Kawan-kawan setia

Jumaat, 9 Oktober 2009

KIMMA turut berkempen untuk BN

Semalam TP UMNO dijemput berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Masyarakat India Muslim, di Batu 4 Port Dickson. Majlis dianjurkan oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ini turut dihadhiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan.
Dalam kempen bersama KIMMA ini TP UMNO berkata, usaha membangunkan negara oleh kerajaan BN bukan sahaja berjaya tetapi sudah sampai ke suatu tahap yang membanggakan.
Sehubungan itu, Muhyiddin berharap masyarakat khususnya pengundi di Bagan Pinang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh pembangkang kerana hanya kerajaan pimpinan BN yang mampu memberi pembangunan dan kesejahteraan.
"Pakatan pembangkang yang baru sahaja beberapa bulan berkuasa di beberapa negeri telah bercakaran sesama sendiri kerana mereka tidak mempunyai keserasian dan bersatu.
"Kita cukup bimbang nasib rakyat tidak akan terbela kerana dasar mereka tidak dapat membantu rakyat memandangkan sukar untuk melihat mereka benar-benar bersatu," jelasnya.
Beliau menegaskan, biar pun dalam keadaan genting, kerajaan yakin bahawa rakyat sedar dengan semua sumbangan yang telah dilaksanakan oleh BN.

Tiada ulasan: