Kawan-kawan setia

Selasa, 15 September 2009

Mesra Teksi




Pada 5 September 2009 yang lalu bersamaan 15 Ramadhan 1430H, Adun Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar menggunakan waktu berharganya ‘menyerbu’ beberapa tempat di Bangi yang menjadi pusat hentian teksi seperti di Hentian komuter UKM, Hentian Kajang, Pusat Beli-belah Warta dan di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Kehadiran beliau yang diiringi juru gambar, pemberita serta beberapa orang ahli dari Lajnah Kebajikan PAS Serdang telah mengejutkan para pemandu teksi kerana menjangkakan rombongan ADUN sedang membuat operasi. Mereka kembali lega dan tersenyum kembali bila di saa Dr. Shafie dan menerangkan tujuan kunjungan tersebut. Dalam sesi kunjungan mesra teksi ini YB Dr. Shafie menggucapkan terima kasih kepada pemandu teksi yang gigih bekerja di bulan Ramadhan dan bertanyakan permasalahan yang dihadapi oleh golongan pemadu teksi di Bangi. Perkhabaran gembira disampaikan mengenai persetujuan pihak MPKj untuk membina sebuah hentian teksi di Seksyen 16 sebagaimana yang dituntut oleh Persatuan Pemandu Teksi di Bangi. Mungkin kunjugan mesra teksi dapat dipeluaskan kepada sasaran yang lain yang dikira terpinggir dari kesan pembharuan yang dibwa oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Kewujudan gerai-gerai haram di sekitar DUN Bangi yang disebabkan pembrhentian kerja oleh majikan juga perlu diberi pehatian. Pada penduduk merasakan kegiatan meletakkan gerai ditepi-tepi jalan merosakkan pemandangan dan imej Bandar baru bangi, tetapi bagi tuanpunya gerai ianya penting untuk survival, tempat mencari rezqi menyara keluarga. Jadi sudah sampai masanya pihak DUN Bangi dengan pendekatan mesra ini memperluaskan pula kepada mesra gerai. Lawat dan tinjau permasaalahan mereka dan cadangkan alternatif jika perlu.

Tiada ulasan: