Kawan-kawan setia

Rabu, 18 November 2009

Anuar Shaari, cerita basi yang dikitar semula


Nama bekas setiausaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anuar Shaari tiba-tiba dikenali seluruh Malaysia gara-gara membuat laporan polis berhubung pemilikan saham oleh naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya yang mencecah RM2 juta. Anuar juga dilaporkan turut menyerahkan salinan dokumen asal berhubung perkara itu kepada polis membuat laporan pada pukul 11.45 pagi di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Bukit Aman, di sini.
Anuar, yang pernah bertugas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama dua tahun bermula 1996, telah diiringi beberapa anggota Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas). Beliau mendakwa mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dokumen itu bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi setiausaha Anwar. Laporan polis itu dibuat ekoran timbulnya keinsafan beliau sebagai seorang warganegara bertanggungjawab tanpa didesak oleh mana-mana pihak dan berharap pihak berkenaan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menuduhnya berniat jahat.
Rakyat Malaysia juga digegarkan sebelum ini dengan aporan Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia S.A. Vickneswaran yang mendakwa memiliki dokumen-dokumen berkaitan urusan pembelian saham melibatkan Azmin dan isterinya, Shamsidar termasuk iparnya, Jamal Tahrin yang mencecah RM8.5 juta pada awal 1990-an. Anuar yang pada 2004 pernah menjadi Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh juga pernah bertugas sebagai Setiausaha kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum mengumumkan keluar parti PKR pada bulan Mei 2007.
Entah mengapa bila melihat perbuatan bekas ahli (parti) seperti ini, teringat satu movie 80an lakonan Mr Os bertajuk Mr Os juga. Cerita ini berkisar tentang komplot jahat yang meletakkan seorang yang bermasaalah di dalam kru Mr OS. Mr OS dan kumpulan penjahat itu bertaruh jika Mr Os boleh menghabiskan wang sebanyak RM500 ribu dalam masa 20hari dia akan mendapat ganjaran beratus juta ringgit. Tugas si tamak yang bermasaalah ini ialah mengintip setiap perbelanjaan Mr OS dan usahakan supaya Mr Os membeli harta. Dalam satu usahanya ialah meletakkan deposit dalam penyewaan rumah mewah yang diduduki Mr Os. Maksudnya bila habis tempoh taruhan deposit ini akan diserahkan kembali kepada Mr Os bagi menunjukkan Mr Os masih lagi belum dapat menghabiskan wang RM500 ribu. Inilah taktik kotor musuh dimana mereka yang meletakkan sesorang yang bermasaalah dalam sesuatu parti supaya mengintip dan mencarai bahan bukti yang boleh menjerat kepimpinan parti dan akhirnya memporakkan perandakan parti. Mereka ini ada dalam PKR atau pun PAS dan susah nak cam mereka ini sebelum keadaan mendesak yang membuatkan mereka keluar dari persembunyian dan mendakwa itu dan ini.

Tiada ulasan: