Kawan-kawan setia

Isnin, 16 November 2009

Mereka tak takut bahana memfitnah


Mereka ini tak takut balasan akhirat, merasakan memfitnah begitu sedap macam makan goreng pisang. Mengatakan Tok Guru menerima rasuah adalah satu tuduhan yang berat. Apa itu rasuah?, rasuah ialah memberi sesuatu dengan harapan mendapat sesuatu yang lebih besar. Apa yang diminta oleh penaja TGNA dari tajaan menunaikan haji tersebut?. Minta tanah?, TGNA tiada kuasa memberi tanah. Lalu minta projek?, projek kerajaan Kelantan adalah melalui tender terbuka. Mengapa dinafikan keikhlasan seseorang yang ingin berbakti kepada seseorang yang disayanginya dengan menuduh memberi rasuah. Kalau begitu banyak sangat kes rasuah kerana kes tajaan ni berlambak-lambak. Perbuatan Ketua Pemuda UMNO Kelantan ini si Anuar Safian (tiga dari kiri) dan ahli-ahli pemuda Umno membuat demonstrasi, berkumpul dengan membawa slogan fitnah adalah dikesali. Kalau rasa ada berlaku perbuatan rasuah cukuplah dengan melaporkan kepada SPRM Negeri berkenaan sogokan kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO PMBK Ir.Abd Arif Fahmi Ab Rahman itu dan biarkan SPRM menyiasat kebenarannya. Berdemonstrasi, hantar memo sahaja dan menuduh TGNA seperti yang dilkukan oleh KP UMNO Kelantan ini menunjukkan sebenarnya dia pun tak yakin apa yang dia lakukakan betul ke salah. TGNA sudah memberi lampu hijau SPRM menyiasat jadi jangan membuat keputusan sendiri, lagipun SPRM akan bertindak segera bila puak-puak UMNO buat laporan. Tapi kalau setakat hantar MEMO dan demonstrasi minta TGNA turun jawatan MB apa yang SPRM dapat buat.

Tiada ulasan: