Kawan-kawan setia

Khamis, 24 September 2009

Sketsa Malaysia - Ini betul-betul bukan cobaan

Mau ikan?, nah ambil yang ni, yang pecah perut, mata merah ni, percuma, bukan percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., kaalau nak yang fresh, cantik molek, mata biru, bayar tambahan la..

Mau daging?, nah ambil yang 2 minggu lepas ini, percuma, walaupun dah busuk tetapi masih selamat dimakan, bukan percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., kalau nak yang fresh ini bayarlah tambahan la..

Mau jalan raya?, nah lalu ikut sini, jalan yang pecah-pecah ni, yang berlobang-lobang ni, percuma, buka percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., kalau mahu yang laju berdesup, tiada trafik jem, bayar la, tak banyak pun kalau ke JB dari KL baru RM60..

Mau rawatan hospital?, nah datang ke sini, Q lah dalam 5 ke 6 jam, jururawatnya memang terlatih memaki hamun pesakit, jangan takut, hati baik, yang ni, percuma atau bayar RM1 je, bukan percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., ha kalau nak yang special, tak perlu Q lama, jururawatnya ramah mesra, doktornya ramai, specialist lagi, bayarlah..tak banyak, sekali rawatan dalam 5ribu ke 6 ribu RM ke, bergantung jenis rawatan dan penyakit.

1 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

Wah, tajamkau punya tamsil!