Kawan-kawan setia

Sabtu, 28 Februari 2009

Nasib bahasa ibunda

Bahasa Melayu sudah lama menjadi bahasa kelas ke berapa di Malaysia ini semenjak merdeka. Bila kita berada diperkampungan Melayu kita rasai Bahasa melayu masih wujud, tetapi bila melangkah ke alam lebih luas, alam persekolahan kolej, universiti, alam pekerjaan, alam media, alam sosial, alam perundangan, alam perubatan dan sebaginya, sebenarnya bahasa Melayu memang sudah terpinggir. DiKolej kita dikeliingi oleh bahan-bahan rujukan dalam bahasa Inggeris, kita bekerja dikelilingi oleh sesi mesyuarat dalam bahasa Inggeris, minit mesyuarat bahasa Inggeris, perbincangan bisnes dalam bahasa Inggeris, persembahan produk ke serata pelusuk negara dalam bahasa Inggeris. Di alam media buka radio, buka TV, bahasa Iinggeris didahulukan, papan iklan, membeli-belah, dimana bahasa Melayu... Jadi kebimbangan pecinta bahasa Melayu memang benar, umpamanya oleh sasterawan Negara Dato’ A Samad Said. Beliau rasa sangat dukacita dan bimbang tentang masa depan bahasa ibunda yang disifatkan semakin ‘kuncup’ , ‘nazak’ dan bakal ‘terkubur’. Semuanya gara-gara kerajaan Barisan Nasional tetap berdegil tidak mahu mempertahankan bahasa ibundanya sendiri. Sebagaimana BN mengenepikan institusi raja-raja Melayu begitulah keadaan dengan bahasa Melayu. Bila masanya isu bahasa akan menjadi penting bagi BN?, jawabnya bila ianya perlu diperalatkan demi kesinambungan politik mereka sebagaimana kes raja-raja Melayu sekarang ini. Dulu raja-raja Melayu dihina sehinggakan kedaulatan Sultan kelantan dipijak-pijak, dilantiknya Sultan Baru, di isukan kes Sultan membeli kereta Lamborgini tak bayar cukai dan macam-macam lagi yang mengelirukan rakyat. Sultan pernah dibahasakan binatang. Media pula pada masa tersebut saban hari menyiarkan filem-filem dan dokumenteri yang menunjukkan rendahnya akhlaq raja-raja Melayu zaman berzaman. Tapi kini, bila raja-raja melayu penting bagi BN untuk menghadapi dan menjatuhkan Pakatan Rakyat, raja-raja dilambung setinggi-tingginya. Tapi pada firasat saya, ianya hanya sandiwara BN sahaja, bila tidak perlu lagi, raja-raja melayu akan di ketepikan sekali lagi. Berbalik kepada kebimbangan para pejuang kedaulatan bahasa melayu, umpama Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata, beliau tidak ada wadah lain untuk mempertahankan bahasa Melayu, melainkan pentas PAS, yang masih mempunyai ruang dalam perjuangan ini.“Memang Gerakan Mansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (GMPPSMI) ini anjuran PAS dan memang saya akui itu. Menurut ‘Pak Samad’, seramai 65 orang profesor dahulu telah menyatakan sikap dan telah menyatakan pandangannya tetapi tidak diterima oleh kerajaan BN. Katanya, beberapa anjuran bagi bersemuka secara jujur dan ‘waras’ (baik) juga tidak diterima oleh pihak berkuasa. Bahkan, kata beliau fikiran serta pandangan daripada budayawan juga tidak diambil-kira oleh pihak kementerian. “Jadi apa lorongan yang tinggal dan kebetulan PAS memberikan pentasnya dan saya meminjam pentas itu". Apa yang beliau lakukan semata-mata kerana tidak mahu bahasa saya itu dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan. Sehubungan itu juga beliau turut menafikan telah ‘dibeli’ oleh pihak parti pembangkang dalam usahanya memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu PPSMI tersebut.

Jumaat, 27 Februari 2009

Ugut lagi..

Laporan media hari ini memaparkan TPM Najib memberi amaran sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa. Umum biasanya akan mengagak ugutan ini tertakluk kepada siapa yang melapor, tentunya ditujukan khas kepada PR. "Mereka akan terima padahnya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti. ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak. Berlainan sekali jika yang membuat laporan dari BN, segera disiasat dan diwar-warkan melalui segala media walaupun dakwaan itu belum tentu benar, kalau boleh yang tak benar sekalipun jika melibatkan pemimpin dan penyokong PR akan diusahan supaya memang benar. Rakyat telah maklum sikap double standard pemerentah sekarang, sudah lali..,cuma hukumannya belum ke tahap berjaya sepenuhnya. Kita akan cuban lagi menghukum pemimpin BN ini dlam PRU ke 13, InsyaAllah. Kita mahu mereka ini sedar Malaysia bukan hak milik peribadi pemimpin UMNO.
Kalaulah TPM Najib seorang yang patriotik menyayangi rakyat, tanpa mengira fahaman politik cakap sajalah "Perkara ini akan disiasat dan kita akan pastikan keadilan ditegakkan tanpa mengira siapa pelapor". Islam mengajar kita dengan jelas, contoh yang popular kes Saidina Ali Karramllahu wajhah, menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya, hakim memrintahkan kes itu disiaat tanpa peduli siapa. Rasulullah sendiri bersabda dengan tegas " Sekiranya anak aku Fatimah mencuri, akan dipotong tangannya". Islam sangat jelas dalam soal keadilan, siapapun tidakakan dianiaya.

Khamis, 26 Februari 2009

YB Karpal

Kalau masih ingat, dalam sidang DUN Kelantan sebelum ini, ADUN UMNO tidak mampu berhujah dengan ADUN PAS, disepaknya ADUN PAS. Di Parlimen pula pagi tadi puak-puak UMNO tak mampu berdepan dengan hujah undang-undang dengan YB Karpal di kepung YB Karpal dengan sumpah seranah. Mengikut pengamatan Yb Zulkifli Nordin ianya merupakan satu insiden yang sangat memalukan. (Berlaku dikawasan Parlimen) Dimana sekumpulan lebih kurang 15 orang Pemuda UMNO telah menghalang YB Karpal Singh daripada memasuki Dewan Parlimen. Speaker telah dimaklumkan mengenai insident tersebut dan mengarahkan pihak keselamatan Parlimen segera mengambil tindakan terhadap mereka.
Seperti kata YB Zul kita mungkin tidak setuju dengan sikap YB Karpal Singh bahkan saya dalam blog ini sudah banyak kali saya sentu, namun perselisihan kita biarlah secara hujah dan pendapat. YB Zul kata cabaran kita biarlah bertamaddun. Ada saluran tertentu yang kita boleh gunakan untuk membantah atau berbeza pendapat.

Rabu, 25 Februari 2009

Sikap sebenar IA

Cakap sebelum PRU:
Bersumpah tidak akan masuk UMNO sampai kiamat.
Mendakwa UMNO parti yang punah-ranah.
Merayu tak boleh jadi ahli PAS, jadi anak angkat, duduk tepi tangga pun tak apa.
Menggertak tunggulah bilabeliau masuk parlimen beliau akan gegarkan BN dalam parlimen.
Pak Lah, Najib akan kenal siapa IA bila bertemu diparlimen.
Lain-lain, tak jumpa rujukan...banyak lagi..

Cakap selepas PRU:
Hentam Pakatan Rakyat habis-habisan, apa saja tindakan PR semua tak kena pada IA.
Mengakui dan menyedari sikap berat sebelah beliau menjadi masalah kepada banyak pihak dalam PR.
Mendakwa Pas pada masa dulu memohon kerjasama beliau ketika parti berkenaan berada dalam keadaan kritikal dan hanya memenangi majoriti yang tipis.
Mendakwa PAS memperguna beliau kerana takut kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 memandangkan PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.
Mendakwa PAS menerima beliau walaupun tahu kelantangannya, kini apabila beliau lantang, marah pula.

Sebenarnya:
IA terliur sangat masuk semula UMNO, tak yakin tengoklah nanti, mula-mula bersyarat, bila UMNO buat pekak badak, tanpa syarat pun tak apa asalkan dapat menjadi ahli UMNO semula...Maka, lagi punah UMNO..

Selasa, 24 Februari 2009

Hospital Serdang

Mengambil kesempatan berulang-alik ke Hospital Serdang menjaga anak saya yang disana, saya paparkan foto menarik suasana di Hospital Serdang. Lokasi menarik dan strategik terletak dipinggiran Putra Jaya, Bandar Baru Bangi dan Serdang. jarak dari rumah saya di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi hanya lebihkurang 10km dan boleh tiba dalam masa 15minit. Disamping lokasi yang sesuai Hospital ini juga dilengkapi dengan peralatan yang terbaru.

Dengan keluasan yang sesuai, tempat letak kereta tidak menjadi masaalah buat pelawat dan keluarga pesakit. Bahkan pada hari minggu yang lalu, kelihatan masih banyak petak letak kereta yang kosong walaupun jumlah kereta yang pakir amat banyak. Begitu juga suasana dalam bangunan hospital juga selesa, tidak "crowded" sebagaimana hospital Kajang ataupun hospital-hospital lain sekitar KL. Tempat pakir khas untuk kakitangan kritikal seperti doktor pakar juga lebih dari mencukupi setakat ini.

Masaalah yang masih menghantui hospital ini sejak mula dibuka ialah kekurangan doktor. Malam pertama anak saya dimasukkan ke wad kecemasan, saya dapat perhatikan kekurangan doktor di sini amat kritikal. Dari makluman yang saya dengar yang dibuat selang 5 minit meminta pesakit dan keluarga bersabar kerana semua doktor sibuk kerana merawat pesakit. Ada keluarga mangsa yang saya "interview" sudah berada disitu selama 5 jam dan doktor masih belum "attend". Pada saya kalau sudah 5 jam bukan kecemasan namanya.


Keindahan bangunan dapat dilihat dari tempat pakir kereta



Jalan masuk ke wad kecemasan




Banyak lot pakir yang masih kosong walaupun masa melawat pesakit





Bahagian depan tempat pakir kereta penuh dengan susunan kereta pelawat







Lorong pejalan kaki berbumbung dari tempat pakir ke bangunan hospital







deretan ribuan kenderaan







Bumbung pejalan kaki dari hospital ke tempat menunggu bas diluar kawasan hospital








Isnin, 23 Februari 2009

Harga oh harga

Saya tak sempat menulis kerana sibuk menjaga anak perempuan yang masuk wad di Hospital Serdang sejak minggu lepas. Namun sempat juga mengerling tulisan-tulisan blogger hebat bila sesekejap pulang ke rumah. Sekaang banyak cerita panas Perak dan Selangor, gara-gara tak puas hati jadi pembangkang, selama ini dah bertahun jadi kerajaan.
Cerita saya kali ini lain sikit dari kepanasan politik, cerita pasal mahalnya caj makanan diluar, direstoran walaupun kualiti makanan tak seberapa. Pada hari Sabtu saya ke gerai makan beriani gam Putra Jaya yang berhampiran dengan hospital Serdang. Saya bertiga dengan isteri dan ank bongsu cuba selera beriani gam Johor. Kerana tiada tanda harga, saya agak nasi beriani campur air oren gelas plastik sekitar 7 ke 8 ringgit Malaysia jadi 8 kali 3 lebih kurang RM24. Sangkaan saya jauh meleset, bila kauter memberitahu saya RM48 untuk 3 orang makan. Saya takut dia silap kira, saya tanya petugas kaunter sekali lagi, berapa sepinggan nasi beriani, jawabnya RM14 campur air oren RM16, kali 3 jumlahnya RM48. Saya beritahu isteri saya di ternganga, spontan berkata "gerai macam teruk tu dengan harga macam hotel!". Nampaknya bagi kami orang berpendapatan rendah ni sekali sahajalah, tak mampu, lari bajet.

Petang semalam pula nak cuba gulai kawan Bandar Baru Bangi di Seksyen 7, nasi kosong dengan sup tulang dan teh 0 gelas kecil, berapa harganya RM8.00.

Inilah berkatnya minyak naik tempoh hari, walaupun dah turun dari paras harga asal, barangan keperluan tetap maintain MAHAL.

Ahad, 22 Februari 2009

Betul ke ni?

Kecoh seantero intrnet foto sebelah ini ialah anak kepada Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan. Entahlah saya tak kenal, siapa yang boleh sahkan. Raut wajahnya atau rupanya orang putih kata "innocent" tak kanlah boleh bawa berfail-fail bahan lucah kanak-kanak bawa umur, video lucah kana-kanak dirogol dan sewaktu dengannya. Saya berharap ianya tidak benar.


AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN

Sabtu, 21 Februari 2009

Abe Him, ambo tarik diri ...

Tindak-tanduk abe him (Datuk Ibrahim Ali) selepas menang Pasir Mas amat mengecewakan pengundi dan penyokong beliau. PAS yang menjadi mangsa amat tidak berpuas hati dengan dengan kelantangan Ahli Parlimen Pasir Mas ini, yang sering mengkritik parti itu, dan langkah terbaik ialah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Ibrahim Ali kini diibaratkan oleh rakyat meletak racun ke dalam periuk nasi yang dicedoknya. Dalam laporan MStar menyebutkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi. Kami sebagai rakyat setuju seratus peratus dengan label itu, apa tidaknya, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, Ibrahim Ali tidak sepatutnya sering menghentam PAS, tangan ynag menghulur persahabatan ikhlas kepada beliau. Kata Takiyuddin, "Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan". Takiyuddin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri berkata Ibrahim telah meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasan Pasir Mas ketika itu menolak cadangan itu namun akur dengan saranan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu," katanya.
jadi ambo yang selama ini berharap abe Him memihak kepada PAS dan bersama AP Pakatan menekan kerajaan BN supaya lebih telus dan adil merasa kami sudah silap memilih dan mengharap, jadi dengan rasminya kami sudah tarik diri...

Rakyat semakin meluat

Semakin hari rakyat jelata dihidangkan dengan bermacam-macam benda pelik, membuatkan pening lalat ahkli majlis mesyuarat kedai kopi, tertanya-tanya apa akan jadi?, buka TV, buka surat khabar tak ada tajuk lain yang lebih popular, SPRM, lembu, rasuah, derhaka dan moral. Yang peliknya hanya pemimpin Pakatan Rakyat yang baru nak bermula mengemudi kerajaan sahaja yang terlibat. Seolah-olah, pemimpin BN berbagai peringkat bersih-sebersihnya, sedangkan selama ini merekalah yang buat hal. Sikap yang ditunjukkan oleh SPRM, dan yang sewaktu dengannya seolah menutup rapat dosa-dosa pemimpin BN dan melondeh selondehnya pihak lawan BN. Tindakan SPRM yang mendakwa penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kes penyelenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 terlalu kecil pada pandangan rakyat jika dibandingkan dengan isu rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin BN selama ini. Rakyat tertawa bila MB selangor didakwa SPRM pasal kes korban lembu hari raya, sedangkan kes;kes besar sebelum ini berlambak-lambak hanya didiamkan sahaja. Kami rakyat tak faham bila MB selangor yang menggunakan kenderaan sendiri sebagai kenderaan rasmi salah, pada kami ia satu penjimatan dana kerajaan.
Begitu juga kami tertanya-tanya tentang isu derhaka, hinggakan ada kalangan BN yang mencadangkan mereka yang didakwa derhaka dilucutkan kerakyatan, disumbat dalam ISA. Sedangkan penderhaka yang sebenar, jelas dan nyata seperti melantik Sultan baru, memaki hamun Sultan melalui kain rentang, melucutkan kuasa dan kekebalan Sultan, tiada apa-apa tindakan diambil, diam, senyap sunyi begitu sahaja...
Mungkin juga benar dan sebenarnya dakwaan bloger-bloger, BN dipenghujung nyawa dan akan merentap apa sahaja bagi memanjangkan hayatnya walaupun semua yang dilakukan menyalahi perundangan dan nilai kemanusiaan, memperkuda segala instrument kerajaan asalkan boleh terus hidup dan menhisap darah rakyat tanpa henti.

Khamis, 19 Februari 2009

Tabik spring kepada Speaker DUN Perak dari Pakatan Rakyat

Kagum dengan keberanian Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar menggantung Menteri Besar fotostat (pinjam dari Prof Hamirdin) termasuk enam Exco beliau daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta. Mengikut catatan YB Titi Serong, keputusan itu dibuat selepas MBf dan Exconya tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN sebagaimana diarahkan. Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.
Jawatankuasa HAK dibarisi oleh Speaker Sivakumar, Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham) dan wakil tunggal Barisan Nasional (BN), Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Keberanian luar biasa speaker DUN Perak ini akan menaikkan lagi semangat perjuangan Pakatan Rakyat dalam mempertahankan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat setelah cuba digoncang secara tak bermoral oleh musuh.

SYABAS sepeaker dan Jawatankuasa HAK

Awas, musuh cuba menawan segala Bukit

Kita dikejutkan dengan serangan demi serangan ke atas Bukit-Bukit yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Mungkin mengambil sempena Bukit Uhud maka jika BN mahu memenangi semula negeri-negeri yang dirampas secara jantan oleh Pakatan Rakyat maka segala Bukit0Bukit tadi mesti ditawan semula. Kita sudah maklum, Bukit Gantang akan di adakan PRK, disusuli oleh Bukit Selambau, namun tetapi setakat ini masih belum berjaya dikuasai BN kerana ADUNnya seorang yang bermaruah walaupun bertanding atas tiket bebas semasa PRU ke 12. Terkini BN menyerang Bukit Lanjan, tak pasal-pasal Eli dimalukan, didesak letak segala jawatan setelah menelanjangkan segala maruah peribadi Eli secara yang sangat tidak bermoral. Nampaknya Bukit-Bukit lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat kena berwaspada, sebelum tidur cek dulu kemungkina wujunya kamera-kamera yang tak diundang dalam bilik tidur atau ada ternampak wayar pelik berjela ke luar.

Bukit-Bukit yang dikuasai PR,
Bukit Panau, Kelantan: YB ABDUL FATTAH BIN HAJI MAHMOOD (PAS)
Bukit Kayu Hitam, Kedah: YB CHE ON BIN YUSOF (PKR)
Bukit Lada, Kedah: YB AHMAD 'IZZAT BIN MOHAMAD SHAUKI (PAS)
Bukit Pinang, Kedah: YB MD ROHSIDI BIN HAJI OSMAN (PAS)
Anak Bukit, Kedah: YBAMIRUDDIN BIN HAMZAH (PAS)
Bukit Bintang: YB FONG KUI LUN (DAP)
Bukit Melawati, Selangor: YB MUTHIAH A/L MARIA PILLAY (PKR)
Bukit Antarabangsa, Selangor: YB MOHAMED AZMIN BIN ALI (PKR)

Selasa, 17 Februari 2009

Waspada BN hampir lemas, berpaut apa saja

Kes 1. Ceramah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa di Sungai Nibung, Bayan Baru, Pulau Pinang semalam dikepung ratusan anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU). Sebanyak lapan buah trak FRU serta 'water cannon' bergegas ke rumah Timbalan Yang Dipertua PAS Bayan Baru, Haji Idris Abdul Rahman untuk menghalang orang ramai daripada mendengar perkembangan Negeri Perak serta kemelut yang melanda negara sejak kebelakangan ini

Kes 2. Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum oleh puak-puak desprado yang tidak bertanggung jawab. Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian beliau. Ia merupakan pencabulan maruah beliau, satu pelanggaran ruang peribadi dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi. Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan dan mencemar nama baik beliau sebagai ADUN.

Kes 3. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan mengharamkan ceramah di Perak sebagai satu tindakan yang penakut. Bagi beliau, itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dalam masa yang sama BN/UMNO mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah melaui RTM, rangkaian Media Prima seperti YV3, NTV7, TV8, TV9 dan radio. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju.

Kes 4. Polis menahan empat pemimpin PKR Kuala Kangsar berhubung pengedaran risalah penerangan krisis politik di Perak pagi semalam.Mereka - termasuk ketua Wanita bahagian dan ketua Angkatan MudaKeadilan (AMK) - ditahan di Arena Square Pasar Tani di Kuala Kangsar.Ketua polis Kuala Kangsar, Supt Abdul Ghafar Mohamad berkata, mereka ditahan ketika mengedarkan risalah tersebut kepada orang ramai pada kira-kira jam 9 pagi

dan lain-lain bakal menyusul...

Ku Li, benarkah UMNO mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu

Benarkah UMNO ikhlas mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu ataukah hanya permainan sandiwara yang lebih kepada menghangatkan isu supaya Pakatan Rakyat dipandang hina di mata rakyat. Memetik ulasan isu di sebalik krisis politik Perak dan syor agar dikembalikan semula kekebalan Raja-raja Melayu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam menarik perhatian bahawa isu sebenar yang perlu diberikan tumpuan bukannya tentang status Raja-raja Melayu. Sebaliknya kata beliau, "isu sebenarnya ialah legitimasi proses pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional yang mengambil alih daripada Pakatan Rakyat." Akhbar MStar memetik dengan cantik dan menarik sekali tulisan Ku Li yang menulis dalam blognya semalam dimana bekas Naib Presiden Umno itu juga melontarkan pertanyaan siapakah sebenarnya yang menderhaka kepada Raja-raja Melayu?
Malah, dalam tulisannya itu, beliau menempelak pemimpin Umno yang mempersoalkan sikap sesetengah rakyat yang dikatakan tidak lagi hormat kepada institusi raja.
Mengambil kira perkembangan semasa beliau turut bertanya "yang mana satukah mendatangkan keburukan lebih besar, antara pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak baru-baru ini?"
Tengku Razaleigh mengingatkan bahawa Raja-raja Melayu hari ini boleh dibawa ke Mahkamah Khas kerana pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, beliau ketika itu membantah pindaan tersebut dan beliau tidak berganjak dengan hujahnya dalam perbahasan diparlimen 16 tahun lalu.
"Saya menentang pindaan-pindaan ini... Saya masih kekal dengan pendirian ini," katanya lagi.
Dalam tulisannya yang dipetik oleh MStar, Tengku Razaleigh turut menyertakan rakaman video ucapannya semasa membahaskan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993.
Tengku Razaleigh juga mempersoalkan sikap pemimpin Umno yang dilihatnya tidak faham isu pokok.
Katanya, "apakah ini seharusnya bentuk pemimpin dan parti yang dimahukan oleh rakyat."
Malah, beliau juga bertanya apakah Umno hari ini benar-benar mempertahankanundang-undang dan institusi raja-raja Melayu seperti yang didakwa. Mengenai tindakan Karpal Singh mahu menyaman Sultan Perak, TengkuRazaleigh berkata, beliau tidak setuju dengan Pengerusi Kebangsaan DAP itu. Bagaimanapun tegasnya, Karpal hanya menggunakan haknya yang dibenarkan olehPerlembagaan.
Saya masih ingat dikala Dr Mahathir melobi untuk menarik kekebalan Raja-Raja Melayu, semua ketua negeri pimpinan UMNO/BN berdiri dibelakang Dr Mahathir menyokong tindakan itu kecuali Kelantan yang diterajui oleh PAS. Jadi siapa sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu...jangan mudah lupa sejarah oleh isu yang dibangkitkan UMNO.

Ahad, 15 Februari 2009

Kenapa SPR lewatkan tarikh PK 2 Bukit?...ni sebabnya

Jangan tanding jika pertikai SPR, Umno nasihati Pakatan
(Sebenarnya, BN fobia nak masuk PK, jadi kena buat hal sikit supaya PK protes dan pulaukan pilihanraya kecil...)
PULAU PINANG: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembangkang tidak perlu mempertikaikan tarikh dua pilihan raya kecil yang akan diadakan April ini kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkannya mengikut peruntukan undang-undang.
Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, keputusan itu tidak salah kerana pilihan raya tersebut diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dikosongkan.
"Itu hak SPR untuk tentukan tarikh pilihan raya. Kalau ikut undang-undang SPR ada 60 hari untuk adakan pilihan raya bagi setiap kawasan yang dikosongkan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Memperkenalkan Calon Majlis Tertinggi (MT) Umno kepada perwakilan Umno Pulau Pinang di sini, hari ini.
Lewat malam tadi, SPR yang dihubungi mStar Online menafikan jurang tempoh hampir dua bulan berlangsungnya pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omat menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri membuat persediaan.
Pelbagai pihak mempertikaikan penetapan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau yang diumumkan oleh SPR kelmarin.
Semalam, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub berkata, keputusan SPR mengadakan pilihan raya kecil bagi dua kawasan itu secara serentak pada 7 April ini dilihat sebagai meragukan kerana mengambil masa yang lama.
Beliau turut mendakwa cadangan mengenai tarikh berkenaan adalah atas desakan pimpinan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno yang akan mengadakan pemilihan parti pada akhir Mac ini.
Muhyiddin berkata, jika tidak berpuas hati dengan keputusan SPR itu, pembangkang boleh mengambil sebarang tindakan termasuk tidak bertanding pada kedua-dua pilihan raya itu.
"Kalau pembangkang pertikai terpulang kepada mereka. Kalau tak nak bertanding pun terpulang kepada mereka. Kalau mereka tidak bertanding BN boleh menang tanpa bertanding," katanya.
Beliau berkata, BN tidak pernah mempertikai sebarang keputusan yang ditetapkan oleh SPR termasuk tarikh pilihan raya.
SPR menetapkan hari penamaan calon pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bukit Selambau pada 29 Mac dan jika ada pertandingan di kedua-dua kerusi itu, pengundian pada 7 April.
Kerusi Bukit Gantang kosong ekoran kematian penyandangnya, Roslan Shaharum, daripada PAS pada 9 April akibat diserang sakit jantung manakala kerusi Bukit Selambau dikosongkan oleh V. Arumugam daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meletak jawatan.Mengulas mengenai tarikh penamaan calon yang diadakan sehari selepas Perhimpunan Agung Umno, Muhyiddin berkata, pembangkang tidak perlu buruk sangka terhadap Umno kerana perkara yang berlaku itu hanya kebetulan

Takziah buat Datuk Siti Nurhaliza,Ayi dan keluarga

Bapa Siti Nurhaliza meninggal dunia
Bapa kepada penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza, Taruddin Ismail, meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Ampang Puteri, Ampang pada jam 10.40 pagi ini. Taruddin menjalani pembedahan jantung tiga hari lalu

Pengecut, Penakut...

KUALA TERENGGANU, 15 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan mengharamkan ceramah di Perak sebagai satu tindakan yang penakut.Bagi beliau, itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut. Sedangkan dia mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah. Itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju.Beliau berkta demikian dalam sidang media selepas majlis ceramah untuk dana Palestin di Batu Enam, Kuala Terengganu baru-baru ini.

ALOR SETAR: Program pelancaran Jom Sertai PAS di Alor Star berhadapan Pekan Rabu dihalang polis atas alasan keselamatan. Orang ramai kelihatan memenuhi ruangan pekarangan Pekan Rabu untuk menyertai kempen yang dianjurkan pihak pemuda PAS.
Dalam pada itu, pihak polis dianggap biadap apabila menutup suis pembesar suara sebanyak dua kali dalam program yang mendapat sambutan masyarakat sekitar petang ini. Pertama, adalah apabila kumpulan nasyid sedang membuat persembahan dan kali kedua adalah apabila Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Mussodak Ahmad sedang berucap.
Selain itu, pihak polis juga merampas 'bunting' kempen 'Jom Sertai PAS' dan 'backdrop yang digunakan dalam majlis tersebut. Sementara itu, usaha Salahuddin dan Ustaz Mussodak untuk berbincang dengan pihak polis menemui kegagalan dan akhirnya pihak polis menyuraikan semua yang ada di kawasan tersebut

PAS tetap pertahan dan menjunjung institusi Raja-Raja Melayu

Petikan Laporan Harakah, KOTA BHARU:
PAS tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu biar pun ada pihak menuduh pemimpin parti itu derhaka merujuk isu yang berlaku di Perak sekarang. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bagaimanapun berkata, sebagai rakyat PAS tetap yakin dengan prinsip bahawa tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. "Dengan sebab itulah Pakatan Rakyat mengambil beberapa pendekatan termasuk undang-undang untuk kita mendapatkan kembali hak kita.
"Kita mengharap melalui proses perlembagaan dan pendekatan undang-undang, kita akan dapat mengambil kembali kerajaan di Perak, di samping keadilan dapat ditegakkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Akhbar hari ini melaporkan Sultan Selangor menyifatkan tindakan pihak tertentu mengadakan demontrasi jalanan kerana membantah titah Sultan Perak dianggap sebagai biadab.
Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat tetap berpendirian peristiwa yang berlaku di Perak adalah rampasan kuasa yang tidak sah dari segi perlembagaan negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
Katanya, segala punca yang berlaku itu kerana kerakusan pemimpin Umno untuk menguasai negeri Perak dengan mengenepikan nilai-nilai perlembagaan dan budaya Melayu.
"Lihatlah rakyat sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat dan mereka menunggu masa terbaik untuk menterjemahkan rasa ketidak puas hati mereka.
"Dan saya yakin gelanggang terbaik bagi mereka ialah pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah pada 7 April depan," katanya.
Beliau mempersoalkan mengapa banyak pihak cuba menyembunyikan gelagat Umno menculik Adun Pakatan menjadi punca segala masalah yang berlaku di Perak sekarang.
"Ini menunjukkan betapa pimpinan Umno dan BN begitu rakus untuk mendapatkan kembali kuasa tanpa memikirkan aspek undang-undang," katanya.
Oleh itu katanya krisis undang-undang seperti yang berlaku di Perak sekarang hanya dapat diselesaikan melalui interpretasi undang-undang di mahkamah.
"Jalan yang terbaik ialah kita mengambil pendekatan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan sah atau tidak kerajaan yang baru itu," katanya

Yang taajub hari ini


1. Kemana hilangnya 3 ADUN Perak yang menkhianati amanah rakyat hingga kini
2. DS Nizar dan Exconya hadir majlis santapan DiRaja walaupun disingkir
3. Nama Zamri hilang, tidak disenaraikan dalam sebutan pengumuman VIP
4. Dekoder menonton TV2 mesti dibeli dengan harga antara RM200 - RM300 (kayo pembekal dekoder)
5. Ir Nizar bergegas ke Masjid Ubudiah untuk imamkan solat
6. Baginda Sultan Selangor seolah-olah beri amaran, kejadian rampasan di Perak jangan bawa ke Selangor
7. Media Perdana masih berdendang lagu derhaka, biadap..walaupun kena hidung sendiri
8. MB rampasan kuasa Zamri bakal ditangkap dan dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN
9. SPR menanggguhan begitu lama PK sehinggan April keranamu BN
10. Sivarasa dan Gobala dinafikan hak sebagai warganegara Malaysia bila dilarang memasuki Sarawak
11. Aksi berpeluk, bercium, saling mengurut sambil bergelak ketawa seolah-olah menjadi senario biasa di kawasan rekreasi di pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan itu depan masjid Putrajaya
12. dll

Cuma berita kecil dalam Harakahdaily

Majlis Selamat Tinggal Umno Kubang Kerian di Kampung Larak, Mulong dekat Kota Bharu. Pada majlis itu hampir 300 ahli dan penyokong Umno keluar beramai-ramai daripada parti itu.

Sabtu, 14 Februari 2009

Mohammad Nizar Jamaluddin akur arahan

Keputusan untuk mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar serta menyerahkan kenderaan rasmi bukan berarti Pakatan Rakyat mengalah dan kecewa, kata YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di sini. Nizar berkata, tindakan itu hanyalah semata-mata mematuhi dan menghormati arahan pejabat Setiausaha Kerajaan negeri Perak.“Sedikit pun tidak dengan penyerahan ini, memudaratkan apa-apa tindakan yang kami buat sebelum ini termasuk ikhtiar untuk mendapatkan deklarasi daripada Mahkamah Tinggi. Tidak menjejaskan sama sekali". Jelas Nizar.Nizar hadir ke mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menfailkan saman keatas Zamry Abdul Kadir yang merampas haknya sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat yang sah. Nizar Jamaluddin hari ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah pengisytiharan dari Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau masih merupakan Menteri Besar Perak yang sah.Mohammad Nizar selaku pemohon juga menuntut perintah injuksi menghalang Menteri Besar Perak yang baru, Zambry Abdul Kadir daripada menjalankan tugas sebagai menteri besar serta menuntut pilihan raya diadakan semula di negeri itu.

CERAMAH EHWAL SEMASA DI SEKSYEN 15, BDR BARU BANGI

Mungkin kita berpeluang mengetahui beberapa tips berkenaan politik semasa. Jadi jom pakat ramai-ramai datang. Kita diberitahu pada hari yang sama ditempat yang sama cuma waktunya lebih awal sekitar jam 12.00 tengahari sehingga 2.00 petang ada jamuan kesyukuran dari Pers. Anak Terengganu . Dijemput sekali juga untuk semua hadir.

Le Tour De Langkawai melalui Bangi

Rasanya seingat saya ini kali pertama LTDL melalui Bandar Baru Bangi dalam sesi kempen lumba basikal antarabangsa, satu acara tahunan kerajaan Malaysia yang berprestij dan diakui kehebatannya.
LTDL di sokong oleh sektor-sektor koporat terkenal seperti Telekom Malaysia dari sudut komunikasi dan sebagainya.
Sumbangan sektor-sektor koporat ini sangat-sangat dihargai supaya ianya terus cemerlang. LTDL telah diilhamkan pada zaman Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan diteruskan hingga ke zaman Pak Lah hari ini. Walaupun dari ukuran kemeriahan, LTDL yang dijalankan seakan-akan sekarang kurang tajaan dan publisiti.

Bandar Baru Bangi yang terletak dalam negeri Selangor bertuah dikunjungi oleh LTDL yang merupakan salah satu daya tarikan pelancong dalaman dan luar negara. Kompleks PKNS memang sesuai sebagai tempat berlangsung semua acara peringkat tempatan, nasional atau antarabangsa. Kedudukan PKNS yang berdekatan dengan Taman Tasik Chempaka, Masjid Jamek, Kompleks kerajaan, seolah-olah klon kepada Bandaraya Shah Alam. Mungkin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat boleh memanfaatkan kompleks PKNS untuk dijadikan lebih berwibawa dan mercu tanda Bandar Baru Bangi








Britain sensitif kepada kehendak Islam

Britain usir Ahli Parlimen Belanda
LONDON 13 Feb. - Britain semalam mengusir ahli Parlimen Belanda yang telah dikecam kerana menghina Islam, Geert Wilders apabila beliau cuba memasuki negara ini.
Wilders yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini menerusi filemnya, Fitna, dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat penumpang, beberapa jam selepas ditahan oleh pegawai imigresen, setibanya beliau di Lapangan Terbang Heathrow di sini semalam.
Jabatan Dalam Negeri Britain mengumumkan bahawa Wilders dihantar pulang untuk menghalangnya daripada menyebarkan "mesej kebencian dan keganasan."
"Beliau tidak dibenarkan masuk. Sesiapa yang tidak dibenarkan memasuki United Kingdom (UK) akan ditahan dan dihantar pulang.
"Mereka tidak akan dibenarkan masuk ke UK," kata seorang jurucakap.
Setiausaha Luar, David Miliband yang mengaku beliau belum menonton filem tersebut memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Filem berbaur kebencian yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian agama dan kaum di negara ini adalah bercanggah dengan undang-undang kita."
Menteri Luar Belanda, Maxime Verhagen memberitahu rakan sejawatannya di Britain dalam satu perbualan telefon semalam bahawa The Hague "amat kesal" dengan pengusiran Wilders itu.
Ahli Parlimen tersebut telah dijemput untuk menayangkan filemnya selama 17 minit itu di House of Lords iaitu dewan tertinggi Parlimen Britain.
Fitna menyamakan Islam dengan fahaman Nazi dan menggandingkan imej-imej serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) dengan gambar al-Quran.
Ia telah digambarkan sebagai "filem anti-Islam yang sangat menyinggung perasaan" oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Wilders, 45, yang bakal dibicarakan di Belanda kerana mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk Islam, ialah pemimpin parti pelampau berhaluan kanan, Parti bagi Kebebasan (PVV) yang memenangi sembilan kerusi dalam Parlimen Belanda. - AFP

Geert Wilders (born 6 September 1963) is an Anti Islamic Dutch politician. He has been a member of the Dutch Parliament since 1998, first for the People's Party for Freedom and Democracy (VVD) and, from 2006 on, with the Party for Freedom (PVV). He founded PVV and is currently its political leader. Wilders is best known for his criticism of Islam, which has led to his forced isolation due to threats, as well as being banned from entering the United Kingdom.

Jumaat, 13 Februari 2009

Off track-Who is Fatima, new political icon of Pakistan

Fatima Bhutto, the writer and poet, whose family name carries so much weight in Pakistan doesn't feel the burden of continuing the family's political dynasty. Fatima Bhutto, adding to the Bhutto family legacy is neither in her interest, nor her country's. As outspoken about the current political climate in her homeland as she is committed to staying out of mainstream politics, Fatima Bhutto has had to deflect calls from many in Pakistan to enter into the political fray in the aftermath of her aunt Benazir Bhutto's death. Many there who have partisan views on the Bhutto family dynasty see her as "the real Bhutto" as opposed to Bilawal Bhutto Zardari, her cousin. Despite some physical resemblances to Benazir, Fatima is making her own name for herself in order to live her life outside of the shadow of her famous aunt.
Shunning Oxford University she was an undergraduate at Columbia University in the U.S. where she read Middle Eastern studies before doing a masters degree in London at the School of Oriental and Asian Studies. While there she wrote her dissertation on the resistance movements to General Zia ul-Haq. Having spent time in Lebanon and traveling extensively, she writes a regular column for Pakistan's The News International newspaper. Working as a writer and poet, she has already published two books - a volume of poetry at the age of 15 after her father's death and a book on the 2005 earthquake in Kashmir from which the proceeds went to survivors of the disaster. Party politics might not be a part of her life at the moment, but politics is an undeniable part of her life. In her column in The News International, while restating her differences with her estranged aunt Benazir Bhuto, she called for a moment of calm in Pakistan's politics. She may resist the call to enter mainstream politics for now, but with such a family history and strong opinions, politics will always have a part to play in her future.



Another hot news:
Fatima Bhutto, Clooney dilapor jalin hubungan
ISLAMABAD: Tabloid paling berpengaruh Amerika Syarikat, The National Enquirer, menggemparkan Pakistan apabila melaporkan pelakon George Clooney menjalin hubungan cinta rahsia dengan anak saudara Benazir Bhutto, bekas Perdana Menteri Pakistan yang mati dibunuh, Fatima. Clooney yang dilabel sebagai bujang idaman Hollywood dilaporkan menjalin hubungan jarak jauh dengan Fatima selepas bertentang mata dengan wartawan yang lahir dalam dinasti politik paling berpengaruh Pakistan itu pada satu persidangan antarabangsa tahun lalu. The National Enquirer mendakwa, aktor berusia 47 tahun itu tertarik dengan ‘jelitawan asing yang bijak’, serta tinggal dengan saudara lelaki dan ibu tirinya di pinggir Karachi
(Berita harian)

Hampir 75% pengundi Perak masih berfikiran rasional

PETALING JAYA: Hampir dua pertiga pengundi Perak mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya tergempar diadakan di negeri itu ekoran krisis politik sejak penghujung bulan lalu.
Kajian pendapat umum kendalian Merdeka Center, yang dikeluarkan hari ini, menunjukkan hampir 74 peratus mahukan DUN dibubarkan manakala 76 peratus pengundi juga ingin melihat "pilihan raya menerusi rakyat" diadakan untuk menentukan kerajaan pilihan mereka.
Hanya 21 peratus responden mengatakan bahawa pihak istana mempunyai "hak" untuk menentukan kerajaan bagi rakyat jelata.
"Malah, 62 peratus lagi responden merasakan bahawa peranan istana dalam kes ini (perubahan kerajaan) tidak mencerminkan kehendak rakyat negeri Perak," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.
Hanya 29 peratus yang mengatakan peranan istana menggambarkan kehendak rakyat.
Pendapat umum itu dikendalikan oleh firma tersebut antara 6 dan 8 Februari lalu untuk mengukur percepsi pandangan orang ramai berhubung perkembangan politik di Perak.
Seramai 507 pengundi berdaftar di Perak dipilih untuk mengambil bahagian dalam kajian tersebut.
Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, telah tumbang apabila tiga wakil rakyatnya keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk bertindak sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Kini Pakatan Rakyat dan BN mempunyai anggota sama rata iaitu 28 orang.Menteri Besar Perak yang baru mengangkat sumpah Jumaat lalu manakala barisan exconya pula Selasa lalu.
Mengenai penyelesaikan kepada krisis politik ini, seramai 33 peratus responden mahu pilihan raya yang baru dilangsungkan, 35 peratus lagi mengatakan pilihan raya kecil wajar diadakan di kawasan yang ADUNnya keluar parti manakala 28 peratus mahu kerajaan baru dibenarkan terus memimpin negeri itu.
(Laporan MStar)

Kesian PM, Lif pun cuba sabotaj ke?

PUTRAJAYA: Perasmian majlis pelancaran sambutan Jubli Perkhidmatan Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya terpaksa ditangguhkan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terperangkap dalam lif selama kira-kira 30 minit di situ.
Turut sama terperangkap bersama beliau di dalam lif tersebut ialah Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Ismail Adam.
Disebabkan insiden tersebut, Abdullah terpaksa membatalkan sidang akhbarnya yang dijadual diadakan selepas itu. Insiden tersebut juga menyebabkan majlis pelancaran itu turut tertangguh.
Majlis tersebut yang sepatutnya bermula jam 10.30 pagi tetapi telah tertangguh sehingga jam 11 pagi.
Beberapa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bekejar ke pusat untuk membawa keluar kesemua mereka yang terperangkap dalam lif tersebut.
Menurut sumber, Abdullah kelihatan tenang meskipun terperangkap di dalam lif.
"Datuk Seri Abdullah kelihatan tenang sahaja, malah beliau sempat tersenyum kepada ke arah orang ramai yang berada di luar lif tersebut," kata sumber itu.
Bagaimanapun, Abdullah kelihatan terbatuk-batuk ketika menyampai ucapannya di majlis tersebut.
Ketua Pengarah JPA, dalam ucapannya, memohon maaf kepada Abdullah berhubung insiden terperangkap dalam lif tersebut.
Ekoran kejadian itu, Abdullah tidak hadir bagi merasmikan projek tebatan banjir Sungai Damansara di pejabat tapak projek RTB Sungai Damansara petang tadi
(Laporan MStar)

Khamis, 12 Februari 2009

Menipu lagi?

Berita Harian, KUALA LUMPUR 11 Feb: Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zain, hari ini menafikan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, sudah dimasukkan ke hospital itu baru-baru ini. “Dia tidak pernah dimasukkan ke HKL,” katanya ketika mengulas dakwaan adik Mohd Osman bahawa abangnya gagal hadir perbicaraan kes rasuahnya di Mahkamah Majistret di Ipoh semalam kerana dia dimasukkan ke HKL. Norliza berkata, abangya dimasukkan ke unit rawatan rapi pada malam Isnin

Hak rakyat dinafikan, dimana janji ketelusan kerajaan BN?

Suasana sudah mula bertukar menjadi kelam kelibut, Polis telah pun mengharamkan ceramah umum di Perak. Media alternatif, akhbar parti seperti Harakah dan Suara Keadilan dirampas hampir di seluruh negara oleh KDN. Media Perdana cetak dan letronik semakin galak meratib dakyah dan propaganda agar menerima dan akur dengan imej kerajaan haram di Perak sebagai kerajaan benar dan bersih, sementara Menteri Besar Perak yang sah, Mohd Nizar Jamaluddin dinafikan haknya untuk menyampaikan maklumat. Semua liputan tidak memihak kepadanya malah bermacam gelaran ditujukan kepada beliau, penderhaka, degil, gila kuasa dan sebagainya. Rakyat dinafikan hak mengakses maklumat sebenar dan pandangan mereka dibentuk oleh maklumat yang serong, sedangkan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat bakal berdepan dengan 2 pilihanraya kecil serentak. Dimana janji kerajaan BN untuk bersikap adil kepada semua rakyat tanpa mengira parti dan pegangan. Seperti janji yang perbaharui Zambri "Saya MB untuk semua". Jadi mana "semua" yang disebutkan itu jika ada rakyat Perak yang nafikan hak untuk mendapat maklumat dan berita yang sahih.

HY Fong terus di pulau

Idham Lim dalam blognya mendapati banyak sebaran berita mengenai kejadian emak Hee Yit Fong, yang melompat keluar dari Pakatan Rakyat, di hina oleh penjual sayur di pasar Kantan, Chemor. Berita tersebar mengatakan apabila emak HY Fong hendak membeli sayur dipasar itu seorang pun penjual sayur tidak mahu menjual sayur kepadanya. Kejadian ini disahkan oleh ramai warga yang berasal dari Chemor. Nasib malang yang ditempah sendiri oleh Hee menyebabkan dia dan keluarganya jadi begini, dipulaukan oleh masyarakat yang kecewa dengan sikapnya. Maka benarlah kata Dr. Lee Boon Chye sebagaimana diceritakan kepada Idham bahawa kalau dia berani melakukan khinata begitu bererti 3 generasinya akan dihina oleh orang cina. Apa yang dilakukan Hee satu perkara yang amat berat, dimana sebuah negeri pilihan rakyat yang sah jatuh ketangan mereka yang gilakan kuasa dan material. Pemimpin PR berhempas pulas menawan Perak dari BN semasa PRU ke 12 March lalu, bila belum pun sampai satu tahun usia kerajaan rakyat, ianya dikhianati dan ditumbanngkan melalui cara yang tidak bermaruah.

Isnin, 9 Februari 2009

Ini dia Insan yang bermaruah

Dari menyerah diri kepada kerakusan BN biar ku lepaskan segalanya, demi amanah rakyat. Begitulah pegangan kukuh seorang insan yang bermaruah, bukan macam 2 manusia di Perak yang sanggup melayan kehendak perut biarpun sebuah negeri terlepas ke tangan perosak negara. Yb Aru melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Kedah dan disusuli melepaskan jawatan ADUN Bukit Selambau kerana tidak tahan tekanan, ugutan, tawaran dari BN yang tak reti penat mengacau beliau. Menurutnya, peletakan jawatan Arumugam itu berkuatkuasa serta merta. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Isa Ismail akan memaklumkan kekosongan kerusi tersebut kepada SPR untuk membolehkan pilihanraya kecil diadakan dalam masa 60 hari. Dalam sidang akhbar malam ini, menteri besar berkata Arumugam meletakkan jawatan akibat tekanan dari pihak Barisan Nasional. Katanya, tekanan itu agak berat sehingga mengancam dirinya (Arumugam) dan keluarganya. Oleh itu, katanya, Arumugam mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan exco kerajaan negeri dan Adun Bukit Selambau.
Awal bulan ini, Arumugam telah membuat laporan polis mendakwa, antara lain, terdapat percubaan untuk menculiknya. Arumugam juga mendakwa beliau dan pegawainya telah menerima banyak ugutan."Semua ini dilakukan untuk memaksa saya meninggalkan PKR dan menyertai BN," dakwanya dalam laporan polisnya itu. Katanya, selain ugutan, beliau juga ditawarkan dengan tawaran lumayan untuk memujuknya meninggalkan PKR. Syabas Aru jasa anda akan dikenang oleh semua pencinta kedamaian dan keadilan.

Berita sedih dari PAS Perak

IPOH, 9 Feb:- Setakat ini saya menerima pengesahan dari Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Hj. Abdul Rahim dan ketua Penerangan PAS Perak, Ust. Misbahul Munir bahawa Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. (YB Idham Lim)

Fakta kebetulan?

Syarikat GAMUDA (M) Sd. Bhd. yang diberikan projek oleh Kerajaan Pusat bagi membina Landasan Keretapi dari Padang Besar ke Ipoh merupakan syarikat milik anak perempuan Sultan Perak, Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah. Raja Eleena merupakan pemegang saham terbesar dalam GAMUDA melalui syarikatnya Generasi Setia (M) Sdn. Bhd. Projek Landasan Keretapi yang bernilai RM 12 bilion ini telah tergendala di kawasan Pulau Pinang. Ini berpunca apabila GAMUDA tidak mahu mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

UMNO buat demo?, tak percaya....

Betullah UMNO ni cakap tak serupa bikin. Dalam dok cakap "Demo bukan cara kita" dia jua buat demo..hampeh. Antara tajuk-tajuk demo pulak:

1) Jangan jadi Jebat
2) Jangan jadi penderhaka
3) Hang Nizar penderhaka
4) Malaysia Tanah Melayu

Hai dah bertukar haluan pula, nak balik kepada Hang Tuah. Dulu masa krisis perlembagaan zaman Che det pakat puji Che Det sebab dapat melupuskan kekebalan raja dan puja Hang Jebat yang masyhur dengan slogan "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah". Dulu bukan main kutuk Hang Tuah sebab sentiasa ikut telunjuk raja walaupun salah, termasuk melarikan tunangan orang. Nizar bukan macam Hang Jebat, dia tidak pernah rampas istana Sultan, dia tidak pernah memaki hamun Sultan, dia tidak pernah merampas gundik-gundik, dia tidak pernah membalas dendam, apa rasionalnya mengaitkan Nizar dengan isu derhaka. Adakah kerana tidak bersetuju dengan langkah Sultan Perak yang membelakangi perlembagaan dianggap derhaka. Adakah Tun Perak atas kebijaksanaannya tidak menjalankan perintah Sultan Melaka membunuh Hang Tuah adalah tergolong dalam derhaka?. MB yang baik ialah MB yang dapat menasihatkan sultan bukan yang mengiyakan sahaja. Sultan pun manusia biasa, sedangkan Nabi pun ditegur oleh sahabat dan Allah Taala bila silap membuat keputusan.
Malaysia Tanah Melayu: Yang ni kena cek dengan pejabat tanah dulu lah, pergi kat Pulau Pinang, Perak, kedah, Selangor, Johor, melaka, negeri Sembilan, Pahang....siapa punya tanah yang banyak...dan angkara siapa tanah-tanah Melayu ni terlepas...Kalau dulu ye lah...Tanah ni Tanah Melayu, sekarang Malaysia bang, tanah hak warganegara la pulak. Negeri pemerintahan PAS sahaja yang mampu mempertahankan Tanah Melayu..betul tak?

Kedah pulak....

Berita hari ini heboh mengatakan Exco Kedah V Arumugam telah menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ADUN Selambau atas alasan sudah tidak tahan dengan tekanan gerombolan BN yang menggunakan segenap agensi kerajan di bawahnya supaya menyeberang ke BN. Tekanan kepada beliau sangat dahsyat yang membabitkan keluarga beliau dan sahabat handai. Jadi jalan terbaik sebagai seorang yang bermaruah ialah meletakkan jawatan supaya PRK dapat di adakan. Apa yang yang beliau khuatir memang realiti yang berlaku kini seperti berlakunya rampasan kuasa di Perak. Tragedi menculik dan menyeberang adalah Modu Operandi BN utnuk merampas semula kerajaan-kerajaan yang jatu ke tangan Pakatan Rakyat melalui PRU yang lalu.

Cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar?

Semua rakyat Malaysia kenal Karpal Singh, lantang, berani dan seorang pengamal undang-undang yang hebat. Namun tindakan beliau banyak menyakitkan rakan-rakan seperjuangan. Mungkinkah ayat kelasik orang tua-tua Kelantan ini sesuai dengan Pengerusi DAP ini, terpulang kepada pembaca menilainya. Namun telatah Karpal membuatkan keadaan Pakatan Rakyat semakin celaru. Karpal Singh mengamuk untuk menyaman Sultan, mengamuk mengenai hudud, mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR, Mengamuk minta Anwar, Lim Kit Siang, LIM Guan Ing dan lain lain pemimpin Pakatan Rakyat BERTAUBAT. Apa yang menyebabkan Karpal marah sangat ni?, pada saya tak lain tak bukan kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Pada Pakatan Rakyat, apa pun keputusan Sultan Perak walaupun tidak menyebelahi kita, Baginda tetap Sultan Perak yang berdaulat. Tidak timbul langsung soal Pakatan Rakyat derhaka seperti yang saban hari diratib oleh media letronik dan cetak. Karpal bukan hanya menyalahkan Anwar bahkan amat kecewa dengan rakan-rakan DAP beliau, Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) dan lain-lain pemimpin DAP yang tidak menyokong tindakannya itu. Dalam Berita Perdana malam tadi dengan mendabik dada Karpal mengulangi "Saya Pengerusi DAP tau?, jangan main-main dengan saya".
Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali juga tidak senang dengan tindakan Karpal berkata, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?".
Karpal sentiasa tidak sekata dengan semua pemimpin Pakatan Rakyat, bahkan Semasa PRK 036 beliau membangkitkan isu hudud dengan mengeluarkan kenyataan terbuka yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain, dimana Anwar kepimpinan PAS, kepimpinan DAP Lim Guan Eng, Lim Kit Siang (tak termasuk Karpal) dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud ataupun tidak menolak Hudud. Namun Karpal dengan selantang-lantangnya menolak Hudud (Over my dead body). Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.
Jadi sebenarnya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR. Suara Karpal sebenarnya senada dengan BN.

Double standard, triple standard, multiple standard..

PR menang dengan suara majoriti di Perak sebab rakyat mahukan perubahan, dan memilih Nizar sebagai Menteri Besar Perak.
Namun dalam kumpulan PR ada ahli kumpulan yang diamanah menjaga dan membela rakyat, menjaga keteguhan kerajaan PR Perak telah khianat kepada perjuangan.
Adakah orang seperti ini boleh dibiarkan begitu sahaja, tidak mungkin, tidak boleh dimaafkan dan bila ada Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum humbankan saja mereka ini.

Salahkah kerajaan negeri bagi tanah kepada rakyatnya dari keturunan Cina dan India yang miskin di Kampong Baru. Sedangkan seluruh Genting Hingland diberi kepada towkey Cina yang dah kaya,
Apalagi MINES, Sunway Subang Jaya, Metro Kajang, IOI, KLCC, diberi milik kepada siapa? kalau tidak diberi kepada towkey-towkey yang dah kaya,
Adakah bagi tanah kepada towkeh tidak apa, bagi tanah kepada Cina dan India miskin salah.
Sebenarnya warganegara yang ikhlas akan mengakui wajib menolong orang miskin tidak kira melayu Cina dan India,
Pakatan Rakyat tetap sepakat secara prinsip untuk membela rakyat dan kedaulatan raja-raja melayu dipertahan,
Pakatan Rakyat tak pernah derhaka kepada raja, yang derhaka ialah:
Yang mengata NATANG kepada Sultan terengganu, siapa?
Yang melantik Sultan lain menyaingi sultan Kelantan yang sah, siapa?
Yang mencabut kedaulatan raja-raja, siapa?
Yang mencabar Raja Perlis dalam isu lantikan MB...siapa?

pinjam kata-kata Nabil "LU PIKIR LA SENDIRI"

Ahad, 8 Februari 2009

Pelancaran 3B di Bangi Permai

Bermula jam 8 pagi tadi 8 Februari 2009 YB ADUN Bangi telah merasmikan pelancaran 3B (Bangi Bandar Bersih) Di Bangi Permai. Semepena pelancaran YB Dr Shafie telan menanam pokok di Dataran Usahawan Bangi sebagai simbolik bermulanya usaha menjadikan Bangi sebagai bandar bersih.

Kelihatan YB bersama penduduk setempat sedang membuka karung plastik dan akan diletakkan baja bagi menyuburkan pokok yang baru di tanam.

Program 3B di Bangi Permai ini telah disokong oleh mahasiswa universiti tempatan sebagai salah satu aktiviti kemasyarakatan.



Sempena pelancaran itu juga, telah di adakan acara senama chigung yang turut disertai penduduk tempatan yang terdiri dari berbagai kaum, Melayu, Cina dan India

Walaupun sukar membuat senaman ini namun para peserta kelihatan seronok melakukannya




Turut hadir Hj Ahmad Yusof orang kuat DUN Bangi sebagai pembakar semangat


Ada yang riang dan ada yang duka

Memetik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee bertajuk "Barang yang lepas jangan dikenang" ada rangkap-rangkap lagu yang betul-betul menyentuh hati nurani kita dalam meneliti kehidupa:
Oh dunia ibaratnya roda,
Turun naik tiada hentinya,
Sama juga hidupnya manusia,
Ada yang riang dan ada yang duka
Oh tak guna merintih memilu
Makin sedih menambah derita
Lupakan saja kisah yang lalu
Serahkan saja pada Allah Yang Esa

Membawa rangkap lagu kepada kehidupan seharian:
Di KK rakan-rakan kita berkorban untuk keadilan, sehingga ada yang sanggup tidur atas jalanraya membuat halangan supaya majlis angkat sumpah tidak berlaku. Walaupun tidak berjaya melawan kuasa orang yang berkuasa, namun usaha itu InsyaAllah diberi Rahmat oleh Ilahi.
Di satu pihak lain, hidup penuh hiburan, tiada duka, riang memanjang. Lupa pada nasib sebahagian umat yang tertindas, lupa kepada ibu-ibu dikampong yang sendirian, lupa segala-galanya bila terbahak-bahak, terkinja-kinja melayan nafsu.


Nun di sana ada yang sedih, pilu mengenang takdir yang menimpa. Hanya Iman yang tebal dan kental yang dapat menenangkan musibah yang melanda diri. ada suami terbabit berbagai karenah, ada isteri terlantar terkena penyakit, ada anak berulang alik ke hospital kerana sakit kronik. Semua itu cubaan yang wajib ditempuh selagi hidup atas dunia yang fana ini.


Pun begitu ada yang gembira sakan, ketawa sakan, dapat durian runtuhlah katakan. Walaupun dibenci kawan dan generasi 10 keturunan namun peduli apa. Yang penting aku bahagia, hidup mewah. Dikutuk macam mana pun tak terkudis di hati bila wang ringgit dan pangkat membalut diri.



Anakku, lihatlah aku kini, terlantar makan disuapi, tak boleh lagi mengurus diri hanya menunggu panggilan Ilahi. Namun aku redha, kepada semua aku telah berbakti sepenuh hati. Sepanjang umur baligh ku tiada yang berbaki kepada perkara yang dilaknati. Segala yang lagho dijauhi. Aku akan menemui Ilahi dengan redho meredhoi. Aku sejak dari dulu aku sudah memahami, akhir setiap manusia akan jadi begini.




Dulu aku sihat, segar bugar bertenaga dan hebat. Aku dipuja seluruh jagat. Aku dianugerah bermacam pingat. Namun semua itu tidak menggelapkan jiwa dan Iman. Ku sedari di satu masa segala kegagahan, ketampanan akan di ambil Tuhan.





Ada yang senang ada yang duka. Inilah saja MPV yang aku mampu. untuk membawa anak dan cucu, adik beradik dan menantu.






Aku tidak punya RM10bilion, aku tak ada banglo beharga 20juta, aku tak punya kereta mewah dari lamborgini, Ferrari maupun Lexus. Aku tak pernah dihadiahkan jam beharga RM20ribu..