Kawan-kawan setia

Sabtu, 5 September 2009

Tak masuk akal: Lebih teruk dari haiwan

Bila tiada agama, manusia akan menjadi lebih teruk dari haiwan, demikian yang terdapat catatan dalam AlQuraan. Memang benar, bila tiada agama manusia menjadi tidak berakhlaq dan akan melakukan apa saja yang terfikir oleh nafsu mereka atas alasan hak asasi manusia. Di Sepanyol, penduduk tempatan dan pemimpin perniagaan Sepanyol menyuarakan kekecewaan berhubung imej bandar raya mereka apabila sekumpulan pelacur melakukan hubungan seks pantas dengan pelanggan di tepi-tepi jalan. Mereka yang kegiatan tersebut sebahagian besar pelakunya pelancong asing, dengan melondehkan seluar dan terus melakukan seks dengan pelacur di tepi jalan di sekitar mercu tanda popular seperti di pasar bersejarah La Boquera. Kebanyakan pelacur yang terlibat ialah penagih dadah berketurunan Afrika dan mereka menawarkan perkhidmatan pantas itu hanya untuk mendapatkan beberapa wang tunai Euro. Kegiatan kebinatangan mereka melakukan adegan seks sedemikian ada yang dirakamkan oleh penduduk sebagai menunjukkan bukti kebenaran aduan penduduk setempat. Peniaga disekitar tempat tersebut berkata, mereka terpaksa membersihkan banyak kondom yang dibuang di depan kedainya. Kegiatan tak bermoral ini amat memalukan mereka dimana pelacur-pelacur tersebut melakukan kegiatan mereka dengan begitu mudah dan tiada tindakan dari pihak berkuasa.

Tiada ulasan: