Kawan-kawan setia

Sabtu, 5 September 2009

UMNO cuba mencari talian hayat dalam isu kuil

UMNO sudah dikenalpasti nazak, rakyat 1Malaysia sudah menolak kewujudan UMNO ini melalui mesej pilihanraya. Sekarang UMNO berhempas-pulas mencari talian hayat. Isu kuil telah dirasakan boleh dijadikan talian hayat. Jadi UMNO cuba menjadi jaguh menentang pembinaan kuil dan mengutuk sekeras-kerasnya para pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat samada PKR atau PAS. Kata-kata penghinaan jelas dipaparkan dalam banner-banner yang dibawa semasa perarakan demonstrasi yang dibiarkan berleluasa oleh pihak keselamatan kerana ianya diadakan oleh UMNO. Ini juga satu hal, kalau Pakatan Rakyat buat demonstrasi, 1Malaysia diadakan sekatan jalan raya, bahkan belum buka banner dah tangkap, SB dimana-mana, namun bila UMNO yang buat demonstrasi dibiarkan begitu sahaja hingga menjadi keresahan kepada para penduduk setempat. Sikap Double standard yang sangat jelas diamalkan oleh pihak keselamatan.

Tiada ulasan: