Cabaran berkenaan dibuat susulan desakan Menteri Besar Kelantan itu supaya Ibrahim melepaskan jawatannya ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu. Pada pilihanraya umum 2008, Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas sebagai calon Bebas atas tiket Pas.Terbaru Ibrahim mengeluarkan 10 hujah mengapa Nik Aziz perlu mengosongkan jawatan yang disandangnya sejak 1990. Antaranya beliau menyifatkan Nik Aziz sebagai ‘barang lama’ kerana terlalu lama bergelar wakil rakyat dan Menteri Besar. Mengulas mengenai perkara ini Salahuddin berkata tidak ada isu untuk Nik Aziz mengundurkan diri apatah lagi melihat kepada prestasinya sehingga ke hari ini.“Sekarang beliau tidak ada masalah kesihatan dan persembahan dia baik, tidak ada isu untuk beliau mengundurkan diri pada tahap yang ada pada hari ini,” katanya. (Harakahdaily)

Kesimpulannya jangan layanlah mamai Ibrahim Ali, tak mengenang budi, tak reti bahasa macam basikal buruk yang dah tidak boleh "repair". Biarkan dia melalak seorang diri. Perasan dia boleh kembali kepada UMNO, mungkin juga perasan ditawarkan jawatan menteri sekali lagi oleh tok jib. Minta maaflah rasanya tok jib tak pandang sebelah mata. Lagikan Khairy Jamaludin menantu bekas PM pun dia tak pandang inikan pula Ibrahim Ali yang tak punya apa-apa, AP Psir Mas pun PAS bagi atas dasar kepercayaan supaya Ibrahim Ali boleh berubah sebelum hayatnya berakhir.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

berahim dah rasa pahit masin bila dia dah j - l - t madey punya sbgi syarat dia masuk semula dlm umno dulu