Kawan-kawan setia

Jumaat, 11 Disember 2009

Ong Tee Keat: Parti perkauman sudah berlalu

Semua parti perkauman di Malaysia sedang mengalami revolusi. Bermula dengan pergolakan dalam parti diakhiri dengan kegagalan parti dalam memenangi hati rakyat. Rakyat sudah bosan dengan perkauman. MCA sudah ditolak rakyat, MIC tak laku lagi dan UMNO hanya menunggu masa untuk karam. UMNO masih kuat kerana anggotanya masih memegang kepimpinan negara dan bijak mengeksploitasi instrumen kerajaan untuk menguatkan parti. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang dikaitkan dengan pelbagai masalah dalaman parti diajak meninggalkan partinya yang sedang bergolak untk menyertai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) bagi memperjuangkan nasib semua kaum. Tee Keat dilaporkan telah pun menemui Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyampaikan hasratnya menyertai Keadilan dan meninggalkan parti perkauman (MCA) itu. Jika benar laporan itu maka ianya sangat-sangat dialu-alukan. Kemasukan beliau boleh memperkukuhkan kedudukan lagi Keadilan dan Pakatan Rakyat amnya seperti mana kemasukan bekas menteri kesihatan, Dr Chua Jui Meng tempuh hari. Ong Tee Keat dikatakan tidak ngam dengan kepimpinan UMNO dan pernah memberi kata dua kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak supaya tidak masuk campur urusan MCA. Beliau juga tidak bersetuju dengan pelan perdamaian yang dikemukakan oleh Najib.

1 ulasan:

Alias Mohd Yusof berkata...

perkauman tidak ada tempat di zaman manusia yang bertamaddun, lambat laun ia akan lenyap juga.