Kawan-kawan setia

Sabtu, 31 Januari 2009

AlFaatihah untuk Abdul Qahar

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam setelah Allahyarham dirempuh oleh sebuah kereta Honda CRV bernombor WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Allahyarham 23 tahun, dilanggar oleh CRV yang dipandu seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan, sebaik sahaja kejadian berlaku yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya dan diberitakan telah pulang ke Kuala Lumpur. Ekoran dari kejadian itu pihak keluarga Allahyarham akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.
Orang ramai ternasuk bapa saudara Allahyarham, Mohd Hisham Awang melahirkan rasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku. "Kita kesal dengan sikap ego polis tersebut, yang seolah-olah berbangga dengan mengaku merupakan pegawai polis daripada Balai Polis Bukit Aman," katanya.

Hijau oh hijau

Tengok kepada senjatanya, yang PM cuba tu, warna hijau, itu warna tentera Malaysia, jangan silap tafsir. bukan PAS sahaja yang pakai warna hijau. Hijau sebenarnya warna popular sebelum ada pemimpin yang fobia dengan hijau, tambah lagi kalau warna putiih bulat ada bersama memang fobia gila. Hijau juga warna koporat Petronas, syarikat terkaya di Malaysia. Hijau juga warna PLUS, syarikat konsesi lebuhraya terpanjang di Malaysia. Hijau juga warna pilihan MAXIS syrikat komunikasi nombor satu di Malaysia. Pendek kata HIJAU adalah lambang kejayaan kini dan InsyaAllah masa akan datang. Oleh itu kalau mahukan kejayaan dalam perjuangan, pilihlah hijau, biru sebenarnya tipuan mata sahaja macam warna bukit, dari jauh nampak biru, bila hampiri rupanya dipenuhi dau-daunan hijau yang sejuk mata memandang. Begitu juga nampak dari jauh laut membiru (hinggakan ada kumpulan buat slogan gelombang biru), tetapi cuba ambil air laut, rupanya air biasa yang tiada warna...

809 daftar jadi ahli UMNO secara online hari pertama pelancaran

Saya gelengkan kepala je, bila membaca seramai 809 orang di seluruh negara mendaftar sebagai ahli UMNO menerusi pendaftaran keahlian UMNO secara online pada hari pertama sistem itu dibuka hari ini. Cerita ini dipetik dari ucapan SU Agung UMNO, yang berkata jumlah itu didapati pada hari pertama iaitu sehingga pukul 8 malam tadi. Bahkan UMNO menjangkakan lebih ramai lagi yang akan mendaftar keahlian untuk menyertai UMNO. Yang saya geleng kepala ni bukan apa, masih ada lagi makhluq kat Malaysia ni tak mengikut arus. Sebagaimana tok Guru kata, UMNO ni kalau ibarat rumah, dah usang dan hampir runtuh, kalau ibarat kapal dah berlubang sekeliling, hampir tenggelam, kalau ibarat manusia dah nyanyok tak boleh nak bawa diri. Walau dipakaikan baju baru pun tuan badan macam tu juga.

Terharu dengan pendirian PM Turki

Petikan dari AFP dari DAVOS 30 Jan. memaparkan PM Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang WEF di sini semalam selepas pertikaman lidah dan membelasah Presiden negara haram Israel, Shimon Peres. Beliau komited dan berikrar tidak akan kembali menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan bisnes dunia atau bahasa kasarnya kumpulan pemimpin lintah darat dunia. Yang menariknya, Erdogan berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan SU Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Amerika, Hussein Obama. Erdogan mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban. Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan "tidak bertamadun."
"Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh," katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius..

Pelik tetapi benar

Kerana mempertahankan kebenaran daripada dieksploitasi, Ramlang dipecat oleh sebuah Jabatan Agama Islam yang bernama JAKIM. Pelik, tetapi benar dan sangat sengoti (betul) berlaku, mungkinkah kerana Jabatan ini tidak suka kepada kebenaran, kalau boleh semua orang berbohong demi kepentingan perut masing-masing. Namun bagi bekas imam masjid Wilayah Persekutuan ini, saudara Ramlang Porigi menyatakan beliau tidak menyesal, beliau tidak menyesal memberikan ucapan di pentas parti keadilan semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh Ogos lalu dan menerima akibat dari tindakannya. Diberitakan beliau telah dipecat oleh JAKIM kerana melakukan pendedahan sebenar apa yang berlaku pada masa "sumpah laknat" Saiful Bahri yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Kini beliau dipecat kerana bercakap benar. Sebagai bekas imam beliau berpegang kepada pesan Nabi "Bercakap benar walaupun pahit".

Jumaat, 30 Januari 2009

Tudung, imej atau kewajipan

Saya pening dengan pemahaman segelintir masyarakat Islam yang menganggap bertudung sebagai satu imej atau fesyen. Sebab itulah juga mungkin ada satu dua artis yang sekejap bertudung sekejap tidak. Merujuk kepada gaya penulisan wartawan dalam media hari ini yang memaparkan tajuk "Sheila Rusli selesa dengan imej bertudung". Malah disebutkan, tampil dengan imej bertudung bukan penghalang buat pelakon Sheila Rusly untuk memainkan watak antagonis dalam drama bersiri terbarunya, Anak Betong yang juga terbitan produksinya sendiri, JS Pictures Sdn Bhd. Malah watak Malika yang juga bomoh dan pengamal ilmu hitam dalam drama 20 episod itu adalah watak jahat pertamanya sejak kembali menunaikan fardu haji tahun lalu.
Sekalipun bertudung Sheila tidak akan sia-siakan bakat lakonan anugerah Allah kepadanya dengan memilih watak yang bersesuaian. Dalam kenyataannya juga Sheila berpegang kepada kewajipan bertudung sebagai seorang muslimat bukannya imej atau fesyen sebagaimana difahami sesetangah orang. Kerana itu watak apapun yang diberikan kepadanya dia tidak akan membuka tudung semata-mata untuk berlakon. Kerana itu lebih mudah baginya untuk berlakon dalam produksi sendiri kerana sebagai penerbit, beliau boleh memilih watak bersesuaian dengan dirinya yang bertudung.

Khamis, 29 Januari 2009

myKMU.NET mempermainkan hukum agama

Surah An-Nur ayat 4: mafhumNya, "Dan orang-orang yang menuduh wanita yang baik berbuat zina dan tidak mendatangkan empat orang saksi maka deralah mereka yang menuduh itu dengan 80 kali deraan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik". Tindakan myKMU.net memfitnah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali hari ini adalah berat dari segi hukum, namun disebabkan kejahilan dan meringan-ringankan hukum agama ia berlaku dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah dan berdosa. Dr Halimah terpaksa menepis dakwaan fitnah terhadap beliau yang mengatakan beliau ditangkap berkhalwat di salah sebuah hotel di Pelabuhan Klang. Fitnah terhadap beliau itu turut disangkal oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menegaskan tiada serbuan dilakukan pada malam tersebut sebagaimana yang dilaporkan dalam laman web itu. Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web MyKmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama 'Brigade Commander Selangor' dengan tajuk 'Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap'. Jamilisa dalam ruangan forum pada 25 Januari yang melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman. Berikutan perkembangan itu, Dr Halimah telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.
"Pada hari yang dikata saya ditangkap khalwat, saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana menghadiri forum Perdana Keluarga Bahagia bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood," jelasnya.
Sebelum pergi ke forum Perdana pula beliau telah menghadiri satu mesyuarat bersama Yayasan Amal di Shah Alam.
Beliau juga akan mengambil tindakan saman terhadap pemilik laman web itu sebanyak RM40 juta. Baru padan muka, itu baru didunia, diakhirat lebuh lagi...

Hati-hati membeli barangan melalui Lelong.com

Saya memang selalu membeli barangan dari lelong.com samada secara terus atau melalui bidaan. Selama ini tiada masaalah yang timbul dari proses pembelian online seperti ini. Namun melalui pengalaman, saya nasihatkan supaya meneliti betul-betul penjual seller yang supaya dapat mengelakkan dari tertipu (conned). Sahabat-sahabat dalam lelong.com ada yang sudah berpengalaman ditipu oleh individu yang berlagak penjual atau pelelong kemudian selepas berjaya dalam bidaan (bidding) akan meminta bayaran dari pembeli atau pembida yang berjaya. Selepas pembayaran dibuat baru dikenal pasti ianya cuma satu penipuan, sebenarnya tiada barang pun sebagaimana yang diiklankan. Apabila didesak penipu ini akan membuat seribu alasan yang akhirnya wang tersebut entah ke mana dan barang impian tersebut tidak menjadi kenyataan. Sebaik-baiknya sebelum membayar, cek dahulu data peribadi dan sejarah urusniaga seller yang boleh didapati dengan mudah dalam lelong.com.
SELAMAT BERJAYA

Akibat mabuk cinta

Ada yang ke Lombok, ada yang ke Bangla, ada yang ke Myanmar, gara-gara mabuk cinta. Kebanyakannya gadis belasan tahun yang diayat oleh pendatang asing yang bukan sahaja mencari kerja tetapi mencari mangsa yang terdiri dari gadis-gadis mentah belasan tahun. Satu contoh real, benar yang dihadapai oleh remaja dari Kedah. Menyesal pun tak guna, nasi dah jadi bubur, dah telan, dah buang. Inilah ayat yang biasa bila tersedar dari mimpi indah "Saya benar-benar merindui kedua-dua orang tua saya sehingga ada ketikanya sering termimpi-mimpi. Saya juga tidak henti berdoa kepada Allah memohon supaya ditemukan saya semula dengan mereka. Ampunkanlah saya.”
Nur Jumiah Saad, 17 tahun, meninggalkan keluarganya semata-mata mahu mengikut seorang lelaki warga Indonesia ke Medan bernama Suranto, berusia 30-an.
Menyesal dengan perbuatannya lebih setahun lalu meninggalkan ibu bapanya Saad Ahmad, 61, serta Esah Shaari, 56, ekoran cinta yang sangat mendalam kepada Suranto.
“Setiap kali selepas sembahyang saya akan berdoa dan setiap kali itulah juga saya pasti menangis kesal. Saya sudah habis air mata, menangis air mata darah sekalipun tak guna kerana masa tak akan dapat berpatah balik,” katanya yang tidak dapat menahan perasaan sebelum menangis tersesak-esak.
Dua tahun lalu, dia mula mengenali Suranto yang sering datang ke gerai kakaknya yang terletak berhampiran dengan rumah ibu bapanya di Jalan Empangan Muda, Belantik, Sik, Kedah.
ketika itu dia bekerja sambilan di kedai makan kakaknya apabila kena ayat power Suranto timbullah bibit-bibit cintan terhadap Suranto yang kemudian mengambil keputusan membawanya ke kampungnya di Medan, Indonesia pada bulan Oktober 2007. Bagaimanapun, keadaan tidak seindah yang dibayangkannya yang ternyata amat susah dan Suranto tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pencuri profesional?...

Terkejut juga bila membaca KOSMO hari ini bahawa penghuni warga asing di penempatan haram di kawasan hutan berhampiran Seksyen 5, Bandar Baru Bangi di sini tinggal di situ dengan selesa kerana mereka mendapat bekalan air bersih secara haram dengan cara profesional dari sebuah kawasan pangsapuri berdekatan.
Walaupun berada tersorok di dalam hutan, bekalan air bersih yang diterima membolehkan penghuni di kawasan itu terus menjalani kehidupan seperti biasa. Bekalan air tersebut dibekalkan ke kawasan itu dipercayai disalurkan dari sebuah pangsapuri di Taman Tenaga. Penyambungan paip haram dibuat dari blok pangsapuri taman berkenaan ke penempatan haram menggunakan paip jenis High Density Poly Ethlene (HDPE).
Sambungan tersebut sukar dikesan kerana ia tertanam dan disimen di atas jalan raya malah paip sepanjang 600 meter itu disorok laluannya melalui longkang berhampiran sehingga masuk ke dalam belukar di kawasan penempatan itu.

Kerja tiada, harga barang melambung...,apa nak jadi..

Lebih 10,000 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak 1 Jan tahun ini, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan.
Beliau berkata lebih banyak pekerja dijangka hilang pekerjaan dalam tempoh terdekat apabila semakin banyak syarikat, terutama yang bergiat dalam sektor pembuatan, menghadapi masalah untuk terus beroperasi. Kemelesetan ekonomi kali ini lebih teruk berbanding yang berlaku pada 1997 kerana ia bersifat menyeluruh. Kemelesetan ekonomi yang berlaku kali ini juga lebih kritikal kerana hampir 600,000 pencari kerja baru di negara ini membanjiri pasaran kerja setiap tahun. Mereka terdiri daripada lepasan universiti, pemegang diploma, pekerja mahir dan kumpulan yang baru meninggalkan bangku sekolah. MEF percaya keadaan ekonomi sedia ada akan mengambil masa satu hingga dua tahun untuk kembali pulih.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Seramai 200 orang mendakwa ditipu seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang meminta mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman mereka pada Jun tahun lalu. Namun, selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai wanita itu dan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Pelangi di sini, Rabu."Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 and RM70,000 daripada sebuah koperasi," kata seorang pegawal keselamatan, Hisham Samsu, 31, yang mewakili mangsa-mangsa tersebut.

Ditahan gara-gara memakai T-Shirt

Enam termasuk seorang suspek kes bunuh ditahan ketika menyertai perarakan pengebumian mendiang A. Kugan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ke Batu 14 Puchong di sini hari ini.
Tiga daripada mereka termasuk penyelaras Hindraf, R. S. Thanendran ditahan kerana memakai baju-T pertubuhan itu manakala dua lagi diberkas kerana menghalang tugas polis.

Doa mangsa penindasan tiada hijab

Samy Vellu perlu hormati kedaulatan undang-undang
Doa mangsa penindasan selama ini supaya memecahkan kesatuan mereka menjadi kenyataan. Utusan Malaysia KUALA LUMPUR melaporkan Pergerakan Pemuda UMNO membidas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan dua Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah kerana cuba meletakkan kedudukan mereka melebihi undang-undang negara.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mereka bertiga tidak sepatutnya melupakan prinsip asas undang-undang bahawa yang salah tetap bersalah.
Sehubungan itu, beliau meminta ketiga-tiga tokoh parti politik India dalam gabungan komponen Barisan Nasional (BN) itu menghormati kedaulatan undang-undang negara.
“Dia (Samy Vellu, Devamany dan Murugiah) siapa boleh meletakkan diri melebihi undang-undang negara, yang salah tetap bersalah.
Hishammuddin mengulas kemelut tuding menuding jari antara menteri, timbalan menteri, polis dan ahli politik berikutan kematian suspek kes curi kereta mewah, A. Kugan, 22, sewaktu disoal siasat.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar baru-baru ini pula membuat kenyataan bahawa kedua-dua timbalan menteri itu mungkin menghadapi tindakan jika didapati melanggar undang-undang.
Sehubungan itu, Samy Velu dalam kenyataannya kelmarin menyatakan komitmen untuk melantik peguam mewakili dua timbalan menteri itu sekiranya mereka didakwa di mahkamah.
“Kami akan melantik seramai mana peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika didakwa di mahkamah,” kata Samy Vellu yang menerajui MIC selama 30 tahun.

Makin parah..makin haru-biru

Bubar sayap UMNO
Puteri, Putera, Pergerakan Wanita tidak perlu kerana akan menyebabkan berlaku lebih banyak politik wang akibat perebutan jawatan.
Golongan muda tidak sesuai menyertai politik kerana usia pada masa itu sepatutnya ditumpukan kepada pelajaran.
Di England, Parti Buruh dan Konservatif tidak ada sayap Wanita dan masing-masing berpeluang menjadi Perdana Menteri.
Sistem kuota juga perlu dihapuskan kerana ia mendorong calon mengamalkan politik wang

Rabu, 28 Januari 2009

Motorsikal panas

Jenis motosikal paling popular digunakan mat rempit:
Yamaha RXZ
Honda EX5
Yamaha Nuovo
Suzuki 100
Modenas Kriss

Sobona eh..siTompang tu melalut yo

Ketua Penerangan PAS Melaka, Sdr. Mohd Sofi Abdul Wahab menjelaskan Ismail Tumpang yang mewakili kumpulan yang menyerahkan borang keanggotaan itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pada majlis di Kampung Musai sebelum ini adalah seorang bekas ahli UMNO yang pernah masuk PAS suatu masa dulu dan dia adalah dalam kategori ahli yang bermasalah serta sudah lama tidak membayar yuran keahlian. Ahli yang di dakwa 40 bersamanya masuk UMNO, Sofi menafikan, bahkan ianya tidak pernah ujud kerana di situ tidak adapun cawangan PAS yang aktif seperti didakwa Ismail. Ismail juga bukannya Ketua Cawangan seperti didakwanya. Makno Sobonanyo dio sorang yo, bayang ado ompet puluih.

Innocent until proven guilty

Husam dalam satu kenyataan berhubung kes Kugan yang sedang hangat diperkatakan, berkata mengikut al-Quran, membunuh satu jiwa adalah dianggap sama beratnya seperti membunuh manusia seluruhnya. "Begitu juga, barangsiapa yang memberikan peluang hidup kepada satu jiwa maka dia seolah-olah memberikan peluang hidup kepada manusia seluruhnya.Begitu dalam sekali al -Quran menanam sifat kemanusiaan kepada seluruh umat manusia.
"Masih belum jelas kepada kita semua apakah kesalahan Kugan, kerana kes beliau masih disiasat, dan beliau mati sewaktu polis masih menjalankan siasatan ke atas beliau," katanya.
Malangnya kata Husam, akhbar-akhbar dan media tempatan lain cuba memberikan gambaran bahawa Kugan adalah pencuri "kereta mewah" dan ini katanya hanyalah akan menambahkan luka hati kepada keluarga mangsa. "Kenapa prinsip "innocent until proven guilty" tidak dihormati dan diamalkan di sini? Jika derita Palestin kita hayati, berilah sedikit ruang kesaksamaan kepada keluarga yang sedang sedih dan menderita ini. "Mereka kehilangan seorang ahli keluarga yang tersayang dengan cara yang amat menyayatkan hati,"

Watan-Zabidi...ape hal?

Editor Akhbar Mingguan WATAN, Zabidi Haji Saidi mengaku bahawa berita yang dikeluarkan oleh akhbar dibawah seliaannya bertajuk ‘Wahid Lepas Adun’ hanya sebuah berita spekulasi.
Walau bagimana pun beliau hanya membuat kenyataan tersebut dalam blog peribadinya“Saya selaku Editor akhbar WATAN ingin mengulas isu berita WAHID LEPAS ADUN merupakan berita spekulasi,“jadi tak perlulah beliau saman akhbar WATAN, Lagipun beliau mengaku banyak menerima sms yang mendesaknya melepaskan kerusi DUN Wakaf Mempelam itu,”tulis Zabidi.Beliau yang memetik dan menyiarkan berita Buletinonline “Sudah Dua Kali Watan Sengaja Cari Pasal” dan meletakkan berita tersebut dalam Blognya.Namun tidak dapat dipastikan dengan jelas, apakah tujuan beliau berbuat demikian.Zabidi, 50, adalah Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Pasir Gajah, Kemaman, pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kemaman dari tahun 1995-1998

Selasa, 27 Januari 2009

Masjid Cina, apa yang sukarnya direalisasikan?

Kaum Cina Muslim pernah memohon kerajaan Melaka untuk membina masjid Cina, tetapi tidak dihiraukan dengan alasan akan menerbitkan bibit bperpecahan kaum. MACMA pula telah membentangkan idea penubuhan masjid berseni bina Cina sejak Macma ditubuhkan pada 1994. Namun, hasrat ini mula disuarakan pada 1996 dan menjadi semakin berkumandang pada 2000 hingga sekarang. MACMA berterusan menemui menteri-menteri yang menjaga hal-ehwal Islam untuk merealisasikan hasrat tersebut sejak sekian lama. Usaha berterusan itu akhir-akhir ini kelihatan mendapat respons positif serta sokongan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Datuk Zahid Hamidi. Menurut Redhuan, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu agar usaha ini disegerakan. Perbincangan tentang tapak pembinaan di Kuala Lumpur sedang diadakan dan cadangan supaya dibina ditempat yang strategik berhampiran kawasan majoriti orang Cina, dan paling sesuai, di tapak bekas Penjara Pudu. Pada pandangan masyarakat Cina, kawasan bekas tapak penjara tersebut, tidak sesuai untuk dibangunkan sebagai pusat komersial kerana keadaan yang sentiasa penuh sesak. Sekiranya kawasan tersebut dijadikan sebuah masjid berseni bina Cina, ia mampu menjana ekonomi negara dari sudut pelancongan dan pusat dakwah. Beliau juga menepis anggapan segelintir pihak yang mengatakan pembinaan masjid Cina akan memecahbelahkan masyarakat, merosakkan keharmonian dan perpaduan kaum di negara ini. Jelas Mohd. Ridhuan, pandangan golongan ini menunjukkan kedangkalan pemikiran dan kegagalan mereka untuk melihat Islam sebagai agama yang bersifat sejagat atau universal.

Bollywood ICON: Kecelaruan akidah

Salman Khan: Abdul Rashid Salim Salman Khan, is the eldest son of celebrated screenwriter Salim Khan and his first wife Salma Khan (maiden name Sushila Charak). He has two brothers, Arbaaz Khan and Sohail Khan, and two sisters, Alvira and Arpita.
Sharukh Khan: Was born in 1965 to Muslim parents of Pathan descent in New Delhi, India. His father, Taj Mohammed Khan, was an Indian freedom fighter from Peshawar, British India. His mother, Lateef Fatima, was the adopted daughter of Major General Shah Nawaz Khan of the Janjua Rajput clan. Shahrukh Khan's father came to New Delhi from Qissa Khawani Bazaar in Peshawar before the partition of India, while his mother's family came from Rawalpindi. He has an elder sister named Shehnaz. Shahrukh Khan has claimed that his grandfather is from Afghanistan and he himself been to Afghanistan and speaks some Farsi as well
Aamir Khan : Was born in Bandra's Holy Family Hospital, Mumbai, India in a Muslim family that has been actively involved in the Indian motion picture industry for several decades. His father, Tahir Hussain, is a film producer while his deceased uncle, Nasir Hussain, was a film producer as well as a director.He is a descendant of the Muslim scholar and politician Maulana Abul Kalam Azad. He is also a descendant of former President of India Dr. Zakir Hussain and a second cousin to former Chairperson of Rajya Sabha Dr Najma Heptullah

Saif Ali Khan : Was born into the family of the Nawabs of Pataudi. His grandfather, Iftikhar Ali Khan Pataudi, was the Nawab of Pataudi as well as an accomplished cricketer who played for England and then for India as the captain of the team. His grandmother was Sajida Sultan, Begum of Bhopal and his great-uncle was Pakistani general Nawabzada Sher Ali Khan Pataudi. His father, Mansoor Ali Khan Pataudi, like Nawab of Pataudi Sr., was not only the Nawab of Pataudi but also a former captain of the Indian cricket team. His mother, Sharmila Tagore, is a Bengali Indian film actress, head of the Indian film censorship board and a relative of the Nobel laureate - Rabindranath Tagore. Sharmila Tagore converted to Islam, due to her marriage of Mansoor.

Farah Khan Kunder: born 1965 is an Indian film director and choreographer. She is known for her choreographical work in numerous Bollywood films, as well as directing the films Main Hoon Na and Om Shanti Om. Khan has choreographed dance routines for more than a hundred songs in well known films such as Kabhi Khushi Kabhi Gham. Her father is Kamran Khan. She first choreographed the film Jo Jeeta Wohi Sikander, which was an Aamir Khan starrer. This was followed by many more songs which became national hits. Farah Khan married Shrish Kunder, the editor of Main Hoon Na, according to Hindu and Muslim tradition. She has recently choreographed her husband's directorial debut Jaaneman and Karan Johar's Kabhi Alvida Na Kehna. In addition Khan has worked on international projects such as Marigold: An Adventure in India, and Monsoon Wedding

Dilip Kumar (Mohd Yusuf Khan): He was born Muhammad Yusuf Khan, in Qissa Khawani Bazaar in Peshawar, in the then Undivided India. Peshawar is part of Pakistan since 1947. Yusuf Khan was born in a pashto-speaking Afghan family of twelve children. His father, Ghulam Sarwar was a fruit merchant and owned large orchards in Peshawar and Deolali in Maharashtra near Nashik. The family relocated to Mumbai in 1930s and in the early 1940s Yusuf Khan moved to Pune and started off with his canteen business and supplying dry fruits.
He was spotted in Crawford Market fruit stall which was run by his father, by a leading director from Bombay Talkies of those years, Amiya Chakravarty who was a protege of Devika Rani. Devika Rani, who was also the wife of the founder of Bombay Talkies, Himanshu Rai, and helped his entry into the Bollywood film industry. Mr.Amiya Chakravarty also gave him the screen name of Dilip Kumar and starred him in Dilip Kumar's first movie Jwar Bhata. Devika and her husband Roerich spotted the young and smart looking Yusuf Khan in one of Pune's military canteens. (Dilip Kumar diberitakan pernah meminta fatwa mufti India untuk menggunakan sumber dari lakonan bagi menunaikan fardhu haji)

Feroz Khan (abang Sanjay Khan), born September 25, 1939, sometimes spelled as Firoz Khan or Feroze Khan is one of Bollywood's famous actors, film editor, producer and director. He is the father of the young and popular actor Fardeen Khan Feroz Khan was born in Bangalore, India. His father was Sadiq Ali Khan Tanoli, who was an Afghan originally from Ghazni province of Afghanistan and his mother (Fatima) originated from Iran. He has three brothers Sanjay Khan, and Akbar Khan. After his schooling from Bangalore, he arrived in Bombay where he made his debut as second lead in Didi (1960)

Sanjay Khan, born as Abbas Khan, January 1941, is an Indian film and TV actor as well as producer and director. Abbas (Sanjay) Khan was born in Bangalore, India to a Afghan father Sadiq Ali Khan Tanoli and a Persian mother, Fatima. His two brothers, Feroz Khan and Akbar Khan also work as actors, while his third brother Sameer is not connected with the tinsel screen. He is married to Parsi Zarine Khan. He has three daughters and a son. Elder daughter Farah (married to DJ Aqeel), second daughter Simone (married to Ajay Arora) and his youngest daughter Suzanne Khan (married to actor Hrithik Roshan). His only son Zayed Khan is an actor. Sanjay Khan became grandfather on March 28, 2006 of a boy named Hrehaan, Hrithik Roshan's and Suzanne Khan's first child. Sanjay Khan's Daughter-in-Law is Malaika Parekh who is married to his son Zayed Khan.

Nargis was born as Fatima Rashid, the daughter of the Allahabad-based Muslim singer, Jaddanbai and a Hindu Mohyal father of Rawalpindi, named Uttamchand Mohanchand.[7] Her only brother, Anwar Hussain, also became a film actor. Nargis went on to marry actor Sunil Dutt (himself a Mohyal from Jhelum, British India). Reportedly, Dutt had saved her life from a fire accident on the sets of Mother India.[8] The couple married on March 11, 1958 and had three children together: Sanjay, Namrata, and Priya. Sanjay Dutt went onto become a very successful film actor. Namrata married actor Kumar Gaurav, son of veteran actor Rajendra Kumar who had appeared alongside both Nargis and Sunil Dutt in Mother India. Priya became a politician, and since 2005 has been a Member of Parliament (Lok Sabha).

Mumtaz: was born to Abdul Sameed Askari and Sardar Begum Habib Agha on July 31, 1947. She entered Bollywood at the age of twelve. She married millionaire Mayur Madhvani on May 29, 1974, they have two daughters: Natasha and Tanya. Her daughter Natasha recently married actor Fardeen Khan, the son of Feroz Khan, in a lavish ceremony, in December 2005. Her sister Mallika is married to young brother of famous wrestler Dara Singh. They have a son named Shaad Randhawa who just started working in Bollywood movies like Woh Lamhe. Mumtaz had acknowledged that she has successfully battled cancer and that she and her husband have overcome personal problems in their marriage

Lagi penangan perasan; KERANA MACAM PELAKON BOLYWOOD

Tolak ustaz untuk pilih lelaki Bangladesh, itulah pengakuan pelajar tahun tiga Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nor Syuhada Naina Mohamad, 23, kepada bekas majikannya sebelum dia disedari menghilangkan diri. Pengusaha restoran itu berkata, Nor Syuhada yang bekerja sebagai juruwang pernah mengadu dia akan dijodohkan dengan rakan abangnya yang sama-sama menuntut di Mesir tetapi gadis itu menolak mentah-mentah pilihan keluarganya itu.
Hamdan memberitahu, Nor Syuhada begitu menyukai seorang lelaki Bangla bernama Rauf dan kerana lelaki itu kelihatan kacak bagaikan pelakon Bollywood. Dua minggu sebelum melarikan diri dengan Rauf, Nor Syuhada pernah memberitahu rakan karibnya bahawa dia mahu mengahwini lelaki tersebut.

Jangan lupa malam ini: Himpunan bantah Israel di Kajang

Program himpunan membantah kezaliman zionis Israel akan diadakan di masjid Jamek Pekan Kajang selepas solat Hajat pada malam 27 Januari ini.
Selepas menunaikan solat isyak dan Hajat program akan diteruskan dengan ceramah oleh:
Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Kamal Ashari

Ketua Penerangan Pemuda Selangor, Sany Hamzan dan

wakil pelajar.
Semua umat Islam yang membantah kekejaman dan kezaliman zionis Israel dijemput hadir menyertai bantahan tersebut.

Isnin, 26 Januari 2009

Kesan Wimax dan HSBB


Kita telah maklum kesan wifi dan medium sewaktu dengannya, lebih tepat internet yang dibawa oleh arus permodenan. Media tradisional kelihatan seperti hilang bisa bila berdepan dengan media internet. Kalau sebelum wujudnya media internet melalui wifi, streamyx, 3G, 3.5G, HSDPA, media letronik tradisional yang dikuasai pemerintah begitu bermaharajalela. Ketidakadilan liputan media terserlah lebih-lebih lagi suara pembangkang melalui media dinafikan, Pembangkang tidak akan diberikan peluang muncul diradio atau kaca tv menerangkan perjuangan mereka, apa lagi mendapatkan lesen penyiaran radio atau TV. Takdir Allh siapa pun tidak boleh halang, memang takdir tersurat penguasaan UMNO/BN sebagai pemerintah bakal berakhir dengan wujudnya media baru menyaingi media tradisional. Sejak mulanya perkembangan media baru, kuasa politik BN/UMNO mula merosot seiring dengan perkembangan maklumat yang sampai kepada rakyat. UMNO BN tidak lagi memonopoli maklumat biarpun masih memonopoli penyiaran berita tradisional. Rakyat boleh mendapatkan maklumat alternatif dari bermacam saluran melalui kemudahan internet. Kesannya satu demi satu penguasaan BN/UMNO ke atas kerajaan negeri dan parlimen jatuh. Bermacam cara dilakukan supaya BN/UMNO kembali ke asal, namun ituloah takdirnya. Mentaliti rakyat sudah berubah, mentaliti pemimpin BN/UMNO masih di tahap yang sama. Apalagi dengan kehadhiran WIMAX yang disokong oleh kedatangan HSBB(High Speed broadband hingga ke tahap Gbps), dimana maklumat boleh berlaku secara duahala dari mana-mana dengan lebih efisyen, maka suara jeritan talian hayat BN/UMNO akan tenggelam bersama keangkuhan pemimpinnya. Sidang video, webtv, berita, siaran langsung ceramah boleh diakses serta-merta dan dimana-mana sahaja dan berkualiti, akan terus menenggelamkan penyiaran tradisional, dan mungkin keterlaluan kalau saya katakan penyiaran tradisonal juga bakal menemui ajalnya.

Dr Abu Hasan: Politik Harapan...

Saya amat tertarik ungkapan yang baru saya dengar, datangnya dari seorang pensyarah yang kreatif, Dr Abu Hassan. Beliau melontarkan dan memaklumkan desakan ini dalam wawancara khas dengan http://www.tvpas.com/ melalui siri Kubik Minda saluran tv internet itu. Kajian itu dibuat ke atas golongan muda, khasnya di Kuala Terengganu menjelang pilihan raya kecil baru-baru ini."Yang sedihnya tidak ada mana-mana calon atau pemimpin politik yang mengambil kisah perkara ini dalam ucapan dan kempen mereka," kata Abu Hassan.Katanya, suara golongan ini tidak akan diperolehi dalam mana-mana media tradisional tetapi dalam internet iaitu facebook, blog dan sebagainya."Di Kuala Terengganu, politik harapan telah berjaya mendominasi pengundinya berbanding politik takut kerana inilah suara anak muda hasil dari pengaruh kempen Barack Obama di Amerika,".

Ahad, 25 Januari 2009

Dahlah tu salahkan Wan farid...


DIDAKWA ELITIS, "Apakah benar saya seorang elitis?' kata Wan Farid. Penjelasan Wan Ahmad Farid bermula dengan tulisannya bahawa beliau dilahirkan di Kampung Tanjung Surau Pasir - di sebuah rumah kayu yang disewa ibu bapanya. "Sehingga hari ini, rumah ini masih wujud. "Yang jelas, saya tidak dilahirkan di mana-mana hospital. Saya tidak pernah bersekolah tadika - terus ke darjah satu ketika usia tujuh tahun," kata beliau. Wan Ahmad Farid menambah, beliau ke sekolah dengan menaiki beca bersama-sama abang dan dua sepupunya.
"Ya, empat orang dalam satu beca. Hatta semasa ayah menjadi Pegawai Daerah Kemaman pun saya masih menaiki beca ke sekolah. "Hanya apabila saya di Tingkatan Satu saya menaiki bas sekolah," katanya lagi.

Bolehlah mulai sekarang hentikan meletakkan kesalahan kepada Wan Farid. Yang jelas, rakiyat KT bukan menolak Wan Farid semata-mata, tetapi lebih dari itu, UMNO. Ini telah diakui oleh BN, pleh IMNO oleh para pemimpin UMNO dan penasihat dalaman UMNO Tun Dr Mahadhir dalam blognya.

Lebuhraya Kuala Pilah 2

Projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah di jangka siap tahun ini
25/01/2009 3:26pm
SEREMBAN 25 Jan. - Projek lebuh raya Seremban-Kuala Pilah yang menelan belanja RM250 juta dijangka boleh dibuka kepada semua kenderaan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu, sehingga kini kerja-kerja pembinaan masih lagi giat dijalankan oleh pihak pemaju.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri menjangkakan lebuh raya itu boleh digunakan oleh orang ramai menjelang Mei atau Jun tahun ini.
``Namun kita perlu memastikan terlebih dahulu tiada kecacatan dan ia selamat untuk digunakan apabila siap kelak,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohamad berkata, beliau gembira dengan perkembangan keseluruhan projek berkenaan yang disifatkannya sebagai berjaya.
``Pembinaan lebuh raya ini dapat mempercepatkan perjalanan orang ramai yang sebelum ini terpaksa mengharungi Jalan Bukit Putus,’’ katanya.
- Utusan

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina dari GMU

Pinjam gambar Tahun Baru Cina dari Cina Islam. GMU juga mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru kepada kawan-kawan berbangsa Cina. Kekalkan persefahaman kita bina Malaysia Baru.

Tahu tak pe...

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan Umno dibawah pemimpin Dato Seri Abdullah sudah menyimpang jauh dari jalan yang lurus, dan perjuangan Umno yang sebenar.
Malah katanya oleh sebab itu ahli-ahli Umno pun tidak lagi pegang kepada matlamat perjuangan untuk bangsa, agama dan negara termasuk setia dan patuh kepada pemimpin tanpa mengambilkira apa yang dilakukan olehnya.
"Sesungguhnya banyak kesalahan dan dosa yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan UMNO dan konco-konconya.
"Saya boleh senaraikan semua kesalahan yang dilakukan oleh Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Presiden Umno dan Perdana Menteri. Tetapi ia terlalu panjang. Memadai jika saya sebut beberapa sahaja yang menyebabkan saya tolak Umno sekarang," katanya dalam blog peribadi beliau

Obama gesa Riyadh sekat Hamas

Presiden baru Amerika Syarikat, Barack Obama mula menunjukkan sikap anti HAMASnya bila meminta bantuan pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah supaya menyekat kegiatan menyeludup senjata ke Gaza selain menekankan pentingnya hubungan Washington dan Riyadh dalam perbualan telefon pertama dengan pemerintah Arab itu. Dalam panggilan kepada Abdullah, Obama juga menyatakan penghargaannya atas usaha pemimpin Arab Saudi itu kerana menyokong dialog antara agama serta inisiatif damai di Asia Barat. "Beliau meminta sokongan Arab Saudi dalam usaha menamatkan penyeludupan senjata ke Gaza serta menyatakan minat meneruskan kerjasama antikeganasan," menurut kenyataan Rumah Putih. Realiti, apa yang diharap kepada siapapun presiden Amerika , mereka sudah dipakaikan kacamata Israel, keganasan Israel baginya nampak untuk kebaikan, biarpun sembelih manusia hidup-hidup atas alasan memerangi keganasan.

Aktiviti DUN Bangi




Minggu ini ada beberapa program masyarakat telah dan akan dilangsungkan oleh DUN Bangi. Antaranya program Skim Mesra Usia Emas yang telah diadakan di Pusat Komuniti Seksyen 5(West Country), Kajang. Satu lagi program ialah pelancaran "Save Gaza" yang diadakan di Kompleks PKNS, Seksyen 8 Bandar Baru Bangi dimana lebih RM 50 ooo berjaya dikutip pada hari pelancaran tabung "Save Gaza" tersebut. Sasaran ialah RM 100 000.

Lebuh raya Kuala Pilah

Terkenang semasa pulang ke kampong isteri di Kampong Dangi Kuala Pilah, ketika itu saya melalui jalan Bukit Putus. Jalan tersebut baru dimulakan pembinaan lebuhraya Kuala Pilah-Seremban. Bila sampai di Paroi sebelum mendaki Bukit Putus saya di penatkan oleh kesesakan luarbiasa. Kadang-kadang fikir buat "U turn" sahaja dan pilih jalan Rembau. Kadang-kadang fikir ah.. tak payahlah, kejap je tu, mungkin lori di depan susah nak potong. jadi ikut je lah bersama pemandu lain mengharungi keadaan sesak menyusuri Bukit Putus. Bila sampai pertengahan Bukit, baru saya tahu kenapa sesak...bukan sebab ada lori yang kurang power tak boleh naik bukit, .... kerana...kera-kera dan monyet-monyet Bukit Putus buat demo. Mungkin demonstrasi kawasan kediaman di robohkan oleh pemaju lebuhraya. Yang lawaknya tu ada yang baring atas jalan, ada yang cari kutu tepi jalan, ada yang buat jimnastik atas dawai telefon dan sebagainya. Saya tak sempat mengira jumlahnya tetapi sangat banyak, kalau tak sampai ribu pun ratus-ratus ekor. Saya tak pasti Jabatan Perhilitan ambil tindakan atau tidak kerana semasa pulang ke Dangi dua minggu lepas, awal 2009 masih ada lagi monyet-meonyet tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit. Saya gelihati mengingati peristiwa itu, dalam hati saya usahkan manusia, monyet pun pandai berdemnstrasi bila hak asasi mereka di nafikan..

Sabtu, 24 Januari 2009

Message to Presiden O Bama

IslamOnline, CAIRO — A galaxy of Muslim scholars thinkers, political activists and academics have penned an open letter to U.S. President Barack Obama urging him to begin his reign by remedying injustices inflicted on Arabs and Muslims for peace to prevail and America to restore its image.
"Civilization cannot flourish and peace and security cannot be enjoyed by the world unless justice prevails on the ground and dominates international relations," said the letter, a copy of which was obtained by IslamOnline.net.
It listed the injustices that need to be alleviated in order to end hostilities and promote peace in the world.
"No other nation in history has suffered injustice like the one inflicted upon the Palestinian people," the Muslim leaders wrote."This fact might have been ignored by the U.S. in response either to some financial, political or media pressure or to ideological illusions, legends or electoral ambitions."
The signatories include Sheikh Yusuf al-Qaradawi, president of the International Union of Muslim Scholars (IUMS), Rashid Al-Ghanoushi, Secretary General of Al-Nahdha Movement in Tunisia, Qazi Hussein Ahmad, leader of Pakistan's Jamaat-e-Islami, and Ali Sadruddin Al-Bayanoni, head of Syria's Muslim Brotherhood.
The letter affirms that normal relations with Arabs and Muslims can not be reached "unless the injustice inflicted upon the Palestinian nation" is lifted and "unless the Iraqi and Afghan sovereignty is retained."
Obama, who was sworn-in as America's 44th and first black president on Tuesday, January 20, has vowed a new start with the Muslim world.
"To the Muslim world, we seek a new way forward, based on mutual interest and mutual respect," Obama said in his inauguration speech, watched by millions around the world.

2 persepsi berbeza

Pelik tapi benar
Persepsi 1: Kalau pemimpin PR ditangkap, nampak sebagai hero, sebab ditangkap kerana membela rakyat, buat perhimpunan haram, buat ceramah penerangan tanpa permit

Persepsi 2: Kalau pemimpin UMNO/BN ditangkap, nampak macam penyangak bsear, sebab ditangkap kerana rasuah, bunuh orang, salahguna harta rakyat dan sebaginya

Singh Malaysia yang hebat..

Semasa kecil saya di ajar wirid tentang Singh, keci-keci macam guli bila besar macam ragbi. Walaupun sudah lama masyarakat budak-budak berulang-ulang menyebutnya, saya tak faham sebab kat kampong saya tiada langsung Singh, sehinggalah berkawan dengan sahabat karib saya seorang singh dari Johor. Baru saya faham, oh dia perli Sarban Singh la ni...Bila saya bekerja ada satu wirid baru pula iaitu keci-keci jaga lembu, bila besar jaga bank. Dalam hati saya, apasal masyarakat kita ni suka dan seronok memerli orang lain, bangsa lain, sedangkan kita bermasyarakat dengan berbilang kaum. Bukankah lebih baik mencipta ayat-ayat yang boleh merapatkan semua rakyat Malaysia tanpa perkauman, budaya, etnik dan kepercayaan. Saya puji Allahyarham P Ramlee, mengambil watak seorang jaga, singh memerli balik orang Melayu "Nama sahaja orang Melayu, sikit hadat pun tada, apa panggil orang hoi, hoi, hoi, ingat saya ini kayu ke, tunggul ke, batu ke?. kalau macam ini macam mana awak punya bangsa mau maju?, nasib dia.. dia makan, apa salah makan sama-sama". Ha tu dia...baru kena penangan Singh pulak padan muka. Kalau tuan-tuan perasan sumbangan Singh kepada Malaysia hebat...
> Pemain bola - Serbegeth Singh, Santokh Singh
> Penyanyi - Jagdev Singh/Datuk DJ Dave
> Pembaca berita yang masih gagah - Harjit Singh Hallon
> Peguam terhebat - Karpal Singh
> Ahli koporat sukan - G Singh Gill
> Pemberita terhebat (dapat anugerah Maal Hijrah lagi) - Karam Singh Walia
> Pelumba kereta - (lupa pulak namanya..)
> dan lain-lain..

Yang paling tak lupa seorang kawan lama saya bernama Jaswant Singh (kami panggil just one Singh sebab setelah Karpal Singh, Karam Singh so tinggal kawan saya ni, just one Singh...), berkawan sejak mula-mula bekerja lagi, bila mandapat hidayat, memeluk Islam mengambil nama Ridhuan Abdullah, orangnya hebat, warak dan sejak lebih 10 tahun lalu telah membuka agen pelancongan serta membuat pakej umrah, ada cawangannya kat BB Bangi ni..

Ahlan wa Sahlan Wani@Wendy

Mungkin tidak ramai yang kenal pelakon dan penerbit filem juga drama TV, Wendy Wong. Saya sejak dulu secara tak sengaja selalu membaca kisah Wendy, yang kalau tak sila saya berkawan baik dengan pak Edi, eh silap Eddy Park juga pelakon, pengarah dan penerbit drama berbangsa Cina. Bila Eddy (Alif ) memeluk Islam saya berdoa dalam hati agar wanita ini juga mendapat hidayat untuk memeluk Islam. Entah mengapa, saya bukan kenal sangat, dan tak pernah tengok drama lakonannya tetapi hati kecil saya berkata Wendy seorang wanita yang baik, berbudi-bahasa, semoga di suatu masa dia akan menerima hidayah. Bila saya terbaca berita Wendy dah menjadi Wani, saya bersyukur kepadaNya bahawa gerak hati saya dimakbulkan. Setelah hampir dua bulan memeluk Islam, Wendy Wong atau nama Islamnya, Wani Wendy Wong Abdullah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Yacob Chik, 58, di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini, hari ini Jumaat semalam. Pada majlis yang serba ringkas itu, Wendy yang kini selesa disapa Wani menerima mas kahwin RM80 beserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki antaranya sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran yang mempunyai terjemahan di dalam bahasa Mandarin. Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak. Antara yang hadir ialah penulis lirik Habsah Hassan, Louisa Chong, Rubiah Suparman dan Ahmad Tarmimi Siregar. Ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut, Wani melahirkan rasa bersyukur setelah hubungan cinta mereka yang terjalin itu berakhir dengan ikatan perkahwinan dan mengakui dirinya tertarik dengan sifat prihatin Yacob, juga adalah salah seorang yang banyak mengajarnya tentang agama Islam. Wani dan suami dijadualkan berangkat mengerjakan umrah pada 15 Mac depan, selepas berbulan madu.
(Wani telah memeluk agama Islam pada 28 November lalu di rumah Habsah Hassan t di Taman Tun Dr. Ismail)

Janda kaya, Janda Baik, Janda berhias

Janda, istilah dan status yang ditakuti sesetengah wanita. Tetapi wanita ini meminta supaya dijandakan. Kebetulan punyai bekas suami yang terpalit dengan bermacam gosip dan scandal dengan wanita lain. Walaupun beritanya sensasi, menarik ramai orang menonton dan membaca kisahnya, saya sendiri sudah keliru sekarang. Islam mengajar kita menghormati satu sama lain, walaupun ditakdirkan tidak sehaluan dan berpisah anatara suami isteri. Jaga kehormatan masing-masing, jangan diwar-warkan segala titik bengik kesilapan dan kekurangan bekas pasangan kita. Saya keliru kerana mula-mulanya kita bersimpati dengan wanita ini bila heboh mengatakan lelakinya curang. Kemudian kita berpindah pula simpati kepada suaminya bila diceritakan suaminya diperangkap. Yang saya tak tahan dia mengangkut kru TV3 secara LIVE pergi menyerang maruah bekas suaminya di lokasi penggambaraan drama. Kalau tuan-tuan sendiri yang diserang begini, satu malaysia tengok, apa agaknya tuan-tuan rasa. Terlondeh habis sampai seluar kecil... Dan yang terkini saya tak tahan, diberitakan sejak mula kejadian hingga kini wanita ini sangat rapat, kata orang teman tapi mesra dengan seorang anak muda tampan. Diberitakan, ke lokasi bersama, ke mahkamah bersama, dan terkini ke China pun bersama. Saya berdetik terfikirkan....ada kena mengena ke kata-kata bekas suaminya bahawa dia diperangkap dengan cerita berdua-duaan ini...Lu pikir la sendiri, jangan tuduh-tuduh, jika tak benar berdosa kita..doakan saja yang baik, tiada salahnya jika membuka era baru..tapi kawin la..

Bila nafsu serakah bemaharajalela

Sudahlah merosakkan anak sendiri, tak mahu menanggung segala kejahatan yang dibuat, dan lagi memalukan bila lelaki keparat ini cuba lari selepas dijatuhi hukuman, kerana rogol anak kandungnya. Saya malu nak mengatakan keparat ni seorang bapa,... seorang bapa, seorang ayah tak akan tergamak merogol anak sendiri, yang dibela dari bayi merah, merenung teriak-tangisnya dalam pangkuan. Walaupun dihukum penjara 69 tahun, tambah dengan 30 sebatan selepas disabitkan dengan tiga pertuduhan merogol anak kandungnya, ia tak memadai berbanding dosa kebapaannya terhadap anak sendiri. Orang seperti ini sepatutnya dihukum rejam ditengah simpang empat mana-mana jalan di Shah Alam ini, sampai mati. Sikap gila dan tidak bertanggung jawab lelaki ini lebih terserlah bila nekad terjun ke kawasan pembinaan di belakang bangunan kompleks mahkamah untuk melarikan diri. Baru berumur 39 tahun itu, anak sudah lapan, tidakkah kepala hotaknya yang berjambul itu fikir, bagaimana nasib anaknya yang lain bila dipenjarakan 69 tahun, nasib anaknya yang dirosakkan pula tentu gelap masa depannya, dan tentunya si isteri,...kehilangan tempat berpaut untuk menyara 8 anak yag masih kecil..
Hai manusia...,manusia..sekali lagi saya mengucap masyaAllah dan waliazubillah min zaaliq

Jumaat, 23 Januari 2009

How many Muslims are there in the world?

(Pemandangan masjid KLCC, apa nama masjid dah lupa, diambil semasa menghadiri PC Fair Disember lalu)

At about 1.3 billion followers, Islam is the second most populous religion in the world. There are 50 per cent more Christians, but only about one per cent as many Jews. The Organization of the Islamic Conference has 57 members including both nations we associate with Islam – Egypt, Saudi Arabia, Pakistan, Iraq – and many we don't think much about at all – Kazakhstan, Kirgyzstan, Turkmenistan – or at least didn't until recently. There are 15 countries in which Muslims make up almost 100 per cent of the population. Besides the few million living in the U.S. and the hundreds of thousands in Canada, Muslims populate most of a wide swathe of land across North Africa through the Middle East and into Asia. Indonesia, with over 170 million Muslims, is the nation with the highest population of Muslims. Though difficult to establish with certainty, even the population of China may be about 10 per cent. (Exert from CBC New International)

Berapa kelajuan bas yang dibenarkan...?

Dah penat dah sebenarnya beleter pasal kenderaan berat yang memandu laju ni, pihak berkuasa tak peduli pun, buktinya senang saja, jika memandu dilebuh raya dengan kelajuan yang mengikut hadlaju contohnya 90km sejam disebelah kiri, anda pasti dipotong oleh bas express, lori treler dan berbagai kenderaan berat. Siapa yang memantau?...
Jadi apa nak heran degan berita tentang pakcik warga emas ini. Diberitakan semalam seorang warga emas mengalami cedera ringan apabila sebuah bas persiaran dari arah Jitra menuju ke Alor Setar merempuh rumahnya di Kampung Alor Senjaya. Suami mangsa, yang berusia 84 tahun, berkata kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu melibatkan isterinya yang berusia 82 tahun, yang berada dalam bilik utama di bahagian bawah rumah mereka sedang tidur selepas selesai menunaikan solat Subuh. Tiba-tiba suami makcik itu terdengar satu bunyi dentuman yang amat kuat dari arah luar rumah terus cuba membuka pintu bilik dan memanggil isterinya tetapi usaha membuka pintu tersebut gagal dan hanya mendengar suara perlahan isterinya dari dalam bilik.Yang peliknya dia ternampak sebuah bas berada di luar rumahnya yang sudah merempuh sebahagian daripada bilik yang diduduki isterinya itu. Beliau kemudiannya memanggil jiran bersebelahan dan mendapatkan bantuan daripada mereka untuk menyelamatkan isterinya dengan memecahkan dinding di sebelah luar rumah. Saksi kejadian pula memberitahu beliau terkejut apabila tiba-tiba melihat sebuah bas dari arah yang bertentangan dengan laju melanggar pembahagi jalan dan terus merempuh sebuah rumah itu. Beliau pasti pemandu bas tersebut memandu dalam keadaan yang sangat laju sehingga gagal mengawal bas sehingga berlaku insiden.

Kerana seksi sahajakah?




Rihanna janji tidak seksi, begitulah reaksi mesra penyanyi Barbados ini yang popular dengan lagu Umbrella, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty bakal menemui peminatnya dalam konsert Xpax Ignites Rihanna Live In Kuala Lumpur pada 13 Februari ini.
Dianggarkan penyanyi Amerika ini bakal beraksi di hadapan 12,000 penonton, berdasarkan sehingga kini satu perempat (3,000 keping) daripada jumlah keseluruhan tiket telah terjual. Begitulah dahaganya rakyat Malaysia kepada hiburan dan tanpa memperdulikan bantahan majoriti rakyat yang bersimpati dengan nasib warga Gaza konsert diteruskan dengan megahnya. Rihana berasal dari Saint Michael, Barbados, sebelum ini pernah dinobatkan sebagai pemenang Grammy Award manakala albumnya pernah mencatat jumlah jualan sehingga 10 juta unit di seluruh dunia. Biarpun penyanyi itu dilahirkan di Barbados, namun dia dilabelkan di bawah syarikat rakaman Amerika, Def Jam Records. Bercerita tentang isu boikot produk keluaran Amerika yang menyokong tindakan ganas rejim Zionis Israel menyerang dan membunuh kejam penduduk Palestin di Genting Gaza, penajanya memberi alasan bahawa konsert ini perlu dilihat dari sudut positif berkaitan hiburan. Antara lain katanya lagi, "Konsert ini merupakan sepenuhnya melibatkan muzik dan hiburan. Jadi, kita boleh cuba tangani isu ini secara berasingan dan tidak dicampuradukkan dengan isu politik" . Dengan harga tiket yang supermahal iaitu berharga RM128, RM158, RM198, RM288 dan RM328 bayangkan berapa banyak wang dari Malaysia akan mengalir ke Amerika, bercanggah dengan apa yang diwar-warkan, begitu sensitif dengan keangkuhan Amerika menyokong keganasan Yahudi yang membunuh setiap keturunan Palestine dari kanak-kanak, wanita dan semuanya yang berjumlah memelihi 1000 orang. Jadi pada saya masuk angin keluar asap, simpati kepada Gaza dengan segala derma berjuta-juta, protes Amerika saban minggu, bagi penganjur itu hanya gimik politik semata-mata, tak boleh dicampur-aduk dengan hiburan. Kesian rakyat Malaysia...kesian lagi kepada rakyat Gaza.

Khamis, 22 Januari 2009

Yang dah naik belum turun, dah nak tambah kenaikan

Kecoh gara-gara kenaikkan harga gula runcit dipasaran. Jangkanya harga gula akan naik selepas perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya bulan depan. Tindakan ini tentu sekali, tak payah ragu-ragu, akan menyebabkan kenaikan harga makanan berasaskan gula. Walaupun secara berlapik Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, kenaikan harga makanan itu boleh menimbulkan kebimbangan kepada pengguna, ekoran keadaan ekonomi yang tidak stabil sekarang, tapi bagi saya ianya lebih dari itu. Gula merupakan keperluan utama bagi sesetengah pihak walaupun bagi segelintir rakyat meningkatkan penggunaan gula dalam makanan akan meningkatkan juga bilangan pesakit kencing manis yang boleh membunuh. Namun pada mata masyarakat gula adalah penting lalu dengan sendirinya menaiikkan harga gula akan membuat kekecohan dalam masyarakat terbanyak.
Kekeliruan tentang kenaikan harga gula timbul apabila ada dua kenyataan berbeza, iaitu Ketua Setiausaha Kementerian mengatakan harga tidak akan naik kerana pihak kerajaan bakal menambah subsidi yang sedia ada.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Shahrir Samad pula berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa harga gula akan dinaikkan selepas perayaan Tahun Baru Cina atau selewat-lewatnya bulan depan.
Bagi saya dari segi moral, sebarang kenaikan apa saja harga barang akan membuatkan masyarakat semakin tidak menentu.

Janji Hussein O Bama

Obama janji baiki hubungan dengan dunia Islam
Presiden Barack Hussein Obama berjanji untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat (AS) dengan dunia Islam dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah jawatan semalam.
Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.
Obama, bapanya dan keluarga bapanya penganut Islam Kenya, menghabiskan sebahagian zaman kanak-kanaknya di Indonesia selepas ibunya, Ann Dunham berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia beragama Islam, Lolo Soetoro.
Majlis Perhubungan Islam Amerika (CAIR) mengalu-alukan ikrar Obama untuk menjalinkan hubungan lebih baik dengan dunia Islam.
Ahli Kongres Islam pertama AS, Keith Ellison berkata, kenyataan Obama itu merupakan tanda muhibah penting kepada umat Islam di AS dan serata dunia. “Saya yakin ikrar beliau itu boleh menjejaskan usaha al-Qaeda untuk menarik anggota baru kerana mesej mereka bergantung kepada kejayaan memburukkan AS sebagai negara yang memusuhi Islam dan dunia Islam,” kata Ellison. Tokoh Demokrat dari Minnesota itu percaya usaha Obama kelak untuk mengeratkan hubungan dengan dunia Islam akan menyukarkan al-Qaeda untuk terus menyebarkan mesej anti-Amerika.

Rabu, 21 Januari 2009

Celcom gagal memahami suasana

Dalam keadaan seluruh rakyat Malaysia memboikot keluaran Yahudi dan Amerika, Celcom menongkah arus menaja penyanyi Amerika yang dipanggil oleh mereka yang tidak sensitif kepada kesedihan penghuni Semenanjung Gaza yang dihenyak oleh negara haram Yahudi dengan bantuan dan sokongan Amerika. Jadi kalau Dewan Pemuda PAS membantah penganjuran konsert Rihanna Live in Kuala Lumpur pada 13 Februari ini atas alasan ia tidak sesuai dengan budaya tempatan dan sentimen menghormati rakyat Palestin memang betul dan tepat. Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan dalam tempoh terdekat kepada syarikat telekomunikasi tempatan, Celcom (M) Berhad yang menaja penganjuran konsert tersebut.
"Penganjuran konsert ini menunjukkan Celcom tidak sensitif dengan budaya ketimuran kerana keperibadian penyanyi tersebut boleh merosakkan akhlak masyarakat di negera kita khusunya golongan remaja," . Selain itu menurutnya, bantahan tersebut juga berasaskan kepada perkembangan terkini apabila rakyat disaran supaya memboikot produk-produk Amerika Syarikat (AS) yang selama ini menjadi sekutu kepada kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.
"Kita perlu boikot bukan sahaja produk malah artis-artis mereka bagi mengelakkan pengaliran wang ke AS. "Kita sibuk menderma untuk tabung kemanusiaan Palestin, tapi pada yang sama kita sumbangkan duit untuk konsert Rihanna yang secara tak langsung menyumbang kepada kekayaan AS yang akhirnya digunakan untuk kepentingan Israel," katanya.
Jelas Kamaruzaman, pihaknya sebelum ini pernah mengadakan perbincangan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang meluluskan permit penganjuran konsert tersebut.
"Kita sudah bincang dan mengemukakan surat bantahan kepada DBKL, tapi tiada sebarang reaksi positif, jadi nampaknya kita teruskan usaha bagi membantah penganjurannya dengan berjumpa dengan pihak pengurusan Celcom pula," katanya.
Bagaimanapun beliau berkata bantahan konsert tersebut bukan beerti PAS mengamalkan sikap antihiburan. "Kita bukanlah antihiburan, tapi kalau hiburan atau konsert yang dianjurkan itu bertentangan dengan tuntutan Islam serta boleh merosakkan akhlak, kita tetap akan bantah.
"Kalau dianjurkan konsert yang mengikut lunas Islam, sudah pasti kita akan menyokong," katanya lagi

UMNO dizaman kejatuhannya

Laporan yang dipetik dari Bernama hari ini memaparkan kejayaan Umno dalam permohonannya bagi mengetepikan satu keputusan mahkamah yang dibuat bagi kes saman sebuah syarikat yang membekalkan barangan pilihan raya bernilai lebih RM218 juta. Elegant Advisory mengemukakan saman sivil itu pada 23 Jun tahun lepas dengan menamakan bendahari Umno, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dan Umno, sebagai defendan. Dalam writ samannya yang difailkan, syarikat itu menjelaskan bahawa ia membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan dan penerbitan kepada Umno untuk pilihan raya ke-11 pada 2004 setelah diminta oleh Abdul Azim. Elegant Advisory berkata oleh kerana Abdul Azim meminta bekalan yang banyak dan permohonan dibuat dalam jangka masa singkat, ini menyebabkan syarikat itu melantik pihak ketiga (syarikat-syarikat percetakan dan pembekal lain) untuk menyediakan barangan itu pada masa yang ditetapkan, dan Abdul Azim tahu mengenainya.Syarikat itu mengemukakan invois sebanyak RM218,013,475 kepada Abdul Azim untuk pembayaran, dan pada 22 Mei 2004, satu surat dihantar kepadanya tetapi pembayaran masih tidak dibuat.

Saman pelajar pondok, elak penunggang jadikan sarban trend




Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok yang hanya berserban ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan adalah bagi mengelakkan amalan itu manjadi trend masyarakat. Masyarakat dikhuatiri tidak lagi melihat undang-undang sebagai kewajipan yang mesti dipatuhi apalagi menhormati undang-undang. Beliau khuatir sekiranya tindakan itu tidak diambil, lebih ramai pelajar khususnya daripada sekolah agama menggunakan alasan yang sama untuk tidak memakai topi keledar.
Sedangkan, tegas beliau, perkara tersebut seharusnya tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. "Polis mengesan trend remaja sekolah agama kini tidak memakai topi keledar. Kita takut ada pihak sengaja menggunakan alasan ini (untuk tidak memakai topi keledar)," katanya.
Semalam, Mahkamah Majistret Kota Bharu memerintahkan seorang pelajar pondok dipenjarakan dua hari setelah enggan membayar saman atas kesalahan menunggang motosikal dengan berserban. Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman itu setelah memilih tidak membayar saman RM90 yang diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra. Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman ketika menunggang motosikal kira-kira pukul 6.30 petang, 20 September 2007 di Jalan Pasir Tumboh di sini tanpa memakai topi keledar. Menurut KPN, pihaknya menyedari wujudnya kekeliruan takrifan lebai atau guru agama yang diberi pengecualian daripada memakai topi keledar dalam undang-undang jalan raya. Beliau berkata, sehubungan itu, takrifan mengenai perkara tersebut adalah perlu agar tidak timbul masalah semasa undang-undang hendak dikuatkuasakan. "Kita akan mendapatkan takrifan yang lebih jelas mengenai perkara ini daripada Peguam Negara. Polis di peringkat bawah hanya menjalankan tugas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada," jelasnya.
Pada saya takrifan lebai perlu ditambah bukan sahaja terhad kepada ustaz, guru agama, bahkan pelajar pondok. Mereka ini sudah sinonim dengan serban. Sejak dahulu lagi pelajar pondok seolah-olah diwajibkan berserban oleh tok-tok guru, bahkan mereka ini akan dikenakan tindakan disiplin jika tidak berserban. Cuma yang menjadi isu ialah bila keluar dari pondok ke jalanraya, pelajar pondok juga tertakluk kepada undang-undang jalanraya, di sinillah isu tersebut mesti diperjelaskan supaya pelajar pondok faham, pihak kerajaan juga kena perihatin dengan amalan pelajar pondok.

Bush kena baling kasut lagi

Hari terakhir George W. Bush di pejabat sebagai Presiden disambut dengan balingan kasut oleh penunjuk perasaan antiperang yang berhimpun di luar pagar White House. AP melaporkan seramai 500 orang berarak ke White House dan membaling kira-kira 40 pasang kasut ke arah pagar dengan disaksikan oleh para pelancong. Para penunjuk perasaan berkata, mereka berbuat demikian bagi menyokong tindakan wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi membaling kasut ke arah Bush dalam satu sidang akhbar di Baghdad Disember lalu. Tunjuk perasaan itu ditaja oleh Washington Peace Center dan disertai oleh veteran perang Iraq serta mereka yang menentang peperangan. Beginilah berakhirnya seorang Presiden yang angkuh, mengakhiri kariernya dengan kehinaan dimata dunia.

Adakah BN sudah berubah ekoran amaran-amaran rakyat?

Mungkin TIDAK....
> Rasuah politik masih berlaku
> Pemimpin BN maintain angkuh, terbaru apa kenyataan Dr Zahid Hamidi?, ada dengar, ada baca?
> Masih memperalat harta kerajaan setiap kali Pilihanraya
> Masih mengerah media perdana ikut telunjuk, terutama TV3 (tengok pembaca berita TV3 pun rakyat dah meluat, walaupun mereka hanya menjalankan tugas)
> Masih lekatkan lambang dacing disetiap projek kerajaan (bila pula dacing konsi dana setiap projek kerajaan, yang tau tu hasil cukai pendapatan dari kami, rakyat)
> Masih menjanjikan pembangunan melangit setiap kali pilihanraya
> Masih menganaktirikan negeri-negeri Pakatan Rakyat
> Masih tidak membenarkan MB dan KM PR memberi ucapan rasmi untuk rakyat negeri masing-masing melalui RTM negeri sedangkan RTM hak rakyat.
> Dan lain-lain...banyak lagi..lu pikirlah senndiri..

Selasa, 20 Januari 2009

Orang tua kutuk, rogol cucu saudara

MasyaAllah, wal-iazubillah, saya mengucap panjang bila terbaca kes seorang warga emas berusia 84 tahun menjadikan cucu saudaranya sendiri sebagai pemuas nafsu dengan merogol kanak-kanak perempuan itu yang baru berusia 10 tahun itu tanpa belas kasihan sejak setahun lalu. Bagaimanapun, perbuatan orang tua durjana itu terbongkar bila seorang jirannya ternampak dia berbaring di atas mangsa di rumahnya dalam keadaan mencurigakan. Mangsa yang juga murid tahun empat sebuah sekolah rendah, di sini, dikatakan tinggal berjiran dengan suspek di kampung berkenaan dan dimaklumkan mempunyai hubungan kekeluargaan. Suspek dikatakan sudah beberapa kali merogol mangsa sejak setahun lalu ketika ibubapa mangsa tiada di rumah. Mangsa yang dibawa ibunya ke Hospital disahkan terdapat kesan yang dipercayai dirogol. Ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berhubung kejadian itu. Susulan daripada laporan yang diterima, polis kemudian membuat serbuan ke rumah suspek malam Sabtu lalu dan menahannya untuk siasatan lanjut. Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan suspek direman bermula kelmarin untuk membantu siasatan.
Sehubungan kejadian memalukan ini saya teringat ceramah seorang ustaz yang membaca satu hadis Rasulullah yang menyebut Allah Taala tidak akan memberikan rahmat sedikitpun diakhirat kepada penzina yang tua, apalagi seorang perogol tua...Minta dijauhkan Allah..

Menjelang hit ke 50,000

Saya berbesar hati melihat hit GMU menghampiri 50,000 pengunjung semenjak diletakkan "counter"April 2008. Kalau dibandingkan dengan blog terkemuka memanglah 50k tiada maknanya, tetapi sebagai blog kecil, orang biasa yang jauh lebih kerdil dari Al-Brangi, 50k adalah jumlah yang amat besar. Jutaan terima kasih kepada pengunjung, sanggup klik ke GMU yang merupakan gerbang kepada blog dan portal yang hebat-hebat. Sasaran sebenar saya ialah sebagai blog portal yang mempunyai link ke mana-mana sahaja sesuai dengan tema gerbang dan mengurangkan artikel sendiri. Harapan saya seterusnya GMU akan dapat memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada pengunjung ke arah Malaysia yang Adil tanpa batas etnik dan anutan serta menjunjung dasar Islam yang hakiki.

Terima kasih kepada sahabat sekalian, teruskan mengunjungi Gerbang Media Ummah.

Isnin, 19 Januari 2009

Sebut betul-betul, Datuk Mahfuz Omar

ALOR STAR 18 Jan. - Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang ke-81 semalam seramai 38 penerima dianugerahkan Datuk Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk. Antara penerimanya ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dr. Abdul Isa Ismail, EXCO Kerajaan Negeri, Ir. Amiruddin Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Md. Rohsidi Osman, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul. Ahli Dewan Negara, Senator Ir. Zamri Yusuf dan Timbalan Speaker DUN Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad masing-masing menerima anugerah Setia Mahkota Kedah (SMK). Antara yang menerima Jaksa Pendamai (JP) termasuklah Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azamudden.

Utusan semakin terbuka?

Jangan lukakan hati lawan - Nik Aziz
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCANutusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU 18 Jan. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pemimpin parti dalam pakatan pembangkang tidak mengeluarkan kenyataan yang angkuh berikutan kemenangan parti itu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu semalam.
Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana tindakan mengeluarkan kenyataan negatif terhadap parti lawan bukan sahaja membawa gambaran yang tidak baik kepada parti malah menjejaskan persepsi masyarakat terhadap Pas.
"Jangan buat kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan kita buat kerja memperjuangkan parti adalah kerana dakwah.
"Kalau dia (pihak lawan) terluka, kita nak paut (pikat semula) dia tidak boleh. Jadi kita kena ingat, kerja kita adalah untuk akhirat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam. Calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kemenangan tersebut membuktikan dasar parti itu yang mahu merapatkan golongan Cina di negara ini dengan gerakan Islam semakin berjaya.
Katanya, ia sekali gus menyangkal dakwaan bahawa golongan Cina terutama daripada DAP sebagai ekstrem tetapi sebaliknya bersedia menerima pendekatan Islam yang diperjuangkan Pas.
"Saya juga menganggap kemenangan ini adalah kejayaan merapatkan kaum Cina terutama sekali daripada DAP dengan Islam," katanya.

Ahad, 18 Januari 2009

Membawa semangat 3B ke rumah dan kejiranan




Pelancaran 3B, Bangi Bandar Bersih telah dilancarkan Sabtu lepas oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar dan turut dihadiri oleh YDP MPKj Datuk Hasaan Nawawi, berjanji setia untuk menjadikan Bangi Bandar Bersih. Selain usaha bersungguh warga Bangi, bantuan MPKj amatlah penting sebagai penguasa majlis perbandaran, membantu orang ramai merealisasikan tujuan ini. Dengan kehadiran YDP MPKj sendiri tentunya bantuan MPKj terhadap setiap kempen kebersihan dapat diadakan.



















Sebagai warga Bangi sebahagiannya telah menyahut seruan 3B dengan mengadakan gotong royong peringkat kejiranan. Usaha ini mestilah berterusan bukannya bermusim supaya Bandar Baru Bangi selain dari Bandar Ilmu, menjadi bandar contoh dalam menjaga dan memastikan kebersihan rihani dan persekitaran.


Peringkat keluarga juga mesti digalakkan dengan mengambil masa santai Sabtu dan Ahad membersih dan menyusun persekitaran rumah supaya sedap mata memandang dan dapat menjauhkan pembiakan nyamuk terutama nyamuk Aedes yang membawa demam denggi dan chikungunya. Mungkin bagi menggalakkan warga Bangi bersungguh-sungguh menjaga kebersihan kejiranan dan diri sendiri YB ADUN Bangi boleh memperkenalkan piala kebersihan atau tambahan hadiah melancung dalam negeri kepada rumah paling bersih dan maintain bersih. Cadangan je..

Data undian kawasan majoriti pengundi Cina

Kampung Cina (82.6% daripada keseluruhan pengundi Cina)
BN menerima 1,125 undi
PAS mendapat 668 undi
Pulau Kambing (bercampur)
BN mendapat 1,223 undi
PAS memperolehi 958 undi
Pejabat Bandaran (bercampur)
BN mendapat 861 undi
PAS memperolehi 681 undi
Paya Bunga (bercampur)
BN mendapat 969 undi
PAS memperolehi 759 undi

Jadi PAS kalah dalam semua saloran yang ada pengundi Cina, walaupun dikhabarkan hampir tiada kelihatan pengundi Cina menuju ke bangsal panas BN, mungkin pengundi Cina sudah ada "mind set" tak perlu menonjolkan diri di Bangsal Panas, tetap pilih BN (MCA)?

Yang menarik dan yang jelik, apa yang tuan-tuan nampak?

(Apa yang tuan-tuan baca dari foto ini, rasanya inilah kematangan politik, betul kata Tan Sri pengerusi SPR, "they have fun")


1. Perubahan SPR dibawah Pengerusi baru, lebih mesra parti dan telus
2. Ujian ketulinan penerimaan rakyat, PKR sudah teruji, PAS sudah teruji tunggu giliran DAP
3. Kata DS Anwar, P036 petanda PR makin hampir menerajui kerajaan Pusat
4. Media perdana sudah sedar atau masih bermimpi adanya angin perubahan rakyat?
5. Perubahan rakyat Terengganu akan mengiringi negeri-negeri lain untuk berada dibawah pemerintahan PR
6. Akan berubah lagikah ROYALTI kepada IHSAN?
7. Adu domba media war-warkan perpecahan PR tak menjadi walaupun berlindung dibelakang Karpal Singh
8. Selepas ini layar besar LGE kemana pulak?, terima kasih LGE banyak jasanya ...
9. Rasanya warga KT tak suka karaoeke
10. Walaupun banner Gurindam Tok Guru dikoyakkan sbeleum matang oleh MBKT, tetapi sempat dihayati warga KT
11. Wan Farid katanya berkaraoke bersama cucu pemimpin PAS, apa kata ajak cucu pemimpin PAS tu sama-sama berjuang dalam PAS. Jadi cucu sahaja tak memadai.

12. Tidak seperti pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos lalu, pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berlangsung dalam mood 'pesta' tanpa dicemari insiden tidak diingini.

13. Walaupun berlaku 'ketegangan' di pusat pengundian, namun ia disifatkan polis sebagai keseronokan perayu undi. "Saya tafsirkan ia bukan ketegangan tetapi lebih kepada keseronokan mereka untuk meraih undi," kata Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan.

14. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof berpuashati dengan proses pengundian kerana ia telah berlangsung dengan baik. "Macam satu pesta, walaupun bersorak-sorak, tapi they have fun (mereka seronok)," katanya.

15. Perayu undi parti-parti bertanding mengetepikan ideologi politik masing-masing dan boleh duduk 'sebelah menyebelah' berbual mesra dan pada masa yang sama cuba meraih undi.

16. Tempoh berkempen 11 hari juga berlangsung tanpa insiden yang tidak diingini, mencerminkan kematangan pengundi dan petugas parti yang bertanding dalam kerancakan berkempen.

17. Dilaporkan, kira-kira 6,000 anggota polis bertugas sepanjang pilihan raya kecil Parlimen ini.

18. Seramai 63,993 pengundi telah mengundi mewakili 79.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi.


19. sila tambah...

YB yb MAWE ikrar tunai tanggungjawab

Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE, jangan salah tajwid nanti bunyi Mawi ni..), telah berikrar akan menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan pemilih kepadanya untuk mengetengahkan pelbagai isu, terutama isu tempatan di Parlimen sebaik sahaja dinobatkan sebagai AP P036 semalam. Tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat sudah bertambah kerana perlu menjaga empat DUN berbanding hanya satu DUN sebelum ini iaitu DUN Wakaf Mempelam. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundi P036 kerana memberi kepercayaan padanya untuk melaksanakan amanah kepimpinan bagi rakyat Kuala Terengganu. "Terima kasih juga pada SPR, polis dan semua petugas pilihan raya kerana menjadikan pilihan raya kali ini berjalan lancar," katanya.
Keputusan undian semalam MAWE memperolehi 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, calon Barisan Nasional (BN), Wan Farid (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin 193 undi.

Sabtu, 17 Januari 2009

Imej yang tercalar

(Rakyat Terengganu memenuhi Stadium menunggu perisytiharan kemenangn mutlak PAS dalam PRK P036 sebentar tadi)

Dengan kejayaan kedua Pakatan rakyat selepas memenangi PRK Permatang Pauh dan terkini Kuala Terengganu, imej hebat BN selama ini sudah semakin tercalar dan tak berseri lagi. BN tidak boleh lagi medabik dada bahawa PRK hak aku, tiada siapa boleh menang dalam PRK selain BN. Dengan kemenangan rakyat Kuala Terengganu ini membawa erti yang sangat besar kepada landskap politik Malaysia. satu demi satu kawasan Parlimen jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan tentu demi satu Ahli Perlimen BN berkurang. Jadi tidak hairanlah disuatu masa nanti BN hanya tinggal sejarah. Salah satu punca BN kalah ialah persaan meluat rakyat kepada perangai BN, pemimpin BN dan media-media pecacai BN terutama TV3. TV3 saban malam pada waktu perdana akan menghentam PR dengan berbagai tajuk dan slot. Dengan kemenangan PR ini diharapkan Tv3 sedar dari mimpi bahawa rakyat Malaysia sudah cerdik, terpelajar, maklumat memenuhi ruang yang membuatkan mereka tidak semudah itu menerima bulat-bulat dakyah TV3. BN sudah hilang punca, bukan Islam pun sudah bulat kepada PR, dimana diberitakan hampir tiada bukan Islam terutama pengundi Cina memasuki bangsal panas BN bahkan mereka memakai topi PAS, memakai T-shirt PAS dan membawa bendera PAS.
Kalau ada lagi pilihanraya kecil selepas ini saya jangkakan BN semakin fobia untuk menyertai..

Menyorot kembali mentaliti seorang pegawai Kementerian Penerangan

Saya sedut semula tulisan seorang pegawai Kementerian Penerangan yang di tulis di dalam kolum Berita Harian. Adakah begini sikap seorang pegawai kerajaan yag sepatutnya berkecuali di dalam menangani politik negara. Lainlah kalau yang menulis ini atas kapasiti Ketua Penerangan UMNO, kita akur.

Peluang cabut taring Pas, Pakatan Rakyat
Oleh Mohd Ayob Abd Razid
SABTU ini, seramai 80,325 pengundi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu akan menentukan nasib tiga calon yang bertanding untuk mewakili mereka di Dewan Rakyat iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari Umno mewakili Barisan Nasional (BN), Mohd Abdul Wahid Endut dari Pas mewakili Pakatan Rakyat dan Azharudin Mamat @ Adam (calon Bebas). Walaupun pertandingan bersifat tiga penjuru, perhatian ramai tertumpu kepada calon Umno dan Pas yang menjanjikan pertembungan sengit bagi merebut kerusi Parlimen itu. Kini, plot yang sedang berkembang dalam proses pilihan raya kecil Kuala Terengganu ialah aktiviti berkempen di kalangan parti berkenaan. Pastinya, momentum kempen akan menjadi semakin panas dan agresif dengan pelbagai isu diketengahkan merangkumi isu tempatan dan nasional. Yang menjadi persoalan ialah apabila ada isu yang dibawa tidak berpijak di bumi nyata dan berada di luar kotak logik.
Contoh terbaik ialah apabila konflik di Gaza, Palestin dijadikan modal oleh pembangkang seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyamakan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat seperti perjuangan rakyat Palestin menentang kekejaman rejim Israel. Datuk Mustafa Ali (Pas) pula menyamakan Pas seperti Hamas, manakala Umno seperti Fatah-PLO. Mereka yang kritikal dan waras melihat perbandingan yang dibuat itu sebagai keterlaluan. Rakyat Palestin ditindas, dibunuh secara kejam, diusir dan dizalimi dengan pelbagai bentuk kezaliman di luar batas kemanusiaan oleh Zionis Israel semata-mata untuk memenuhi agenda jahatnya merampas bumi Palestin. Apakah ini yang dilakukan Umno terhadap rakyat di negara ini? Adakah Umno-BN menjalankan pembunuhan dan pengusiran secara beramai-ramai ke atas rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat (PKR, Pas dan DAP)?
Apa yang berlaku ialah rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan parti yang mereka sokong menikmati hak yang sama seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kita ingin bertanya kepada parti pembangkang, adakah BN/Umno bertindak menggulingkan secara tidak demokratik kerajaan Pakatan Rakyat di negeri yang ditadbirnya seperti cubaan Fatah di Palestin bersekongkol dengan AS dan Israel untuk menggulingkan kerajaan Hamas di Gaza melalui pertumpahan berdarah pada Jun 2006. Di Palestin, kumpulan Fatah yang membentuk kerajaan di Tebing Barat dan diakui sebagai kerajaan sah oleh AS bertindak menangkap, membunuh dan memenjarakan sesiapa saja yang disyaki penyokong Hamas. Malah, mereka memusnahkan segala bentuk institusi pendidikan dan kedai milik Hamas. Fatah mengisytiharkan Gaza sebagai wilayah pengganas semata-mata kerana ia ditadbir oleh kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat secara demokratik. Adakah perkara sama dibuat oleh kerajaan Umno-BN ke atas kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah? Tidakkah Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat bagaimana kerajaan Pas di Kelantan meraih kemenangan lima penggal berturut-turut (sejak 1990) melalui pilihan raya bersifat demokratik yang diamalkan di negara ini. Berapa ramai rakyat Kelantan yang diusir, dinafikan hak tanah (tempat tinggal), dibunuh, ditembak dan dibom oleh kerajaan Umno-BN? Sekadar mengambil contoh rasuah untuk menyamakan Umno seperti Israel adalah sesuatu yang tidak relevan dan keterlaluan.
Tidakkah kerajaan Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP yang menjalankan tender terbuka ke atas projek tanpa menghiraukan kemampuan kontraktor Melayu untuk bersaingan sama seperti perangai Israel yang suka menindas kaum lemah. Bukankah dasar yang diamalkan Lim Guan Eng itu sebagai satu perancangan halus DAP untuk terus melumpuhkan ekonomi orang Melayu di negeri itu. Keputusan kerajaan Perak, pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas) menyerahkan hak milik tanah kekal kepada 11 penduduk kampung baru di Grik tanpa mendapat kelulusan Majlis Tanah Negara (MTN) juga menunjukkan Pas berada di bawah pengaruh dan telunjuk DAP. Mengapa kerajaan Perak gopoh membuat keputusan? Jawabnya, DAP melihat isu tanah itu mempunyai kepentingan kaum tertentu dan Menteri Besar hanya dijadikan rubber stamp DAP. Sentimen adalah di antara elemen yang mempengaruhi pengundi. Isu dan sentimen agama memang dekat dengan masyarakat Terengganu. Umno mesti mempunyai keupayaan untuk mematahkan hujah Pas yang licik memanipulasikan sesuatu isu dengan mengaitkannya dengan persoalan akidah, dosa dan pahala. Semuanya ini mempengaruhi sentimen pengundi, khususnya orang Melayu yang mewakili 88.2 peratus pengundi di Kuala Terengganu. Majoriti pengundi Melayu di situ akan menilai bentuk dan sentimen agama yang dibawa oleh kedua-dua parti Melayu terbabit. Kita mengharapkan mereka akan berfikiran rasional. Kelicikan Pas selama ini ialah pandai 'berpencak silat' mengikut tanah yang dipijaknya. Di negeri majoriti Melayu, terutama di Kelantan, Terengganu dan Kedah, Pas akan menggunakan sentimen agama, sementara di negeri lain ia akan bersandiwara dengan DAP dan PKR melalui slogan berkonsep 'negeri berkebajikan' dan konsep 'ketuanan rakyat'. Isu agama yang dibawa oleh Pas sering menimbulkan kekeliruan dan kebencian orang Melayu terhadap Umno. Justeru, Umno mesti mempunyai kemampuan untuk berhadapan dengan isu agama yang dibangkitkan Pas sepanjang kempen mereka di Kuala Terengganu. Apapun senario, keputusan pilihan raya itu nanti akan menjadi pengukur sama ada kekuatan Umno semakin pudar atau sebaliknya. Ia penting buat Umno dan BN seperti kata Datuk Seri Najib Razak iaitu 'pilihan raya kecil Kuala Terengganu sangat besar ertinya dan signifikan kepada Umno dan BN, bukan saja dalam konteks Terengganu, malah dalam konteks negara. Ia juga besar ertinya kepada masa depan Umno dan BN.' Kemenangan Umno juga membuktikan generasi muda masih menaruh harapan kepada perjuangan di samping ia turut memulihkan imej Umno yang tercalar selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 dan kekalahannya pada pilihan raya kecil Permatang Pauh. Umno perlu memastikan sentimen berpuak tidak berlaku di kalangan pemimpin Umno seperti terjadi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Sikap 'peteh keting' sesama sendiri sehingga sanggup mengetepikan kepentingan parti mesti dijauhi. Seluruh pemimpin dan petugas Umno-BN di Kuala Terengganu harus sedar bahawa di mata rakyat Umno sedang mempertaruhkan maruahnya. BN-Umno mungkin akan lebih tercabar dan tertekan sekiranya calon yang dipertaruhkan gagal mempertahankan kerusi Parlimen terbabit. Perlu diingat bahawa calon Umno, Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak pernah diuji untuk bertanding di Parlimen Kuala Terengganu dan ia dilantik Timbalan Menteri atas tiket senator. Justeru, kemenangannya penting untuk membuktikan bahawa ia adalah calon yang disenangi dan diterima oleh pengundi di Kuala Terengganu bagi meneruskan legasi Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Penulis ialah Ketua Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan (16 Januari 2008)

Media PR tak terkini


Sebagai pencari maklumat sangat terasa media kita walaupun boleh online melalui internet sangat lambat dikemaskini. Saya merata tempat mencari maklumat terkini PRK P036, tidak terdapat dalam mana-mana media PR samada Harakahdaily, Tranungkite, Buletin Online, Web PRK P036 dan sebagainya. Rasanya untuk masa-masa akan datang media alternatif kena lebih sensitif dan kreatif. Zaman ini kiraan masa sangat kritikal walauun satu minit.

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi. Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193undi, sekali gus hilang deposit.
Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.73 peratus atau 63,967 pengundi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi. Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu. Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi. (Sedutan Berita Harian Online)

Terkini PRK-P036 (PAS Menang PRK P036)



9.25 malam - PAS MENANG DENGAN MAJORITI 2,636 UNDI


Jam 7.00 malam: PAS masih mendahului dengan 168 undi

Jam 8.00 malam: PAS ketinggalan 104 undi

BN memperolehi 15,385 undi,

PAS mendapat 15,189 undi,

Bebas memperoleh 92 undi

Jam 8.30 malam: PAS kembali mendahului BN

(Setelah 47,580 kertas undi dikira)

BN memperolehi 21,884 undi

PAS mendapat 24,604undi

Jam 9.00 malam: PAS mendahului BN 2,424 undi (142 saloran)

PAS memperoleh 32,393 undi

BN mendapat 29,969 undi.

Calon Bebas mendapat 191 undi

>Syukur Alhamdulillah, tahniah kepada YB Mohd Abdul Wahid Endut sebagai AP Kuala terengganu yang baru

Pengundian ditutup 76% Mengundi, InsyaAllah PAS menang

Pengundian telah berjalan dengan lancar dan peluang bagi PAS untuk menang dikatakan cerah. Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Mutallib Embong berkata, peluang bagi calon mereka untuk menang kelihatan adalah cerah. "Berdasarkan senyuman dan isyarat dengan Izin Allah kami akan menang," beliau menambah, sehingga pukul 3 petang tadi peratusan mengundi sudah hampir 75 peratus. Mengenai kemungkinan faktor keyakinan itu, beliau berkata ia disumbangkan oleh sokongan pengundi-pengundi Cina. Dianggarkan lebih 75% pengundi Cina mengundi PAS.

Peringatan mustahak, pakai tali keledar belakang

Saman terhadap mana-mana pemandu kenderaan persendirian yang dikenakan pihak berkuasa kerana kesalahan penumpang tidak memakai tali pinggang belakang dalam kenderaan yang tidak dilengkapi kemudahan itu boleh dibatalkan:- Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.
"Jika ada kenderaan yang belum dipasang tali pinggang belakang tetapi mereka telah disaman, itu bukan dasar kami kerana dasar kami ialah untuk saman mereka yang ada peralatan itu tetapi tidak memakainya.
"Kami janji akan batalkan saman itu. Ini a janji saya," katanya selepas menyempurnakan program penggalakan pemakaian topi keledar di kawasan luar bandar dan bandar di Plaza Tol Sungai Besi (arah selatan) semalam.
Suret memberitahu, pihaknya mendapat maklumat terdapat pemandu yang disaman pihak berkuasa kerana kesalahan tersebut sedangkan kereta mereka tiada peralatan tali pinggang belakang.
"Jika ada pihak dianiaya atau tindakan salah diambil oleh segelintir pegawai yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan JKJR, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mereka (pemilik kenderaan) boleh merayu," katanya.