Kawan-kawan setia

Isnin, 16 November 2009

Industri Filem tempatan tenat?

Nampaknya industri filem tempatan akan menerima nasib seperti Jalan Ampas, bilamana bermacam-macam kepincangan ditimbulkan oleh beberapa pihak terutama FINAS sendiri melalui ketua pengarahnya Mohd Mahyidin Mustakim. FINAS mendedahkan kepincangan filem tempatan dengan isu KRU Studios yang masih berhutang dengan perbadanan itu. Kini ada lagi isu baru iaitu terdapat tiga buah filem yang gagal disiapkan oleh beberapa produksi sedang diambil alih oleh perbadanan itu. Sementara sebuah lagi filem yang telah lama siap tetapi belum ditayangkan sehingga kini. Lima buah filem yang sudah siap ditayangkan pun masih belum melangsaikan hutangnya. KP FiNAS itu juga memaklumkan, daripada RM50 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu dana industri penerbitan filem, Finas telah menggunakan RM46 juta untuk 45 projek filem sejak 2005. Sebanyak 18 projek filem sudah siap dan ditayangkan dengan memungut RM27.2 juta manakala jumlah yang dibayar semula oleh peminjam adalah sebanyak RM10.35 juta. Bagi pencinta industri filem tempatan mereka merasakan gerhana pengeluaran filem ini sebagai satu musibah kepada negara. Apa jadi bila sudah tiada filem lagi dikeluarkan di Malaysia yang membawa identiti dan semangat Malaysia kepada rakyat Malaysia, bahkan berkemungkinan Malaysia akan dihujani filem Hongkong, Korea, Taiwan, Bolywood dan Holywood. Bila ini terjadi kerosakan generasi Y pasti bertambah parah. Tetapi bagi kumpulan dari Pakatan Rakyat terutama PAS yang telah lama berkempen supaya menjauhi hiburan dan menjadi penghibur atas alasan "lagho" bersorak riang bila industri filem dan muzik ini lingkup. Tiada lagi gatal mata dengan karenah artis-artis ini. Umum tahu setiap ceramah atau kuliah diadakan dimesjid surau para ustaz tidak lepas dari mengeji para artis yang dilebelkan sesat, munafik, jahil dan fasiq. Bolehkah masyarakat dinafikan menerima hiburan-hiburan ini?, contohnya bila kerajaan PR memerintah, disekat segala bentuk hiburan barat, Bollywood dan Hongkong dari memasuki Malaysia. Hiburan keluaran tempatan pun sudah dibungkus, diikat rapi dan rakyat hanya diajak menonton TV ala ASTRO OASIS dan TV9. Sebenarnya kerajaan PR ingin dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang berjiwa besar. Kerajaan PR sepatutnya tidak memandang sebelah mata sahaja industri hiburan tanahair seperti filem, muzik, konsert dan sebagainya, tetapi dididik, diadun dan dicanai secara lebih Islamik bukan menutup terus secara membuta-tuli.

Tiada ulasan: