Khamis, 30 Julai 2009
Apa khabar Perak?, Revisit
Setelah dihalang oleh pasukan polis daripada memasuki Dewan Undangan Negeri Perak, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri Perak telah mengadakan mesyuarat mereka di Hotel Syuen tengahari isnin lepas.Dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat tersebut, Sivakumar , selaku Pengerusi Jatankuasa tersebut menyatakan, “ Adalah jelas dan terbukti bahawa sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 adalah tidak sah dan batal”Menurut pandangan pakar , Thomas, tidak ada manamana Pengerusi sesuatu pertubuhan atau persatuan boleh ditukar daripada kedudukannya oleh ahli-ahlinya jika mesyuarat tersebut masih belum lagi di resmi.“Samalah sepertimana pada Sidang DUN 7 Mei lalu, persidangan belum lagi bermula tetapi BN telah mengusulkan penyingkiran saya,” kata Sivakumar.“Dan bagaimana Ganesan boleh dibawa masuk ke dalam Dewan sebagai Speaker baru, sedangkan sepanjang masa tersebut saya masih lagi menduduki kerusi Speaker,” tanyanya lagiSivakumar menjelaskan , lantaran persidangan pada 7 Mei itu tidak sah , maka beliau perlu meneruskan tanggungjawabnya sebagai seorang Speaker yang sah.“Ini bermaksud , Jawatankuasa ini adalah jawatankuasa yang sah dan kami sekadar menjalankan tugas kami,” katanya.Ditanya kenapa beliau tidak menunggu keputusan perbicaraannya yang bakal diadakan pada 6 Ogos nanti di Mahkamah Tinggi ?“Sehingga Mahkamah putuskan nanti, Saya adalah Speaker Perak yang sah,” katanya.Sivakumar juga berkata , Jawatankuasa ini akan membuat keputusan hari Khamis ini , selepas persidangan kali kedua , dijangka akan diadakan lagi di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri.Kenyataan Siva itu menyebabkan wakil media gelihati dan tergelak kerana pastinya berlaku lagi kekecuhan dengan pihak polis dipintu masuk bangunan tersebut.Sivakumar menerangkan bahawa Ganesan akan di perintah hadir pada Khamis ini bagi kali kedua.“Jika dia gagal menghadirkan diri, kami akan membuat keputusan , sama ada beliau hadir atau tidak, kami akan putuskan ambil sesuatu tindakan,” katanya.Sejurus selepas sidang media tersebut, Chan Ming Kai, salah seorang anggota jawatankuasa tersebut pergi ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyampaikan surat notis kepada Dr Zambry Abd Kadir dan Hee Yit Foong, Timbalan Speaker DUN Perak.Notis tersebut memerintahkan mereka hadir pada siasatan lain oleh Jawatankuasa tersebut , pada Jumaat ini, Jam 10.00 pagi.
Pendedahan KOSMO
Saran teruskan solat hajat elak H1N1
Arahan penutupan itu turut membabitkan institusi besar dan ternama seperti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim selepas empat pelajarnya disahkan dijangkiti H1N1 bahkan terdapat 30 lagi pelajar institusi itu yang sudah mempunyai simptom wabak dan kini menunggu hasil ujian. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican menjelaskan, korban terbaru wabak itu ialah seorang wanita berusia 20 tahun di Melaka. Beliau mengakui perkembangan wabak itu sudah mencapai tahap membimbangkan. Sudah sampai masanya semua sedar bahawa sesuatu yang terjadi datang dari Maha pencipta, mengapa tidak di adakan solat hajat memohon kepada Allah Taala supaya menghindari kita dari ujianNya ini. Tentunya sebelum solat hajat, pihak berkuasa kenalah koreksi kesilapan kepimpinan negara selama ini dan bertaubat memohon keampunan kepadaNya. Yang tak berapa sedapnya dalam kes tutup institusi ini ialah mengapa kuarantine dirumah?. Tidakkah jika pelajar tersebut sudah dijangkiti H1N1 tetapi masih belum ada simpton, dia akan membawa balik ke rumah dan ke tempat-tempat lain wabak tersebut?.
Lambat pickup
Kalau dalam bahasa sindiran jenis macam ini dipanggil lambat pickup. Lambat pickup maksudnya orang lain dah tahu lama dah, dia ini selepas dua tahun baru sedar (orang pantai timur sebut "baru kaba"). Beginilah sikap UM sebenarnya... Kambing UM ini adalah cermin pemiliknya.Langkah yang mulia
Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.
Rabu, 29 Julai 2009
Betapa gerun musuh pada nama ini
Terlontar sahaja ungkapan, maka meletuslah komen-komen dari mereka yang gerun terhadap ungkapan beliau. Begitu berpengaruh nama Nik Aziz di mata lawan politik beliau. Ungkapan yang UBN mesti faham tetapi hingga kini masih gagal difahami "UMNO bukan musuh PAS, tetapi LAWAN PAS". Kalau kita menonton perlawanan bola sebelum lawan bersalam dulu, lepas berlawan salam lagi, sebab kedua pasukan itu bukan bermusuhan, tetapi berlawan. Bila berlawan masing-masing berusaha untuk menang. UMNO memahami LAWAN dan MUSUH perkataan yang sama erti, itu yang bermasaalah. Bila PAS hulur tangan sebelum berlawan atau selepasnya, dia anggap PAS nak masuk pasukan dia...apa punya ...., dan bila PAS terus lawan ...inilah jawapan mereka...Ahad, 26 Julai 2009
Selangor hebat
Sebagaimana dijangka Pasukan Selangor terus mengecewakan pesaingnya. Kali ini Pahang menjadi mangsa bila dibaham oleh pasukan Selangor dalam perebuta juara Liga Super dengan aggregate 5:1. Hadiah telah disampaikan oleh YAB Tan Sri Menteri Besar Selangor.Khabar gembira juga diumumkan MB, bilamana habuan istimewa dari kerajaan negeri bakal dinikmati pemain-pemain Merah Kuning yang akan diumumkan pada 31 Julai ini.
Kemenangan besar ke atas Pahang melengkapkan musim cemerlang skuad bimbingan K. Devan yang mengharungi 26 perlawanan dengan mencatat 20 kemenangan, tiga seri dan tiga kalah. Malah, bertambah manis lagi buat Selangor apabila kaptennya, Amri Yahyah pula diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan semalam. Amri, yang masih segar dengan sejarah menjaringkan dua gol pada perlawanan dengan Manchester United minggu lalu merupakan wira Selangor dengan menjaringkan dua gol. Pahang bermula dengan mengejutkan kesebelasan kita dengan gol awal Pahang menerusi tandukan Muhammad Badrul Hisani, yang memperdayakan penjaga gol Selangor Mohd. Nasril Nourdin pada minit ke-13. Selangor bagaimanapun hanya memerlukan empat minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti. Amri terus melebarkan kedudukan 2-1, diikuti oleh Mohd. Rosfaizul Azuar Ali pada minit ke-43. Amri sekali lagi pada minit ke-64, Safee pada minit ke-68 dan Surendran pula pada minit ke-69.KepadaNya pasti kita kembali, ...bila saatnya tiba
Sabtu, 25 Julai 2009
Semua orang mesti bersedia untuk saat itu
Jumaat, 24 Julai 2009
Orang bujang - Berhati-hati, jangan salah pilih
Apa hukum nyalakan dan tiup lilin harijadi, budaya siapa?
Khamis, 23 Julai 2009
Ada apa-apa ke?
Pakatan Rakyat bangun bertindak berdasarkan mempertahankan maruah, nyawa, kemanusiaan, pasal accountabiliy, credibility.. kerana kematian TBH meragukan dan tak sepatutnya berlaku, dalam tahanan, dalam lokap, dalam siasatan. Yang AMNO Ampang DEMO ni pasal apa pulak..., atau setuju dengan tragedi tersebut..?
Hukuman dunia
Laporan MSTAR semalam memaparkan seorang peragawati sambilan yang dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak, memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu supaya dia boleh menumpukan masa depan hidup bersama-sama keluarganya. Kartika Sari Dewi Shukarnor, turut melahirkan rasa kesal terhadap dirinya serta reda dengan ketentuan Allah. "saya ingin memohon supaya mahkamah mempercepatkan hukuman sebatan itu. Saya sangat hormati keputusan mahkamah. Saya mengaku itu memang kesalahan saya, bukan kesalahan orang lain, bukan kesalahan ibu bapa saya, bukan kesalahan keluarga saya," katanya sambil menitiskan air mata ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Ibu kepada dua anak berusia tujuh dan lima tahun itu juga berkata suaminya telah maklum perkara itu dan sangat menghormati keputusannya yang mahu agar hukuman sebatan itu dipercepatkan. "Dari apa yang terjadi kepada saya, saya ingin berpesan kepada anak muda supaya jangan melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri, keluarga dan ibu bapa," katanya. Ayahnya, Shukarnor Mutalib, 60, berkata hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu adalah wajar dan tepat dengan menetapi undang-undang agama Islam di negara ini. Beliau juga mengakui itu adalah kesalahan anaknya yang dijaga dan diberi pendidikan agama secukupnya termasuk pengajian sistem pondok. Shukarnor berkata peristiwa itu memberi pengajaran yang sangat berguna kepada Kartika Sari Dewi kerana perjalanan hidup pada zaman sekarang penuh dengan cabaran dan dugaan.
Rabu, 22 Julai 2009
Madah Datuk Rosol Wahid
Perkembangan terbaru Flu H1N1
Khabarnya Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) di sini ditutup serta-merta selama seminggu ini apabila 60 pelajarnya dikesan positif virus selesema H1N1. Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad ketika mengesahkan perkara itu berkata, semua pelajar yang dikesan positif itu telah diarahkan menjalani kuarantin rumah. Semua mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan awal. Siasatan awal mendapati ia virus import berdasarkan maklumat seorang pensyarah UPNM telah melawat Melbourne, Australia sebelum dia disahkan positif H1N1,'' jelasnya. Sehubungan itu, beliau menjelaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah meningkatkan kawalan keluar masuk ke kawasan itu.
Selasa, 21 Julai 2009
UBN masih perasan .....
Beliau merupaka pengasas parti sejak dari dulu lagi, jadi Datuk cuba Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh dengan tindakannya itu. Menurut beliau, walaupun Ku Li tidak mempunyai apa-apa jawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas dalam Umno.
Beliau juga melonjak tinggi Ku Li dengan mengatakan Ku Li merupakan salah satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lepas apabila calon Barisan Nasional (BN) hanya kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada PAS.
Zamberi dah terdesak
Menteri Besar Kudeta Perak berkata, sebagai parti yang mempunyai ramai ulama besar yang arif tentang hukum agama, maka adalah wajar ulama Pas mengeluarkan fatwa mengenai tindakan Menteri Besar Perak yang dirampas kuasanya itu menyertai majlis sedemikian.
Dia sendiri mengakui dengan jujur bahawa dia bukan ulama, saja nak menyibuk komen tentang tindakan Nizar. Sebagaimana dimaklumi umum majlis meyalakan lilin bukanlah perayaan agama seperti majlis perayaan deepavalli atau thaipusam. Kalau bukan perayaan agama mengapa perlu penjelasan lagi, fatwa lagi...ini menunjukkan Zamberi dah terdesak sangat mencari isu menjatuhkan Datu Seri Mohd Nizar.
Isnin, 20 Julai 2009
CRT, Plasma, LCD kini LED TV
Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd launched a new range of LED flat-panel TVs – the LED TV Series 8, Series 7 7000 and Series 6 6000. According to managing director Yoon Ki-Heung, the company is confident of achieving the target as its range of LED TVs incorporated cutting-edge display technologies, innovative design and environmentally-friendly features. Consumers want perfect picture quality and to enjoy high-quality pictures on large screen. Samsung has pioneered a new species in the TV market with LED TVs that redefines the standards for viewing quality, home entertainment décor and energy efficiency. The LED TV had done well in countries like South Korea, where its demand had quadrupled when it was launched. How much?.....about RM9000 for 40inch TV (Smallest size in the market)
Facebook, berhati-hati
Ahad, 19 Julai 2009
Dulu dan sekarang
Dulu datuk Zaid merupakan orang kuat UBN sentiasa bersama kepimpinan tertinggi negara. Atas dasar perinsip keadilan yang tak mampu di lakukan di pentas tersebut Datuk Zaid menukar pentas kepada pentas baru yang lebih terbuka, muda, ikhlas dan berintegriti (Open, Young, Vibrant and integrity)


Dulu Datuk Chua Jui Meng seperti Datu Zaid, seorang Menteri kerajaan Pusat, wawasan beliau tidak boleh direalisasikan dalam kumpulan tersebut, banyak sangat Terma dan Syaratnya, kini berhijrah ke Pakatan baru, pentas baru yang lebik dinamik dan realistik.
Tiada peningkatan sokongan kepada UBN di MU

UBN perasan jika merasakan sokongan kepada parti itu meningkat di MU. Pilihanraya kecil bukanlah ukuran yang berintegriti untuk mengukur tahap peningkatan sokongan kepada pemerintah pusat. Jika disorot kembali kepada sejarah PRK sebelum ini, pembangkang kerajaan pusat sukar menang dikawasan majoriti Melayu seperti di kelantan lebih-lebih lagi persaingan bukan dikubu kuat mereka seperti di MU. MU bukan kubu PAS, tetapi kubu peribadi Allahyarham Hj Ismail. Mengikut laporan dan statistik dipercayai pengundi dan penyokong tetap PAS hanya sekitar 40% di di MU, selebihnya penyokong dan pengundi tegar UBN termasuk atas pagar. Keputusan PAS menang tempoh hari mengejutkan kalau dikira kempen aggresif UBN dengan berbagai bentuk rasuah projek dan wang. PAS dan Pakatan Rakyat pulak sebelum itu diwarnai bermacam isu termasuk isu kepimpinan PAS sendiri.
Apa-apa pun hanya Allah Taala yang menentukan sesuatu...manusia hanya merancang.
Langkah berani Pemuda Gerakan (walaupun komponen BN)
Tahniah
Pakatan Rakyat Menang lagi
Kali ini bukan menang dalam medan undi, tetapi kemenangan moral. Dengan kemasukan mantan Menteri kesihatan BN ini akan menguatkan lagi semangat perjuangan Pakatan Rakyat terutama di negeri Johor. Sebelum ini dunia politik dikejutkan dengan kemasukan Datuk Zaid, seorang ahli politik yang bersemangat kental, hingga sanggup meletak jawatan demi mempertahankan perinsip. Cuma Datuk Zaid ada masaalah sikit dengan PAS dalam kes saman hudud beberapa tahun lalu. Semoga kes tersebut telah selesai dengan baik diperingkat kepimpinan supaya kerjasama antara komponen dalam Pakatan Rakyat terus cemerlang dan berintegriti. PAS dan kepimpinannya tidak pernah berdendam dengan sesiapa selagi mereka ikhlas bersama PAS. Setiap perubahan dialu-alukan termasuk Datuk Zaid, buang yang keruh ambil yang jernih.Berbalik kepada Datuk Chua Jui Meng, menurut beliau sebelum ini terdapat banyak spekulasi mengenai langkah beliau seterusnya dalam politik setelah meninggalkan MCA malah meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang beliau telah sandang selama 23 tahun. Jawapannya keluar MCA, iaitu bebaskan diri dari persekitaran lama yang hampir tenggelam dengan masaalah kepada persekitaran dan perjuangan baru, untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan beliau untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang beliau tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008 namun tidak mampu direalisasikan jika beliau masih terus berada dalam persekitaran lama.
Pelaksanaan sebenar 1Malaysia
Jumaat, 17 Julai 2009
Apa cerita ni?..
Yang peliknya...
Sewaktu ditemui, mendiang berpakaian lengkap, berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih, kemas dan tidak menunjukkan situasi orang yang kecewa, tertekan, ketakutan, suka main teng-teng tepi beranda...
Lagipun cerita dari Peguam M Manoharan yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam menyebut, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan. Dia nampak gembira dan tenang. Beliau juga bakal nerkahwin dalam waktu terdekat. Tak lojik dan belum berlaku bakal pengantin yang tengah ghairah menunggu hari perkahwinan tiba-tiba bertindak sebaliknya..
Wakil rakyat Pakatan Selangor termasuk bos mendiang Teo disiasat atas alasan masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing tetapi SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna. Waduh Betapa cepat SPRM bertindak terhadap kerajaan PR, namun jika laporan dibuat terhadap kerajaan BN, buat tak nampak sahaja...apa cerita ni?
Khamis, 16 Julai 2009
Hakikat yang dikaburkan
PRK N41 Manek Urai: Fakta Sebenar III - Puteri Umno yang mulakan pergaduhan
(pemudakemehe1.blogspot.com)
Rabu, 15 Julai 2009
Untuk meredakan kekecewaan
Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan:
"kemenangan tipis Pas membuktikan sokongan penyokong pembangkang telah mula kembali kepada BN dan rakyat mula menerima pendekatan yang diterapkan oleh BN. Dari segi majoriti, tegasnya, BN dapat mengurangkan majoriti Pas di DUN Manek Urai apabila ada sebilangan pengundi yang sebelum ini tidak menyokong BN, telah kembali menyokong BN"
Datuk Mustapa Mohamed:
Menyifatkan, keupayaan BN mengurangkan majoriti Pas kepada hanya 65 undi daripada 1,352 undi sebelum ini merupakan satu kemenangan moral kepada UMNO dan BN.
Tan Sri Muhyidin Yasin:
"keputusan itu juga menunjukkan petanda rakyat sudah mula memahami dan boleh menilai kepimpinan berwibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membawa pembaharuan kepada negara"
PAS yang menang tipis pula walaupun gembira tetapi masih gundah dengan banyak persoalan, apa yang terjadi? jangkanya majoriti melebihi 2000 undi, alih-alih 65 undi sahaja. Inilah bijak nya pengundi MU, antaranya yang dikesan pengundi MU memperingatkan PAS dan Pakatan Rakyat supaya tidak leka dan bekerja lebih keras. Kalau ditakdirkan menang dengan majoriti selesa melebihi 2000 undi dikhuatiri PAS dan Pakatan Rakyat lupa diri bila kemenangan berterusan sejak dari PRU ke 12 hingga ke MU. Jadi pengundi MU brek sikit keghairahan PAS dan PR, bukan berhenti terus, tapi brek sikit dan muhasabahlah. Kepada UBN pengundi MU bagi harapan dan nak menguji keikhlasan UBN. Janjinya melangit, maka diberi harapan sedikit, supaya membuktikan janji-janji yang diluahkan. Kalau sehingga PRU ke 13 tiada apa yang berlaku di MU maka 5000 pengundi UBN ini akan menghukum UBN seteruk-teruknya. Kini UBN akan tersepit dengan keputusan ini. Syabas pengundi Menek Urai ada bijak berpolitik.
Selasa, 14 Julai 2009
Cantiknya bahasa Malaysiakini
2) Calon PAS, seorang pemborong ikan, mennag majoriti nyawa-nyawa ikan (bunyi macam menghina calon PAS!..., patutkah bahasa begini digunakan?, terpulang kepada pembaca dan persepsi masing-masing)
3) Susulan kemenangan ini beberapa pemimpin atasan PAS hadir ..(kalau tak menang maknanya abe uji akan keseorangan meraung mengenang nasib diri?..)
4) Calon PAS melangkah longlai keluar....(malah dah nak komen.., baca sendiri)
Keputusan Rasmi PAS menang lagi, UMNO gigit jarim la gi
Keputusan rasmi Calon PAS Mohd Fauzi Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 65 undi. PAS mendapat 5,348 undi sementara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi. Seperti posting sebelum ini bagi PAS dan Pakatan Rakyat, menang adalah bonus, syukur kepada Allah yang telah memberikan kemenangan moral yang hebat kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat. Walaupun pihak UBN menjanjikan segala yang dibumi kepada rakyat Manek Urai, bukan semuanya terpesona dengan janji-janji tersebut. Rakyat sudah faham bahawa segala projek pembangunan bukan pemberian ehsan UMNO tetapi tanggung jawab yang kini dipegang oleh UBN sebagai kerajaan terhadap rakyat Malaysia. Ini bermakna sekiranya Manek Urai tidak membangun UBN lah sebenarnya tidak menunaikan amanah yang sepatutnya ditunaikan sebagai pemegang amanah rakyat.
Manek Urai - masih menunggu keputusan rasmi
Isnin, 13 Julai 2009
Janji melangit, tradisi janji, janji palsu
Menurut beliau, jambatan baru dua lorong yang dijangka membabitkan kos RM7 juta itu akan segera dibina jika BN diberi kepercayaan dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini. (Hei wang tu wang rakyat dari berbagai cukai yang dikenakan,..apa barang menggunakan wang yang dikutip dari kami untuk menunaikan janji UBN). Ia sebahagian daripada janji dalam kempen pilihan raya - kononnya Rakyat Didahulukan, Manek Urai diutamakan, malah Muhyiddin sebelum ini menegaskan Manek Urai akan diberi perhatian sebagai anak emas Kerajaan Pusat.
Ucapan angkuh Muhyidin ini terhadap TGNA: “Nik Aziz seorang pemimpin yang cakap tidak serupa bikin, dia kata membangun bersama Islam tetapi hakikatnya dia langsung tidak membangunkan negeri hampir 20 tahun memerintah. “Doa sahaja Allah tidak akan menjadikan masjid atau jambatan. Sepanjang masa ini BN membina 564 buah masjid, tidak termasuk jalan raya atau bangunan lain. Sekarang saya nak tanya, siapa yang membangun bersama Islam, Pas atau BN?,”
Jumaat, 10 Julai 2009
H1N1 Peningkatan jangkitan berterusan - berwaspada
Timbalan Presiden akan ke Manek Urai,..tunggu..
Nasharuddin turun kempen DUN Manek Urai (Sinar Harian)Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sabtu ini. Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil. “Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan. “Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. InsyaAllah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Setakat ini saya masih tidak dimaklumkan lagi aktiviti yang akan dijalankan di sana,” katanya ketika ditemui sebaik keluar wad pembedahan di sini, hari ini.
Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi tadi, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama. Sementara itu, ketika ditanya berkaitan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mencabar Pas untuk melakukan sesuatu yang lebih baik terhadap pembangunan di Kelantan, beliau berkata, Kelantan tidaklah mundur seperti yang digembar-gemburkan. “Kalau kita ukur pembangunan yang ada di Kelantan dengan keupayaan kewangan yang dimiliki, saya rasa kita boleh berbangga jauh dibandingkan dengan Sabah dan Sarawak. “Kita masih teruskan hal-hal pembangunan seperti projek yang ada kaitan dengan rakyat, pembangunan secara bersifat fizikal dan pembangunan insan yang tidak pernah kita lupa kan… kita buat dalam kemampuan yang kita miliki. Kalau peruntukan yang diberi kepada kita RM50, kita gunakan ikut kesesuaian jumlah yang diberi dan kita pun tahu nak ukur pada baju sendiri,” katanya
Umat Islam tak terbela di Melaka?
Nasib kira-kira 200 kubur di Tanah Perkuburan Datuk Rambun, Limbongan di sini kini dalam keadaan tidak menentu apabila kawasan tanah wakaf tersebut dilaporkan ‘dijual’ kepada individu tertentu. (Haprak betul, tanah kubur pun dijual, Pejabat Tanah meluluskan pulak tu...). Kontroversi bermula apabila individu tersebut mendakwa membeli tanah itu tanpa mengetahui ia adalah sebuah tanah perkuburan (Pelik betul beli barang tak tengok dulu...mabuk ke?). Berikutan itu, pemilik tanah berkenaan kini menuntut supaya semua kubur di situ dipindahkan dan pihak jawatankuasa penduduk Kampung Limbongan pula sukar mempertahankan tanah berkenaan kerana ia diwakafkan tanpa dokumen yang sah. (Dah 100 tahun beb..bukan baru, ini alasan munafik...). Sidang Kampung Limbongan, yang berumur 60 tahun, ketika ditemui berkata, tanah perkuburan berusia lebih 100 tahun dengan keluasan 557 meter persegi itu adalah sebahagian daripada tanah beralamat Lot 469. (HP kena buat siasatan ni...)
Khamis, 9 Julai 2009
Sahabat lama
Saya terbaca dalam Bulletin Online, dan merenung foto seseorang yang lama saya tak jumpa, mungkin menghampiri 20 tahun, tapi saya masih cam, dia sahabat saya masa sekolah menengah dahulu, kemudian beliau menyertai tentera dan diberitahu oleh kawan-kawan sebagai komando. Tiba-tiba berita terakhir yang saya baca beliau turut berkempen untuk abang Uji di Manek Urai. Di beritakan beliau seorang yang istiqomah, unik, berbakat dan tidak pernah dipamerkan oleh mana-mana pemimpin PAS peringkat bawahan. Panggilan warga Laloh sebagai Abang Mat Komando atau nama sebenarnya Mat bin Tapa, beliau juga Ketua Unit Peti Undi atau Daerah Mengundi Kampung Laloh, Manek Urai. Kerja beliau sekarang membuka kedai runcit di tepi Jalan Kuala Krai Kota Bharu lebih tepat di Pekan Laloh. Sebab beliau memang bekas komando jadi nama ‘Komando’ yang digelar orang kepadanya bukan sengaja direka-reka atau di minta olehnya supaya orang memanggilnya demikian. Beliau adalah bekas anggota 22, Komando yang bertugas di Kem Sungai Udang Melaka pada 10 tahun yang lalu. Kini sambil berniaga beliau aktif berdakwah dan berkempen dalam PRU ini dengan gaya yang unik dan tersendiri. Saya masih ingat masa di sekolah Menengah dahulu beliau selalu menyertai program syarahan, debat, bersajak dan lain-lain, jadi untuk bercakap depan orang ramai adalah sangat mudah bagi beliau.Rabu, 8 Julai 2009
Selasa, 7 Julai 2009
Pentas baru Datuk Zaid

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sudah memulakan kempen di Manek Urai sebagai permulaan pentas baru bagi bliau. Jika sebelum ini Datuk Zaid berada di atas pents UBN, kini beliau sudah beralih arah brada di pentas PAS bagi membantu calon PAS Manek Urai Hj Fauzi. Berbeza dengan Datuk Ibrahim Ali kembali pentas UBN yag di sumpah seranah beliau sekian lama. Dalam ceramah semalam Datuk
Zaid mengulas mengenai isu royalti minyak Kelantan yang menjadi tuntutan kerajaan Kelantan sekarang. Ceramah ini juga merupakan kali pertama Zaid berceramah sebagai pemimpin pembangkang, selepas menyertai PKR baru-baru ini. Beliau juga dilantik sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu. Merujuk kepada kes royalti yang dituntut oleh kerajaan kelantan yang dilaporkan menuntut RM1 bilion daripada kerajaan pusat sebagai bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004 yang didakwa bernilai RM2.5 bilion setahun.
DUN Bangi dan program celik komputer

Unit Media DUN bangi terus melangkah ke depan dalam memperkasakan ilmu IT dan komputer kepada warga DUN Bangi. Program berterusan yang dijalankan telah mendapat sambutan yang mnggalakkkan. Buktinya program "celik Photoshop" yang di adakan bulan Jun lalu mendapat sambutan luarbiasa bila kedatangan melebihi jangkaan sehingga terpaksa menambah meja dan kerusi tbagi menampun peserta. Begitu juga program "celik blog dan video editing" juga mendapat sambutan diluar jangkaan. Semua program telah di sempurnakan perasmian nya oleh ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar yang telah memberi sokongan yang jitu kepada setiap program ilmu di DUN Bangi. 2 Minggu lalu Unit Media DUN Bangi juga telah menghantar 20 orang peserta dari DUN Bangi ke Bengkel Media Rakyat di Shah Alam. Bengkel selama dua hari itu adalah atas inisiatif kerajaan Selangor memantapkan pengetahuan IT pada jentera penerangan masyarakat. Institut Kajian Dasar telah dilantik bersama syarikat konsultansi CCSB menganjurkan bengkel sebanyak 6 siri dengan mensasarkan semua kawasan di DUN Selangor.
Blogger obses dengan pendapatan iklan

Nampaknya sudah menjadi semakin ramai blogger membiarkan laman blog mereka dipenuhi iklan dan bermacam-macam fesyen. Bukan tidak boleh, tetapi iklan yang terlampau banyak mengganggu penyampaian mesej yang menjadi agenda utama kewujudan blog. Kepada pelayar blog yang mempunyai PC yang laju dan laluan ke internet yang laju mungkin tiada masaaalah yang ketara, tetapi bagi sebahagian besar pelayar yang mempunyai peralatan dan laluan yang sederhana terpaksa menanggung trafik jem oleh iklan-iklan ini. Yang paling mnakutkan ialah kewujudan virus dalam iklan-iklan tertentu yang hinggap dan merosakkan sistem PC. walLahuA'lam
Demokrasi atau Demo Keras Sih
Isnin, 6 Julai 2009
Keruntuhan jiwa yang semakin kronik
Rasuah beg sekolah dari UBN
Soalnya, kenapa pelajar diManek Urai...menjelang pilihanraya kecil..,bukankah ditempat lain pun ramai lagi pelajar miskin..., beri lah kepada pelajar miskin ditempat lain dulu, selepas tamat pilihanraya kecil ini, datanglah ke Manek Urai untuk memberi sumbangan yang katanya telah dirancang lebih awal..
Ahad, 5 Julai 2009
Tiba-tiba berminat dengan program agama, terutama bila ada Pilihan Raya...
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed (kiri) bersama Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Shukry Mohd Salleh (kanan) mendengar pelajar membaca Al-Quran pada Majlis Khatam Al-Quran bagi Parlimen Kuala Krai di Dewan Utama SMK Laloh. Seramai 1,000 orang termasuk 730 pelajar menyertai majlis Khatam Al-Quran itu
Sabtu, 4 Julai 2009
Majlis makan malam MTD Lenggeng
AlManiri - Kerajaan DAP tidak stabil?, pakatan bersama DAP rapuh
Di Kedah DAP sudah keluar Pakatan Rakyat. Adakah di Pulau Pinang, Keadilan pula akan keluar Pakatan Rakyat? Dap di Kedah tidak ketara kesannya kerana Pakatan Rakyat masih boleh perintah gabungan PAS dan PKR. Tetapi di P.Pinang jika PKR keluar Pakatan maka DAP masih boleh perintah jika masih bergabung dgn PAS walaupun dengan majoriti mudah DAP 19 dan PAS 1 jumlah 20 kerusi. Dan kalau PKR pula bergabung dengan UMNO macamana pula? UMNO 11 dan PKR 9 jumlah 20 kerusi juga. Pening-pening..Isu ini perlu ditangani dan selesaikan semua isu ini dengan segera.
Bagi saya ini adalah asam garam dalam politik. Ini adalah proses kematangan dan kebijaksanaan Pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Ingatlah harapan rakyat cukup tinggi kepada Pakatan Rakyat. Saya mendoakan mudah-mudahan semua isu ini akan dapat diselesaikan segera dan PAS akan menang di Manek Urai. Pakatan Rakyat terus teguh dan dapat mengambil alih kerajaan Malaysia pada PRU 13.
Teka-teki jenazah MJ menghampiri penyelesaian

Keluarga ikon muzik pop terkenal Amerika Syarikat, Michael Jackson, dilaporkan berkemungkinan besar mengebumikan penyanyi itu mengikut cara Islam kerana Michael mahu dikebumikan mengikut agamanya anutan barunya. Menurut Jeramine Jackson atau Muhammad Abdul Aziz iaitu abang MJ beliau telah menerangkan kepada keluarganya mengenai pentingnya pengebumian menurut Islam tersebut. Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles. Beliau telah menukar namanya kepada Mikaeel, sempena nama malaikat yang ditugaskan menurunkan hujan dan memberi rezeki. Laporan menyebut, beliau duduk dengan memakai kopiah dan mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di kediaman rakan penyanyi itu di Los Angeles. Sejak dari itu MJ telah mengamalkan cara hidup Muslim sedikit demi sedikit serta membaca al-Quran menjadi amalan hariannya, malah mengakui menemui kekuatan dan kesungguhan dalam menempuh pelbagai dugaan dan rintangan dalam hidupnya. Jurucakap penghibur legenda itu memberitahu, pihaknya sudah mengesahkan kepada semua media di seluruh dunia mengenai kebenaran desas-desus mengatakan Jackson memeluk Islam.
Swine Flu, Denggi sedang mengancam...kelalaian mengundang padah

Selesema babi merangkap swine flu merangkap Influenza H1N1 sedang mengganas dengan jumlah jangkitan terus meningkat menghampiri 300 mangsa begitu deras sekali walaupun mendapat perhatian no 1 oleh pihak berkuasa negara. Sikap "tak kena kat aku" masih menebal membelit warga kita seolah-olah wabak bahaya ini enteng sahaja. Bila terkena baru pucat muka. Sebagai contoh, walaupun Singapura dikenal-pasti antara negara pengekspot H1N1 dan dah banyak yang kena wabak ini bila ke Singapura, masih ramai lagi warga kita berduyun-duyun ke Singapura menghadiri Communic Asia. Seperti diduga, mereka kembali membawa penyakit babi ini.
Begitu juga dengan kes yang sdah lama dan hingga kini belum ada jalan penyelesain iaitu denggi. Terbaru kementerian kesihatan mengishtiharkan lima negeri mencatatkan peningkatan kes demam denggi ketara melibatkan dua kematian sepanjang minggu lepas.
Lima negeri tersebut ialah Perlis, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Pulau Pinang serta Kedah. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, Perlis mencatatkan peningkatan kes sebanyak 57 peratus, Melaka (36 peratus), Kuala Lumpur dan Putrajaya (34 peratus), Pulau Pinang (30 peratus) dan Kedah (15 peratus).
Jumlah terkumpul kes demam denggi setakat ini ialah 24,543 kes dengan 62 kematian berbanding 20,721 kes dengan 45 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2008.
Jumaat, 3 Julai 2009
Kerajaan Perpaduan? NO, Debat?, YES

Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri. Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi. Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam. Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata.
(Ekstrak Harakahdaily)
Khamis, 2 Julai 2009
Kontroverrsi lagi?
Kenyataan Media Pemuda PAS Pusat(1 Julai 2009)
1. Dewan Pemuda PAS Pusat secara rasmi menafikan salah lapor beberapa media mengenai kerjasama antara Pemuda PAS Pusat dan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sewaktu menyerahkan surat rasmi jemputan terhadap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk mengadakan "WACANA ILMIAH TERBUKA: BENARKAH PERJUANGAN UMNO TIDAK BERTENTANGAN DENGAN ISLAM" melalui penubuhan sebuah SEKRETARIAT BERSAMA untuk bekerjasama dengan Pergerakan Pemuda Umno.
2. Sekretariat yang dicadangkan oleh YB Dato' Razali Bin Ibrahim, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan telah dijelaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat semasa sidang akhbar ialah hanya sebuah jawatankuasa teknikal bersama untuk membincangkan tarikh, tempat, masa, keanggotaan dan format wacana tersebut sahaja.
3. Wacana Ilimiah ini adalah sambungan daripada cabaran debat yang telah dikemukakan oleh Mursyidul Am PAS , YAB Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri Malaysia terhadap kesesatan perjuangan UMNO. Jemputan wacana ini juga adalah rentetan daripada cabaran debat oleh Pergerakan Pemuda Umno Kelantan terhadap YAB Dato� Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas isu yang sama. Maka cadangan wacana ini dikemukakan untuk mencari kebenaran atas isu tersebut secara ilmiah.
4. Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang telah melaporkan secara salah terhadap isu ini
Rabu, 1 Julai 2009
Alternatif Internet Explorer


Akhir-akhir ini Internet Explorer terlalu banyak error bila semasa melayari laman web tertentu seperti terutama blog-blog yang di “customize”. Error ini menyusahkan pelayar dimana kadang-kadang terpaksa keluar dari IE dan masuk semula. Buat masa ini tiada makluman dari pihak-pihak tertentu terhadap puinca error tersebut. Jadi alternative kepada IE kebanyakan pelayar beralih ke Mozila Firefox atau yang sedang meningkat penggunaanya “Google Crome”. Kedua-dua software ini boleh di dapati secara percuma dengan memuat-turun dari internet dan boleh set up dengan mudah..
