Kawan-kawan setia

Isnin, 2 November 2009

Apa hal Dr Asri (Dr MAZA) di tangkap?

Lama tak kemaskini blog, sibuk la tu, nak baca berita dan blog kawan-kawan pun tak sempat. Maklumlah masih bekerja dengan majikan, lainlah ALBrangi, blogger sepenuh masa, begitu juga Prof Hamirdin, walaupun sibuk kenduri walimah anak perempuannya semalam masih ada masa menjenguk ke dalam blog. Malam ini bila kesempatan tiba, mula-mula jenguk Harakahdaily, alih-alih tajuk utamanya, terbaca "Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap". Terkejut dibuatnya apa hal pulak DR MAZA ditangkap polis dan turut bersama pegawai JAIS pada jam 12.15 tengah malam tadi. Apa-apa pun tunggu berita esok, apa yang sebenarnya berlaku.

1 ulasan:

Mohammad berkata...

Saya setuju Dr Asri ditahan.
Hebat sangat ke dengan Phdnya tu.
Apakah Phd (pengajian Islam) setaraf dengan kealiman seorang Tok Guru pondok. Sehebat mana hujah akal, akan ada lagi hujah
akal yang akan menangkisnya.