Kawan-kawan setia

Isnin, 9 November 2009

Penyokong bola dan penyokong parti

Semasa menonton Kelantan lawan NS, perlawanan akhir Piala Malaysia, secara sinis datang gangguan membisikkan ke telinga tentang karenah penyokong. Penyokong sepatutnya menyokong sehingga kasaat akhir perjuangan. Apa yang dapat di lihat dalam perlawanan akhir hari itu ada penyokong (yang ketara sangat penyokong Kelantan) bertindak liar membaling batu, botol air, mercun dan barangan lain hingga mengenai penonton lain, bahkan jurukamera RTM terpaksa dihantar ke kelinik kerana luka di kepala terkena batu. Kerja liar ini tidak sepatutnya dilakukan oleh manusia yang waras dan beriman. Adalah mendukacitakan bila penyokong mengecam wakil mereka sendiri bila perlawanan kalah, memaki hamun bahkan mengejek. Penyokong sepatutnya terus memberi rangsangan dan jeritan motivasi supaya wakil mereka terus bersemangat berlawan hingga ke wisel terakhir. Jika masih kalah juga bukanlah maki hamun terhadap pemain yang mewakili mereka tetapi kata-kata semangat supaya akan terus mencuba dan memperbaiki kelemahan di dalam perlawanan akan datang. Mereka yang sampai ke garisan akhir adalah mereka yang hebat, cuma adat permainan mesti ada yang kalah. Kalah bukan sebab tidak baik tetapi masih belum berpeluang.
Berbalik ke parti, kita sangat sadar selepas kekalahan pertama PR dalam PRK, parti menjadi haru hijau, sehingga ada suara-suara nakal menyalahkan barisan kepimpinan hingga kepada presiden. Kita sebuah parti yang berdisiplin, ada AJK, ada cawangan, ada kawasan dan ada AJK pusat. Kita dikawal selia oleh Dewan Ulamak, jadi janganlah melalut tak tak tentu pasal. Pemimpin PAS boleh ditegur, tak ada kekebalan tetapi beradaplah, jangan membocorkan kapal kerana geram kepada kapten. Orang luar yang profesonal boleh menegur parti macam mana carapun semeka orang luar. Kita pasti orang luar yang menegur adalah ikhlas dan demi kebaikan parti maka take it positively, lihat semula cermin dan perbaiki segera.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

secara kebetulan posting sy ada berkaitan dan sikit-sikit samalah dgn apa yg tuan ulas pasal adab menegur pimpinan.

hanya segelintir saja dari puluhan ribu yg 'nakal' dlm perlawanan malam smlm.

dlm jemaah PAS pun adalah seorang dua yg 'nakal'.