Kawan-kawan setia

Khamis, 30 April 2009

Tuduhan serious terhadap kerjaya doktor perubatan

Saya merasa terpanggil dengan laporan akhbar yang menyebut doktor curi tulang. Rasa lega bila hasil siasatan terhadap dakwaan kononnya pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ‘curi tulang’ mendapati tidak benar. Menurut Menteri Kesihatan, doktor yang dikatakan 'membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi’ di wad kecemasan itu sebenarnya bukanlah doktor tetapi Pegawai Perubatan Siswazah yang baru selesai memeriksa pesakit terakhir. Jadi sambil menunggu kad rawatan pesakit seterusnya beliau sekadar menyelak akhbar yang ditinggalkan seorang pesakit atas sebuah troli dan hanya mengimbas tajuk utama akhbar sahaja. Mengapa saya mempertahankan doktor dihospital kerajaan?, kalau anda kehospital kerjaan pun anda akan simpati dengan para doktor. Saya memang berpuluh tahun berada dihospital dan bermacam hospital, kerana dugaan Ilahi, menjaga dan menghantar anak-anak yang berulang alik kehospital kerajaan dan ada yang berbulan berada di dalam wad. Boleh dikatakan hospital adalah rumah kedua saya, jadi saya kenal sangat dengan kerjaya doktor dihospital kerajaan. Anda bayangkan semasa saya menjaga anak di beberapa hospital contohnya HKL, Hospital Serdang, Hospital Kuala Pilah, Hospital HUKM, Hospital KB (jaga ayah) dan beberpaa hospital lagi, pagi doktor tu ada di wad kecemasan, petang di klinik, malam di wad, pagi esok jumpa lagi di klinik, jadi dalam hati saya bertanya, bila doktor tidur. Saya dari tahun 90an (sejak anak saya berulang alik ke wad) saya sudah appreciate kerja doktor, tak padan dengan gaji, kerja macam 24jam. Dalam 5 orang anak saya hanya yang bongsu sahaja tidak menjengah wad, belum lagi isteri, ayah, ibu mertua dan lawatan biasa terhadap kawan-kawan dan sadara-mara. Saya share pengalaman saya dengan anak buah saya sorang doktor pakar Hospital KB, beliau mengakui hal tersebut. Tidur 3jam sehari bagi doktor biasa saja dan tidak membebankan. Jadi saya bandingkan pengalaman saya dengan tuduhan terhadap doktor saya rasa tidak adil. Tentulah saya rasa lega bila sebenarnya tuduhan itu tidak benar dan hanya andian semata-mata. Dakwaan yang kononnya ada 20 pesakit yang sedang menunggu di Zon Kritikal juga tidak benar kerana siasatan mendapati hanya beberapa pesakit sahaja yang sedang menunggu, selebihnya adalah waris pesakit, biasalah seorang pesakit diringi sekurang-kuranya 4 pengiring. Akhirnya saya tetap tabik spring kepada dokor-doktor kerajaan di Malaysia yang telah bertugas dengan sepenuh hati dan profesional.

Rabu, 29 April 2009

Dr Nasir wakil PR untuk Penanti yang sedang menanti

(MStar 29 April)
Sebagaimana diramalkan sebelum ini bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mansor Othman akan diturunkan sebagai calon bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.
Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang. Ia diumumkan oleh Anwar yang juga Penasihat PKR di Yayasan Aman, Penanti dalam bahagian Permatang Pauh kira-kira pukul 10 malam tadi. Menurut Anwar, Mansor akan dicalonkan untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil ini.
Pengumuman mengenainya dibuat Anwar di hadapan kira-kira 1,000 penyokong.
Anwar berkata, pemilihan beliau sebagai calon adalah tepat berdasarkan latar belakang pendidikan yang tinggi, kekananannya dalam parti, seorang pemimpin yang matang dan kemampuannya menerajui perjuangan parti di negeri ini. Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan memiliki tiga ijazah sarjana. Bekas Prof Madya di Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM) itu memegang Sarjana Sains Kemasyarakatan dari USM serta Sarjana Sastera dan Sarjana Falsafah (M.Phil) dari University of Yale. Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. "Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak," kata dalam blog beliau. Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan. Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.
Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008. Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas. Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti. Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

Teknologi: Nokia 5800 Express Muzik

Nokia 5800, ataupun code-named "Tube," ialah sebuah telefon mobile pintar berasaskan sistem operasi Symbian S60 smartphone. Set ini termasuk dalam kategori siri XpressMusic phone yang menekankan kecanggihan muzik dan multimedia playback. Nokia 5800 adalah compatible untuk mode aplikasi Java dan aplikasi touchscreen. Kalau anda pernah menonton filem Batman The Dark Night, anda tentu perasaan gajet fon yang digunakan, itulah prototaip Nokia 5800 ini ketika mula diperkenalkan. Begitu juga ianya pernah di perlihatkan dalam video clip Hit No. 1 bertajuk "Womanizer" oleh Britney Spears dan Flo Rida's dalam "Right Round". Nokia 5800 juga di pertontonkan dalam banyak klip video hollywood seperti The Pussycat Dolls "Jai Ho!" dan Christina Aguilera's "Keeps Gettin' Better". Kehadiran smartfon ini mendapat pujian hebat dari majalah-majalah antarabangsa seperti UK phone magazine Mobile Choice dengan memberikan status 5 bintang dalam isu Feb. Mengikut pengumuman yang dibuat oleh Nokia pada awal tahun 2009 ini , Nokia telah mengekspot jutaan unit 5800 XpressMusic walaupun belum dilancarkan sepenuhnya diseluruh dunia dan setakat ini 2.6juta unit telah dijual.
Nokia 5800 XpressMusic bukanlah touchscreen pertama buatan Nokia malah pada tahun 2004, Nokia telah mengumumkan siri Nokia 7700 tetapi ditarik balik pengeluaran sebelum sampai ke tangan pengguna atas sebab-sebab kesetabilan sistem operasi Symbian Series 90. Kegagalan ini cepat diikuti oleh siri Nokia 7710 yang merupakan upgraded version kepada Nokia 7700 yang berada dipasaran pada tahun 2005.
Selain melancarkan Nokia 5800 XpressMusic, Nokia juga mengumumkan kehadiran Nokia N97, tetapi dari akhir 2008 hingga kini siri ini tidak sampai lagi dipasaran Malaysia. Pada saya Nokia N97 (foto sebelah) kelihatan menarik, elegan dan menepati ciri-ciri permintaan semasa bagi pengguna koporat dan high end. Beberapa kali saya mendatangi wakil-wakil penjual Nokia sekitar Bangi dan KL tetapi hingga ke saat tulisan ini Nokia N97 masih belum muncul di pasaran tempatan. Untuk menebus kehampaan, saya terus sahaja membeli Nokia 5800 ini sebab set ini penuh dengan berbagai kemudahan walaupun tidak setanding dengan iPhone. Pada mulanya saya ragu-ragu membeli Nokia 5800 ini kerana mendapat maklumat pada akhir February 2009, website "Mobile-Review.com" melaporkan kepincangan set ini dari sudut design dimana bila ianya digunakan dengan kerap pengguna kan menghadapi masaalah pada earpiece. Warranty repair yang ditawarkan oleh Nokia hanya bersifat sementara sahaja. Disebabkan kes ini pihak publisiti Nokia akhirnya mengakui kesilapan dan telah menukarkan pembekal kepada pembekal earpiece yang lain dan sejak itu iaitu selepas March 2009 semua Nokia 5800 telah dikenalpasti bebas dari masaalah earpiece. Jadi saya pun yakin dan terus membelinya pada awal April lalu dan setakat ini berpuas hati dengan features dan performan set ini. Harganya kalau AP sekitar RM1300 dan kalau nak yang ORI waranti oleh Nokia RM1500. Model yang saya beli ini masih ada stylus untuk digunakan pada touchscreen tetapi mengikut laporan "DigiTimes" Nokia telah merancang melancarkan Nokia 5800 yang baru dimana tidak perlu lagi menggunakan stylus cukup dengan menggunakan jari sahaja seperti iPhone. Kalau tuan-puan berminat model jenis yang terbaru ini kena bersabar sikit kerana model baru Nokia 5800 ini dijangka akan dipasarkan akhir June 2009. Itu pun kalau kena penyakit Nokia N97 sampai la ni pun masih belum ada dipasaran Malaysia walaupun sudah hampir setahun dilancarkan di US. walLahu A'lam

International: Pasangan berbulan madu dijangkiti Selesma babi

Berita dari kota LONDON melaporkan satu pasangan Scittish yang pernah berada di Mexico untuk berbulan madu telah dikenal-pasti dijangkiti selesema tersebut dalam pemeriksaan kesihatan sekembalinya ke London. Pasangan tersebut merupakan mangsa terawal yang dikenalpasti mendapat jangkita selesema babi di Britain. Pasangan tersebut Dawn dan pasanganya mengadu mengalami demam beberpa hari sekembalinya dari berbulan madu di Mexico dan selepas ujian dilakukan pihak berkuasa kesihatan Britain. Selesema babi telah mengorbankan 150 nyawa di Mexico dan dikatakan wabak ini telah tersebar ke seluruh dunia. Di Malaysia individu yang pernah keMexico diminta supaya menghadirkan diri bagi sesi ujian jangkitan selesema burung. Sehingga hari ini pihak Kementerian Kesihatan masih belum menemui sebarang bukti adanya mangsa selesema burung di Malaysia. Kita berdoa semoga penyakit mutation babi terbaru ini tidak menyerang rakyat kita InsyaAllah.

Media Prima dapat Pengerusi baru

Pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Johan Jaffar, dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif baru Kumpulan Media Prima, berkuatkuasa Khamis ini. Johan menggantikan Datuk Abdul Mutalib Razak yang bersara hari ini. Pengumuman pelantikan itu dibuat Media Prima dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Media Prima memiliki NSTP yang menerbitkan akhbar:
New Straits Times
Berita Harian dan
Harian Metro.
Ia juga memiliki empat stesen televisyen swasta:
TV3,
8TV,
TV9 dan
NTV7
serta dua stesen radio iaitu:
Hot FM dan
Fly FM

Ketua dan pengikut

Bagi pengikut dan ahli PAS amat jelas indivividu yang menerajui kepimpinan mesti mempunyai ciri-ciri tertentu seperti beriman, bertaqwa, akhlaq yang tinggi dan mesti kelihatan begitu. Pengikut boleh mengkeritik kepimpinan jika tidak selari dengan kehendak syarak. Istilah mengikut membabi buta tiada dalam kamus pengikut dan ahli PAS. Namun jika dilihat dalam kepimpinan UMNO pemimpin tidak boleh dikeritik walaupun peribadi menyalahi syarak. Masih mengiang-ngiang ucapan Rafidah Aziz bekas Ketua Wanita UMNO yang mengatakan kepimpinan dan pegangan peribadi tidak boleh dicampur aduk. Pemimpin UMNO bebas melakukan apa saja asalkan kepimpinannya profesional. Maka tidak hairanlah dalam UMNO kita lihat Ahli bertudung, namun Ketua masih mengekalkan sikap memerangi penutupan aurat tetap menang dan dilantik sebagai Ketua kerana dalam kamus UMNO minyak tidak boleh bercampur dengan Air.

Tiba-tiba Naruto muncul dalam blog PASBANGI

PASBANGI memang membuka komen kepada pembaca supaya blog PASBANGI menjadi blog yang asli, duahala dan berilmu. Terkini blog ini dikunjungi oleh seorang pengkeritik blog yang hebat, sehebat dan sepedas AR Adlin dalam AF ASTRO. Saya rasa beliau ini bukan sebarangan kerana berdasarkan penulisan yang panjang dan bermaklumat, beliau ini mungkin seorang ahli politik atau pemerhati politik. Jangan marah saudara Naruto jika saya salah tafsir siapa anda. Terbaru PASBANGI diminta lagi supaya menyiarkan satu atrikel yang panjang. Namun saya meminta maaf kepada beliau kerana saya tidak mampu menyelami isi kandungan tulisan beliau kerana keterbatasan masa untuk mentalaah supaya editing yang dibuat betul dan tepat sepertimana maksud kandungan tulisan beliau yang asli. Cuma disini saya siarkan mukaddimah beliau sahaja dan jika pembaca berminat membaca artikel beliau supaya terus membaca dari artikel yang asli diruangan komen. Apa-apa hal terima kasih Naruto atas kepercayaan anda.

"FITNAH UMNO DAN BAHAYANYA KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA" Tajuk di atas adalah suatu usaha saya menunjukkan betapa bahayanya UMNO dengan agendanya yang menyesatkan dan mengelirukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Umum mengetahui bagaimana UMNO yang ditubuhkan atas kesedaran Melayu melawan penjajah British, maka usaha tersebut pun berjaya dengan tercapainya kemerdekaan Negara Malaysia yang kita cintai ini. Malangnya dalam mengekalkan kuasa ,UMNO telah menggunakan berbagai tipu helah dan cara yang kotor dan jijik semata2 ingin terus berkuasa dengan meniupkan api perkauman, memfitnah, mengelirukan fikiran malah memperbodohkan rakyat. Di bawah in saya huraikan satu persatu tentang bahayanya agenda fitnah dan menyesatkan UMNO. semoga anda semua fikirkan dengan teliti buka hati lihatlah realiti.....(sila ke ruangan komen posting "Hero Kelantan" untuk kandungan seterusnya)

Selasa, 28 April 2009

Cadangan dari blog ADUN Bangi penjumatan PRK Penanti

Langkah-langkah menjimatkan perbelanjaan PRK
Jangan gunakan jentera kerajaan seperti KEMAS dan kementerian lain untuk membantu kempen.
Tidak perlu kem sementara polis
Pengumuman projek ‘mee segera’ diharamkan.
Tidak perlu hantar pengundi hantu
Tidak perlu menyogok pengundi dengan wang tunai dan basikal
Akhir sekali dan yang paling berkesan UMNO tak perlu bertanding dan berkempen

Tambahan:

> DS Najib jangan datang ke Penanti sebagai PM, guna dana kerajaan, tetapi sdatang sebagai Presiden UMNO, guna dana UMNO
> Begitu juga menteri-menteri dan Timbalan menteri yang lain
> Jangan benarkan RTM buat liputan apa-apa perasmian dalam DUN penanti

Hero Kelantan dulu-dulu

Kalau anda lahir di era sebelum 60an, anda tentu kenal atau pernah dengar nama Samad Goul, politician dari Kelantan dari Parti PAS. Masa itu nama beliau tengah naik, bakal menjadi pemimpin utama negara. Tiba-tiba beliau diberitakan meninggal dunia kerana dibunuh dengan sebila kapak kecik, senjata terkenal untuk mencederakan malah membunuh lawan di era 60an di Kelantan. Maka tamatlah gerakan muda PAS di Kelantan yang dipelopori Allahyarham. Allahyarham menjadi salah seorang lagenda politik tanah air. Mungkin kepada tuan puan yang lebih tahu kisah ini boleh membrikan komen yang lebih tepat tentang personaliti hebat ini. walLahu A'lam

SPR, bilakah entiti ini mampu bebas dari cengkaman...

Pakatan Rakyat sebulat suara menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menarik balik keputusannya semalam yang melarang parti-parti politik daripada mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.
Malah Pakatan Rakyat juga sebulat suara menolak keputusan suruhanjaya itu semalam kerana beranggapan alasan-alasan yang diberikan adalah tidak munasabah.
"Kita mahu agar SPR tidak melaksanakan larangan yang mereka putuskan itu dan kita mahu sistem pilihan raya dilaksanakan seperti pilihan raya sebelum ini," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.
Mustafa berkata, Pakatan Rakyat juga mahu menemui semula SPR Khamis ini - buat kali kedua - bagi membincangkan mengenai larangan tersebut.
"SPR sebelum ini menyatakan bahawa parti-parti politik ini ialah pelanggan mereka, jadi kami sebagai pelanggan, mungkin akan pergi kedai mereka semula.
"Kami cadangkan untuk berjumpa dengan SPR Khamis ini untuk jelaskan semula dan untuk lihat apa sebenarnya perkara-perkara yang dirasakan (SPR) boleh menimbulkan masalah... kami akan berikan hujah-hujah," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat bagi menentukan pendirian Pakatan Rakyat berhubung larangan tersebut di sini hari ini.
Semalam SPR memutuskan supaya semua parti politik tidak lagi dibenarkan mendirikan pondok panas selain dilarang memancing undi pada hari mengundi.
Langkah ini akan dikuatkuasakan mulai pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan.
Dalam pada itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), R. Sivarasa berkata, larangan yang dibuat oleh SPR itu bercanggah dan tidak mengikut undang-undang pilihan raya.
"Kami dah teliti dari segi undang-undang dan di sini kami menyatakan untuk menolak pendirian yang diambil oleh SPR.
"Ini satu pendirian yang tidak munasabah dan bagi kita ia tidak mengikut undang-undang pilihan raya itu sendiri," katanya.
Malah jelas Sivarasa, keputusan yang dibuat oleh SPR itu juga bercanggah dengan pendirian suruhanjaya sebelum ini.
"Keputusan ini bercanggah dengan pendirian mereka sendiri yang dibuat dulu pada pilihan raya umum 2004.
"Undang-undang pilihan raya membenarkan parti politik mendirikan pondok panas mengikut Seksyen 24 B (2) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.
Sivarasa juga berkata menerusi surat yang dikeluarkan oleh SPR pada 19 Mac 2004, jelas menyatakan bahawa semua parti yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya dibenarkan menubuh atau menyelenggara pejabat atau pondok parti di luar kawasan sempadan 50 meter dari tempat mengundi.
"Jadi jelaslah bahawa tindakan mereka melarang untuk adakan pondok panas bercanggah dengan tafsiran mereka sendiri yang dibuat dahulu," katanya.
Hadir sama dalam mesyuarat tersebut ialah Dr. Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Dr. Siti Maria Mahmud (PAS-Kota Raja) dan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Kes terpeluk sudah menjadi wabak..

Laporan media utama hari ini memaparkan kehebatan pelajar-pelajar di Kuantan pahang dalam merealisasikan budaya baru rakyat Malaysia "budaya terpeluk". Mengikut ceritanya mereka berkumpul di sekitar pantai Teluk Chempedak bagaikan ada satu pesta di situ beramai-ramai bercampur bergaul dengan bebas antara lelaki dan perempuan, tanpa segan silu dipandang pengunjung lain, sama-sama bermandi-manda dan berpeluk-pelukan dalam air. Sejak sekian lama pusat peranginan TC ini memang popular sebagai destinasi ponteng' kelas terutama di lokasi yang terlindung di sebalik Bukit Pelindung. Akhbar harian popular Kosmo membuat tinjauan mendapati tidak kurang 15 pelajar lelaki dan perempuan lengkap berpakaian sekolah sedang asyik berpesta ponteng dan mandi-manda. Kebanyakan pelajar lelaki membuka baju masing-masing manakala yang perempuan berseluar panjang ketat dan berbaju kemeja T.
Mereka kelihatan begitu riang sekali sambil menjerit-jerit kegembiraan (keghairahan) lebih-lebih lagi apabila di peluk pelajar lelaki. Di pantai pula, beberapa pelajar yang tidak mandi hanya melepak sambil menghisap rokok atau tidur di pondok rehat yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di situ. Kumpulan pelajar tersebut dilihat datang ke pusat perkelahan itu secara beransur-ansur seawal jam 7.30 pagi. Jadi tidak hairanlah budaya baru warga Malaysia generasi pelapis ini terus menular kerana ada dalangnya yang mempopularkan budaya peluk-memeluk ini.

Isnin, 27 April 2009

Lagi artikel panas Naruto

UMNO IBARAT PARASIT YANG MEMBUNUH UMAT ISLAM
DI MALAYSIA.
Inilah Penghinaan UMNO untuk Islam sendiri.. Konsep ONE MALAYSIA sebenarnya lebih membawa malapetaka kepada umat Melayu Islam itu sendiri. Sah dan terbuktilah bahawa UMNOlah sebenarnya menjadi kuda tunggangan MCA, MIC dan Gerakan. Setelah kalah dalam beberapa pilihanraya kecil baru2 ini banyak tuntutan penghapusan hak-hak orang melayu nampaknya berjaya dilakukan UMNO...Bermulanya Konsep One Malaysia perkara pertama yang dilakukan ialah menghapuskan Kementerian Keusahawanan Dan Koperasi ( MECD )yang selama ini menjadi tali kepada usahawan2 melayu berpaut. Inilah hak melayu pertama di bawah One Malaysia dihapuskan...Kemudian 30% ekuiti dalam 27 jenis perkhidmatan pun dihapuskan malah mendapat pujian melambung dari MCA.. itupun MCA tak berpuas hati lagi malah mencadangkan supaya dihapuskan terus ekuiti tersebut didalam semua perkhidmatan awam.. memang nampak sungguh UMNOlah menjadi pecacai selama ini. Yang terbaru Isu anak memeluk Islam, memang menunjukkan UMNO bakal berkubur tak lama lagi kerana keputusan yang dibuat oleh kerajaan secara melulu tanpa mendapatkan pandangan dari Mufti amat mengejutkan. Malah lebih memeranjatkan kerajaan mengunakan penasihat bukan Islam pula di dalam Isu ini seperti Koh Tsu Kun dari Gerakan Dan S. Subramaniam dari MIC. Merasakan di tolak oleh pengundi Bukan Melayu maka Kerajaan membalasnya dengan menghapuskan beberapa Hak Orang Melayu semata2 nak menarik Undi bukan Melayu dan Ahli Umno yang Bangang pun mematuhinya tanpa melihat apakah yang akan berlaku terhadap masa depan orang melayu nanti..Itulah watak sebenar UMNO yang mempermainkan Islam. Sebelum mendapat kuasa, bukan main Mufti di muliakan konon.. akhirnya apabila berkuasa para Mufti dicampak saja ke tepi barulah Dato Harussani menyesal tetapi dah terlambat, UMNO memang begitu perangainya. Sebelum PRK Bukit Gantang bukan main lagi Dato Harussani di pergunakan .. apabila kalah sahaja PRK Bkt Gantang bukan saja Dato Harussani di tolak nasihatnya, malah melanggar Fatwa Mufti dengan mengadakan Jom Heboh di Lumut.

Penjajahan budaya melalui Akademi Fantasia

Aksi Aril peluk tenaga pengajar wanita undang kontroversi

Seperti dikatakan ramai, sebermula AF diadakan oleh ASTRO, beberapa pihak melahirkan tidak senang dengan AF yang berkemungkinan membawa budaya barat ke dalam kehidupan budaya timur lebih-lebih lagi kehidupan muslim. Satu demi satu telahan masyarakat perihatin akan pencemaran budaya oleh pelajar dan penggerak AF Astro ini terjadi dan paling terbaru kejadian peluk-memeluk antara bukan muhrim benar-benar terjadi dihadapan jutaan penonton. Jika Nabil terpeluk Irma semasa ABPBH di Kota Keriangan Genting kini pelajar AF berpelukan sesama sendiri dan pengajar juga adakah dikategori kes terpeluk. Jadi bila terpeluk tak sengaja maka tak berdosa. PELAJAR 'favourite' Hairil Azam Pilus atau Aril, 24 yang tersingkir pada konsert ketujuh konsert Akademi Fantasia ke-7 (AF) malam tadi mengundang beberapa kontroversi yang bila Aril dipeluk oleh setiap pengajar wanita dan disaksikan secara 'live' oleh semua di dewan dan di rumah. Mungkin ianya satu aksi spontan yang lahir dari rasa sedih dan terkejut namun ia tetap dipandang tidak manis, mengundang dosa kerana perlakuan itu tidak wajar dilakukan. Ada orang mengatakan kemungkinan besar, apa yang dipaparkan di AF itu mungkin juga 'sandiwara hebat' ini dirancang. Jika benar, pelan itu 'dirancang' oleh pihak produksi maka ianya boleh dianggap 'berjaya' - berjaya untuk mengujudkan satu pencemaran budaya secara terang-terangan dan tidak dibantah oleh pihak yang berwajib. Mungkin menteri Penerangan terbaru kini suka kepada ter..ter..

Ahad, 26 April 2009

Selangor masih UNGGUL, tahniah dari PASBANGI

TAHNIAH...itu sahaja yang dapat di ucapkan dengan pencapaian Selangor dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Selangor telah menjuarai piala FA 1991, 1997, 2001 dan 2005. Skuad Wira Merah Kelantan, yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah ini, Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100 yag membawa kepada sepakan penentuan penalti bila keadaan satu sama terikat hingga ke minit terakhir perlawanan. Kecemerlangan Selangor disudahkan oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.
PASBANGI juga mengucapkan tahniah kepada Skuad Kelantan yang berjaya ke akhir PialaFA walaupun ditangga naib juara namun anda tetap hebat tetap cemerlang. Dua negeri Pakatan Rakyat, menjadi juara dalam bolasepak tanahair...

Sabtu, 25 April 2009

Perbezaan PPR dan BN - pandanga saudara Naruto

(saudara Naruto dari .... meminta PASBANGI siarkan semula pandangan beliau, edited - sila rujuk koment posting bertajuk: perbezaan dan Nizar dan Zambry, PASBANGI)
SETAHUN! PERBEZAAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PR DAN BN

kerajaan BN pada awal pemerintahan diakui memang meringgankan beban rakyat malaysia am nya.. banyak program yang membantu dilakukan sehinggalah ramai orang Melayu yang berjaya.. Itu pun hak orang Melayu tergadai juga apabila tulisan Jawi di hapuskan dan digantikan dengan tulisan Rumi.. Sedangkan kita sedia maklum melalui tulisan Jawi lah masyarakat Melayu pada masa tu celik kepada Al-Quran..Malah jika hal2 berkaitan Islam jika tercabar pun orang Melayu akan bangkit bersatu menentangnya. Tetapi malangnya, UMNO mengubah tulisan Jawi warisan Melayu ke tulisan rumi yang di gunakan penjajah British. sedikit demi sedikit Orang Melayu semakin Buta JAWI seterusnya buta Al-Quran. Yang menyedihkan bukan penjajah British yang menghapuskan JAWI tetapi UMNO!!. Tetapi sehinggalah di zaman pemerintahan Tun mahatahir, UMNO lagi berubah, daripada membantu rakyat kepada memeras rakyat apabila dasar penswastaan negara di mulakan. Pada masa inilah kerosakkan berlaku apabila program bantuan menjadi perniagaan dan banyak hak2 dan tanah orang melayu tergadai. Antaranya.. Dasar Ekonomi Baru yang menyasarkan 30 peratus penguasaan ekonomi Bumiputra di selewengkan.. Dengan berbagai projek dan tender kerajaan di berikan kepada Kroni pimpinan UMNO sahaja, menyebabkan pencapaian DEB hanya ke paras 18% sahaja yang dapat dicapai sehingga ke hari ini…Kekayaan negara yang tidak seimbang hanya tertumpu dikalangan Ahli politik dan saudara-mara BN sahaja mengakibatkan wujudnya jurang yang besar antara rakyat termiskin dan terkaya. Hasilnya yang miskin bertambah miskin dan yang kaya bertambah kaya..DEB jugalah punca di mana segala Projek yang dianugerahkan kepada pimpinan UMNO di Alibabakan sehingga projek yang sepatutnya diuruskan oleh bumiputra jatuh ketangan bangsa lain, kerana sifat tamak dan ingin cepat kaya. Kita boleh melihat bagaimana Ketua pemuda bahagian atau cawangan UMNO boleh membina Banglo mewah, walhal baru setahun memegang jawatan tersebut. Ini di sebabkan projek yang mereka terima sebagai imbuhan dan mengalibabakan projek tersebut untuk mendapatkan keuntunggan segar. Sebagai contoh, desas-desus terbaru yang masih panas dibicarakan, bahawa bekas MB Selangor Khir Toyo dikhabarkan mempunyai sebuah banglo yang dalam pembinaan di Shah Alam bernilai Lebih kurang RM29 juta!!!, sedangkan jika dihitung Gaji beliau selama menjadi ahli politik sehinggalah menjadi MB memang tidak mampu memiliki rumah semewah ini. Jadi secra kiraan kasarnya dimanakah beliau mendapat wang sebanyak ini.
Selain penyelewengan yang disebut di atas, BN juga memansuhkan biasiswa kepada pelajar IPTA mmenjadi pinjaman PTPTN yang menyebabkan ramai pelajar gagal menjelaskannya walaupun kerana kesukaran mendapat kerja. Walhal ini adalah antara hak-hak orang melayu yang terjamin dalam perlembagaan dan di dalam kontrak sosial pun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN/UMNO melalui MARA memberikan biasiswa Percuma kepada setiap pelajar yang berjaya ke Universiti.
(Menarik hujah Naruto, untuk cerita seterusnya sila baca komen Naruto dalam posting perbezaan Nizar dan Zambry-PASBANGI)

Biarlah secara bermaruah


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak mustahil Barisan Nasional (BN) merampas semula pemerintahan kerajaan Pulau Pinang tetapi dengan syarat parti itu perlu mempunyai kerjasama mantap bukan sahaja daripada Umno, malah parti komponen lain. Bunyi memang gempak, tetapi perlu diingat cara yang dilakukan seperti di Perak itu bukan cara jantan tetapi cara lanun. Sebagai pejuang demokrasi kononya, UMNO/BN sepatutnya gunakan saluran demokrasi, beri hak kepada rakyat memilih pemimpin dan parti yang mereka suka bukannya secara tidak bermaruah. Mendapat kuasa dengan cara menipu rakyat untuk kepentingan diri dan kelompok sepatutnya tidak berlaku. Dengan melantik ketua perhubungan yang baru yang dikenalpasti pernah melakukan rampasan secara lanun keatas Perak merupakan satu yang satu strategi yang busuk. Kalau nak merampas negeri-negeri yang sudah dikuasi PR tunggulah PRU13 nanti boleh berdepan secara jantan. Apa UMNO/BN prlu takut, mereka menguasi segalanya, media cetak, elektronik, internet, jentera kerajaan, kumpulan upahan, pengikut dan ahli berjutaan...apa lagi yang tak cukup. Bloger?...besar sangat ke pengaruh bloger terhadap rakyat Malaysia secara umum. Tak kan itu pun dah kecut perut...

Perbezaan Nizar dengan Zambry

Yang tentunya, yang semua orang nampak, Nizar patuh kepada arahan Mufti Perak dan Majlis Fatwa yang telah mengelaskan konsert JOM HEBOH lagho dan maksiat lalu Nizar tidak membenarkan ianya diadakan di Perak. Sebab itu sudah lama tidak kedengaran Konsert Jom Heboh TV3 di Perak. Namun bila Zambry UMNO berkuasa, maka berpesta ria lah mereka di TLDM Lumut yang berlangsung sehingga Ahad ini (26 April). Jadi sekarang apa kata, adakah ungkapan yang sama daripada Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria yang pernah mengeluarkan fatwa pada 30 Julai 2004 berhubung konsert ini atau sudah mula buka buku biru. Dalam buku biru JOM HEBOH HALAL dan bermanfaat kepada rakyat Malaysia. Kita semua masih belum lupa bahawa dalam keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia melalui Harussani Zakaria telah mengeluarkan kenyataan bahawa konsert Sure Heboh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Penyakit babi datang lagi, selesema babi

Laporan dari Geneva dipetik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat sejenis wabak selesema babi yang boleh menjangkiti manusia, malah telah membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS). Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.
Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia. Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini. Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia. "Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib. Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu. Virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini. Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi. Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

Masih belum sedar parti sudah reput

Dari cakap-cakap orang ramai, kedai kopi, sembang dipejabat...majoriti sudah loya dengan BN/UMNO. Kawan saya pekat UMNO orang kata hardcore, bercerita tentang kebosanan berada didalam UMNO yang penuh PHD, cantas-mencantas, berpuak-puak, team A, team B, Team C dan bermacam-macam penyakit. Kalau dulu beliau selalu hadhir mesyuarat, bersemangat, kini bila ada mesyuarat minta anak maklumkan tidak dapat hadhir ada hal, sakit dan sebagainya. Bukan apa bosan dengan sikap orang-orang dalam tong itu. Cuma buat masa ini masih belum tergerak hati berhijrah. Begitulah luahan hati grassroot UMNO, namun pimpinan atasan masih belum sedar parti dah mereput, rakyat dah tak ada hati memangkah UMNO/BN yang mana UMNO/BN masih nampak hidup sebab menguasai kerajaan, menguasai media. Jadi bila PM Najib semalam berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN), jelas sekali dah koma masih tak tahu diri sendiri dah koma. Mungkin inilah petanda BN/UMNO menuju kehancuran yang tak akan bangkit lagi. Apakah selama ini pemimpin BN tidak bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada setiap pilihan raya?. PM Najib kerapkali mengambil dalil rakyat masih sayangkan UMNO/BN dengan kejayaan beliau semasa pilihan raya umum 2008 yang mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi yang dikatakannya majoriti yang menongkah arus sekali gus membuktikan rakyat masih senang dengan UMNO/BN. Rasanya jika beliau mendapat undi sebanyak mana pun sebenarnya tidak boleh dibuat ukuran tepat keseluruhan sokongan rakyat kerana banyak faktor lain yang menyumbang kepada majoriti tersebut selain dari sikongan ikhlas rakyat. Jadi UMNO/BN jangan syok sendiri...

Negeri Pakatan Rakyat bertarung sesama sendiri

Kelantan memberi amaran kepada Selangor untuk membuat kejutan malam ini. Kelantan yakin mengejutkan Selangor. Semua pemainn Kelantan berada pada tahap kecergasan terbaik.
Kelantan akan beraksi secara berpasukan dan bukannya digerakkan oleh pemain tertentu.
Kelantan optimis menghasilkan keputusan baik. Kelantan akan cuba memberi tentangan pada perlawanan malam ini. Suatu pertembungan hebat dijangka berlaku. So kita di Selangor mesti turun habis-habisan, beri sokongan kepada SELANGOR.

Cuma berharap pemain KELANTAN bisa mengawal emosi.

Rabu, 22 April 2009

Rupanya masih MB haram lagi..., minta mahkamah halalkan

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB
PUTRAJAYA: Menteri Besar haram Perak, Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners. Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.

Macam khoje gile je..

Kerajaan haram Perak dengarnya akan membeli kereta Proton Perdana Eksekutif untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan 16 buah kereta rasmi jenis Toyota Camry yang akan dilelong pada 4 hingga 18 Mei ini, Adakah menggunakan kereta negara sahaja dianggap patriotik?, tak faham pakcik. Kalau macam tu tak usah benarkanlah jualan kereta import di Malaysia ni kerana kalau rakyat membeli kereta lain dari proton atau perodua tidak patriotik. Pemikiran puak ni sempit sangat, dengan membeli kereta import kita dapat memajukan perniagaan otomotif negara dan akan membawa pulangan lumayan kepada negara. Bila negara banyak duit, siapa yang mendapat manafaat?, bukankah kembali semula kepada rakyat. Kalau belum ada kereta rasmi lagi logik la juga, ni kereta dah ada, canggih pulak tu dan diketahui ketahanannya, keselesaannya berbanding Proton Perdana. Lagi pun sejarah proton perdana ni membuatkan pengguna kurang selera. Saya ada 5 orang kawan yang memakai proton perdana yang mempunyai pengalaman yang mencemaskan bila bonet depan kereta tiba-tiba terbuka ditengah laluan laju dilebuhraya. Kes ini sama dengan kes exco Selangor. Seorang lagi kawan yang membeli Perdana V6 baru, tetapi hingga kini mempunyai masaalah stering yang tak stabil. Beliau puas dan fedup dah hantar ke agen Proton namun masaalah tersebut kata orang sampai ke mati, jadi nak tak nak pakai saja. Nak jual tak laku sebagaimana sepatutnya. Lepas ini rakyat kena paksa exco terengganu pulak lelong mercedes kompressor dan beli proton Perdana semula sebab tak patriotik mengikut kacamata pembesar Perak.

Kerana arak...

Kerana mabuk akibat minum arak seorang penoreh getah ditetak di dada dan pipi cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Supritendan Suhaimi Wiro berkata, mangsa yang ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Terdapat kesan luka sepanjang 10 sentimeter di dada dan enam sentimeter di pipi mangsa. Seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai suspek dalam kes itu ditemui juga berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian belakang leher dan dagu. Suspek yang bekerja sebagai juru pandu bot kini dirawat di hospital. Menurut siasatan awal polis mendapati, mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain dikatakan sama-sama mabuk selepas minum minuman keras yang dijual di suatu gerai di kawasan itu. Berlaku pertengkaran dan mangsa dikatakan telah menetak suspek di bahagian belakang leher dan dagu menggunakan parang. Selepas terkena tetakan itu, suspek dikatakan telah menolak mangsa dan mengambil parang lalu menetak mangsa pula di bahagian dada kiri dan pipi. Kerana mabuk arak perkara kecil menjadi besar akhirnya saling berbunuhan...Lu pikirlah sendiri sesuatu larangan agama banyak hikmahnya, Allah Maha Mengetahui.

Selasa, 21 April 2009

Hukum sula

Saya ternganga bagai gua batu cave bila terbaca dalam Harian Metro kisah seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 (DUA) tahun dilarikan dalam satu cubaan merogol dan meliwat terhadap kanak-kanak itu. Kenapa sampai nganga, dahsyat tu, apa tak dahsyat, tak boleh nak logik, tak boleh nak bayangkan, macam mana seorang manusia yang ada akal, rasanya Melayu dan Islam berselera dengan budak umur 2 tahun, masih bayi...bercakap pun tak boleh, melawa pun tak boleh, tunjuk aksi seksi pun tak boleh bahkan masih dipakaikan lampin, nak cebok sendiri pun tak pandai. Diberitakan ekoran dari kejadian tak masukakal ini pihak polis sedang memburu lelaki ini yang dipercayai cuba menculik dan meliwat. Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, mangsa didapati hilang kira-kira jam 5.20 pagi pada 11 April lalu selepas tidur bersama ibunya dan tiga kakaknya berusia antara enam hingga 10 tahun di ruang tamu rumah mereka. “Ketika kejadian ayah mangsa tiada di rumah. Ibu mangsa berusia 37 tahun yang nyenyak tidur tiba-tiba terjaga mendengar tangisan anaknya, bagaimanapun terkejut mendapati dia hilang.“Ibu mangsa bergegas ke dapur dan mendapati pintu terbuka, sementara tingkap dapur pecah diceroboh seseorang untuk memasuki rumahnya,” katanya. Menurutnya, selepas pemeriksaan wanita itu mendapati seluar panjang dan lampin pakai buang mangsa dibuang suspek di lantai dapur rumahnya. “Ibu mangsa mengejutkan jiran berdekatan sebelum bersama mencari mangsa tetapi usaha mereka gagal.“Wanita yang cemas itu membuat laporan mengenai kehilangan anaknya di Balai Polis Permaisuri, dekat sini, pada jam 6.20 pagi hari sama,” katanya ketika dihubungi, semalam. Sheikh Othman berkata, ketika memberi keterangan di balai polis berkenaan, seorang penduduk kampung datang memberitahu ibu mangsa menemui anaknya di tepi sungai kira-kira 200 meter dari rumahnya pada jam 7.20 pagi.Beliau berkata, budak itu ditemui memakai tuala kecil dan berjalan bersendirian di tebing sungai berkenaan. “Mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan kesihatan dan rawatan lanjut selama dua hari di hospital berkenaan mendapati doktor mengesahkan terdapat kesan merah pada kemaluan mangsa sementara duburnya mengalami luka kecil,” katanya. Jadi saya rasa manusia keparat ni sesuai benar dengan hukum sula...

Isnin, 20 April 2009

Berapa punya jahat daa

Menutup keaiban insan lain adalah wajib, bahkan barangsiapa menutup keaiban orang lain nescaya Tuhan akan menuntup keaibannya dihari akhirat. Namun manusia tetap manusia, ada yang baik dan ada yang jahat. Menelanjangkan keaiban orang lain sangat manis buatnya. Memalukan orang lain sangat bahagia buatnya. Inilah orang jahat. Eli baru lima hari kembali meneruskan tugasnya sebagai Exco Kerajaan Selangor selepas bercuti selama dua bulan ekoran isu penyebaran jahat foto beliau di internet. Walaupun Eli telah meminta dan merayu agar izinkan beliau meneruskan tugas untuk rakyat namun mereka ini masih tidak berpuas hati. Foto terbaru Eli yang sedang tidur lena berpakaian baju singlet hitam dan menampakkan ketiaknya dikesan di kembali semula disebuah laman blog baru-baru ini. Namun penyebar sebenar gambarnya itu masih belum dikesan.

Ahad, 19 April 2009

Tok Guru Nik Aziz dihormati semua kaum

Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang kembali bertugas Khamis lalu selepas bercuti berhubung isu tersebarnya gambar separa bogel beliau, semalam mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di kediamannya rasminya di JKR 10, Kota Bahru. Dipetik Mingguan Malaysia, Wong berkata, pertemuan 45 minit itu tidak membincangkan soal isu moral melibatkannya tetapi lebih membincangkan mengenai hubungan antara kaum. Wong memberitahu, tujuan utama kunjungannyya adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan itu kerana memahami situasi dihadapinya dengan mengeluarkan kenyataan mempertahankan beliau sepanjang dua bulan lalu. Dalam pada itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata, pihaknya bersetuju dengan keputusan kerajan negeri Selangor mengekalkan kedudukan Wong sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Awas penyangak di Bandar Baru Bangi

Dengan menjadikan anaknya berusia tiga tahun sebagai umpan lelaki syaitan ini berpura-pura berpura-pura tidak mengetahui jalan, dan cuba menjadikan seorang pelajar berusia 14 tahun sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya ketika gadis itu menunggu bas untuk ke sekolah di Bandar Baru Bangi, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dihampiri lelaki terbabit yang kononnya mendakwa tidak mengetahui jalan sebelum memintanya menunjukkan arah. Difahamkan, mangsa pada mulanya agak keberatan, namun rayuan lelaki itu yang mengatakan anaknya dalam kesakitan dan tidur di kerusi belakang kereta membuatkan mangsa akur permintaannya.Lelaki itu juga mendakwa dia tidak berniat buruk dan mahu menghantar anaknya yang sakit itu ke rumah saudaranya di Jalan Reko, namun tidak mengetahui arah. Difahamkan, mangsa mengekori lelaki itu ke keretanya dan selepas memastikan anak lelaki terbabit berada dalam kereta, mangsa bersetuju mengikutnya.
Namun, ketika dalam perjalanan, lelaki itu tiba-tiba memberhentikan kereta dan mengeluarkan pisau sebelum mengugut mangsa supaya mengikut arahannya.Menurut sumber, lelaki itu mencabul mangsa dengan meramas buah dadanya.“Lelaki itu turut cuba merogol mangsa, tetapi terbantut apabila mendapati mangsa dalam keadaan haid.“Selepas itu, lelaki terbabit meninggalkan mangsa di tepi jalan dan terus memecut keretanya,” katanya.Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 30-an menaiki kereta Perodua Kelisa biru, namun nombor pendaftaran kenderaan itu gagal diperoleh mangsa.“Selain itu, polis turut mengesan seorang saksi yang ternampak kejadian itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Sabtu, 18 April 2009

18 April

Hari ini genap setahun PASBANGI berada di alam blogger. Tentunya ucapan terima kasih sahaja yang dapat pihak PASBANGI ucapkan kepada semua pengunjung semoga sumbangan kami yang tak seberapa ini dapat bersama rakan-rakan yang lain dalam membina umat gemilang negara terbilang. Rasa bangga kerana menjadi sebahagian dari agen dalam pembaharuan Malaysia baru yang melangkaui batasan ras dan kepercayaan untuk keadilan sejagat sesuai dengan saranan AlQuraan yang bermaksud manusia dijadikan berpuak-puak dan bermacam bangsa supaya dapat berkenal-kenalan dan mewujdkan kemesraan yang fitrah dan sesungguhnya semulia-mulia insan adalah yang paling bertaqwa.

Terima kasih

Khamis, 16 April 2009

Sekolah Menengah Jalan Empat Bandar Baru Bangi


Setiap waktu pagi, tengahari dan petang pelajar sekolah ini datang dan balik sekolah, begitu juga kecelaruan trafik didepan sekolah ini berlaku. Amat menghairankan bila sekolah ini tidak menyediakan ruangan laluan bagi kenderaan ibubapa dan bas sekolah untuk menurunkan dan menaiki kenderaan. Maka terjadilah saban hari keadaan trafik yang sesak dan kelam-kelibut. Ia terjadi bila kenderan mengambil dan menurunkan pelajar terpaksa berhenti di atas laluan jalan kerana ruang atau bahu jalan khusus. Ia menyebabkan kenderaan dibelakang
ikut berhenti.
Suasana ini sudah berlaku sejak sekolah ini mula beroperasi. Yang peliknya tiada ibubapa pelajar atau penduduk setempat buat aduan ke?, atau dah buat aduan tetapi pihak-pihak berkenaan lambat bertindak atau tak mampu bertidak kerana tiada lagi ruang tanah untuk dibuat khas kenderaan berhenti tanpa mengganggu lalulintas.


Rasanya MPKj kena ambil tindakan segera ni.., kesian ibubapa dan pengguna jalan yang lain



YB ADUN Bangi dah tahu ke ni?...atau tak sesiapa yang maklumkan kepada beliau



Sesak...















Rabu, 15 April 2009

Sengaja ke tak sengaja tindakan itu mencalar budaya dan agama

Walaupun Nabil telah mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan namun TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular ABPBH2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan umum. Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang melanggar batas agama. Akibat kontroversi tersebut ramai yang mahukan penjelasan mengenai tindakan tersebut yang memenangi Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular. Nabil berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana beliau hanya melakukan perkara tersebut ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata. “Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang. “saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat. Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak. “Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui. “Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Bandar Baru Bangi pesat membangun

Kalau mengikut pemerhatian saya sebagai orang awam yang bukan pakar dalam bidang pembangunan bandar, Bandar Baru Bangi sedang mengalami arus pembangunan yang pesat. Disana-sini bangunan-bangunan baru tumbuh bagai cendawan bahkan setiap projek yang dibuat semuanya SOLD OUT. Bukan itu sahaja, mana-mana rumah kedai yang sudah diduduki dan di imarahkan, menjadi sibuk-sesibuknya. Mana saja dapat dilihat dengan ramainya pengunjung dan deretan kenderaan penuh sesak. Masih terdapat beberapa kawasan baru yang masih belum diduduki walaupun telah siap sepenuhnya seperti tepi Tasik Cempaka, Jalan Reko, Seksyen 7 dan lainnya yang tidak pasti punca kelewatannya. Apa pun tahniah kepada PKNS kerana telah menjalankan amanah memajukan Bandar Baru Bangi sebagaimana yang dapat dilihat sekarang. Jadi bukanlah sesuatu yang pelik jika suatu hari nanti Bandar Baru Bangi lebih maju daripada Bandar Kajang.

Menjelang ulangtahun pertama PASBANGI

Alhamdulillah, 18 April ini genaplah setahun PASBANGI berada dalam dunia blogger. Syukur kerana masih dikurniakan Ilahi semangat dan kekuatan menulis walaupun dalam kesibukan tugas hakiki dipejabat dan hal-hal keluarga. PASBANGI telah cuba bernafas untuk memberi berita alternatif kepada umum, dan komen-komen juga keritikan yang lembut dan beralas supaya tidak menjolok peribadi atau mana-mana pertubuhan. PASBANGI berdiri atas dasar melontarkan idea kepada umum supaya sama-sama fikir demi kesejahteraan rakyat dan umat. Kesempatan ini sebagai editor PASBANGI mewakili sahabat-sahabat di BBB3 Bangi ini mengucapkan terima kasih kepada pengujung blog kami, sila beri teguran dan idea supaya blog PASBANGI dapat memberi sumbangan berterusan di alam siber ini. Walaupun hit kami tak sehebat "bloger power" tapi kami bersyukur kerana tetap ada peminat setia sejak ianya dimulakan setahun yang lalu. Kami juga berterima kasih khusunya pengunjung tetap kami: Aadik, anakbulan, Ahmad Baei Jaafar, kangkung, simik, Apai, Alias Mohd Yusuf, Muhammad Danny, Shaiqin Aishah Danny, buyeh, KT04, Dr Hamirdin dan AlBrangi kerana berterusan menyokong kami.

Terima kasih

BN Vs BN

Kalaulah berita seperti ini keluar di media pembangkang, Harakah ke Suara Keadilan ke, tentu sekali media perdana akan keluar berita sensasi dan berintegriti berbunyi "Pembangkang Menabur Fitnah". Tetapi kerana berita ini keluar di media perdana cetak dan elektronik, apa nak dikatakan lagi, itulah berita BN vs BN. Semalam kecoh di KT tiga ADUN BN negeri ini membuat laporan polis selepas dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ancaman terhadap keselamatan. SMS berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut politik BN vs BN di negeri ini. Diberitakan ADUN Ajil, Rosol Wahid membuat laporan tersebut di IPD Hulu Terengganu, dengan diikuti oleh ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang membuat laporan sama di IPD Kuala Terengganu. ADUN Permaisuri Abdul Halim ketika ditemui di balai polis itu malam tadi berkata, beliau menerima SMS tersebut yang berbunyi "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?". Beliau mendakwa SMS tersebut diterima daripada individu yang dikenalinya iaitu seorang pegawai kanan kerajaan negeri selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri. menurut media perdana lagi, setakat ini tiga ADUN dilaporkan menerima ugutan berkenaan.

Ahad, 12 April 2009

PAS for All - langkah positif PAS mendekati golongan penghibur




PAS for All telah melangkah setapak lagi setelah berjaya mendekati warga bukan Islam dan tertubuhnya Kelab Penyokong PAS yang telah memainkan peranan berkesan dalam mendekati pengundi bukan Islam. Kini kita dimaklumkan adanya siri "jom sertai PAS dengan mendekati kumpulan artis. Berita semalamTV3 memaparkan vokalis kumpulan Arrow telah menyahut seruan tersebut dengan menyerahkan borang menjadi ahli PAS kepada Mursyidul Am TG Nik Aziz. Dalam masa yang sama turut hadir roker lagenda Amy Search walaupun belum terbuka lagi untuk bersama PAS memperjuangkan kedaulatan Islam melalui politik di Malaysia ini. Sebelum itu kita dikejutkan dengan berita kunjungan Datuk Siti Nurhaliza bersama suami terhadap TG Nik Aziz di pejabatnya. Selain pertukaran cenderamata tentunya terselit pelawaan tok guru supaya penyanyi tersohor ini ikut bersama PAS dimedan dakwah pula.

Sabtu, 11 April 2009

UFO, bersaiz bulat, bewarna putih dikelilingi hijau....?

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan meneliti rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, Johor Bahru, yang didakwa penduduk sebagai pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO). Jurucakapnya berkata, DCA sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi memastikan kesahihan dakwaan itu. "Setakat ini, DCA tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai kewujudan UFO di ruang udara Larkin, Johor Bahru. "Radar yang ditempatkan di Johor dengan keupayaan mengesan objek dalam lingkungan 80 kilometer persegi juga tidak mengesan sebarang pesawat atau objek terbang melintasi ruang udara itu pada hari UFO berkenaan dilaporkan dilihat," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Beliau juga menafikan kemungkinan objek itu adalah pesawat peninjau tanpa pemandu (UAV) negara jiran yang menceroboh ruang udara negara ini. "Saya tidak fikir ia UAV kerana radar kita mampu mengesan objek di udara yang saiznya enam meter panjang atau lebar. Kita boleh tahu jika ada pesawat negara jiran yang menceroboh ruang udara kita," katanya.
Kelmarin, seorang pengurus perhubungan awam sebuah institusi pengajian tinggi, Zaid Zain, 43, serta adiknya, Zamri, 30, mendakwa melihat beberapa objek bercahaya hijau dan putih itu berlegar-legar di ruang udara Larkin sejak dua bulan lalu hingga menggemparkan penduduk di situ. Zaid berkata, pada awalnya objek itu disangka cahaya bintang, tetapi selang beberapa hari kemudian ia kembali dengan dua tompokan cahaya yang saling bergerak ke kanan dan ke kiri dalam keadaan mendatar. Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini. "Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima.
"Biasanya, jika objek berkenaan mendatang kesan negatif kepada penduduk seperti radiasi, kita akan turun padang untuk menemubual saksi dan mengkaji objek terbabit," katanya. Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi. "UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara," katanya.

Mangsa, mangsa, mangsa

Mangsa1
Laporan Bernama yang dipetikmengatakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkemungkinan besar menarik diri daripada saingan Liga Malaysia jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetap dengan hukuman melarang pasukan itu daripada beraksi di gelanggang sendiri sehingga penghujung musim ini. Presidennya Tan Sri Annuar Musa, berkata kantung persatuan itu adlah diisi dengan kutipan tiket semata-mata, dan sekiranya hukuman Kelantan beraksi di gelanggang berkecuali kekal, persatuan itu dijangka menanggung kerugian mencecah RM2 juta. Wang itulah yang digunakan KAFA untuk menampung segala perbelanjaan termasuk pembayaran gaji pemain serta pegawai pasukan berkenaan. Setiap perlawanan di gelanggang sendiri, KAFA mendapat kutipan di antara RM100,000 sehingga RM200,000, jika terlepas 15 perlawanan bermakna KAFA akan mengalami kerugian sebanyak RM2 juta. Mungkin ada pihak yang hendak lihat KAFA mati?.

Mangsa2
Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, pelajar yang menjadi buta mata kanan akibat rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV di sini, malam Selasa lalu. Muhammad Huzaifah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II). Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut melawat pelajar itu di hospital berkenaan.

Mangsa3
FAM telah mendenda Kafa lebih RM100,000 dengan Kelantan dilarang beraksi di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga 31 Disember ini berikutan tindakan penyokongnya yang merusuh pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Negeri Sembilan. Kelantan tewas 0-1 kepada pasukan pelawat pada perlawanan itu. Tan Sri Annuar mengucapkan tahniahlah kepada FAM kerana cepat membuat keputusan.

Mangsa4
(aku) warga Kelantan yang berada bertebaran di luar Kelantan menjadi bahan ejekan kawan-kawan dan masyarakat setempat. Mungkin inilah sebabnya orang dulu-dulu mencipta pepatah "kerana nila setitik rosak susu sebelanga".

Jumaat, 10 April 2009

Ada agenda tersembunyi ke?

Melihat kepada akibat dan tindakbalas kepada kejadian menggerunkan dan memalukan yang berlaku negeri Serambi Mekah, ada pihak yang bertanya adakah kejadian ini dirancang atau secara kebetulan. Tragedi KB menyebabkan FAM sudah gerun untuk mengadakan perlawanan bolasepak di stadium KB dan pihak keselamatan pula mencadangkan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan diadakan di luar Kelantan. Menurut laporan media perdana TRAGEDI perlakuan ganas penyokong Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, malam kelmarin, mengakibatkan wujudnya saranan supaya semua aksi Liga Malaysia tidak dilangsungkan buat sementara waktu di gelanggang itu. Jawatankuasa Pertandingan, dalam mesyuarat semalam, bersetuju mengalihkan pertemuan Kelantan-Selangor, Sabtu ini, ke Stadium Nasional, tetapi tetap mahu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) supaya perlawanan akan datang dapat terus dilangsungkan di Stadium Sultan Mohamad IV.
Dalam insiden di luar stadium itu, sebahagian penyokong tuan rumah bertindak ganas merosakkan lebih 10 kenderaan, termasuk milik Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Sebuah kenderaan polis turut diterbalikkan sebelum dibakar bersama sebuah motosikal selain cermin dan pintu masuk stadium dirosakkan serta anggota polis turut dibaling dengan mercun, botol, batu, kayu dan buah-buahan. Annuar turut akur jika itu keputusan beraksi di gelanggang luar yang ditetapkan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula berkata hukuman keterlaluan tidak harus dikenakan kerana apa perlu ditekankan ialah semangat kesukanan. "Penyokong perlu tunjuk semangat kesukanan. Untuk kita sekat penyokong (memasuki stadium), ia agak keterlaluan. Ada langkah lain yang boleh diambil," katanya. Bagi sesetengah warga Kelantan, walaupun kesal dengan kejadian ini melihat jika tindakan mengalihkan perlawanan ini berlaku, maka pendapatan yang selama ini diterima Stadium KB dengan kebanjiran peminat dan penyokong yang ramai akan hilang begitu sahaja. Stadium akan kembali sepi seperti sebelum era kegemilangan bolesepak Kelantan yang naik mendadak, dan tentunya stadium KB akan kehilangan punca pendapatan atau ianya akan beralih ke stadium lain. Ini yang menyebabkan ada sesetengah pihak tercium sesuatu yang berbentuk sabotaj terhadap perbadanan stadium Kelantan dan imej kerajaan Kelantan sendiri. diharap ianya tidak benar.

Khamis, 9 April 2009

Memang lawak

Selama ini perasan kita sahaja yang terasa kelakar dengan begitu ramai calon dalam PRK Bukit Selambau. Semasa melayari salah satu media perdana terjumpa foto DS Hisham dengan Sharizat juga ketawa besar dengan begitu ramai nak jadi calon. Memang luarbiasa PRK kali ini dan boleh dimasukkan dalam World Record dengan 15 calon berebut satu jawatan DUN... Walaubagaimanapun rakyat Selambau memang bijak tetap memilih intan permata dari kaca-kaca yang menyilau dan bertaburan. Manikumar tetap pilihan hati rakyat Selambau dan calon bebas yang 13 orang itu hampir semuanya hilang deposit.

2 Program penting di DUN Bangi

DUN Bangi meneruskan agenda 3B yang dilancarkan awal tahun ini dengan memfokuskan kepada Sungai Ramal Dalam. Program ini seperti biasa dimulai dengan senaman chigung sebelah pagi dan diakhiri dengan Forum Perdana.

Program kedua ialah menganugerahkan penghargaan DUN Bangi kepada pelajar-pelajar cemerlang SPM dan STPM di DUN Bangi seperi yang di adakan tahun lalu 2008. Berbezanya tahun ini di adakan di Dewan Cempaka Kompleks PKNS Bangi

Rabu, 8 April 2009

Back to the Future

Saya amat tertarik dengan ulasan orang kampong saya yang semakin popular, Prof Madya Dr Abu Hassan yang memberi pandangan beliau biladitemuramah oleh TMJ dalam blognya "Sanggahtoksagor". Disini saya perturunkan semula temuramah beliau dengan Prof Abu Hassan. Temuramah ini dibuat sebelum PRK 059 Bukit Gantang.
Isu 'sembah derhaka' masih digunakan BN dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, walaupun pada dasarnya 'sembah derhaka' merupakan bahasa beradab sebelum menyatakan pendapat yang bertentangan dengan kehendak Tuanku Sultan. Bagaimana Dr melihat isu ini?DR

ABU HASSAN: Sedari awal lagi saya telah mennyatakan bahawa politik kita masih dhaif kerana kita menyerang secara peribadi. Kita menyerang individu itu dan bukan membincangkan untuk membawa negara ini ke masa hadapan. Begitu juga dengan serangan yang dilakukan terhadap Dato' Seri Nizar Jamalauddin yang menyerangnya dengan isu 'sembah derhaka'.Jadi kita tidak boleh menerima politik yang dhaif ini dan yang tidak dapat memberi keuntungan kepada negara. Kita sekarang sudah berada di kurun 21. Perkara yang paling asas dalam kurun 21 ini adalah mengangkat jauhari lagi budiman. Perkara yang mengangkat 'individual subversif' adalah perkara yang tidak sepatutnya. Ini kerana kita tidak mahu peristiwa yang sudah berlaku dalam sejarah seperti bagaimana Mahsuri dan Dang Anum dibunuh serta Hang Jebat juga tewas. Jadi untuk mengelakkan wujudnya budaya ini serta budaya fitnah dan hasut menghasut, maka seluruh politi kawan tidak kira daripada kawanan mana, perlu mengiktiraf proses demokrasi. Iaitu satu proses yang sangat liberal dan intelektualisma atau kebijaksanaan. Jadi masalah untuk mengurangkan rasuah dan kronisma adalah penting. Media memainkan isu betapa sukar "mendapatkan" calon PAS yang dikatakan "tidak mesra media". Dari satu sudut adakah ia baik untuk PAS? Sebagai seorang ahli politik, Dato' Seri Nizar mungkin mempunyai cara kerja yang telah disusun oleh pakar-pakar daripada parti beliau sendiri. Jadi saya tidak melihat perkara ini mempunyai masalah kepada Nizar serta media itu sendiri. Bagaimana susahnya media untuk mendapatkan Obama sekalipun, Obama tetap juga menang. Itu mungkin strategi yang diatur oleh pihak Nizar. Saya tidak boleh mengulasnya. Tetapi pada pandangan saya setiap ahli politik akan ditentukan sejauh mana dia berjaya secara artikulasi menyampaikan strategi, pemikiran, idealisma serta gerak kerjanya untuk membantu masyarakat di masa depan. Proses artikulasi amat penting dan bukannya sebanyak mana serangan peribadi. Jika mengurangkan hentaman peribadi, itu akan menjadikan demokrasi lebih bersih, lebih baik dan lebih berakhlak.

Sehingga kini bagaimana Dr melihat potensi PAS dalam memenangi pilihan raya Bukit Gantang ini?
Berdasarkan laporan daripada penyelidik sukarela, buat masa ini, pengaruh serta kepercayaan masyarakat terhadap oposisi adalah tinggi. Pada pandangan saya PAS tidak menghadapi masalah daripada segi itu. Di Bukit Gantang terdapat masalah sentimen tafsiran orang Melayu terhadap apa yang berlaku dengan politik di Perak baru-baru ini. Tetapi sokongan terhadap bukan Melayu adalah tinggi.Jadi, terdapat kesimbangan di situ. Pilihan raya di Bukit Gantang adalah unik. Ia bukan sahaja melihat proses integrasi tetapi proses disintegrasi juga berlaku.Proses integrasi akan berlaku apabila kaum-kaum lain masuk ke dalam sistem pemikiran politik Melayu manakala kemungkinan berlaku proses disintegrasi iaitu kaum Melayu keluar daripada proses tersebut.

Harapan Dr terhadap pilihan raya kecil di Bukit Gantang...
Saya begitu berharap pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi sebuah 'perayaan demokrasi' yang jauhari lagi budiman iaitu menjauhi politik yang tuduh menuduh.Kita kembali kepada tamadun yang sangat luar biasa dan ajaib. Manalah tahu di Bukit Gantang akan bermula proses demokrasi politik harapan.

Double standard lagi

Bercakap di Batang .., Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing menyifatkan majoriti besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Air sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya keputusan itu juga menunjukkan rakyat Sarawak mahukan penduduk tempatan menjaga hal ehwal negeri ini dan bagi mengingatkan parti pembangkang yang berpangkalan di semenanjung seperti PKR tidak diterima di negeri ini. "Ini adalah mesej kepada PKR dari penduduk di sini bahawa kami tahu apa yang hendak dibuat di sini dan jangan datang ke sini," kata Dr Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.
Bila bercakapap di Bukit Gantang lain pulak...., kegagalan Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu. "Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya.
Bila bercakap pasal keganasan lagi berbeit..., Penyokong Umno didakwa cuba membaling botol dan kerusi ke arah penyokong PAS tetapi tidak terkena sasaran, sebaliknya objek itu didakwa tepat menuju anggota polis yang mengawal keadaan.Insiden itu terjadi di luar SMK Pengkalan Aur sekitar jam 11.30 pagi tadi susulan ejek-mengejek antara dua kumpulan penyokong parti tersebut, kata saksi-saksi yang berada di tempat kejadian.Ditemui Malaysiakini petang ini, saksi-saksi berkata polis kemudian mengejar penyokong Umno itu tetapi gagal menahannya.Selepas diberikan amaran oleh polis, satu das gas pemedih didakwa dilepaskan ke arah kumpulan penyokong Umno itu bagi menenangkan keadaan. Keadaan kembali normal selepas 10 minit kemudian.Bagaimanapun, asap gas tersebut juga merebak ke arah penyokong PAS yang berkumpul tidak jauh dari penyokong Umno yang masing-masing ghairah memenangkan calon mereka di Bukit Gantang.Seorang penyokong Umno mendakwa insiden buruk itu bermula daripada provokasi penyokong PAS yang masuk ke kawasan kumpulan BN untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini.Klip video selama lebih tiga minit - yang menggambarkan para penyokong PAS sedang mengalami keperitan akibat gas tersebut - kini telah dimuatnaik di laman perkongsian terkenal Youtube.com. Lihat klip videoIa boleh disaksikan di blog Anil Netto, seorang wartawan sambilan dan aktivis Aliran Kesedaran Negara (Aliran). Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menyalahkan penyokong PAS yang memulakan kekecohan itu. Sementara naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mempertikaikan klip video itu dengan mendakwa ia mungkin "boleh diambil gambar lama".Mengulas kejadian tersebut kepada wartawan, beliau berkata: "Tidak ada laporan rusuhan dilaporkan menyebabkan gas pemedih mata itu dlepaskan. Blog, itu biasa.Ditanya media tentang klip video insiden tersebut di Youtube.com, Ahmad Zahid berkata: "Itu boleh diambil (daripada) gambar lama."

Selasa, 7 April 2009

syukur dan jangan leka dengan anugerah kemenangan

Peristiwa Bukit Uhud sepatutnya menjadi iktibar kepada pejuang Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Walaupun dianugerah kemenangan cemerlang dan bergaya, jangan leka, teruskan agenda membela rakyat, bersyukur kepada anugerah ini. Rakyat sudah muak dengan karenah UMNO dan BN, memperguna semua instrumen kerajaan termasuk RajaRaja Melayu. Namun Allah memperkuatkan kuasa rakyat mengatasi kuasa palsu BN/UMNO yang berselindung dibelakang instrumen kerajaan yang dibayar gaji oleh rakyat. Oleh itu pelihara anamah rakyat jangan sampai rakyat juga muak kepada kita. Tahniah kepada rakyat kedua Bukit ini, menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz, beri basikal ambil, undi belum tentu, beri duit ambil undi belum tentu...

PRK bukan lagi milik BN

Kemenangan hatrick dan bergaya Pakatan Rakyat telah menguburkan harapan BN untuk kembali mendapat kepercayaan rakyat. Rakyat bosan dengan sikap BN yang tak pernah sedar kesilapan dan dosa yang dilakukan terhadap rakyat. Walaupun ucapan demi ucapan, pemimpin demi pemimpin BN membuat gesaan dan saranan kepada perubahan namun tiada yang berubah, masih ditakut lama. BN masih membuli rakyat dengan menggunakan instrument kerajaan, membuli pembangkang dengan berbagai akta. Namun inilah hukuman dari rakyat bila calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas. Menteri Besar Perak yang dinafikan hak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62). Pengumuman keputusan pilihan raya itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi tepat jam 9.39 malam di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini

Ahad, 5 April 2009

Berubah atau rebah

Senarai perubahan:
1) Membebaskan tahana ISA (sebelum itu menangkap tanpa bicara)

2) Mengkaji ISA (perlu kaji lagi?, tak faham tu...apa yang perlu dikaji, masih ada komunis lagi ke?)

3) Mengembalikan permit penerbitan Harakah dan Suara Keadilan

(teringat cerita Firaun dengan Nabi Musa, dimana firaun mengatakan dia pun boleh menghidupkan dan mematikan, caranya dia tangkap 2 orang, satu dibunuh...lalu firaun berkata tengok akupun boleh mematikan, satu lagi dilepaskan dan berkata tengok yang satu lagi aku hidupkan..mungkin tak kena dengan tajuk, tapi itu yang hati tergerak)

4) Melawat pasar-pasar

5) Membawa balik Tun Mahathir ke dalam UMNO

6) dan lain-lain sila tunggu...semoga perubahan yang baik untk semua rakyat tanpa diskriminasi seperti slogan yang dilaungkan "Satu...."

Perangkap, pengguna mesti bijak

Artikel dalam Harian Metro ini patut di sebarkan kepada semua pengguna. Artikel ini mengajak orang ramai khususnya pemegang kad kredit berhati-hati berikutan peningkatan penyelewengan kad kredit yang dipercayai turut didalangi pihak bank sendiri dalam mengaut keuntungan berganda. Ini berikutan, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mengesan ada antara pihak bank melanggar peraturan perbankan yang sudah ditetapkan dengan menawarkan pemilikan lebih dari satu kad kredit dalam memerangkap pengguna untuk berbelanja hingga melebihi jumlah termampu. Ketua Eksekutifnya, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pada tahun lalu, sebanyak 1,200 aduan diterima pihaknya membabitkan pihak bank terutamanya dalam urusan kad kredit. Ada antara aduan itu membabitkan pengurusan pihak bank yang menjerat mangsa dengan meluluskan sehingga empat kad kredit kepada seseorang individu sehingga mangsa tidak mampu membayar hutang atau ansuran kad berkenaan. “Kita melihat perkara ini sebagai satu masalah serius kerana jumlah aduan yang diterima sehingga kini adalah sangat tinggi, Malah, ada antara pengadu memberitahu mereka terjerat apabila pihak bank meluluskan empat pemilikan kad kredit pada satu masa bagi membolehkan mereka membeli barangan yang melebihi daripada jumlah had perbelanjaan dalam satu kad kredit yang dimiliki sebelum itu,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pelanggaran garis panduan dan perbankan oleh pihak bank, di sini semalam
Pengalaman saya sendiri semasa memohon pinjaman peribadi, pihak bank telah mensyaratkan kelulusan pinjaman dengan mengambil 2 kad VISA dan Mastercard. Sayarat begini bagi sesetengah orang yang mengambil mudah akan terperangkap dengan masaalah hutang. Sudahlah terpaksa membayar pinjaman ditambah lagi hutang kad kredit. Lagi satu pengalaman saya dengan sebuah bank terbesar di Malaysia dimana tiba-tiba saya mendapat bil kad kredit Mastercard dari bank tersebut dengan caj yuran tahunan RM130. Saya terus membuat panggilan telefon kepada pusat aduan bank dan bertanyakan mengapa saya mendapat bil sedangkan saya tidakpernah memohon kad kredit tersebut. Saya minta dia lupuskan serta-merta melainkan ada bukti bertulis atau borang yang menunjukkan saya pernah memohon kad tersebut. Petugas yang menerima aduan saya akhirnya memaklumkan akan melupuskan bil tersebut dan profile pemilikan kad juga akan dipadamkan. Walaupun saya tidak pernah membuat aduan kepada mana-mana pihak tetapi sikap bank seperti ini amat tidak bertanggung jawab. Kalau seorang pelanggan bank kenakan RM130 cuba kira kalau 10ribu orang, maccam mana?. Macam tak lojik tetapi inilah hakikatnya. Lagi satu ialah pihak bank atau pekerja bank secara tidak sah sering menjual profile pelanggan kepada pihak ketiga. Saya berangapan demikian bilamana sering mendapat panggilan mengenai tawaran kad privilage berdasarkan rekod pembayaran kad kredit. Ayatnya seperti ini " Kami mendapati en... adalah salah seorang pemegang kad kredit yang mempunyai rekod paymaster yang baik jadi kami mengambil peluang ini untuk menawarkan encik kad privillage dengan kemudahan bla...bla..bla..". Saya tanya awak dari bank mana?, dia menjawab dia dari syarikat kad previllage, saya tanya dari mana awak dapat maklumat saya, yang tu dia mula beralih tajuk kepada betapa untungnya jika mengambil kad tersebut. Saya mengagak ada pihak tertentu telah menjual profile pelanggan dengan secara haram.

Sabtu, 4 April 2009

Sebelum ianya basi

Sebelum basi, rasanya teringin juga nak ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Najib kerana di anugerah sebagai PM baru Malaysia mulai semalam, 3 April. Tentunya bukan April fool dan bekas PM Pak Lah bukan main-main, sudah benar-benar berlaku dan sudah diperkenankan oleh YDP Agong Tuanku Sultan Mizan. Pak Lah sudah tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan dan jawatan dalam UMNO. Yang berkuasa sekarang adalah anak bekas PM kedua. Mungkin rezki Tun Rahah sekeluarga, jawatan PM berulang lagi kembali kepada keluarganya, terkini anaknya pula dan dalam masa yang sama anak saudara juga, sepupu Datuk seri Najib menjadi Naib Presiden UMNO yang berpeluang menjadi PM jika UMNO terus berkuasa. Pusingan pertama bermula dari keluarga diRaja Kedah kepada keluarga Tun Rahah tukar kepada keluarga Che Det, kemudian keluarga Haji Ahmad Badawi dan kini kembali kepada keluarga Tun Rahah semula. Besarnya dugaan Ilahi kepada keluarga Tun Rahah, dugaan kepimpinan umat. Bukan calang-calang amanah jika berkaitan dengan kepimpinan. Namun itulah hakikatnya sekarang selepas suami, kemudian ipar dan sekarang jatuh kepada anaknya. Mungkin mengikut jejak keluarga Bhutto India, kepimpinan negara seolah-olah dinasti milik keluarga. Bila sebut keluarga Bhuto sinonom dengan keimpinan negara begitu juga keluarga Ghandi, keluarga Bush, keluarga Kennedy. Apa-apapun semoga PM baru akan menerajui negara dengan penuh amanah, bukan khazanah. Untuk pusingan pertama seolah-olah teori RAHMAN menjadi kenyataan dan yang popular disebut sekarang ini dengan sempurnanya teori RAHMAN bermakna hayat UMNO berakhir bersama teori ini. ya ke?, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.