Kawan-kawan setia

Sabtu, 3 Oktober 2009

Lagi kejadian ribut dan banjir

1. AFP melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang dahsyat di Sicily, Itali. Pasukan penyelamat dan anjing pengesan berjaya menemui beberapa mangsa yang terselamat dalam runtuhan dua bangunan ekoran hujan lebat yang telah meragut 17 nyawa manakala 35 lagi hilang. Seramai 415 orang hilang tempat berlindung manakala 10 parah dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur akibat hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam pada hari Khamis lalu.

2. Di Manila taufan Parma telah memberi kesan lebih dahsyat berbanding Taufan Ketsana yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota Manila, Vietnam dan Kemboja. "Terdapat kemungkinan taufan ini akan mengumpulkan kekuatan yang lebih besar," kata ketua jabatan kaji cuaca Filipina, Nathaniel Cruz. Filipina ketika ini menghadapi satu lagi bahaya baru serangan ribut lebih kuat yang kini dikesan sedang menghala ke negara ini. Jumlah mangsa yang maut akibat Taufan Ketsana yang melanda tiga negara beberapa hari lalu mencecah 383 orang. Pihak berkuasa kini bersiap sedia untuk memindahkan berpuluh-puluh ribu penduduk selepas Taufan Parma diramalkan menuju ke Filipina dengan kelajuan angin melebihi 210 kilometer sejam.

Tiada ulasan: