Kawan-kawan setia

Sabtu, 5 September 2009

Pemimpin PAS Memenuhi tanggung-jawab Muslim

Walaupun berlainan bawaan fahaman kepartian, para pemimpin PAS Negeri Sembilan bersama AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa telah menunaikan tanggngjawab sebagai Muslim, memberikan penghormatan terakhir kepada Mantan Adun Bagan Pinang, Allahyarham Azman Mohd Nor yang meninggal dunia petang semalam. Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohd Omar bersama YDP PAS Teluk Kemang, Ramli Ismail dan Datuk Husam Musa mengiringi jenazah Allahyarham hingga ke tanah perkuburan malam tadi. Selain dari Mantan MB Tan Sri Isa dan MB Datuk Mohamad Hassan, tiada kelihatan seorang pun tokoh Umno dari Pusat. Ekoran kematian Azman, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil di kawasan itu dalam masa 60 hari. Dalam pilihan raya umum 2008, Allahyarham Azman mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Dari lapan peti undi, PAS menang tiga iaitu di kawasan majoriti India. Faktor penentu di kawasan ini adalah undi pos yang mempunyai pengundi seramai lebih 5,000 orang. Nampaknya sesuatu yang paling ditakuti UBN tiba juga. Yang akan menggusarkan UBN ialah Pakatan Rakyat sudah memang bertapak di sini dimana 3 dari 5 DUN di bawah Parlimen Teluk Kemang ini sudah berada di tangan Pakatan Rakyat termasuk parlimennya sekali. InsyaAllah dengan kerja kuat dan sokongan rakyat PAS dapat merampas DUN Bagan Pinang ini dari UBN.

Tiada ulasan: