Kawan-kawan setia

Rabu, 23 September 2009

Sembang-sembang Bagan Pinang

Semasa berada di kampong Kuala Pilah, menyambut Idulfitri, cuban-cuba pasang telinga mencari sembang politik dari orang-orang kampong, kalau-kalau ada tajuk Bagan Pinang. Susah nak dengar, tak ada...mungkin Bagan Pinang tidak hangat dihati orang kampong di NS ini atau orang kampong sudah jemu bicara politik dek kekalahan berterusan UBN dimana sahaja dalam PRK selepas PRU ke 12. Dek nak dengar juga apa diaorang kata terpaksa jolok sikit bagi "jump start". Rupanya mereka dah yakin benar, UBN akan menang tetapi menyampah gila dengan kelakuan TS Isa yang menonjolkan diri kalau-kalau dipilih sebagai calon. Antara dialognya "Apa punya orang, dulu dah jadi MB beberapa tahun, lepas tu jadi menteri penuh, lepas tu terlibat rasuah sehingga digantung, tup-tup nak ambil calon ADUN, ni apa cerita kalau bukan gila, gila kuasa, gila nama, gila ....."

2 ulasan:

al-brangi berkata...

gilo-gilo pun, pangkah jugaaak

Mohd Yusof berkata...

Bagi saya PAS sekarang dah jadi parti BACUL, ikut saja telunjuk PKR dan DAP. Di mana prinsip asas PAS sekarang?