Kawan-kawan setia

Khamis, 1 Oktober 2009

Tanda-tanda akhir qiamat

Terkini
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi."Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawai bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang. AFP

Semalam
Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.
Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.
Kenderaan dan mangsa dihanyutkan oleh ombak deras, manakala penduduk yang sempat melarikan diri ke kawasan tinggi masih berlindung di sana beberapa jam selepas gegaran berlaku awal hari ini.
Gempa berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Richter itu berlaku pada kira-kira pukul 6.48 pagi waktu tempatan (pukul 1.48 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 32 kilometer di bawah dasar laut, 190 kilometer dari American Samoa, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai penduduk seramai 65,000 orang.
Gempa itu telah menyebabkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus, menyukarkan pegawai untuk memastikan tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.
Polis melaporkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban di Samoa, manakala 19 disahkan maut di American Samoa, tetapi pihak berkuasa memberi amaran angka kematian dijangka meningkat melebihi 100 orang. Mangsa yang maut termasuk pelancong asing.
Pegawai di Tonga turut melaporkan enam orang maut dan empat lagi hilang di negara itu.
“Saya tidak fikir sesiapa akan terlepas daripada menerima akibat bencana ini,” kata pemangku Gabenor American Samoa, Faoa A. Sunia.
Ahli meteorologi di Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaaan di American Samoa, Mase Akapo berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di empat kampung di pulau utama, Tutuila, manakala sekurang-kurangnya 50 lagi dilaporkan cedera.
Di Samoa, sebuah negara merdeka dengan 179,000 penduduk, wartawan Associated Press (AP) melihat kira-kira 20 mayat ditempatkan di sebuah hospital di pekan Lalomanu di pantai selatan pulau utama, Upolu.
Kawasan pantai sekitar yang menjadi tumpuan pelancong musnah dan sekurang-kurangnya tiga kampung turut ranap.
Sunia mengisytiharkan keadaan darurat di American Samoa, dengan menggambarkan ‘kerosakan besar dan meluas melibatkan bangunan-bangunan persendirian, awam dan komersial di kawasan pantai, selain kematian dan kecederaan’.
Gabenor Togiola Tulafono yang berada di Honolulu untuk menghadiri satu persidangan memberitahu wartawan, lebih banyak mangsa mungkin ditemui apabila penyelamat memasuki kawasan yang terputus hubungan dengan jalan darat. – AP

Tiada ulasan: