Kawan-kawan setia

Selasa, 29 September 2009

Seperti yang dijangka

Seperti yang dijangka UBN akan memulakan kempen PRK berlandaskan kapasiti sebagai kerajaan bukan sebagai parti politik. Langkah pertama majlis pecah tanah Sekolah Kebangsaan Intan Perdana, di Taman Intan Perdana dekat sini. Kehadiran Isa ke majlis tersebut membayangkan ’sokong menyokong’ diantara satu sama lain, antara Isa dan Muhyidin. Agenda diteruskan lagi dengan majlis Port Dickson diisytihar sebagai Bandar Tentera Darat. Majlis ini disempurnakan sendiri oleh PM Najib Tun Razak. Seterusnya diikuti pula oleh tawaran melaksanakan beberapa projek untuk memberi makna dan pengertian kepada penisytiharan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat. Turut hadir bagi menguatkan strategi kempen ialah Menteri Pertahanan Zahid Hamidi. Seterusnya lagi diadakan hari terbuka dengan diisi oleh penyanyi-penyanyi popular antaranya Jamal Abdillah. Itulah dia, parti pembangkang tidak boleh berkempen dalam kem tentera, parti kerajaan menggunakan kapasiti menteri Pertahanan, PM, TPM dengan hamparan permaidani merah berkempen semaunya dengan sokongan oleh berbagai jentera kerajaan. Ini dia rupa paras demokrasi ala Malaysia. nak buat macam mana terpaksa juga harungi. Semoga di suatu masa terdekat rakyat akan faham mengapa mereka perlu menjatuhkan BN dan menaikkan parti yang telus dan amanah.

Tiada ulasan: