Kawan-kawan setia

Khamis, 10 Disember 2009

Selangorku: Kad nikah pintar

Kini masalah surat perakuan nikah palsu dapat diatasi selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini memperkenalkan Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRKad).Identifikasi perkahwinan yang bersaiz kad pengenalan ini dilengkapi dengan maklumat peribadi dan data pernikahan pasangan dan ianya boleh digunakan di Terminal Mudah Alih (PDT).Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kad ini dapat membantu mempercepatkan proses pengesahan oleh JAIS berhubung maklumat perkahwinan pasangan suami isteri.Katanya lagi, kini pasangan berkahwin hanya perlu membawa NCRkad ini kemana sahaja tanpa perlu menyertakan Surat Perakuan Nikah."Pagi ini kita melancarkan kad nikah pintar bagi mengantikan kad nikah yang telah pun di laksanakan sebelum ini bagi menukarkan kad yang lama kepada kad yang baru yang lebih ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan daripada peniruan, pemalsuan dan sebagainya. Dan kad ini lebih mencirikan keselamatan dan dia ada dia punya chip dia dimana kita menyimpan maklumat setiap individu," kata beliau. Menurut beliau, cadangan ini juga telah diujarkan kepada jabatan agama Islam negeri-negeri seperti Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) untuk penyelarasan sistem baru ini.Kad pintar ini turut dilengkapi dengan sistem sinar Ultra Unggu bagi menggelakkan kad ini dipalsukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.Menurut Khusrin lagi, NCRkad ini tidak diwajibkan kepada semua pasangan berkahwin di Selangor namun pihaknya akan berbincang jika pindaan akan dilakukan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam."Kita tidak ada menyediakan satu tempoh pasal kad ini bukan wajib. Ini bukan diwajibkan setiap pasangan mesti buat. Cuma kita galakkan supaya mereka membuat kad ini untuk kemudahan mereka jugak," katanya.Menurut beliau lagi, masyarakat Selangor boleh mendapatkan NCRkad ini di pejabat JAIS Shah Alam dengan harga RM40 sepasang.Setakat ini 300 pasangan berkahwin di negeri Selangor telah mendapatkan NCRkad ini. Khusrin turun mengumumkan mulai 1 Januari 2010, kadar mas kahwin untuk wanita di negeri Selangor telah dinaikkan sebanyak RM300 setelah diperkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.Ini bagi menaikkan martabatkan wanita pada masa kini memandangkan mas kahwin terdahulu hanya RM80.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan majlis pelancaran di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS), Shah Alam.

Tiada ulasan: