Kawan-kawan setia

Rabu, 7 Oktober 2009

Lagi tembelang daftar pemilih, apa ni SPR?

Jentera Pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih.Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, ia paling banyak berlaku dikalangan pemilih yang menggunakan kad pengenalan anggota tentera.Beliau berkata, sehingga tengahari ini, semakan yang dibuat mengesan, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan penyenaraian nama berganda itu.(Gambar - Salahuddin menunjukkan senarai nama yang berganda, Ustaz Abdul Halim (paling kiri) akan mengetuai rombongan PAS bertemu SPR)”Kita bimbang kemungkinan berlaku pengundian dua kali,”kata Salahudin ketika ditemui selepas sidang media harian, di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, disini hari ini (7 Oktober). Semalam, perkara yang sama telah didedahkan oleh Salahuddin selaku Pengarah PRK Bagan Pinang, namun beliau tidak mendedahkan bilangan pemilih yang terlibat.Sehubungan itu, Salahuddin berkata, rombongan PAS yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Harim A Rahman akan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.Katanya, Ustaz Abdul Halim akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan tersebut dan mendesak supaya SPR membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan pada hari mengundi 11 Oktober (ahad) ini.

Tiada ulasan: