Kawan-kawan setia

Sabtu, 27 Jun 2009

Terharu...


Serentak dengan pengisytiharan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ramai yang dilihat terharu hingga terkeluar air mata kesyukuran dengan kurniaan Ilahi terhadap perjuangan PAS kini. Semoga PAS tidak over konfiden, terus membela rakyat dan dalam masa yang sama hidari rasa takabbur, besar diri dengan pencapaian sekarang.

Mungkin rakyat rasa terharu kerana:
> Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz sendiri yang turut dihadiri oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan wakil DAP seorang pemimpin veteran, yang selama ini lantang menentang PAS tetapi kini duduk semeja dan menyokong perjuangan PAS melalui Pakatan Rakyat, saudara Lim Kit Siang.

> Melihat kepimpinan tertinggi datang bersama sekali gus menolak isu perpecahan dalam PAS, percanggahan antara Presiden dan Mursyidul Am hanya menjadi debu yang ditiup angin. Rakyat kini yakin untuk terus bersama dan menyokong perjuangan seterusnya PAS dan Pakatan Rakyat.

> Calon PAS Fauzi adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan yang sangat rapat dengan rakyat. Selain jawatan bendahari, beliau juga sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil. Memilih calon yang rapat dengan rakyat sangat penting bagi DUN Manek Urai.Manek Urai tidak mahu wakil mereka yang jenis timbul bermusim, hanya waktu pilihan raya, kemudian lesap, pilihanraya timbul lagi, bila menang lesap lagi.

> Perpduan ikhlas dalam PR, tidak mementingkan kumpulan kaum sendiri bersama meneruskan agenda rakyat. Masa dulu rakyat Manek Urai tidak pernah membayangkan rakyat berbagai kaum akan menyokong dan bersama PAS seperti hari ini, bahkan orang Melayu sendiri menolak PAS, apalagi bangsa lain dari Melayu iaitu Cina dan India. Kini yang mustahil itu terpampang menjadi realiti didepan mata...syukur kepada Mu ya Allah. Tak tahan nak menangis tengok bukan Islam, bukan Melayu memakai T-Shirt logo PAS.

Jom kempen menangkan saudara Fauzi

Calon PAS mestilah seorang individu yang dekat dengan rakyat. Orang yang saban hari bersama rakyat, maklum sangat segala susah jerih kehidupan rakyat. Kerana itu pimpinan PAS telah memilih seorang individu PAS yang sangat komited terhadap perjuangan juga seorang yang sangat dekat dengan rakyat. Beliau ialah Bendahari PAS Kuala Krai saudara Fauzi Abdullah telah dipilih sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai 14 Julai ini.Pencalonan Fauzi itu diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu cermah di Kampung Manek Urai Lama pada malam tadi. Fauzi adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Jumaat, 26 Jun 2009

Mencuri harta intelek

Biasa kita dengan pencuri mencuri harta dalam bentuk wang ringgit dan barangan milik orang lain. Namun di Kajang seorang suri rumah lain cara mencurinya. Mencuri software lagu karoeke dan menyimpan dalam bentuk letronik gadjet dan dijual kepada orang ramai dengan harga yang tinggi. Saspek dari kajang ini berusia 41 tahun dikesan membawa masuk peralatan karaoke termoden yang dipercayai diimport dari China sebelum memuatkannya dengan lagu dan dijual kepada pengusaha pusat ‘karaoke berbentuk jamban’ sekitar daerah ini. Suspek yang juga pemilik sebuah kedai elektrik dikesan menjual setiap mesin karaoke terbabit kepada pengusaha karaoke jamban dengan harga serendah RM2,900 setiap unit tanpa perlu membayar royalti kepada syarikat rakaman. (wow lumayan ooi...). Ketua Penguatkuasa Negeri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor (KPDNKK), Ahmad Md Isa, berkata kegiatan mencuri lagu untuk dimuatkan dalam mesin karaoke itu dikesan selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung sebuah premis yang menjual mesin berkenaan..“Tindakan diambil selepas RIM membuat aduan sebelum pemeriksaan dilakukan di sebuah kedai menjual beberapa peralatan elektrik di pusat beli-belah Bangi Utama, Bandar Baru Bangi di sini.“Hasil risikan sebelum ini mendapati kedai terbabit menjual mesin karaoke berkomputer yang ditawarkan dengan harga RM2,900 seunit yang boleh memuatkan sehingga 20,000 lagu,” katanya.

Selasa, 23 Jun 2009

UBN kempunan lagi

Kenapa ahli PR lebih-lebih lagi ahli PAS rileks semacam walaupun Media Perdana tajaan UBN bertungkus-lumus mempopularkan Pakatan Rakyat berpecah, PAS pulak telah berpecah dua. Lebih hebat lagi laporan media menyebut perpecahan PAS kali ini lebih hebat dari perpecahan zaman AlMarhum Datuk Asri. Namun disebalik kekecehohan media ini ahli PAS macam tak ada apa-apa. Cuma yang heboh sikit ialah mereka yang berada atas pagar atau yang mengendeng di tangga PAS. Berita terkini menjawab segalanya bila Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno. Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang semalam di pejabat agung PAS di ibu negara. Antara kenyataan penuh TGNA "Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair. "Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan. "Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Isnin, 22 Jun 2009

Pakatan Rakyat tetap kukuh

UBN akan terus kecewa seandainya mengharapkan talian hayat dari isu UG@KP. Pemimpin PR tetap berpegang kepada kesatuan dan perpaduan dalam PR yang makin mantap lagi kukuh. PAS sudah matang dengan sepak terajang UBN. Lihat sahaja komen tentang sambutan muhibbah TGNA dengan lawatan rasmi LKY. Kata BN mereka pelik dengan pandangan keras TGNA dengan usaha Kerajaan Perpaduan antara PAS dan BN bila dalam masa yang sama menerima kunjungan orang luar dengan mesra sekali. Sampai ke situ pemikiran terdesak mereka. Mereka lupakah PAS pernah bersama BN dan masih fobia dengan sikap BN terhadap PAS dahulu, sedangkan yang datang berjumpa TGNA adalah seorang pemimpin tertinggi negara jiran sebagai tetamu. tentulah layanannya berbeza. Walau apa pun, InsyaAllah, Manek Urai akan meneruskan momentum menolak UBN seterusnya PR menguasai parlimen pada PRU akan datang.

Ahad, 14 Jun 2009

Lorong Motosikal

Negeri Kedah dan Perak merupakan antara negeri yang perihatin terhadap motoris termasuk Lebuhraya Persekutuan antara Klang dan KL. Malaysia mempunyai pemilik dan penunggang motosikal yang ramai jadi sikap perihatin terhadap motoris ini sepatutnya dikembangkan di seluruh negara. Ia akan mengurangkan risiko tinggi kemalangan motosikal dijalanraya. Mengikut statistik kemalangan kenderaan berinjin di Malaysia penunggang dan pembonceng adalah paling tinggi berbanding kenderaan lain. Jadi serentak dengan projek PM 1Malaysia kenalah tengok-tengok kat kami penunggang motosikal dengan langkah pertama mewujudkan lorong motosikal keseluruh Malaysia. Kalau boleh adakan juga pondok atau bumbung tempat berkenti dari hujan bagi mengelakkan penunggang berhenti bawah jambatan yang dikenalpasti sangat merbahaya.
(dipost dari Kg Air Taling, Dangi, Johol, Negeri Sembilan gunakan Celcom Broadband)

Isnin, 8 Jun 2009

Kontoversi SIS

SIS - Antara kontroversi lain kumpulan ini adalah;
1. Menolak poligami yang dibenarkan oleh Islam dengan menjustifikasikan ianya mendatangkan pelbagai masalah kepada keluarga muslim
2. Mengatakan Murtad bukan Jenayah dan menolak hukuman bunuh keatas Murtad sebagaimana ketetapan syariah.
3. Mengatakan Undang-undang Islam di Malaysia mengamalkan diskriminasi dan gagal melindungi wanita
4. Menolak hukum mewajibkan pemakaian tudung kepala kepada wanita Islam5. Mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan

Ahad, 7 Jun 2009

Celcom Broadband boleh dipercayai

Tindakan saya melanggan Celcom broadband amat berbaloi (saya tidak merendahkan broadband lain seperti MAXIS, Digi dan wimax P1) kerana dimana sahaja berada, saya tidak putus dengan internet. Kini ketika jauh dari rumah (Langkawi), dari talian streamyx, Celcom broadbad tetap boleh dipercayai untuk menjangkau dunia siber terutama blog. Capain juga laju, hampir selaju streamyx cuma kadangkala mungkin tidak terlalu pedalaman cuma dapat dicapai dengan GPRS 53kbps bukan HSPDA atau UMTS.
Saya bayangkan kalau modem broadband ini boleh terdapat "build-in" dalam notebook lagi senang dibawa sebagaimana wi-fi dulunya guna USB tetapi bila wujud intel Centrino kemudahan moden wi-fi sudah di-attach dalam "motherboard".

(dipost dari Langkawi menggunakan Celcom Broadband)

Berikan sepenuh ketaatan

Sebagai ahli parti, bila selesainya pemilihan maka sesi bekerja untuk agama, bangsa dan negara diteruskan dengan dipimpin oleh kepimpinan baru yang dipilih. Dari itu ketaatan kepada kepimpinan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, diikuti oleh Timbalan, naib Presiden dan seluruh AJK mestilah dijunjung. Ketaaan kepada kepimpinan adalah wajib untuk kesetabilan perjuangan dan imej PAS sebagai parti yang memperjuangkan risalah Allah dan Rasul untuk maslahah umat manusia melangkaui batas kaum dan agama. Islam diturunkan sebagai Rahmat ke seluruh alam dan peranan khalifah wajib ditanggung oleh PAS sebagai parti Islam.
Timbalan Presiden: Nasharuddin Mat Isa
Naib Presiden:
Tuan Ibrahim Tuan Man
Salahuddin Ayob
Mahfuz Omar

AJK Pas Pusat
Mohammad Nizar Jamaluddin
Idris Ahmad
Kamaruddin Jaafar
Azizan Abd Razak
Hassan Ali
Dr Hatta Md Ramli
Abd Ghani Shamsuddin
Abu Bakar Chik
Mohamed Hanipa Maidin
Amiruddin Hamzah
Dr Lo Lo Hj Md Razali
Abd Ghani Abdul Rahman
Dr Dzulkifly Ahmad
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
Hashim Jasin
Mazlan Aliman
Taib Azamudden Md Taib
Dr Mujahid Yusof Rawa

Berapa anggaran kos minima satu famili dari Bangi ke Langkawi?

Kos yang saya anggarkan ini melalui darat pandu sendiri dari Bangi ke Kuala Perlis (Saya tak pernah datang ke Langkawi melalui udara). Dari Kuala Perlis naik feri ke jeti Kuah dan menginap di hotel 2 bintang atau 3 bintang. Sewa van Nissan C20 sahaja. Kalau sewa MPV Innova RM300 sehari. Kos ini tak termasuk membeli-belah dan tiket untuk memasuki tempat-tempat tertentu seperti Water World (RM28 seorang, Makam mahsuri (RM5 seorang) dan lain-lain.
Makam Mahsuri kos tiket RM5 seorang, datang begini jauh tak kan tak mahu masuk

Dari jeti Kuah berduyun-duyun perayu sewa kenderaan mengerumuni, jadi tak jadi masaalah untuk mendapatkan knderaa pandu sendiri. Kos sewa antara RM150 hingga RM300 sehari bagi musim perayaan dan murah sedikit sewaktu hari biasa


Kalau sesiapa yang tak biasa dengan kereta tanpa Power stering jangan sewa Van C20 Vannete, nanti tangan terseliuh memulas stering yang berat.



Ini anggaran sahaja kos pergi dan balik:

> Petrol sampai Kuala Perlis (RM150)
> Tol sampai ke Alor Setar (RM100)
> Ferri (7 orang) (RM280)
> Penginapan 2 hari 2bilik (RM600)
> Sewa Van C20 Vannete (RM300)
> Makan (7 orang) (RM600)
= RM1830.00

Sabtu, 6 Jun 2009

IT PAS canggih atas keupayaan sendiri

Lujnah ICT PAS Pusat menyediakan seramai 60 orang petugas IT dari seluruh negara, sepanjang Muktamar Tahunan PAS Pusat ke 55 yang berlangsung sekarang ini. Ketua Unit IT Muktamar PAS, Abdul Rahman memberitahu, pihaknya menyediakan perkhidmatan liputan secara langsung sepanjang muktamar menerusi laman web webtv.pas.org.my.
Katanya, petugas-petugas IT juga membuat rakaman penuh perbahasan sepanjang Muktamar PAS Pusat, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat. Menurut beliau, petugas IT juga mengemaskinikan web muktamar55.pas.org.my, merakam imej, gambar- sepanjang muktamar dan memaparkannya di web muktamar. "Kita juga menyediakan multimedia presentation, content management (text, imej, audio, video) di skrin besar 12' x 60' sepanjang muktamar (dengan multimedia backdrop) dan menyediakan kaunter khidmat penerangan IT seperti semakan daftar pemilih serta kaunter kad ahli. (Harakah)

Khamis, 4 Jun 2009

Mengapa PAS semakin hebat

Selain kekentalan ahli dan pemimpin mengharungi arus deras demokrasi Malaysia, PAS tetap gah bahkan semakin mantap kerana mempunyai gabungan yang hebat antaranya..
1) Saf ulamak haraki berjuang mengikut sunnah Rasulullah
2) Saf profesional yang mantap dan berwibawa
3) Saf Pemuda yang berani dan berilmu
4) Saf Muslimat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasul
5) Unit amal yang berani, komited, tidak menuntut wang ringgit, bekerja dengan ikhlas
6) Gabungan berbagai kaum Melayu, Cina dan lain-lain, PAS berpegang kepada "Yang paling mulia ialah yang bertaqwa", tiada perkauman sempit...global ggitu.
7) Jika terdapat ketidak sefahaman, akan kembali kepad kitab Allah dan sunnah Rasul

Pendakwah cekal

Abu Ameenah Bilal Philips is a Muslim teacher, speaker, and author. He appears on Peace TV, which is a 24/7 Islamic channel broadcast to many countries. Dr. Philips was born in 1947 in Jamaica, but grew up in Canada, where he converted to Islam in 1972. He completed a diploma in Arabic language and a B.A. degree in 1979 from the College of Islamic Disciplines at the Islamic University of Madinah, an Islamic university in Saudi Arabia. At the University of Riyadh College of Education he completed his M.A. in Islamic Theology in 1985, and in 1994 he completed his Ph.D in Islamic Theology in the department of Islamic studies at the University of Wales. He later taught Islamic education and Arabic language in private schools in Riyadh for over ten years. Because of his opposition to Saudi Arabia's position in the Gulf War, he had to leave the country and for three years he lectured M.Ed. students in the Islamic Studies department of Shariff Kabunsuan College (SKC) in Cotabato City, Mindanao, the Philippines.
Islamic Information CenterSince 1994, he has founded and directed the Islamic Information Center (which is now known as Discover Islam) in Dubai, United Arab Emirates, and is known as a prolific speaker and author on topics relating to Islam, including audio lectures and books. Presently, he is a lecturer of Arabic language and Islamic Studies at the American University in Dubai and ‘Ajman University in Ajmān, United Arab Emirates. He frequently appears at the Islamic Research Foundation in Mumbai, India, on lecture tours. He has also founded the Distance Learning Program called Islamic Online University, which offers a four year degree in Islamic Studies plus a variety of short courses. Dr. Philips is something of a pioneer as a person of Western origin achieving the status of a scholar of Islam inside the tradition. He preaches that Shi'a Muslims are blasphemers; among his students, when Philips taught in Saudi Arabia, is Ali Al-Tamimi, an Iraqi-American, who was convicted in 2005 of soliciting and engaging others to levy war against the United States and attempting to contribute services to the Taliban

(Wikipedia)

Jom gotong-royong


Rabu, 3 Jun 2009

Buang yang keruh ambil yang jernih

Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah hari bersemuka dan bersalaman dengan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa selepas kes saman menyaman mereka berdua berjaya di selesaikan di luar mahkamah. Turut serta dalam pertemuan hari ini adalah Adham Kechik, Adun Bukit Bunga yang turut membacakan kenyataan memohon maaf kepada Husam di depan media ekoran kenyataan media dan laporan mereka kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini SPRM yang mereka buat 27 Novewmber 2007 lalu. Kedua-dua mereka bertemu Husam di Kota Darul Naim hari ini dan bersalam penuh dengan kegembiraan. Semalam Nozula telah menyiarkan satu notis permohonan maaf kepada Husam dalam akhbar Berita Harian, iaitu salah satu akhbar yang menyiarkan tuduhan terhadap Husam dahulu. Dalam notis itu, Nozula memohon maaf secara terbuka tanpa syarat kepada Husam ekoran kenyataan mereka dalam sidang media dan laporan kepada BPR. Adham mengaku, laporan yang dia buat dahulu berdasarkan sumber yang tidak ada kesahihannya. Ekoran kenyataan mereka dahulu, Husam telah memfailkan saman kepada kedua-duanya dan juga media yang menyiarkan kenyataan itu.
Dalam majlis hari ini, Husam berkata, tindakan beliau mengemukakan saman kepada mereka yang membuat tuduhan kepadanya bukan inginkan wang atau memenangi mana-mana kes, sebaliknya sebagai pengajaran kepada mereka agar tidak berbuat demikian pada masa akan datang

DS Samy pun geram dengan akhbar UM

Selama ini Pakatan Rakyat memang angin satu badan dengan cara pemberitaan UM yang tak tepat, kuat mengampu dan berat sebelah, kini angin itu sudah berjangkit kepada rakan kongsi UMNO sendiri. Malaysia kini hari ini melaporkan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menggesa supaya penulis artikel dalam Utusan Malaysia didakwa mengikut akta hasutan kerana berunsur perkauman sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar milik Umno tersebut. Beliau mengutuk penulis tersebut kerana secara tidak langsung telah merujuk kepada kaum India dan Cina di Malaysia sebagai "kaum pendatang". Beliau juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang menjijikkan. Dalam satu kenyataan hari ini, presiden MIC itu berkata, penulis Utusan itu yang menggunakan nama Awang Selamat "mesti dan sepatutnya didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan".