Kawan-kawan setia

Jumaat, 4 September 2009

Memang panas

Bernama melaporkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin menawarkan diri menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kemelut politik di Terengganu yang sudah berlarutan sejak pilihan raya umum ke-12 lalu. Beliau dilaporkan sedia bersemuka dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terbabit kerana berpendapat kemelut itu lebih kepada masalah peribadi. Sejak beberapa bulan lalu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, DS Hishammuddin dan timbalannya Ahmad Said yang juga MB terengganu, telah melakukan pelbagai inisiatif bagi memperbaiki keadaan tersebut. Dengan pengakuan UMNO ini memang sahlah UMNO Terengganu mengidap masaalah yang kronik yang tak mampu diubati. Jadi eloklah individu terbabit berpindah kapal ke Pakatan Rakyat. Selama ini kita masih merasakan berita perpecahan UMNO Terengganu hanya berita angin penyedap bicara atau rumors semata-mata. Kini pekung tersebut telah terbuka luas untuk dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO Terengganu sememangnya menghadapi suasana sukar yang tak boleh diubati lagi.

Tiada ulasan: