Kawan-kawan setia

Rabu, 16 September 2009

Percayalah..jamin tiada hantu di Bagan Pinang

Bab pertama bertempat di Putrajaya semalam SPR memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pertambahan undi sesuka hati atau undi hantu dalam 5000 undi pos pada PRK DUN Bagan Pinang nanti. Jaminan telah diberikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz memandangkan proses undi pos dijalankan dengan kawalan ketat dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jaminan termasuk peti undi pos itu akan dipateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding. Bab kedua parti-parti bertanding bolehkah atau dibenarkan kah mengunjungi kem-kem tentera yang menjadi pengundi pos tersebut?. Atau hanya Menteri Pertahanan sahaja dibenarkan berkempen di dalam kem atas alasan memberi sumbangan kepada anggota tentera?. tungguuuu

1 ulasan:

Alias Mohd Yusof berkata...

Senjata ampuh UMNO di Bagan Pinang, paparkan PAS sebagai ekstrimis
Dengan hampir 40% pengundi di Bagan Pinang adalah terdiri dari bukan Melayu, adalah amat sukar untuk PAS menang dalam PRK Bagan Pinang nanti.
Bertambah sukar lagi kerana di sana terdapat 4600 pengundi pos yang kebiasaannya trend undi pos akan berpihak kepada UMNO. Sudah tentu majoriti pengundi pos ini adalah juga orang Melayu. Oleh itu berapa peratus sajalah lagi orang Melayu yang tinggal yang akan mengundi PAS setelah ditolak pengundi pos ini.
Oleh itu di Bagan Pinang, PAS sangat bergantung kuat kepada undi dari orang bukan Melayu bagi memenangkan calon mereka.
Di PRK Manek Urai terdapat lebih 95% pengundi Melayu Islam, namun PAS masih terkial-kial untuk menang, apatah lagi kalau di Bagan Pinang ini yang jumlah orang bukan Melayu hampir 40% dari bilangan pengundi.
Nampaknya UMNO berada dalam keadaan yang begitu selesa sekali, UMNO tak perlu berhempas pulas untuk menang di Bagan Pinang.
UMNO tak perlu belanja besar untuk mengadakan projek ‘mee segera’ di Bagan Pinang. Apa yang perlu UMNO lakukan hanyalah cukup dengan menggunakan media perdana sebaik mungkin untuk menjauhkan orang bukan Melayu dari PAS.
Melalui media perdana UMNO akan mengambil peluang untuk melakukan perang saraf dengan menggambarkan PAS sebuah parti politik Islam yang ekstrim. Hukum Hudud dan Negara Islam ala PAS sudah tentu akan dimainkan semula oleh UMNO menjelang pilihanraya ini.
Kalau kita menggunakan strategi yang bijak, adalah tidak sesuai untuk pihak PR menurunkan calon PAS bagi mewakili mereka dalam PRK di Bagan Pinang ini. Calon yang mungkin lebih sesuai ialah dari parti PKR.
Parti PKR adalah parti yang sederhana yang boleh diterima oleh orang bukan Melayu dengan baik berbanding parti PAS. Peluang untuk PR menang di Bagan Pinang lebih cerah jika membenarkan calon dari parti PKR bagi mewakili PR bertanding di situ.
Tetapi apalah yang PR boleh buat, sudah tentu parti komponen dalam PR tidak mahu menyinggung perasaan parti PAS untuk mengusulkan cadangan ini.
Tentulah parti PKR tidak berasa selesa dan tidak manis kalau mereka meminta kepada PAS supaya calon PR yang bertanding di Bagan Pinang untuk kali ini diberikan kepada parti PKR. Semuanya ini terpulang kepada budibicara parti PAS sendiri.

Parti PAS tidak harus melihat kepada keuntungan jangka pendek sahaja dengan terus berkeras untuk mengekalkan calon mereka bertanding di Bagan Pinang. PAS patut melihat kepada keuntungan jangka panjang, keuntungan kepada PR secara keseluruhannya.
Bagi PAS kemenangan mungkin tidak begitu penting, bagi mereka perjuangan itulah yang lebih penting. Tetapi kita kena ingat juga, kalau kita hendak berjuang, strategi pun mesti ada juga.
Kalau PAS betul-betul hendak melihat PR menang dalam PRK Bagan Pinang ini, tentulah parti PAS tidak menolak untuk memberi peluang kepada parti yang lain dalam PR untuk mewakili kawasan itu.
Semasa berlaku tsunami politik pada pilihanraya 2008, PAS tidak dapat memenangi kawasan Bagan Pinang, apa lagilah bila keadaan gelombang tsunami politik yang semakin reda sekarang ini. Parti PAS kenalah mengambil kira perkara ini, ia boleh dijadikan alasan kuat kenapa PAS harus memberi peluang kepada parti komponen yang lain dalam PR untuk bertanding di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Kita begitu yakin, PAS sukar untuk memenangi PRK Bagan Pinang ini. Kekalahan PAS di Bagan Pinang bukan sahaja akan melemahkan moral parti PAS tetapi juga ia turut memberi kesan yang negatif kepada persepsi orang ramai kepada PR itu sendiri.
PRK Bagan Pinang adalah pilihanraya sangat penting bagi menentukan nasib masa depan BN dan PR, sehingga kepentingan parti bukanlah lagi menjadi suatu keutamaan dalam PRK Bagan Pinang ini.