Kawan-kawan setia

Ahad, 6 Disember 2009

Begitu sempit laluan untuk berdakwah

Saya ternganga bila membaca laporan akhbar yang mengatakan Pengarah JAIS melebelkan Akil Hayy sebagai tidak layak berdakwah. Pengarah JAIS itu memberi alasan akil Hayy ilmu agamanya cetek dan ada masalah rumah tangga. Ada orang kata kalau itu alasan beliau, beliau sendiri sebagai Pengarah JAIS dalam sangatkah pengetahuannya tentang agama kerana beliau mentadbir satu institusi yang menjaga hal ehwal agama. Dari pengalaman saya mengikuti kuliah, mendengar CD rasanya ilmu agama yang dimiliki oleh Akil Hayy jauh lebih baik dari Pengarah JAIS sendiri. Kebolehannya membaca al Quran dengan baik dan kepetahannya menyampaikan ceramah yang menarik jauh lebih baik dari Pengarah JAIS dan ustaz-ustaz UMNO sendiri. Pada saya Akil Hayy ada kebolehan dan kelebihan untuk menarik minat anak-anak muda rockers dan mat rempit mengikuti ceramah agama. Ilmunya memang sedikit berbanding ulama dan ustaz-ustaz kelulusan Azhar tetapi beliau sendiri tidak pernah mengelar dirinya ulama, sedikit ilmu pun kalau disampaikan dengan niat berdakwah lebih baik daripada ilmu yang banyak tetapi tidak disampaikan. Saya masih ingat ramai ustaz-ustaz yang memberi kuliah mengutarakan hadis Nabi yang bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu AYAT".

Tiada ulasan: