Kawan-kawan setia

Selasa, 15 September 2009

Mana satu betul daaa

Awang Adek kata "pendapatan dari minyak itu lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan berkenaan tidak hanya tertumpu kepada Kelantan sahaja". Maksudnya di luar Kelantan sanoon masih banyak lagi negeri yang lebih miskin yang perlu dibangunkan. Ini yang tak faham ni, dulu kata Kelantan miskin, ketinggalan jauh berbanding negeri-negeri lain dalam Malaysia, jadi perlu diambil aleh dari pemerintahan PAS supaya dapat membangunkan Kelantan. Hari ini pula cakap tuntutan Kelantan RM1B itu lebih utama diberikan kepada kerajaan pusat supaya dapat membangunkan negeri-negeri lain sama. Pening nak fikir ni, mana satu yang betul. Awang Adek berkata demikian sebagai mengulas tuntutan kerajaan kelantan berkenaan royalti minyak sebanyak RM1 bilion. Beliau berkata permohonan itu setakat ini masih dalam peringkat kajian sebelum apa-apa keputusan mengenainya. Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lalu apabila kerajaan negeri membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang tertunggak sejak 2004.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

cakap ala-ala samy