Kawan-kawan setia

Selasa, 1 September 2009

Tragedi 1 September

Mulai hari ini 1 September 2009, petrol baru RON 95 yang diperkenalkan bagi menggantikan petrol RON92 akan dijual pada harga RM1.80 seliter manakala petrol RON97 pula pada RM2.05 seliter. Perkara ini diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media semalam. Inilah hadiah hari kebangsaan ke 52 untuk rakyat Malaysia. Harga barang bertambah naik itu rakyat tanggunglah. Sendiri pilih kerajaan sendiri rasalah penangan dari pilihan sendiri. Untuk menurunkan semula tak ada cara lain lantik kerajaan baru. bila?, kena tunggulah dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan tersilap pilih lagi. Tak guna cakap, tak guna laungkan hari-hari, merata-rata rakyat didahulukan, sedangkan realitinya rakyat makin derita. harga barang dewasa ini makin mencekik rakyat, bukan sahaja pembeli malah penjual. Bila kos modal meningkat penjual mahu tidak mahu terpaksa menaikkan harga barang. Kalau tidak ada untung tak guna berniaga. Jadi selagi kos utama peniaga meningkat terutama petrol dan disel, maka peniaga terpaksa naikkan harga barang bagi mengelakkan perniagaan gulung tikar. mangsa seterusnya,...pengguna. Siapa pengguna?, rakyat terbanyak

Tiada ulasan: