Kawan-kawan setia

Ahad, 13 September 2009

Menghitung hari

Hari semakin dekat dengan saat memulakan perjalanan ke kampong. Semua yang akan terlibat dalam sesi balik kampong sedang berdebar-debar menjangka hari apakah paling tepat, paling sesuai untuk balik kampong. Ada pak nujum kata hari khamis sebab sekolah masih belum bercuti. Ada nujum lain kata Jumaat pagi, lebih kurang 3 pagi sebab kalau jam 4 ke atas ramai akan keluar selepas bersahur. Cuma sepakat jumhur menasihatkan jangan balik hari Sabtu kerana akan berlaku kesesakan yang amat dahsyat... wallauA'lam, yang penting balik menemui ibu dan ayah, ingin memeluk ibu dan ayah kerana merekalah pemegang kunci syurga selepas Allah dan Rasul. Tanpa redha mereka ibadat banyak mana pun Allah tidak terima..

Tiada ulasan: