Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Oktober 2009

Alhamdulillah YB Dr Lo'lo' sudah kembali bertugas

Kelibat kunjungan YB Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang muncul di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), telah melegakan banyak pihak samada rakyat Ttitiwangsa, sahabat seperjuangan, ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengenali beliau. Laporan malaysiakini menyebut beliau dilihat menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani Isnin lalu, sehari selepas pelakon itu kematian anaknya, Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu. Beberapa foto berhubung lawatan beliau ke rumah pelakon kelihatan tersiar di internet termasuk didapati di laman facebook tokoh PAS itu. Malaysiakini juga melaporkan Dr Lo' Lo' berhari raya bersama ahli keluarga beliau di Kedah dan Perak yang dimuatkan dalam laman blognya. Turut dipaparkan Dr Lo' Lo' bersama-sama dengan Norlia yang ditemubual oleh wartawan TV3 berhubung kejadian yang mengejutkan pelakon itu. Menurut Norlia, pertemuan itu berlangsung kira-kira selama sejam bersama dengan wartawan hiburan Melodi, Nas Ahmad yang datang serentak dengan Dr Lo'lo'. Dalam pertemuan itu juga Norlia mengambil kesempatan merayu kepada Dr Lo' Lo' supaya mengambil berat tentang tahap keselamatan penghuni di pangsapuri berkenaan yang sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian dan rompakan.

Tiada ulasan: