Kawan-kawan setia

Ahad, 22 November 2009

Kerja kontrak merugikan rakyat

Diman-mana pun sekarang ini para lulusan universiti dan kolej memperolehi pekerjaan tetapi berstatus kontrak samaada dengan sektor kerajaan atau swasta. Kerja Kontrak dalam jangkamasa yang pendek tidak membebankan, tetapi kalau sudah samapai 3 tahun kontrak bahkan ada yang bekerja disyarikat swasta masih berstatus kontrak walaupun sudah lima tahun. Ianya amat merugikan anak-anak kita kerana status kontrak tidnjaikan jaminan kewangn tetap buat menyara anak isteri dan membeli keperluan yang bernilai tinggi. Tindakan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menggesa kerajaan supaya menyerapkan lebih 60 ribu pekerja yang berstatus kontrak di negara ini secara tetap dalam jabatan kerajaan seperti mana yang disarankan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) sangat dialu-alukan. Menurut Ketua Penerangan,Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz,lebih 60 ribu pekerja kontrak ini sedang mengisi perjawatan kosong sedia ada yang sepatutnya diisi dengan kakitangan tetap. "DPPWP melihat bahawa ini adalah kerugian kerana kerajaan masih mengajikan kakitangan kontrak yang sepatutnya diserap masuk sebagai kakitangan tetap bagi memenuhi kekosongan perjawatan yang sedia ada."Isu pekerja kontrak yang berkhidmat di jabatan kerajaan adalah isu besar yang perlu ditangani segera. Ini kerana seramai 60,000 pekerja ini mengalami nasib yang tidak menentu kerana status mereka yang tidak tetap,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.Tambahnya,bagi kakitangan tetap pihak Kerajaan memberikan masa maksimum selama 5 tahun untuk mengesahkan jawatan mereka sedangkan bagi kakitangan kontrak peringkat pengurusan dan profesional gred 52 ke bawah serta kumpulan sokongan kontrak maksimum mereka adalah 5 tahun."Jika pegawai kontrak ini berkebolehan sekalipun, kontrak mereka tetap akan ditamatkan selepas 5 tahun dan ini adalah satu kerugian besar bagi sumber tenaga utama Kerajaan."Kerajaan boleh menyerapkan pekerja-pekerja kontrak ini ke dalam jabatan kerajaan secara berperingkat-peringkat setiap tahun dengan melihat kepada prestasi kerja mereka,"katanya.Katanya, DPPWP mencadangkan status pekerja kontrak diberikan maksimum 3 hingga 5 tahun untuk diserapkan sebagai pekerja tetap sekaligus memberikan mereka peluang untuk mendapat hak dan kelayakan sama seperti pekerja tetap lainnya seperti kenaikan gaji, elaun, pesaraan dan bonus tambahan serta kemudahan lainnya."DPPWP juga mencadangkan sekiranya khidmat pekerja kontrak ini ditamatkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pekerja ini diberikan imbuhan yang selayaknya seperti Skim Pemisahan Sukarela (VSS) atau lain-lain imbuhan mengikut tempoh mereka bekerja. "Dengan cara ini, pekerja ini akan mendapat motivasi yang positif untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh serta kehidupan mereka akan lebih terjamin."Prestasi kerja akan bertambah dan ia mampu meningkatkan produktiviti negara. "Nasib pekerja kontrak ini akan lebih terbela sekiranya kerajaan benar-benar melihat dan melaksanakan slogan “rakyat didahulukan, prestasi diutamakan”."Kerana setiap warga kakitangan kerajaan juga rakyat Malaysia dan mereka juga patut diutamakan sebagaimana slogan Perdana Menteri itu,"tegasnya

Tiada ulasan: