Kawan-kawan setia

Selasa, 1 September 2009

Kemalangan keretapi

Tujuh penumpang cedera apabila enam daripada sembilan gerabak Ekspres Sinaran Pagi dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura, tergelincir berhampiran Stesen Kereta Api Batu Anam, Segamat dekat sini, semalam. Menurut Pengurus Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Wilayah Selatan, Tariq Omar, tujuh penumpang itu mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Hospital Daerah Segamat. Ketika kejadian pada 11.50 pagi itu, keretapi tersebut membawa lebih daripada 250 penumpang. Kesemua penumpang kereta api itu telah dihantar ke destinasi masing-masing dengan bas yang disewa khas

Tiada ulasan: