Kawan-kawan setia

Selasa, 1 September 2009

Kumpulan pengapi perkauman di bidas

Tindakan sekumpulan kecil (lebih kurang 50 orang) mengarak kepala lembu di Shah Alam di bidas oleh semua rakyat dan pemimpin yang bencikan perkauman. Samada dari Pakatan Rakyat atau BN mereka senada mengutuk tindakan perkauman dan menghiris kepercayaan agama orang lain. bebrapa hari lalu Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz dengan jelas menyatakan kekesalan beliau dengan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan kepala lembu sebagai membantah cadangan penempatan semula kuil Hindu di Seksyen 21 Shah Alam. Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata tindakan keterlaluan yang telah menimbulkan rasa kurang senang kaum dan agama yang lain tidak seharusnya timbul, kerana setiap masalah yang wujud boleh diselesaikan melalui rundingan. Mengulas lanjut tindakan kumpulan 50 yang meletakkan kepala lembu di hadapan pintu masuk bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah pemindahan kuil, Mukhriz berharap mereka lebih rasional dan memikirkan akibat perbuatan tersebut terhadap kaum lain sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Harakahdaily juga melaporkan kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan. Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum."Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain," ujar Adun Demit tersebut.

Image

Tiada ulasan: