Kawan-kawan setia

Sabtu, 14 November 2009

Kepada peminat kedai mamak di bangi, sila berhati-hati

BANGI: Mengaku kononnya adalah penganut agama Islam tulen namun rata-rata pekerja sebuah restoran ‘mamak’ muslim yang disoal siasat pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) langsung tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah atau membaca surah al-Fatihah sekali gus membongkar rahsia identiti mereka yang sebenar.Lebih mengejutkan pemilik restoran berkenaan sengaja menggantung deretan gambar ayat suci al-Quran, kalimah Allah dan Nabi Muhammad di dalam premis untuk memperdaya pelanggan yang menyangka ia restoran halal.Taktik itu dibongkar Jakim selepas penyamaran dilakukan kakitangannya di restoran berkenaan sejak sekian lama sebelum melakukan serbuan semalam.Kewujudan restoran `halal’ palsu itu dibongkar selepas sepasukan lima pegawai Jakim dibantu enam pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya menjalankan serbuan mengejut di restoran berkenaan di Jalan Bangi di sini, semalam.
Pemeriksaan diketuai Penolong Pengarah Bahagian Hub Halal Jakim, Mohd Amri Abdullah, dilakukan selepas mendapat aduan berhubung kesangsian orang ramai terhadap sijil halal milik restoran berkenaan.
Sumber Jakim berkata, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, pegawai Jakim yang menjalankan pemeriksaan menyoal siasat lapan pekerja warga asing restoran berkenaan yang ketika itu sedang melayan berpuluh pelanggan Islam.Menurutnya, kebanyakan pekerja dari India itu pada mulanya mengaku beragama Islam, namun gagal membaca surah al-Fatihah atau mengucap dua kalimah syahadah.“Mereka tiba-tiba menjadi gagap dan hanya menggeleng kepala sekali gus membuktikan mereka bukan beragama Islam seperti didakwa.Menurutnya, pemilik restoran sengaja menggantung kalimah ayat suci Al-Quran, Allah dan Nabi Muhammad di dinding premis termasuk ayat seribu dinar untuk mengaburi pemilik sebenar restoran berkenaan.“Semua ayat al-Quran itu sengaja digantung di atas kaunter pembayaran selain sijil halal palsu yang turut diguna pakai bagi meyakinkan pelanggan seolah-olah restoran terbabit milik orang Islam.“Siasatan susulan terhadap sijil pendaftar syarikat (ROC) bagaimanapun mendapat bukti paling jelas apabila nama pemilik yang tertera pada dokumen bukan Islam,” katanya.Menurutnya, penyelia berusia 30-an yang juga bukan Islam cuba berdolak-dalik dan memberi pelbagai alasan tidak munasabah berhubung bukti diperoleh itu sambil memberitahu restoran terbabit milik orang Islam.“Agak mengejutkan apabila seorang lelaki berusia 40-an yang tidak dikenali tiba-tiba muncul sebelum memperkenalkan diri sebagai rakan kongsi pemilik restoran berkenaan.“Lelaki itu mendakwa menguruskan restoran terbabit walaupun namanya tidak tertera pada ROC. Dia mendakwa restoran itu diuruskan olehnya. Bagaimanapun pegawai Jakim percaya lelaki berkenaan hanyalah `wayang’ yang diupah sekiranya berlaku apa-apa masalah,” katanya

HMetro

Tiada ulasan: