Kawan-kawan setia

Khamis, 17 September 2009

Melayu belum tentu Islam

Islam adalah hak semua bangsa. Melayu adalah bangsa seperti juga Cina, India, Inggeris, Arab dan sebagainya. Melayu belum tentu Islam walaupun perlembagaan menukilkan orang Melayu ialah sesorang yang beragama Islam namun hakikatnya berapa ramai orang Melayu lari dari anutan asalnya kerana bermacam sebab. Azlina lari dari anutan asalnya kerana cintanya, begitu juga Hartina, malah ramai lagi. Dalam media semalam seorang hamba Allah yang mabuk publisiti ,didakwa mengaku dilantik menjadi rasul. Sedangkan jelas Muhammad bin Abdullah dari bangsa Arab yang lahir hampir 1500 tahun dahulu adalah nabi dan rasul terakhir yang di utuskan oleh Allah kepada semua manusia termasuk juga Melayu. lelaki yang mengakui dirinya rasul Melayu ini Abd. Kahar Ahmad telah menyembunyikan diri daripada tangkapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, namun akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang.
Mengikut ceritanya Abd. Kahar cuba melarikan diri ketika ditahan tetapi kemudiannya menyerah diri mungkin tak daya nak berlari lagi dan akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 7 Oktober ini di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor pada 17 Ogos 2005.
Antara kesalahan dan akidahnya:
> mengakui dirinya rasul atau utusan Allah dan mendakwa rasul sentiasa ada di bumi untuk menyampaikan ilmu Allah.
> sembahyang lima waktu tidak wajib dan padanya sembahyang itu memadai dengan hanya membuat kebaikan dan menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar.

Tiada ulasan: