Kawan-kawan setia

Selasa, 31 Mac 2009

Agrotek - Melancong dalam negeri

Pertama kali menjejakkan kaki di Agrotek, batu 14 Hulu Langat terasa betapa kita mengabaikan keindahan negeri sendiri selama ini. Kita mencari lokasi santai hinggakan beratus-ratus km, sedangkan didepan mata, dekat sahaja, hanya 25km dari Bandar Baru Bangi tersedia lokasi melancong, santai yang sedia dikunjungi bila-bila masa sahaja.














Jumaat, 27 Mac 2009

Simpang 3 bahaya di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi

Minta perhatian Yb Dr shafie dan MPKj, terdapat 2 simpang tiga di Seksyan 4 bandar baru Bangi yang di dapati kerap berlaku kemalangan.
1. Simpang 3 yang berhampiran bulatan Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, dimana waktu pagi warga seksyen 4 bergegas keluar menuju ke tempat kerja terpaksa melintas jalan besar menuju ke bulatan. Dalam masa yang sama terdapat 3 aliran trafik di situ (1) trafik daripada bulatan (2) trafik yang memasuki ke seksyen 4 (3) trafik yang keluar dari seksyen 4. Cadangan meungkin boleh di tutup trafik no (2) iaitu aliran masuk ke seksyen 4 bagi memudahkan trafik keluar dari seksyen 4. Kalau boleh adakan garisan kuning amaran supaya trafik dari bulatan menuju ke bulatan UKM jangan terlalu laju. Setakat ini sudah berlaku 3 kemalangan di depan mata saya.
2. Simpang 3 Seksyen 4 depan Petronas berhampiran Surau AlKauthar. Kemalangan berlaku selalunya antara trafik jalan terus dan trafik yang membelok dari Petronas ke Jalan 4/5. Malam ini pun berlaku satu kemalangan parah antara sebuah motosikal dan kereta Perodua Viva.

Khamis, 26 Mac 2009

Masa untuk berubah?

Presiden: Najib Tun Razak
Timbalan: Muhyidin Yasin
Naib1: Dr Ahmad Zaid Hamidi
Naib2: Hishamudin Husin
Naib3: shafie Afdal
Wanita: Sharizat
Pemuda: Khairy Jamaludin
Putri: Rosnah

Rabu, 25 Mac 2009

Tarik diri dengar kes Speaker DUN Perak

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim menarik diri mendengar permohonan deklarasi mahkamah membabitkan kes Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar yang menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam exco menghadiri sidang DUN, Februari lalu. Ridwan memutuskan demikian selepas mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya kelmarin, yang mengarahkan kes bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar kesahihan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Sebelum keputusan dibuat, kes permohonan itu didengar di hadapan Ridwan di Mahkamah Tinggi (Empat) Ipoh.
(Harian Metro Online)

Petualang bangsa?, apa kriterianya?

Laporan Bernama yang dipetik oleh Berita Harian menyebut Pemuda Umno ikrar tentang habis-habisan petualang bangsa yang antara kriterianya memainkan politik kotor dan keji. Ketua PU Hishammuddin Hussein berkata pergerakan itu akan mempertahankan keluhuran undang-undang, hak dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera, kesucian agama Islam dan institusi raja-raja Melayu. Beliau tidak pula menyebut siapa yang dilabelkannya sebagai "petualang bangsa" cuma berkata,
orang berkenaan sanggup berbuat apa sahaja termasuk:
menyemai benih kebencian,
bersekongkol dengan musuh(siapa musuh tu),
menidakkan hak bangsa sendiri (adakah PPSMI hak bangsa Melayu?) ,
gilakan kuasa (hingga sanggup membelakangi Dewan Undangan Negeri Perak?),
menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia (yang ni mungkin ditujukan kepada DS Anwar),
bersedia mempersenda institusi raja(Ni mungkin ditujukan kepada Kami nak Deris Natang)
bertindak memenuhi kehendak nafsu rakusnya (seperti rasuah olitik dsb),
dan bertindak sebagai manusia pelbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi.

Pembangkang pula:
menyalahguna kebebasan bersuara (bila masa pembangkang bebas bersuara?),
menyalakan api perkauman (PAS ada semua kaum, DAP ada semua kaum dan PKR ada semua kaum, jadi parti mana yang perkauman?)
tidak bertanggungjawab,
mengambil kesempatan menonjol keberanian,
bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat,
melontarkan tuduhan liar tidak berasas,
meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat,
angkuh, sombong dan bongkak,
mempersoalkan kontrak sosial,
mempertikai hak kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera.
Kontrak sosial sengaja disalah tafsir dan dijadikan tajuk untuk menyemarakkan api perkauman
(Lain-lain tuan-puan tafsirkan sendiri initipati ucapan KPU di atas)

Selasa, 24 Mac 2009

Demokrasi ala BN2

(Datuk Seri Mohd Nizar dipilih sebagai calon Parlimen Pakatan Rakyat dari PAS)

Walaupun majlis pengumuman calon berjalan dengan lancar namun bila sampai giliran wakil dari PKR berucap iaitu Naib Presidennya YB. Azmin Ali pasukan keselamatan kelihatan berada ditangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS. Ceramah pengumuman calon semalam sebenarnya telah mendapat permit dari pihak keselamatan dan kebenaran itu dibacakan oleh pengerusi majlis ceramah, Ust. Misbahul Munir sebelum memulakan ceramah, malah beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dari pihak keselamatan. Rakyat hairan mengapa pihak keselamatan mengganggu proses demokrasi, yang sepatutnya pihak keselamatan menjaga keselamatan. Yang berada di padang, ialah rakyat jelata yang meladeni proses demokrasi, yang di atas pentas pemimpin yang dipilih melalui proses demokrasi, mereka bukan penjenyah. Ye lah kita bukannya nak salahkan 100% kepada pasukan keselamatan tetapi kesal dengan sikap pihak keselamatan yang berat sebelah atas arahan pihak tertentu. Mereka kena ingat mereka majikan mereka bukan BN tetapi rakyat. Parti mana pun yang akan memerintah mereka tetap mendapat gaji, bukan BN sahaja. Tolong adil lah...jangan ikut demokrasi ala BN ni, hancur harapan rakyat. (sedutan berita blog Cina Islam)

Isnin, 23 Mac 2009

Kenaikan tahunan gaji RM5 pun tak lepas?, ade ke patut

Terkejiut besar bila membaca laporan Malaysiakini Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu yang bersiap sedia meneruskan hasratnya untuk berpiket di perhimpunan agung Umno selepas gagal dalam rundingan dengan majikan. Pengerusi NUJ Utusan, Amran memberitahu Malaysiakini hari ini, kesatuan itu ke balai polis Sentul petang ini untuk memohon permit berpiket, yang dijadual diadakan di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini. Menurut Amran, majikannya UM "sengaja melengah-lengahkan" rundingan berhubung perjanjian bersama (CA) untuk, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu. NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran kumpulan Utusan, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo. Keputusan berpiket dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat mereka pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya. Sebelum ini kesatuan telah menghantar surat kepada presiden Umno, timbalan presiden Umno serta beberapa menteri dari Umno tetapi tidak mendapat maklum balas dan piket ini adalah diharapkan menjadi medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah.

Ade ke patut?

Harakah satu-satunya surat khabar rasmi PAS, digantung pulak..Ade ke patut?
Ceramah umum, satu-satunya cara PAS bertemu dan memberi penerangan akan agenda parti, itu pun payah dapat permit, tak ada permit berlori Polis dan FRU mengepung....ade ke patut?
Sejak mula diisytiharkan PRK, hari-hari pemimpin BN keluar TV1,2,3,7,8 dalam program bual bicara, memberi penerangan akan dasar BN dan memburukkan Pakatan Rakyat...ade ke patut?
Banyak yang tak patut, hinggakan tak mampu nak catat...pikir la sendiri

Demokrasi ala BN

Entah tangan ghaib mana yang telah mengarahkan KDN menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Harakah pula satu-satunya media milik PAS yang dapat memberi penerangan dasar dan pandangan parti kepada umum khususnya ahli dan penyokong PAS. Dengan edaran yang terhad, jualan yang dikawal, itupun amat ditakuti oleh BN yang khuatir dapat mempengaruhi rakyat yang dahagakan berita 2 hala lebih-lebih lagi menjelang PRK dua Bukit di semenanjung dan satu Batang di Sarawak antara BN dan PR April ini. Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar pembangkang berkenaan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta secara langsung menghalang kempen media dalam menghadapi tiga pilihanraya kecil itu iaitu parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Dalam surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak pula memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit hanya telah difaks kepada Harakah hari ini.

Ahad, 22 Mac 2009

Kalau orang Melayu nak selamat bersatu dalam UMNO

Tertarik juga dengan ungkapan keramat bakal Timbalan Presiden UMNO TS Muhamad yang katanya kalau orang Melayu hendak selamat, maka proses restorasi untuk satukan orang Melayu untuk kukuhkan diri, harus ada balik. Kata beliau lagi "Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan. "Apa yang diungkapkan oleh Aminudiin Baki akan berlaku lagi. Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak," kata Muhd Taib dalam wawancara dengan Bernama. Umno, tegas ketua penerangan Umno itu, perlu restorasi untuk mendengar suara, idea orang muda dan mengekalkan perjuangan asal. "Seperti Restorasi Meiji kira-kira 150 tahun lepas. Dulu Jepun diperintah Shogun dan perang. Ia diambil alih dan dilakukan restorasi kesemua nilai-nilai yang baik, iaitu pendidikan dan ketaatan kepada raja, diterapkan. "Bila rakyat kata ini apa yang mereka mahu, rakyat akan ikut. Proses restorasi ke arah perjuangan asal mesti dilakukan," tambahnya.
Kelihatannya 50 tahun lebih UMNO diberi amanah oleh orang Melayu untuk menyatukan mereka, hanya jadi hampas berterbangan, maka siri kedua menyatukan orang Melayu muncul. Sudah berapa ramai presiden UMNO silih berganti, namun belum mampu menguatkan orang Melayu, maka adakah sekarang ini presiden baru UMNO mampu berbuat begitu. Rasanya akan jadi hampas juga, kerana pemimpin UMNO dulu yang sayangkan orang Melayu, berjuang habis-habisan kerana negara pun tak berjaya inikan pula pemimpin UMNO kini penuh dengan rasuah, mengisi tembolok sendiri, pancung-memancung sesama sediri, menganak tirikan bahasa sendiri dengan PSMI, melalaikan anak-anak Melayu dengan bermacam konsert hiburan berbagai bentuk dan macam-macam lagi. Hakikatnya kenyataan beliau seolah hanya bermimpi di siang hari, ucapan plitik semata-mata.

Tak mampu lawan, sertai

Orang kata kalau lawan kita telampau kuat yang tak mampu kita lawan, kita geng dengan lawan kita. Mungkin itu yang terfikir kepada Obama. Mungkin juga satu perangkap untuk Iran siapa tahu. AS penuh dengan putar belit walaupun siapa presidennya. Laporan dari Dubai menyebut, pemimpin Iran telah memberi respon positif kepada pelawaan Obama untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Iran yang dimulai dengan dailog antara Iran dan AS. Walaupun jawapan pemimpin Iran seperti layan tak layan tetapi bagi penganalisis politik ianya satu harapan cerah dari kerajaan Iran. Seorang professor politik UAE Abdulkhaliq Abdullah berkata ianya masih terlalu awal, sebagai langkah pertama ke arah itu bermula dengan idea dan seterusnya mengadakan dialog untuk sesi tawar menawar. "It's the first stage of the bargaining in classic Iranian style: Be tough and play up your toughness," kata beliau. Pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei berkata Iran tiada masaalah untuk berubah sekiranya AS sendiri sedia berubah. Ali Khameni meletakkan syarat yang ketat sebelum bersetuju langkah seterusnya bermula dengan "overhaul" polisi luar AS termasuk sokongan AS terhadap Israel, tidak mengungkit pasal Nuklear untuk tenaga juga aset-aset Iran yang dibekukan oleh AS.

Sabtu, 21 Mac 2009

Awas serangan media menjelang PRK April

Makkal Sakthi beri Anwar kata dua tukar calon (Laporan MStar)
Gerakan Makkal Sakthi hari ini memberi kata dua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meletakkan calon lain Pakatan Rakyat, bukannya S. Manikumar yang diumumkan, mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Penyelaras kumpulan Hindraf yang telah diharamkan, S Thanenthiran berkata, Makkal Sakthi memberi tempoh sehingga esok kepada Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, agar mengubah keputusan beliau yang diumumkan semalam.
"Kami tidak bersetuju dengan pemilihan calon Pakatan Rakyat semalam, masih ada masa untuk mengubah keputusan dan saya juga telah mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak di Bukit Selambau semalam dan hari ini.
"Ramai tidak kenal siapa dia Manikumar (calon Pakatan Rakyat)... kami berharap Anwar akan mempertimbangkan pandangan kami ini dan meletakkan calon lain," kata beliau ketika dihubungi mStar Online.
Makkal Sakthi sebelum itu telah menyenaraikan tiga calon yang dicadangkan oleh Hindraf untuk dipertimbangkan bagi mewakili PKR bagi pilihan raya kecil itu iaitu Thanenthiran sendiri, peguam R Surendran atau tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Vasantha Kumar.
Thanenthiran memberitahu, pihaknya turut mempunyai bukti mengapa Manikumar tidak sesuai sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kawasan tersebut.
Kata beliau, pihaknya akan mengumumkan pendirian mereka jika Anwar enggan menerima pandangan itu dan masih mahu meletakkan Manikumar.
Ketika ditanya apakah tindakan mereka, beliau hanya berkata, "tunggu sehingga Isnin ini kami akan mengumumkan."
Thanenthiran berkata, Anwar juga tidak harus melupakan sokongan Makkal Sakthi kepada parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu.
Semalam Pakatan Rakyat mengumumkan bahawa pihaknya akan meletakkan seorang usahawan, S. Manikumar sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.
Manikumar, 35, seorang anggota biasa PKR sejak dua tahun lalu, merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Pengurusan Pelancongan sebelum mendapat Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) daripada universiti yang sama.Anggota PKR bahagian Merbok itu berasal dari Taman Ria Jaya di sini, menjadi pensyarah sambilan di UUM serta fasih berbahasa Sepanyol selain bahasa Melayu, Inggeris dan Tamil.
Anwar berkata, pemilihan Manikumar dibuat setelah mendapat persetujuan serta restu daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, V. Arumugam di samping mengambil kira pandangan penduduk.
Ketika pengumuman itu dibuat semalam sekumpulan penyokong PKR yang turut berada di tempat pengumuman, membantah keputusan pemilihan Manikumar sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil tersebut.
Kumpulan tersebut juga mendakwa, penyokong PKR di Bukit Selambau tidak mengenali Manikumar kerana beliau hanyalah anggota biasa dan tidak aktif dalam parti tersebut selain mahukan calon yang lebih berpengalaman.
Difahamkan, sebagai tanda bantahan beberapa bilik gerakan PKR di kawasan DUN Bukit Selambau akan ditutup.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan penyandangnya Arumugam daripada PKR pada Februari lepas dan hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac.
Sementara itu, Anwar pada hari ini berkata, tentangan sebilangan penyokong terhadap pemilihan Manikumar hanya diperbesar-besarkan oleh media.
"Mana kita boleh dapat calon yang 100 peratus tidak diprotes.
"Bezanya, kalau calon itu daripada Pakatan Rakyat, protes itu diperbesarkan media, Umno dan BN (Barisan Nasional).
"Kalau calon itu dari MIC, protes itu tidak dilaporkan. Itu bezanya," katanya kepada media selepas merasmikan Pusat Khidmat Rakyat ADUN Seri Setia dan Penyerahan Borang Keahlian PKR yang baru di sini, hari ini.
Anwar berkata, beliau telah berjumpa dengan kebanyakan calon yang disenaraikan semalam dan kesemua mereka menyatakan sokongan dan komitmen kepada pilihan PKR itu.
"Semalam, saya jelaskan, mereka semua layak dan saya minta mereka semua beri kerjasama kepada parti.
"Kita telah pertimbangkan kelayakan, komitmen yang ada, menetap di Sungai Petani, penguasaan dan ilmu yang ada.
"Komitmen daripada mereka itu baik tapi mungkin ada di kalangan penyokong itu (yang membantah) tapi tidak mengapa, ia akan reda," katanya.
Ditanya berhubung Hindraf yang mahu meletakkan calon Bebas bagi mewakili mereka kerana dikatakan tidak bersetuju dengan calon PKR, Anwar berkata, beliau tidak tahu tentang hal itu tetapi beliau mempunyai hubungan yang baik dengan kepimpinan Hindraf.
"Mereka kena fikir kepentingan masyarakat India dan Hindu seluruhnya, bukan kepentingan satu atau dua orang," katanya.
Katanya, beliau percaya, hal itu juga tidak menjejaskan peluang kemenangan PKR di kawasan itu kerana calon yang diketengahkan adalah calon parti yang mewakili semua kaum.
Pada majlis itu, PKR turut menerima kemasukan 500 ahli baru yang dikatakan bekas ahli MIC.

Dilema UMNO?, Politik Wang

Mengapa berlaku politik wang dalam UMNO?, mungkin kerana singkatan dari Perhimpunan Agong UMNO ialah PAU. Kerana itu setiap kali Perhimpunan Agong UMNO di adakan masa itulah perwakilan UMNO akan PAU para pemimpin mereka.
Mengapa berlaku Politik Wang dalam UMNO? mungkin juga fobia pemimpin akan kalah, kerana itu timbul kata-kata hikmat: "Bagi Salah, tak bagi kalah"

Pemimpin PAS mesra rakyat

Ni cilok foto DS Nizar yang sedang belanja krew Harakah makan yang terdapat dalam Tranungkite. Tempatnya taklah sampai berbintang-bintang cukup dengan warung sahaja. Inilah sikap rendah diri pemimpin PAS yang patut diteruskan tanpa rasa malu dan segan akan jatuh martabat walaupun seorang MB. Pemimpin mesti bersama rakyat, barulah boleh dipanggil pemimpin kepada rakyat. Ini tidak bila musim mengundi bukan main mesra rakyat tetapi bila sudah ada jawatan setiap hari memikirkan bagaimana nak kaut kekayaan negara ke dalam poket sendiri. Rakyat Perak bertuah mempunyai MB seperti Nizar, kerana itu rakyat mesti mempertahankan Nizar sebagai MB yang sah. Cerita tentang keikhlasan beliau dalam perjuangan PAS sudah lama tersebar sebelum dilantik MB lagi. Doakan 2 Bukit akan dapat kita pertahankan.

Penyanyi rendah moral tak patut dibawa ke Malaysia

Penyanyi lagu Umbrella, Rihanna dikenali sebagai mempunyai hobi yang pelik iaitu melakukan hubungan seks secara tidak norma malah ganas dan merakamnya untuk simpanan peribadi. Berita tersebar deras Rihana ini mempunyai bukan satu malah bersiri rakaman aksi seks pelik bersama kekasihnya, Chris Brown. Umpamanya Rihanna suka mengenakan pelbagai pakaian ketat yang seksi ketika beraksi. Rihana sebelum ini terbabit dalam pergaduhan sehingga menyebabkan cedera teruk dan terpaksa membatalkan siri konsert jelajah dunia termasuk ke Malaysia yang ditaja oleh sebuah syarikat komunikasi yang dipimpin oleh mereka yang obses dengan kehebatan persembahan Rihana. Kerana itu walaupun dibantah sebahagian besar rakyat Malaysia syarikat ini berdegil juga untuk membawa Rihana. Pasangan berkenaan bukanlah artis pertama merakam aksi di bilik tidur tetapi artis terkenal lain turut melakukannya seperti Pamela Anderson bersama Tommy Lee, Paris Hilton, Colin Farrell dan Tom Sizemore. Pesanan untuksyarikat komunikasi tersebut tak usah lah mencalarkan keberkatan rezki dengan membawa artis yang rendah moral begini datang ke negara ini. Kesian pekerja mereka dan pelanggan yang turut terbabit mendapat saham yang tidak baik.

iPhone, keperluan atau pembaziran

Tanya betul-betul keperluan anda, adakah perlu anda memiliki telefon pintar Apple iPhone 3G ini. Sebelum membelanjakan RM3000 lebih, kira dan hisab dulu antara keperluan dan kemahuan. Semalam maklumat dari sebuah syarikat komunikasi menjangkakan jumlah pengguna Internet mudah alih di negara ini akan meningkat ekoran pelancaran Apple iPhone 3G gabungan pembuat iPhone dan syarikat komunikasi tempatan. Ketua Pegawai Pemasarannya berkata, peningkatan itu dipengaruhi oleh kelebihan dan keistimewaan yang ada pada telefon itu. Katanya, pada masa ini, daripada kira-kira 11 juta pelanggan syarikatnya, 4.4 juta daripadanya melayari Internet mudah alih. Cuba bayangkan hampir suku dari jumlah rakyat Malaysia melayari internet melalui telefon. Itu baru satu syarikat, lagi ada dua syarikat yang menawarkan perkhidmtan yang sama, betul ke maklumat dia ni atau gembar gembur sahaja. Mengenai sambutan terhadap telefon pintar itu, beliau berkata, ribuan pelanggan telah menempahnya sejak sembilan hari lalu. iPhone 3G menggabungkan tiga produk dalam satu iaitu telefon, iPod skrin luas dan peranti Internet. Ia disokong oleh rangkaian 3G, GPS dan Microsoft Exchange.

Penyakit masyarakat

Media perdana hari ini melaporkan pihak polis berjaya menyelamatkan 39 wanita muda warga asing yang dibawa masuk ke negara ini yang ditipu dan dipaksa menjadi pekerja seks (pelacur), sejak Oktober. Modus operandi petualang masyarakat ini ialah mangsa kebiasaannya diperdayakan dengan pelbagai janji manis menggunung kononnya mereka mempunyai peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah jika mengikut mereka, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya sebaik sahaja wanita itu menjejakkan kaki di Malaysia. Kesemua mangsa bukan saja tidak diberi makanan yang sepatutnya malah dikurung dan dipukul oleh anggota sindiket yang mengeksploitasi mereka. Mereka yang diperdayakan untuk menjadi mangsa sindiket itu berusia antara 18 hingga 25 tahun dan memasuki Malaysia secara sah tetapi mangsa kemudiannya dijual kepada sindiket-sindiket tertentu yang dipercayai untuk menjadi pekerja seks.
Kisah perdagangan manusia untuk dijadikan pemuas nafsu sesetengah anggota masyarakat yang berpenyakit ini sudah berlaku zaman berzaman dan hingga sekarang masih membarah. Bila ada pekerja seks alias pelacur ini maka tentulah ada pelanggannya. Menangkap dan menghukum pelacur semata-mata dan membiarkan pelanggan berkeliaran tidak akan mengubat penyakit mungkar ini. Menghapuskan perzinaan (dengan apa cara sekalipun) semestinya menjadi keutamaan dalam agenda negara sehingga tiada lagi wujud. Jalan-jalan menuju kepada terangsangnya nafsu yang menuju kepada perzinaan juga mesti dihapuskan. AlQuraan dengan jelas telah menggariskan panduan kepada manusia "Jangan mendekati arah yang menuju perzinaan kerana perbuatan itu adalah amat buruk". Kalau kita buka hati nurani dan fikiran yang bersih kita lihat disekeliling, kita dapati ianya dipenuhi dengan hidangan jalan-jalan menuju perzinaan namun ianya tidak dianggap 'fahisyah" bahkan digalakkkan oleh sesetengah kumpulan. Anak muda dibiarkan bergaul bebas, berpakaian menyalahi etika iman, seksi dan menggoda kepada perzinaan, minuman keras dijual dan dipromosikan tanpa halangan, majalah-majalah lucah dan semi lucah menjadi hidangan muda mudi saban hari, program TV yang diimpot dari Brazil, hollywood atau tempatan dipenuhi senario mungkar, internet tak payah cerita lagi - masukkan saja carian berlambak akan keluar untuk dilayari tanpa had....

Ali Rustam, apa kata bloger Melaka

Hasbullah Pitt (bukan adik Rabuan Pitt atau Brad Pitt, beliau adalah warga Melaka tulin) berkata Ali Rustam tidak perlu meletak jawatan kalau dia tidak bersalah dan setelah dibuktikan tidak bersalah oleh pihak yang berotoriti. Akan tetapi situasi yang berlaku ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO bahawa beliau bersalah dan yakin bahawa apa salahnya bersalah. Menurut Hasbullah, sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi. Apa yang berlaku sekarang ialah seolah-olah Ali Rustam menyalahkan keadaan yakni kenapa pesalah yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa beliau (Ali Rustam) seorang sahaja yang dilarang bertanding. Contohnya kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga. Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman.Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat. SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lembaga Disiplin UMNO.
(Komen beliau seterusnya anda bacalah sendiri dalam blog Hasbullah Pitt, ulasan beliau panjang, idea banyak)

Takziah untuk keluarga Allahyarham Ustaz Khairul Azhar

Semasa ceramah tazkirah Jumaat tengahari tadi, jamaah dikejutkan dengan pengumuman sedih oleh ustaz Azhar Yahya atas pemergian Ketua Penerangan DPPN9 yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Tampin, Negeri Sembilan. Ustaz Khairul Azhar Kamaruddin telah kembali menemui ALLAH, jam 11.20 malam tadi (Khamis) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disyaki akibat demam denggi. Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar bagi PAS khususnya PAS Negeri Sembilan kerana ketokohan dan sifat kepimpinan beliau. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh nya dan ditempatkan bersama para syuhada dan para solehin.

Jumaat, 20 Mac 2009

Biadap, ini betul-betul menghina

Laporan bloger Fakulti Siasah Syariyyah, menyebut di Bukit Gantang terdapat golongan biadap yang telah menyebarkan poster yang menghina Baginda Sultan dan Sahibussamahah mufti negeri. Golongan yang beriman atau bertamaddun tidak sekali-kali melakukannya walaupun tidak bersetuju dengan tindakan yang tidak sealiran dengan kita. Kemungkinan tindakan ini dilakukan mereka yang mengambil kesempatan melaga-lagakan Istana, Mufti dan Pakatan rakyat.

Kesian DS Ali, hajat TPM tak kesampaian

Akhbar hari ini memaparkan Panel Rayuan UMNO menolak rayuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengetepikan keputusan Lembaga Disiplin yang melarang beliau daripada bertanding pada pemilihan UMNO minggu depan. Lembaga Disiplin Selasa lalu, membuat keputusan melarang beliau bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden UMNO setelaeh diapati bersalah mengamalkan politik wang (rasanya rasuah tu...) Mungkin penyakit yag menimpa TS Isa samad kini berjangkit kepada Datuk seri Ali. TV pulak semalam menayangkang TS Isa bukan main ghairah menghamburkan komen kepada kes DS Ali. Mungkin dalam hati dia (hanya Allah sahaja yang tahu, kita serkap sahaja) kata macam P Ramlee cakap kepada Sudin dan Ajis, "siksa aku dah habis, ini giliran nkou pulak...".

Selasa, 17 Mac 2009

Wacana Rukun Negara

Kebetulan pulang bercuti ke Kelantan, saya sempat menghadiri wacana Rukun Negara yang di adakan di Balai Islam Lundang. Mengikut posternya ianya dibarisi personaliti yang hebat-hebat belaka yang terdiri dari Yb Saifuddin, Prof Madya Dr Abu Hassan, Prof Madya Dr Agus dan Yb Dr Fuad Zarkashi. Namun bila tiba saatnya hanya dua panel yang kekal dan moderator yang sepatutnya Dr Agus digantikan oleh Yb Ahmad Baihaqi. Dr Fuad ada sebabnya, kerana menghadiri satu acara yang lebih penting(?) tetapi Dr Agus tidak diketahui sebabnya. Desas desus hadirin yang kedengaran mengatakan Dr Agus takut balik Ke Kelantan, takut kena lutu(?).
Apapun acara tetap berjalan dengan lancar dan meriah cuma sesekali bila Dr Abu Hasan berucap di selangi dengan suara-suara hadirin yang tidak senang dengan stail dan isikandungan ucapan beliau, terlalu akademik dan banyak menyinggung warga tempatan. Tentang Dr Fuad Zarkashi salah seorang hadirin yang diberi peluang bertanyakan soalan memulakan dengan menggelar Dr Fuad yang tak berani ke Kelantan sebagai pemimpin yang tak ada BATU (te...). memang saya akui soalan-soalan dari hadirin terhadap penal kow-kow, yang membuatkan Dr Abu Hasan kadang-kadang tersengih-sengih untuk menjawab. Namun bagi Yb saifudin sebagai seorang yang mempunyai pengalaman luas dan bijak menguasai suasana, beliau amat disenangi oleh hadirin. Pertanyaaan-pertanyaan dijawab dengan kemas, tepat dan berfakta. Satu lagi yang menarik ialah dengan meghadirkan bloger Penarik Beca (Pak Bakar) yang popular dikalangan pembaca blog, sebagai pembantu moderator. Kehadiran PakBakar telah menambahkan kehangatan majlis dengan soalan-soalan yang pedas. Pada saya keberanian dan ketelusan kerajaan Kelantan mengadakan wacana seperti ini akan terus mematangkan pengundi Kelantan dan mungkin hanya negeri yang tunggal membuka ruang kepada pihak lawan untuk sama-sama berhujah di atas pentas dan dihakimi oleh rakyat jelata. Sebelum ini Khairy Jamaludin pernah digandingkan dengan Datuk Husam.

Jumaat, 13 Mac 2009

Kejamnya manusia

Memerhatikan dua foto disebelah membuatkan sesiapapun akan sayu, sedih dan geram atas sifat manusia yang Allah sebut dalam AlQuraan sebaik-baik makhluq yang dijadikanNya. Atas sikap mereka, mereka juga bakal dicop seburuk-buruk makhluq melebihi binatang ternakan. Mengapa tidak, kalau anda sendiri tergamakkah mengeoum manusia lain seperti ini, hingga berkecai. Didalam peperangan berbeza situasi kerana masing-masing menjaga nyawa, tetapi dalam kes ini mereka mengebom sekumpulan orang Islam yang sedang berselawat mengingati kelahiran Rasulullah. Semoga ditempatkan mereka bersama-sama pejuang-pejuang yang syahid

Khamis, 12 Mac 2009

SPM: Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan KB, dapat 20A

Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan. Adik Nor Madihah adalah anak seorang nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa.
lain-lain keputusan:
Nor Farah Aisyah Nazim memperolehi keputusan 17A.
Tiga orang pelajar memperolehi keputusan 13A
Sebelas orang pelajar (12A)
Lima orang orang (11A).
17 sekolah YIK memperolehi keputusan peperiksaan 100 peratus dalam SPM termasuk Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang pertama kali menduduki SPM.
Tiga tahun lalu, pelajar sekolah ini juga Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Kos perjalanan udara Khir Toyo hampir setengah juta?

Kalau dikira gaji purata RM1,500 sebulan bekerja sampai pencen (lebih kurang 30 tahun) maka baru sama dengan kos bekas MB selangor, Khir Toyo membuat perjalanan udara selama 6 tahun. Wow banyak tu. Namun itulah kenyataannya. Laporan Bernama hari ini yang dipetik memaparkan kos tambang perjalanan udara bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ke luar negara dari September 2001 hingga Januari tahun lepas berjumlah RM349,134 yang melibatkan 21 perjalanan. Antara destinasi luar negara yang dikunjungi oleh beliau ialah London, Bangkok, Beijing, Los Angeles, Dubai, Osaka, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam. Ini belu termasuk kos penginapan, makanan dan minuman serta lain-lain kos yang berkaitan masih dalam semakan.

Hasutan Iblis

Adakah manusia semakin durjana?, lupa diri dan lupa hari pembalasan. Bila membaca laporan Harian Metro semalam berkenaan nasib seorang gadis yang datang ke KL sendirian untuk mencari pekerjaan, menyara hidup keluarga dikampung, menjadi mangsa ratahan tiga lelaki gila, kenalan seorang wanita yang disangkanya budiman yang dikenali di Hentian Puduraya. Gadis itu khabarnya baru tiba di Hentian Puduraya dari Alor Star, Kedah, tidak mengenali sesiapa, telah disapa oleh seorang wanita berusia 30-an kononya ingin membantu mangsa. Rupa-rupanya ketika minum wanita yang dihasut iblis itu memasukkan sejenis cecair ke dalam minuman mangsa untuk membuatkan gadis itu pening, khayal dan lemah lalu mengikut wanita itu ke rumahnya dan dalam keadaan separuh sedar tiga lelaki tidak dikenali masuk memperkosa mangsa berulang kali yang menyebabkan mangsa pengsan selepas dirogol beberapa jam. Bila tersedar ada lagi lelaki di bilik berkenaan yang cuba memperkosanya, tetapi mangsa melawan dan berjaya melarikan diri terus ke IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan.
Moralnya, kisah terajis ini membuatkan kita tertanya-tanya akan tahap keselamatan seorang rakyat Malaysia yang dilindungi perlembagaan. Begitu hina diperlakukan oleh beberapa rakyat Malaysia yang lain tanpa rasa gerun, takut kepada undang-undang negara dan langsung tiada simpati maupun empati kepada sesesorang mangsa. Apa lagi yang durjana itu ialah juga seorang wanita yang dimaklumi sejak zaman-zaman sebagai perihatin, sensitif, berakhlaq, murni lemah-lembut dan sebaginya. Namun hakikatnya situasi kini sudah berubah, wanita ataupun lelaki berlumba-lumba melayani hasutan nafsu dan iblis hingga lupa pembalasan dunia, ditangkap lalu dibicarakan seterusnya dijatuhkan hukuman. Mereka juga lupa satu pembalasan lagi diakhirat oleh Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Melihat, lalu kemana mereka akan lari...

Jemput hadhir di Seminar PPSMI Bangi

Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan oleh lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada hari Sabtu 14 Mac 2009 . Pakar-pakar yang diundang khas akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi.
Mereka ialah:
Dato' Dr Hassan Ahmad
Profesor Dr Abdul Aziz Bari
Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan
Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain dan
Profesor Dr Mat Rofa Ismail
Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik. Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai.
Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:
Hazwani 0133684906 ( rsbgurl@yahoo.com)
Razali Bidin 0196442868 ( arieff_86@com.my)
Hakim 0132829225 ( hakimin_abdullah@ yahoo.com)
Azli Maarif 0123378925 ( azli_000@yahoo. com)
Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang.

Selasa, 10 Mac 2009

Peribahasa diberi makna baru

Semasa menonton TV beberapa hari lalu terrrtengok wawancara dengan DS Rais Yatim yang memberi komen tentang hal-ehwal politik semasa. Dalam banyak-banyak komen Rais Yatim terdengar satu pepatah yang popular tetapi diberi makna baru oleh Rais Yatim. Pepatah itu ialah "BERI BETIS HENDAK PAHA". Apa makna baru tersebut?, kalau nak tahu makna yang diberikan oleh Rais Yatim ialah sikap Pakatan Rakyat. Pengundi dah memberi 4 negeri kepada mereka, masih tamak mahukan lebih negeri. Bukankah Pakatan rakyat sudah ada Kelantan, Kedah, Penang dan Selangor, apa salahnya berikan satu kepada BN/UMNO. Makna kedua Rais Yatim ialah berkenaan sikap Pakatan Rakyat Perak, dimana sudah dipilih oleh rakyat Perak menjadi ADUN, cukuplah tak kan tak cukup hinggakan kuasa sultan pun ditagih mereka. Saya pun ternganga mendengar komen seorang Dr PHD, selayaknya berilah komen yang lebih akademik atau lebih keilmuan. Komen macam itu senator kedai kopi kat kampong pun boleh. Perumpamaan yang diberikan oleh DS Rais pasti menmbulkan rasa kelakar rakyat jelata yang mengharapkan komen intelektual dari seorang menteri yang berpangkat doktor PHD. namun itulah dia hakikat yang harus ditelan oleh rakyat dan pengundi Jelebu, tahap pemikiran yang mengecewakan....

Ahad, 8 Mac 2009

Tanam pokok memalukan negara?

IPOH 7 Mac - Tindakan pakatan pembangkang mahu menanam lima batang pokok di kawasan 'Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak' di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, merupakan satu lagi gimik politik bagi terus mengelirukan rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib menyifatkan usaha pakatan pembangkang itu bertujuan memalukan negara dan Perak serta meraih simpati masyarakat. "Sidang bawah pokok yang mereka lakukan itu adalah bersifat kebudak-budakan dan mereka tahu persidangan tersebut tidak sah di sisi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan peraturan dewan. (petikan Utusan Malaysia)

Double standard

Media perdana menyatakan kerajaan Malaysia komited untuk terus memperkembangkan kepentingan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini. Tu yang saya keliru ni. Sekali tak mahu BM sekali nak perdanakan BM, sekali cakap jangan taasub BM. Ini bukan saja double standard bahkan dah jadi bermacam-macam standard. Bercakap ikut suasana yakni bila bercakap depan kumpulan Melayu maka tajuknya memperkasakan BM, bila bercakap dipersekitaran bukan melayu maka tukar pulak pegangan kepda BI pulak. Tu la dia..
Cuba petik sikit ucapan TPM, ‘‘Kita akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini. Suka saya mengungkap kata-kata Pendeta Zaaba lebih 50 tahun yang lalu bahawa “patutlah bahasa Melayu dilayakkan dari selangkah ke selangkah lagi bagi penggunaan yang lebih maju, lebih besar dan lebih tinggi pula”. ‘‘Begitulah juga pujangga tersohor Melayu, Munsyi Abdullah telah membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu boleh dilaksanakan dengan tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan yang berkembang maju di zamannya,” katanya.
Dimana beliau berucap?, beliau berucap merasmikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009 di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Beliau berucap lagi, ‘‘Dalam era ICT, bahasa Melayu seharusnya mengambil peluang daripada pembangunan K-ekonomi untuk turut menyediakan ruang pengetahuan yang cukup kepada masyarakat. ‘‘Bahasa Melayu perlu cukup utuh dan mantap untuk mengemudi masyarakat penuturnya agar bergerak seiring dengan arus pembangunan K-ekonomi dalam dunia yang semakin kompleks,” katanya.
Jadi pembaca fikirlah sendiri, yang pejuang bahasa berhempas pulas hari ini walaupun berdepan dengan topi merah, nak perdanakan bahasa la tu...alih-alih kena ges pemedih mata, ada yang ditahan dan sebaginya. Itulah jadinya bila lantik pemimpin cakap tak serupa bikin.

Sabtu, 7 Mac 2009

Media Perdana melapor sambil lewa

Media perdana hari ini tidak serius dalam melaprkan berita Perhimpunan PPSMI di KL, malah ada antara media tidak membuat laporan langsung. Yang ada pun seolah-olah melepaskan batuk ditangga. Beginilah sikap sebenar sebahagian media pengampu pemerintah yang cuba menutup bantahan rakyat dari diketahui umum. Yang menerima akibat ialah pihak parti memerintah sendiri bila rakyat membuat bantahan melalui undi setelah bantahan melalui suara tidak diendakan. Berikut antara Media yang membuat laporan.

Malaysiakini
Kira-kira 8,000 orang yang berarak membantah PPSMI dari MasjidNegara bagi menyerah memorandum kepada pihak Yang di-Pertuan Agong dihujani puluhan das gas pemedih mata sekitar Kampung Attap.

Bernama
Sementara itu, 5,000 orang berarak membantah pelaksanaan PPSMI dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.Ini menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

The Star
Riot police fired tear gas into several hundreds of people marching to Istana Negara to protest the use of English in the teaching of Mathematics and Science at 2.40pm Saturday.

MStar
Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas dengan lebih 5,000 penyokongnya merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara

Utusan Malaysia online (tiada laporan, mungkin dalam edisi cetak)
Berita Harian online (tiada laporan)
Sinar Harian online (tiada laporan)
Kosmo online (tiada laporan)
Harian Metro (tiada laporan)

MStar melaporkan-Perhimpunan bertukar ganas

Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini yang dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas dengan beratus-ratus penyokongnya merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara. Bagaimanapun perarakan itu berjaya disuraikan sebelum mereka tiba di kawasan Istana Negara. Insiden itu juga menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara. Kira-kira 124 orang ditahan berhubung perarakan haram itu. Pihak polis telah memulakan sekatan di 16 lokasi di sekitar ibu negara sejak awal pagi tadi. Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis bermula di Masjid Negara, yang jauhnya kira-kira satu kilometer pada pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.
Bagaimanapun mereka ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.
Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Pun begitu, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke kawasan Istana Negara.
Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian. Memorandum pihaknya diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.
Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum. Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.
Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan. Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.
(Beginilah nasib pejuang BM, bukan sahaja tidak mendapat kredit atas perjuangan yang kalau berjaya memberi faedah kepada Bangsa Melayu dan Rakyat Malaysia, malah dicap pula GANAS, MEREMPUH POLIS dan berbagai gelaran negatif)

Sejarah mencatat, azabnya memperjuangkan bahasa sendiri

(untuk berita terkini sila klik Harakahdaily)
Hari ini 7 Mac 2009, tercatat dalm lembaran sejarah bangsa Melayu yang bermati-matian mendaulatkan bahasanya di negaranya diperlakukan seperti menghalau anjing masuk kampung. Tak mengapa, pihak berkuasa jangan lupa peristiwa ini akan terpahat sampai bila-bila yang tak mungkin dipadam oleh sesiapa. Ia tersimpan kemas di dalam PC, Laptops, thumbdrive, handfon dan server seluruh dunia. Tak mampu dipadamkan, jadi tunggulah masanya kalau bukan sekarang, anak cucu cicit kita akan meludah, mengencing mereka yang hari ini berkuasa dan menjadikan bahasa sendiri sebagai dagang di tanah air sendiri. Antara rentetan berita hari ini
3.34 pm: Laporan dari harakah. Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU. "Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
3.32 pm: Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.
3.29 pm: Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.laporan dari tukar tiub -Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.
3.28 pm: Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.
3.23 pm: Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.
3.21 pm: Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundurke Masjid Negara. KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. - tukar tiub3.19 pmDI laporkan satu tembakan pemedih mata masuk ke kawasan masjid. Laporan terperinci sedang di nanti.
3.17 pm: Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata. Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara.
Diberitakan Hj Mohamad Sabu terbaring atas jalan terkena tembakan bahan kimia

Andainya benar bagai di catat, Amat menyayat hati...

Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung. Azilah (pegawai pemerintah kepada Sirul) menarik perempuan itu dan menghumbannya ke atas tanah. Saya segera menembak pada bahagian kiri mukanya. Kemudian Azilah menanggalkan pakaian perempuan itu dan memasukkan pakaian yang ditanggal itu ke dalam sebuah plastik hitam. Azilah mendapati tangan perempuan itu masih bergerak. Dia memerintahkan saya untuk menembak sekali lagi, dan saya melakukannya", ujar Sirul. Ini adalah merupakan pengesahan yang pertama identiti pembunuh Altantuya. " Kemudian kami mengusung mayatnya ke dalam hutan, Azilah membalut bahan letupan di sekeliling kaki, abdomen dan kepala perempuan itu dan kemudian kami meletupkannya."

PAS For All - Mengintai kehilangan 2 permata seni tanah air

Allahyarham Zubir Ali
Bila mendengar lagu puisi 'Penantian' diputarkan di saat ini, tentu saja kita akan teringat dengan alunan syahdu dan bait-bait indah lirik lagu ini yang dinyanyikan oleh komposer, penyanyi dan penulis lirik ini, Zubir Ali yang kini sudah tiada lagi di kalangan kita. Allahyarham Zubir Ali yang merupakan bekas vokalis kumpulan 'Harmoni' telah menghembuskan nafas terakhir semalam 6 March, 2009 di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan jantung. Arwah Zubir Ali dilahirkan di Alor Setar, Kedah, meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Allahyarham adalah seorang komposer yang juga penyajak dan penyanyi, telah begitu sinonim dan serasi dengan gaya penyampaian dan nada puitis dikalangan rakyat negara ini. Waktu pertama kali Allahyarham memperkenalkan lagu puisi, 'Penantian' bersama kumpulan Harmoni pada awal 1980-an, ramai yang menganggap lagu itu membawa unsur kecewa cinta tetapi ternyata ianya sarat dengan unsur ketuhanan yang mendalam. Kekeliruan itu membawa hikmah apabila lagu 'Penantian' mendapat sambutan hebat hingga ke hari ini. Mungkin, lagu yang amat menyentap memori indah ialah 'Penantian' yang dihasilkan pada tahun 1981, juga 'Doa' dan 'Nyanyian Ombak' (1983). Allahyarham juga pernah menghasilkan lagu untuk peperangan diPalestin, antara yang popular ialah Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden (2000) dimana lagu berjudul Tuan Presiden adalah kritikan terhadap kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush. Bagi orang-orang lama, mungkin akan ingat lagi kepada geng RAP yang popular zaman awal hingga pertengahan 90'an yang dianggotai oleh Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Afdlin Shauki dan Allahyarham Zubir Ali, di bawah naungan dan bimbingan Roslan Aziz.
Kronologi:
Tahun 1980an bersama kumpulan Harmoni, lagu popular Penantian, Nyanyian ombak.
Tahun 1991, album kompilasi RAP yang paling popular, 'Ikhlas Tapi Jauh' juga menampilkan lagu menarik nyanyian Zubir 'Harga Diri'.
Tahun 1996 menghasilkan album kompilasi 'RAP '96' , menampilkan sebuah lagu karya dan nyanyian Zubir, 'Siapakah Memberi Khabar' .
Tahun 2000, menghasilkan lagu Balada Seorang Gadis kecil dan Tua Presiden khusus untuk Palestine.
Tahun 2006, Zubir telah merakamkan sebuah album solo 'Zubir Ali 06' .

Allahyarham Arzmy Mohamad
MUNGKIN tidak ramai mengenali Mohd Arzmy Mohmad, kerana beliau bukan artis tetapi di kalangan karyawan seni, lelaki yang sentiasa mesra senyuman itu sememangnya cukup dikenali. Arzmy adalah orang penting dalam melahirkan penyanyi di syarikat rakaman terkenal, EMI (M) Sdn Bhd telah melahirkan nama-nama besar dunia hiburan tanahair antaranya Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Datuk Sharifah Aini, Hail Amir, Uji Rashid, KRU, Ella, Fauziah Latiff, Awie, Amok, Cromok, Butterfingers dan Rabbani. Kreativitinya dianggap unik seperti Amok diberikan imej bertopeng, manakala Amy Search pula ikon bulan dakwah. Bekas Ketua Operasi Bahagian Domestik EMI itu meninggal dunia 5 March 2009, akibat serangan jantung. Pemergian arwah satu kehilangan besar kepada industri muzik yang masih tenat. Vokalis Rabbani, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim berkata, jasa Allahyarham cukup besar kepada Rabbani sepanjang 11 tahun bergiat dalam dunia hiburan.“Arwah yang berusaha membawa Rabbani ke EMI dan menaikkan nama kumpulan ini menerusi pelbagai idea yang dicurahkan sehingga terkenal adlah idea arwah Arzmy, begitu juga dengan duet Rabbani bersama Amy Search. Arwah dianggap seorang bapa kepada Rabbani kerana sentiasa menjaga kebajikan kami malah pencetus kepada kemunculan Rabbani. Perkara paling tidak dapat dilupakan ialah cadangan Allahyarham untuk menganjurkan Bulan Sembahyang sebagai satu usaha dakwah. “Tiga hari lalu semasa pelancaran Bulan Dakwah di Kota Bharu, Kelantan, arwah merancang membuat koloborasi antara Amy Search dengan Rabbani untuk menganjurkan Bulan Sembahyang"
(Rujukan: Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan MStar)

Mengenang perjuangan Raja Bahrin

(Foto MStar)
Bila membaca kisah perkahwinan Anak kedua arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Raja Shahirah Aishah, 24 yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz, 30, di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini semalam, kita rasakan baru semalam kes perebutan antara ayahanda dan bonda Raja Shahirah berlaku. Masih terbayang bagaimana sianak yang masih kecil berdiri bingung dengan kejadian yang berlaku terhadap dia dua beradik. Bagaiman dikhabarkan petapa peritnya Raja Bahrin berusaha menyelamatkan akidah dua anaknya dari bekas isterinya warga Australia Jacqueline Pascarl-Gillespie. Hari ini kita hanya lihat dengan senang hati hasil jerih payah Raja Bahrin. Kini Raja Shahirah adalah seorang anak gadis kesayangan Raja Bahrin, sudah dewasa dalam akidah yang jitu dan hari juga ini lengkaplah tanggung jawab beliau sebagai ayah apabila dengan redha telah menyerahkan pula tanggung-jawab kepada Syarul Reza sebagai suami.

Majlis akad nikah pasangan tersebut telah dihadiri oleh sahabat handai dan saudara mara dari kedua-dua belah pengantin. Pasangan ini telah menyulam cinta hampir lima tahun sebelum disatukan dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Raja Kamarul Bahrin. Suasana hening dan terharu muncul bila sebelum majlis akad nikah Raja Kamarul Bahrin memeluk dan mencium anak perempuan tunggalnya. Mungkin Raja Bahrin terkenang kisah-kisah semasa Raja Shahirah masih kana-kanak.

Rasa-rasanya..

Keputusan sebenarnya tentulah diputuskan oleh mereka yang berotoriti dalam agama. Berbeza pendapat dalam Islam dibenarkan selagi tidak melibatkan akidah dan Nas yang qatii. Pengikut macam kita tetap akur apa saja yang diputuskan oleh Ilmuan Islam yang berwibawa. Cuma pada pembacaan dan pemerhatian kita rasa-rasanya dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam tidak menyebut tuhan mereka dengan sebutan Allah. contohnya mendiang Goh Tong bila ditanya tentang kejadian tanah runtuh di Genting mendiang merujuk kepada tuhan orang Islam dengan berkata "Ini tuhan Allah punya kerja". Maksudnya Allah hanya dirujuk kepada Islam dan bila Allah digunakan oleh agama lain ia akan mengelirukan orang Islam yang tipis iman dan akan mudah diselewengkan akidah mereka ke arah agama lain. Berlainan situasinya bagi negara Arab purba, sebutan Allah biasa digunakan oleh semua. Jadi tidak timbulah masaalah. Ini pendapat saya sahaja sebagai orang biasa dan seperti saya tulis di atas, keputusan muktamad berikanlah kepercayaan kepada ilmuan Islam dan mereka yang berotoriti. Dalam PAS sendiri bermacam pendapat dilontarkan dengan hujah masing-masing seperti Yb Ustaz Taib Azamudden (PAS-Baling) berkata Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. Bekas Imam Besar Masjid Negara ini berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan. Sementara Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza pula dan senada dengan Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan dimana Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
WalLahu A'lam.

Khamis, 5 Mac 2009

TV3 perlu insaf, dosa terhadap rakyat tiada keampunan

Media alternatif menyiarkan keputusan Kerajaan PAS Kedah akan menyaman TV3 dalam waktu terdekat ini. Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 adalah ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat. "Pagi ini saya diberitahu TV3 ulang lagi bahawa Exco derhaka angkat sumpah, ini satu kenyataan yang tidak betul. Kita tidak tahu siapa derhaka. "Oleh kerana dah melampau sangat, saya sudah arah Dato' Penasihat Undang-undang Negeri mengambil tindakan undang-undang kepada TV3 dalam mesyuarat Exco tadi. Kerana dia ada 'mala fide' (berniat jahat) yang berterusan," tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya yang dipetik dari Harakahdaily. Sebelum ini stesyen penyiaran yang sama telah beberapa kali ditegur Menteri Besar atas laporan-laporan mereka terhadap Kerajaan Negeri Kedah.
Antaranya:
Laporan palsu penutupan Tabika Kemas
Isu perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim
Penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif
Pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau
Sebenarnya kegairahan TV3 menyiarkan berita-berita palsu dan cuba menggambarkan kumpulan yang tidak menyokong kepimpinan BN/UMNO sebagai jahat, ganas dan sebagainya sudah dimaklumi umum. Jadi siapa sahaja yang mengambil tindakan terhadap TV3 disokong oleh orang ramai supaya TV3 insaf dan berpijak dibumi nyata. Dosa atas kesalahan media yang ditanggung TV3 tuanpunya serta petugas-petugasnya termasuk DJ yang begitu bersemangat membaca berita palsu dan mengadu domba mustahil diampunan oleh mangsa TV3 sejak sekian lama.

Kebetulan je..

Persidangan DUN bawah pokok Sena Perak dan bawah pokok Beringin Do Re Mi
1) Dihadiri oleh Ahli Parlimen Pokok sena Datuk Mahfuz Omar
2) Kerajaan pilihan rakyat di rampas kuasa oleh bekas Menteri Pertahanan, Menteri Pasola
3) Menteri Besar Kerajaan Pasir Dua Butir memakai topi firebrigade berlambang BULAN PENUH (MB tu dari PAS jugak kot)
4) Permaisuri Kerajaan Pasir Duabutir juga berasal dari Istana Perak (Norizan)

Rabu, 4 Mac 2009

Tiba-tiba nama A.R Rahman dijulang seluruh dunia

Siapa A.R Rahman?,
Nama semasa dilahirkan: A. S. Dileep Kumar, Hindu
Kini dikenali denga nama: A R. Rehman
Tarikh lahir: 6 January 1967, Chennai, Tamil Nadu, India
Umur pada tahun 2009: 42
Profesyen: Composer, record producer, music director, singer, instrumentalist, arranger, programmer
Nama A.R Rahman terus dijulang diseluruh dunia berikutan dari kejayaan besar filem terbaru hollywood "Slumdog Millionaire". Masyarakat dunia mula memberi sanjungan kepadanya dan pujian kepada A.R Rahman sehinggakan sudah tercipta ayat pujian "Allah Rakha Rahman" (Allah selamatkan Rahman). Kejayaan Rahman memenangi dua Oscar melalui skor muzik dan lagu ciptaannya 'Jai Ho' begitu disenangi ramai termasuk masyarakat barat. Anra muzik ciptaannya yang popular diseluruh dunia melalui filem 'Dil Se' yang memuatkan antaranya lagu 'Chaiye Chaiye' yang dinyanyikan oleh hero Bollywood Shah Rukh Khan. Komposer ini sudah lama memahatkan namanya di dunia Bollywood dan Hollywood. Cuma baru kini, dia diberi pengiktirafan oleh dunia barat. Mula mencipta nama pada tahun 1992, dengan lagu ciptaannya untuk filem Tamil "Roja". Filem ini kemudiannya dibuat dalam versi Hindi. Kini namanya sebaris dengan nama bintang-bintang Hollywood dan berjaya memasukki rekod sebagai orang India pertama mendapat Golden Globe, orang India pertama mendapat Anugerah British Academy of Film and Television Arts (BAFTA) bagi kategori muzik dan orang India pertama membolot patung emas golden Oscar. Filem "Slumdog Millionaire" di arahkan oleh Danny Boyle. Ceritan ini mengisahkan suka duka seorang anak yatim setinggan bernama Salim setelah memenangi Rs.20 million ($410,000) dalam program gameshow "Who Wants To Be A Millionaire?" versi India. Siapa Rahman?, nama sebenar Rahman ialah A.S Dileep Kumar dan dilahirkan dalam sebuah keluarga Tamil Hindu. Ayahnya, R.K. Shekhar, seorang komposer yang membuat muzik untuk filem Malayalam movies. Kisah Rahman sendiri sebagai pemuzik bermula semasa usia 11 tahun, dimana Rahman diterima bekerja sebagai pemain keyboard dalam kumpulan muzik di bawah trup komposer Ilayaraja, bagi menyara ibu dan tiga orang adik perempuannya. Setelah menimba pengalaman bekerja dengan pengarah muzik terkemuka seperti Zakir Hussain dan L. Shankar, Rahman berjaya mencipta lagu jingle dan skor muzik bagi program TV. Sehingga kini, Rahman sudah mencipta 300 buah jingle. Semasa fasa ini juga, Rahman berjaya mendapat ijazah dalam muzik klasik barat dari Trinity College of Music, London dan akhirnya membuka studio sendiri di Chennai, yang dikatakan studio paling sofistikated dan paling hi-tech di Asia. Peluang keemasan untuk mencipta nama di peringkat antarabangsa dalam muzikal broadway "Bombay Dream" arahan Andrew Lloyd Webber. Dileep Kumar mengambil keputusan memeluk agama Islam dan menukar namanya kepada A.R. Rahman pada tahun 1989.
(petikan razmij.blogspot.com)

Selasa, 3 Mac 2009

Mencari Do Re Mi

(Foto dari Cina Islam)
Mengikut ceritanya, setelah kerajaan Pasir Berdengung dikhianati oleh Panglima Pasola dan melantik dirinya sebagai Menteri Besar Pasola, maka bersidanglah kerajaan Pasir Berdengung (pembetulan: Pasir Duabutir) di bawah pokok sementara menanti ketibaan Do Re Mi yang banyak ilmu dan hikmah. Yang mana akhirnya dengan kebijaksanaan Do Re Mi, kerajaan sah telah dapat ditegakkan semula. Bunyinya lucu macam katun seperti kata Dr Zambri, namun itu yang berlaku kepada ADUN dan MB sah kerajaan Perak, terpaksa bersidang di bawah pokok. Krisis politik Perak, yang didalangi orang luar Perak, yang mendirikan kerajaan dalam kerajaan secara tidak mengikut undang-undang dan demokrasi yang dijunjung, telah mencemarkan kedaulatan kerajaan Perak dan baginda Sultan Perak.
Walaupun di bawah pokok, sidang DUN pagi tadi berjalan dengan lancar ditempat yang ditetapkan Speaker kira-kira 100 meter dari pintu masuk bangunan SUK. Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja. Sidang tersebut telah dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri. Ustaz Misbah telah dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.
Kekuatan, kecekalan dan kekentalan ADUN, Speaker dan MB Perak sudah cukup bagi PR tanpa memerlukan Do Re Mi datang membantu. Doa dari orang yang teraniaya tiada hijab, yang perlu PR mesti istiqomah, bersama berjuang demi keadilan untuk semua.

Tiba-tiba Melaka banjir...

(Gambar hisan)
Seiring dengan kejayaan mengadakan konsert JOM HEBOH di MITC dimana rakyat Melaka berkumpul depan pentas sejak 6 petang lagi (dapat dilihat semasa lintas langsung berita terkini) tiba-tiba Melaka diserang banjir. Hujan lebat sejak malamny menyebabkan 40 buah rumah dan sebuah pekan kecil di Lubuk Cina dekat sini megalami banjir kilat setinggi satu hingga 1.5 meter. Kejadian itu menyebabkan kebanyakan penduduk kampung tidak dapat keluar bekerja dan kanak-kanak pula tidak ke sekolah. Yang terlibat ialah Kampung Teluk Berembang, Kampung Pengkalan Pauh dan Pekan Lubuk Cina telah ditenggelami air ekoran limpahan air dari Sungai Rembau. Kejadian itu berlaku ketika hampir kebanyakan penghuni sedang nyenyak tidur dan rumah mereka mula dinaiki air bermula kira-kira pukul 3.30 pagi. Sehingga petang semalam semua keluarga yang terlibat telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing apabila banjir semakin surut.

Isnin, 2 Mac 2009

Octo-mom Nadya Sulaiman

Nama Nadya Sulaiman melonjak di seluruh dunia bagaikan selebriti holywood. Puncanya ialah atas keberanian wanita California ini mempunyai ramai anak (sedia ada 6, campur kembar 8 jadi 14 orang) tanpa ayah atau bapa. Berita tentang Nadya ini bukan sahaja meletup di AS bahkan ke seluruh dunia dengan dibantu oleh media terbesar dunia , internet. Tiada siapa tahu siapa Nadya sebelum ini, berumur 35 tahun, tiada suami berasal dari Whittier, California. Nadya mula menjadi tajuk muka depan media mulai 26 Jan. 2009 bila melahirkan anak kembar lapan sekali gus. siapa bapa kepada anak-anak malang ini tidak diketahui, yang tentunya mereka adalah hasil kehamilan "invitro fertility treatments". Berita terbaru tentang Nadya ini ialah terdapat perebutan dikalangan pembuat filem sex untuk mengambil Nadya sebagai pelakon dengan bayaran RM4juta. disamping itu ada juga yang ingin menyumbangan kos pampers dan ada juga yang ingin membuat ujian DNA ke atas kanak-kanak kembar lapan Nadya untuk mengesahkan bapa kandung....poning den macam-macam hal dalam dunia sekarang.

Tabik spring lagi...bravo Yb Siva

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, memecat Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN
(Petikan Berita Harian Online)

Ahad, 1 Mac 2009

Ibrahim Ali takut kehilangan AP

Bernama melaporkan AP Pasir Mas yang menang atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan melayan sebarang desakan pihak-pihak tertentu yang meminta beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen tersebut. Beliau mengakui sedar keadaan tersebut supaya beliau meletak jawatan ekoran kelantangannya menentang parti yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum yang lalu. "Walau apa yang mereka lakukan untuk memaksa saya letak jawatan, saya tidak akan layan kerana seseorang anggota parlimen tidak boleh bertanding semula sebelum tamat tempoh lima tahun mengosongkan kerusi yang dimenanginya," katanya. "Jadi, tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti, saya akan bertanding semula bagi untuk membuktikan pengaruh sama ada masih diterima pengundi kawasan Parlimen Pasir Mas atau tidak," tambahnya.
Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang aneh apabila PAS bertindak meminta beliau meletak jawatan semata-mata kerana beliau menyuarakan pandangan di tempattempat terbuka termasuk di Parlimen. "Prinsip saya sejak dari dulu lagi, suka menyuarakan pandangan dan menentang segala kemungkaran sama ada dalam mana-mana parti sekalipun," katanya.

Kata dulang paku serpih

Media Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas MB selangor yang banyak kes salahlaku tetapi terlepas hukuman Muhamad Muhd Taib yang menyelar YB Karpal singh dan menghukum beliau sebagai tidak layak tinggal di Malaysia. Ketua Penerangan UMNO yang dilantik senator ini menyifatkan Pengerusi DAP, Karpal Singh tidak layak untuk tinggal di negara ini kerana tidak memahami adat dan budaya masyarakat di sini. Betul ke begitu? atau cuma modal politik sahaja. Beliau berkata, YB Karpal yang bermulut celupar itu juga tidak sesuai dan selari dengan rakyat negara ini terutama kehidupan biasa orang Melayu yang beradat dan beradab. Boleh percaya ke yang bercakap ni menghormati adat dan adab?, bukankah dulu dia ni lah yang melarikan anak Almarhum Sultan Selangor?, beradat dan beradab ke tu?. Orang yang buat kerja tak beradab, kemudian bercakap soal adab, namanya hipokrit. Tuduhan lain yang dipaparkan ialah Yb Karpal menghina sultan kerana cubaan menyaman Sultan Perak yang melantik MB ke dua. Rasanya seantero dunia tahu Yb karpal cuma bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang, dan yang membuatkan Sultan boleh disaman mengikutperuntukan undang-undang ialah BN sendiri, tak derhaka ke tindakan BN tu?. Yang terbaru dakwa Muhamad Taib ialah menggelar Pemuda UMNO sebagai celaka, ini tidak sesuai dengan negara kita, orang Melayu yang ada adat dan adab. Kalau begitu kata NATANG macam mana?, beradat dan beradab ke?. Yang nak termuntah bila beliau mengatakan,"Siapa hendak duduk negara ini kena faham semua perkara ini, hendak masuk rumah orang pakai kasut tidak salah, cuma kalau masuk ke dalam rumah orang Melayu pakai kasut, mungkin kita kena tumbuk," katanya. Apa punya contoh tak tahulah, tak ada kelas...
Agenda BN semalam di Pasir Mas (28 Februari 2009)
Berpakat dengan TV9 mengadakan program ala-ala jom heboh, disiar secara langsung yang dihoskan oleh Mek Saidah dan Aziz Desa.
Merasmikan Pejabat RISDA Jajahan Kelantan Utara.
Menyembelih seekor lembu sumbangan TV9
Mengadakan acara pentas hiburan dan forum hingga ke malam
Mempamerkan kepada rakyat Kelantan betapa caknanya BN kepada rakyat
(Cakna ada makna tu..)