Kawan-kawan setia

Selasa, 15 Disember 2009

Zaid Ibrahim & Co Tiada Hubungan Dengan Zaid

Harga sebuah perjuangan, Zaid Ibrahim & Co kini tiada lagi hubungan dengan Datuk Mohd Zaid Ibrahim, bekas pengerusi dan rakan usaha sama kanan, namun firma itu memutuskan untuk mengekalkan nama "Zaid Ibrahim & Co" memandangkan ia sudah dikenali di luar negara.
Bberapa individu tertentu telah mengambil alih Zaid Ibrahim & Co dengan membeli saham syarikat guaman terkenal itu. Perkara ini dijelaskan kepada media bila kelibat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed yang menghadiri sambutan peluasan Zaid Ibrahim & Co di Australia, telah mengelirukan orang ramai. Mustapa sebelum itu ditanya mengapa beliau menghadiri majlis terbabit memandangkan firma itu berkaitan Zaid, bekas menteri di jabatan perdana menteri yang kemudiannya menyertai parti pembangkang.
Zaid Ibrahim diberikan portfolio undang-undang semasa dilantik menjadi menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008 namun meletak jawatan pada September tahun yang sama selepas mengkritik penahan Teresa Kok, Anggota Parlimen DAP, penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan wartawan Tan Hoon Cheng mengikut Akta Kselamatan Dalam Negeri.
Zaid meletak jawatan sebagai pengerusi dan rakan usaha sama kanan Zaid Ibrahim & Co, serta melepaskan semua pemegangannya dalam firma guaman ini susulan pelantikannya sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mac 2008. Zaid Ibrahim & Co diasaskan oleh Zaid pada 1987 dan berkembang menjadi firma guaman terbesar di Malaysia dengan lebih 140 peguam

Tiada ulasan: