Kawan-kawan setia

Khamis, 17 September 2009

Kerajaan Pakatan Rakyat mesra rakyat

Kosmo hari ini memaparkan keriangan para pemain skuad Liga Super Selangor yang tersenyum puas menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini setelah menerima duit raya RM15,000 setiap seorang atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini. Ganjaran tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada para pemain dan pegawai pasukan Selangor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di Shah Alam.
"Kerajaan negeri telah berbesar hati untuk memberikan ganjaran berjumlah RM456,000 di atas kejayaan pasukan Selangor menjuarai Liga Super musim ini. Saya harap para pemain semua terus bersemangat dan mula memberi fokus untuk Selangor menjuarai pula saingan Piala Maaysia musim ini," kata Tan Sri Khalid yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
"Syukur alhamdulillah, kami terima saja apa yang diberi ini. Ia umpama rezeki hari raya. Ia pasti akan melonjakkan semangat para pemain untuk beraksi cemerlang dalam Piala Malaysia," kata Amri yang akan berhari raya di Tanjung Karang. Sementara itu pemain paling veteran dalam skuad Selangor, Khairul Anuar Baharom memuji sikap profesional pengurusan pasukan Selangor kerana mengotakan janji. "Terima kasih, syukur sangat dengan ganjaran ini yang hadir tepat sebagai hadiah hari raya. Apabila pengurusan membalas usaha penat lelah kami dengan apa yang dijanjikan mereka, ia memberi lebih semangat kepada pemain untuk menjulang pula Piala Malaysia,"

Tiada ulasan: