Kawan-kawan setia

Ahad, 4 Oktober 2009

PAS terdesak?...

Senak perut bila dengar ucapan Dato Jo, dah lah berkempen atas kapasiti Menteri Pertanian yang dijangka akan membawa berbagai projek pertanian ke Bagan Pinang dan akan berkata lagi "apa PAS boleh bagi?, bercakap saja boleh lah, tengok UMNO, tak henti-henti memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan berbagai projek pertanian". Apa yang digelikan ialah bila Datuk Jo merasakan PAS kini terdesak dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berikutan ketiadaan sebarang isu untuk meraih sokongan rakyat. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata ekoran itu pembangkang terpaksa mencari pelbagai alasan termasuk membantah arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai syarat pemasangan poster dan bendera. Memanglah UMNO tak payah bersusah payah bertegang leher dengan SPR kerana PM batuk je cukuplah, dah ketar satu badan. Pakatan Rakyat terpaksa bertegang leher dengan SPR kerana tindakan SPR selalu dan terlalu berat sebelah. Ucapan-ucapan Pengerusi atau Setiausaha SPR jelas sekali memihak kepada UBN. Pakatan Rakyat lantang mengkritik SPR bukan kerana takutkan kejayaan kerana Gagasan 1Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Jib dan bukan kerana terdesak tetapi, tetapi mencari keadilan dalam setiap ruang demi kepentingan rakyat jelata. Slogan 1M bagus macam juga 2M dulu, tetapi amalan 1M entah kemana, sehinggakan calon PAS yang bukan anak tempatan Bagan Pinang pun dijadikan isu macam mana nak implementasi 1Malaysia, 1Nogori pun dipertikai.

Tiada ulasan: