Kawan-kawan setia

Isnin, 31 Ogos 2009

Setelah 52 tahun merdeka

Bahasa Inggeris masih bahasa utama, bahasa dipejabat-pejabat, bahasa di pusat membeli-belah, bahasa di syarikat-syarikat besar, bahasa di media, bahasa du universiti...ke mana bahasa kebangsaan?...untuk majlis rasmi sahaja. Ramai kah orang Inggeris kat malaysia ni?, tidak..tetapi Inggeris meninggalkan pengikut totok yang menganggap Inggeris adalah lambang kehebatan, kemajuan, ketamaddunan. Kalau boleh berambut merah, bercakap Inggeris fasih, minum arak, pakai skirt atau seluar pendek..mendedahkan aurat wow dah rasa macam orang Inggeris.

Hari ini berlaku di negara Jepun, PRU ke 13 Malaysia....

Parti pembangkang Jepun, Parti Demokratik (DPJ) mencatat kemenangan besar pada pilihan raya umum negara ini, menewaskan parti pemerintah Parti Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Taro Aso. Ia merupakan satu catatan sejarah dalam politik Jepun dalam tempoh lebih separuh abad. Mengikut tinjauan yang dijalankan oleh beberapapa stesen TV Jepun, DPJ dijangka memenangi 315 kerusi daripada 480 kerusi di Dewan Rendah.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Datuk Ismail Salleh bukan Datuk Ismail Kamus

Senator Profesor Datuk Dr. Ismail Salleh, Pakar ekonomi negara, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan pesawat Tiger Airways dari China ke Singapura awal pagi semalam. Isteri Allahyarham, Datin Hasnah Wahab yang turut berada dalam pesawat menemani suaminya mendapati Datuk Dr Ismail yang sedang tidur di kerusi sebelahnya tiba-tiba terlintuk kepalanya ke atas bahunya dan mendapati suaminya sudah tidak bernyawa dan bila dipegang tangannya sudah sejuk. Dianggarkan, suaminya meninggal dunia dalam kapal terbang kira-kira pukul 2.30 pagi iaitu kira-kira 75 minit sebelum pesawat itu dijadual tiba di Lapangan Terbang Changi di Singapura. Menurutnya, Datuk Dr Ismail, ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan International University College of Technology Twintech. Jenazah Datuk Dr Ismail telah dibawa ke Hospital Besar Singapura kira-kira pukul untuk dibedah siasat. Berita kematian Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah membuatkan masyarakat gempar bila sms menyebut Datuk Ismail kamus ADUN Gombak Setia yang meninggal. Namun setelah dibuat siasatan mendapati Datuk Ismail Kamus masih segar-bugar dan sedang menjalani ibadah umrah di makkah. Kekeliruan ini mungkin disebabkan pengambilan berita yang kabur dan kebetulan mempunyai pangkal nama yang sama. PASBANGI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Prof Datuk Ismail semoga keluarga Allahyarham tetap bersabar dan membanyakkan doa semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama insan-insan yang dimuliakan Allah. Takziah juga kepada Shaari Salleh, sahabat saya, adik kepada Allahyarham Datuk Dr Ismail.

Rabu, 26 Ogos 2009

Tajuk berita Utusan Malaysia buat kejutan..

Nik Abdul Aziz Nik Mat antara tiga terbunuh dalam nahas jalan raya

KUANTAN: Seorang pekerja kilang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini. Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi. Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Pesan Datuk Zaid Ibrahim

PAS-Dulu Dan Sekarang
Saya telah dijemput untuk menghadiri satu seminar anjuran PAS di Kota Bharu pada Sabtu lalu (15 Ogos). Terima kasih saya ucapkan kepada pimpinan PAS Kelantan kerana penghormatan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Maklumlah sayalah orang yang menyaman kerajaan negeri pada suatu masa dulu berhubung soal hukum hudud. Namun sebagaimana yang pernah saya jelaskan dahulu, saman itu dibuat atas dasar perundangan dan Perlembagaan, dan tidak ada kena-mengena dengan agama. Kalau ingin tahu lebih lanjut hal itu, saya telah jelaskan dalam buku saya “Saya Pun Melayu”.
Yang menarik dalam seminar Sabtu lalu adalah perbincangannya berkisar hal-hal dalamam dan permasalahan parti yang diperkatakan secara terbuka. Itulah tanda keterbukaan PAS masa kini. Seminar itu diadakan di dewan Kelantan Trade Centre, sebuah bangunan canggih bertaraf 5 bintang, untuk membuat post-mortem keputusan pilihan raya kecil Manek Urai serta merangka perancangan kekuatan PAS di masa depan. Kalau dalam tahun 1990 dulu bila UMNO teruk, pemimpin mereka berkata PAS hanya dapat bertahan satu penggal saja. Kini terbukti PAS telah memerintah Kelantan selama lima penggal dan sekarang menguasai Kedah pula. PAS telah bertambah maju manakala UMNO bertambah tempang.
Di seminar itu, saya telah mencadangkan PAS supaya jangan berpuas hati sebagai parti orang Kelantan sahaja. PAS, sebagai rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat, dan sekarang berkuasa di Kedah, harus befikir sebagai parti nasional. Putrajaya mesti menjadi sasaran PAS dan Pakatan Rakyat. Amatlah perlu PAS meneroka jalan baru dalam usahanya meluaskan pengaruh. Bukan saja intipati mesej politiknya perlu disampaikan dengan yang lebih canggih, pendekatan baru juga diperlukan supaya lebih ramai orang Melayu dan Islam menerimanya. PAS harus yakin bahawa ia adalah alternatif kepada UMNO untuk orang Melayu.
Pada masa yang sama, mesej politik PAS pula mestilah mendapat sokongan semua kaum, atau sekurang-kurangnya orang bukan Islam tidak menentang atau menolak PAS. PAS mesti memperjuangkan hak asasi maanusia atau ‘human rights” yang memangpun dituntut oleh Islam. PAS perlu menerima hakikat bahawa Malaysia ada lebih 100 suku kaum dan kepercayaan agama yang berbeza. Saya setuju dengann kata-kata YB Dato Nik Amar Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS II Kelantan, iaitu cara atau proses penyampaian sama pentingnya dengan dasar dan intiparti perjuangan parti. Kita mesti bulatkan kata. Jangan pula pepat di luar, pencong di dalam.
Walau pun sudah banyak perubahan dalam PAS hari ini berbanding tahun-tahun 1990an dahulu, masih ada segolongan kecil pemimpin mereka yang was-was tentang cita-cita parti lain dalam Pakatan Rakyat. Mungkin ada juga parti lain dalam Pakatan yang turut syak wasangka terhadap PAS. Ini mesti berubah dan perlu diatasi oleh pucuk pimpinan Pakatan. Hanya kekuatan muafakat sebenar dari ketiga-tiga parti Pakatan ini mampu mengatasi Barisan Nasional.
Kita tahu UMNO akan sentiasa mempermainkan cita-cita kita dalam Pakatan kerana memang tabiat mereka suka memperlekehkan keupayaan orang lain. Bukan sahaja Pakatan, malah orang Melayu dan Islam yang mereka tak suka juga mereka hina dan jatuhkan maruah. Tetapi itu tidak mengapa. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP serta parti parti lain di Sabah dan Sarawak mampu mengatasi BN jika pilihan raya yang bersih dan adil dapat diadakan. Syaratnya kita mesti teguh bersatu. Ketiga-tiga parti Pakatan ini tahu bahawa mereka hanya mampu mengatasi BN dengan dasar yang kukuh dan kemas yang dicapai secara perundingan dan konsensus serta boleh dipercayai oleh rakyat semua kaum.Menjadi rakan hanya untuk membantu dalam masa berkempen pilihan raya tidak cukup. Kita harus menjadi sahabat dan saudara seperjuangan untuk memastikan berakhirnya era ketidakadilan UMNO dan BN.
Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti ini sudah pun bersetuju dengan prinsip-prinsip utama perjuangan Pakatan Rakyat. Cuma huraian yang terperinci perlu dibuat di atas platform dan dasar bersama ini. Jika ini dapat dipenuhi dengan isi yang memuaskan, maka proses untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai satu gagasan atau wadah rasmi akan berjaya tidak lama lagi. Sebagaimana yang saya katakan sebelum ini, apa-apa isu remeh dan salah faham sesama pemimpin dan ahli perlu diselesaikan segera. Rakyat pula diharap bersabar dengan proses ini. Saya yakin jika rakyat dapat menanggung sengsara UMNO dan BN lebih 50 tahun, apa salahnya diberi peluang untuk Pakatan bersiap sedia mengharungi badai politik. InsyaAllah hasrat rakyat melihat Pakatan bersatu melawan BN satu lawan satu akan tercapai juga akhirnya
(http://www.myzaidibrahim.com/)

Negara berkebajikan semakin diterima

Pakatan Rakyat yang meletakkan calon dari PAS Ustaz Mohd Salleh Man bagi DUN Permatang Pasir telah memenangi PRK tersebut dengan 4,551 majoriti mengalahkan calon Umno, Rohaizat Othman. Dipercayai kemenangan bergaya kelai ke 7 ini akan memperkukuhkan momentum untuk mengambil alih kerajaan persekutuan dalam pilihanraya umum ke-13 kelak dengan membawa slogan keramat "Negara Berkebajikan" menewaskan slogan terkini BN "1Malaysia". Agaknya mana lebih bernilai bagi rakyat terbanyak Negara Berkebajikan atau 1Malaysia. Berdasarkan kemenangan besar Pakatan Rakyat nampaknya Negara Berkebajikan lebih sesuai dengan mood rakyat hari ini. Naib Presiden PAS yang juga Pengarah pilihanraya ini, Datuk Mahfuz Omar, menganggap Umno semakin sukar memadamkan momentum perubahan rakyat bersama Pakatan sejak pilihanraya umum 8 Mac tahu lalu lagi. "Umno sudah kalah 7 (kali). Kalau main bola, secara kebiasaannya itu (kekalahan berterusan) menandakan bahawa Umno akan kalah dalam permainan keseluruhannya...pilihanraya ke-13 kelak. Pilihanraya ke-13 kelak, rakyat pula dapat hadiah kemenangan peringkat persekutuan, insyaAllah. Keadaan sekarang adalah zaman Pakatan Rakyat, roda Pakatan Rakyat semakin ke atas sementara roda BN semakin menurun tapi masih belum disedari oleh para pemimpin UBN. Mereka masih leka dengan kuasa yang masi tinggal sedikit berbaki. Kata Tun Faizal malam tadi dalam analisis Astro berkenaan Pengkalan Pasir "kalau dulu BN letak songkok pun menang, sekarang PAS letak batu pun boleh menang". InsyaAllah doa Tun Faizal dikabulkan dan Pakatan Rakyat bakal emenrajui Kerajaan Persekutuan sedikit masa lagi.

Isnin, 24 Ogos 2009

Bagus untuk dikongsi, mesti baca

Setelah reda isu pusat sembelihan babi di Kedah, politik Kedah sedikit bergolak dengan keputusan yang saya kira sudah dijangka apabila Adun Lunas yang juga EXCO pelancongan Kedah dari PKR Mohd. Radzi Salleh mengumumkan menjadi Adun Bebas tetapi mengistiharkan menyokong Perdana Menteri 1Malaysia. Masuk Umno le tu..
Sebelum ini beliau dikatakan beberapa kali mengungut kepimpinan PKR dan juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak tentang hasratnya untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Desakan ini dikatakan berkait rapat dengan laporan media Pro Umno termasuk TV3 yang sering menyiarkan dan mengaitkan seorang Exco Kedah dengan gejala rasuah. Apabila Radzi mengistiharkan menjadi Adun bebas maka segala teka teki Exco yang didakwa rasuah terdedah bahawa individu berkenaan adalah Radzi.Jika itulah situasinya, langkah Radzi menyertai Umno adalah sangat-sangat dialu-alukan. Sebagaimana Adun Behrang dan Changkat Jering yang juga menyertai Umno (kononnya bebas) setelah didakwa dengan gejala rasuah. Jadi hanya parti yang bergelumang dan terlibat dengan rasuah sahaja yang layak untuk mereka. Maka apa yang berlaku tidak lebih hanya 'ribut dalam cawan' sebagai satu program 'pembersihan' untuk memantapkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah dan negeri-negeri lain yang turut dikuasai Pakatan Rakyat.Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah masih kekal stabil dan utuh. Lebih-lebih lagi dengan wibawa dan kepimpinan Ustaz Azizan sebagai peneraju kerajaan Kedah.Ingatan kepada Umno@BN...Kedah bukan Perak
(Angkasanuri)

Ahad, 23 Ogos 2009

Pelik tetapi benar, mengapa UBN pilih calon bermasaalah?

Di Permatang pauh, bekas rakan kongsi Calon UMNO/BN Rohaizat Othman mengotakan katanya dengan berucap di atas pentas PAS dalam siri kempen pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir. Yusri telah membuat penampilan mengejutkan pada 20 Ogos lalu pada satu sidang media khas di Yayasan Aman, Penanti, mengatakan kawan baiknya Rohaizat mengkhianati UMNO/BN kerana tidak menyatakan kebenaran tentang status peribadinya. Dalam ceramat ceramah bersama PAS yang berlangsung di Permatang Janggus, Rohaizat dengan tegas menyatakan, tuduhan ketua penerangan UMNO Ahmad Malan keatas dirinya adalah bohong dan berniat jahat. Beliau mengaku telah dituduh di dalam media, TV dan suratkhabar sebagai individu yang bertanggung-jawab menyebabkan lesen guaman Rohaizat digantung, dan Rohaizat tidak langsung mengetahui urusan jual beli tanah ini. Yusri dengan tegas mengatakan kenyataan tersebut adalah satu pembohongan, satu penipuan yang sengaja diadakan untuk menunjukkan calon mereka itu adalah seorang yang bersih. Menurutnya, beliau tampil bukan untuk berkempen bagi pihak PAS kerana menurutnya PAS adalah parti yang sudah stabil dan kuat untuk memenangi pilihanraya berkenaan. Soalnya sekarang kenapa UBN memilih calon yang bermasaalah?. Sesetengah blogger menyebut, UBN memang sengaja mengambil calon yang bermasaalah supaya jika kalah dalam pilihanraya ini Rohaizat boleh dikambing-hitamkan seperti yang berlaku dalam PRK KT dimana calonnya yang kalah sehingga sekarang tidak boleh angkat muka kerana dituduh menyebabkan kekalahan tersebut.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Utusan oh Utusan


Memang Utusan berhajat benar untuk menyerang peribadi TGNA. Setiap hari yang datang tidak sah kalau tiada tajuk yang provokasi terhadap TGNA. UM buat cerita palsu tentang ucapan TGNA, berita tersebut diminta ulasan dari pelbagai sumber, Majlis Fatwa, Mufti, pembesar negara, dan orang ramai. Pendapat-pendapat individu tersebut disiarkan besar-besaran untuk menunjukkan betapa khilafnya TGNA bila berkata demikian. Sedangkan pada asalnya lagi tidak wujud pun ucapan sedimikian. Tak tau lah apa bahasa yang patut dilebal dengan UM ni. Membela bangsa, jauh panggang dari api, membela negara, nampak gaya macam nak meporak-pranda negara dengan melaga-lagakan apa saja. Yang penting bagi UM perjuangan perut, supaya UM tetap memberi pulangan lumayan. Dengan mensensasikan berita tertentu, maka ramailah pembeli UM...banyaklah masyuukkk.

Khamis, 20 Ogos 2009

Calon terbaik UBN, rakyat boleh terima calon yang bermasaalah?

Belum apa-apa lagi dah terpalit berbagai masaalah, macam mana nak jadi wakil rakyat. Hanya rakyat yang badut sahaja mengundi wakil yang bermasaalah. Lapoaran dalam Malaysiakini menyebut bekas rakan kongsi Rohaizat calon UBN dalam PRK DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002. Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003

Anda pengkhianat bangsa dan rakyat Malaysia sekiranya...

Menggadai kepentingan bangsa dan negara termasuk kepentingan Melayu serta Raja-raja Melayu.
Tidak menjunjung dasar dan Perlembagaan Persekutuan termasuk soal kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Meminggirkan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahkan mengutamakan bahasa penjajah dipejabat-pejabat, mesyuarat rasmi, perantaraan dalam media, radio, TV, nama-nama jalan contohnya kepada PRECINT.., dalam surat-surat perjanjian pinjaman kereta, perumahan dan lain-lain. Cubalah tune radio dan buat statisti berapa peratus anda jumpa bahasa penjajah berbanding bahasa Melayu dan bahasa ibunda.
Tidak mempertahan bahasa ibunda setiap rakyat.
Tidak mempertahankan kedudukan institusi Raja Melayu, bahkan institusi raja hanya alat mempertahankan kuasa.
Mempertikai kedudukan hak istimewa Melayu dan bumiputera dan hak semua kaum yang dijamin dalam Perlembagaan.
Sengaja menggunakan sentimen agama, bangsa dan institusi beraja bagi menutup pekung rasuah, penyelewengan yang dilakukan.
Menggunakan propaganda bangsa dan Institusi Beraja agar pemikran rakyat menjadi semakin sempit.
Mengamalkan politik kebencian bagi menutup pekung rasuah dan penyelewengan, jenayah dan salah guna kuasa
Menerajui kerajaan, tetapi melakukan skandal menyeleweng dana awam berbillion ringgit, atas nama komisyen kapal selam, pembelian senjata, pemilikan saham kroni, kontrak, lesen dan peruntukan bumiputera, mengaut keuntungan untuk keluarga dan kroni sahaja.
Menghina institusi beraja dengan mengata "menatang", melantik sultan baru sedangkan sultan sedia ada dikasihi rakyat.
Menghina agama Islam dengan membanyakkan lesen judi, gadai gunung dan bukit kepada tauke judi seperti Genting Highland, menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu, saham Bernas dijual kepada syarikat asing.
Melabel pemimpin Rakyat sebagai pengkhianat, walhal pemimpin rakyat itulah yang mempertahan dan membela nasib masyarakat miskin dan terpinggir dari semua kaum.
Hanya menjaga periuk nasi tauke-tauke besar Melayu yang mengaut keuntungan lumayan di sebalik peruntukan ke atas Bumiputera.

Rabu, 19 Ogos 2009

Memang niatnya untuk memfitnah TGNA








































Benar atau tidak, tidak penting bagi pembuat fitnah, yang penting niat memfitnah terhadap TGNA tercapai. Tuduhan palsu pemfitnah sudah dibaca oleh jutaan orang, penafian TGNA hanya sampai kepada beberapa kerat sahaja. Itu yang penting, mesej untuk menjatuhkan TGNA sampai kepada matlamat. Walaupun TGNA berkali menafikan, dan ianya hanya fitnah akhabar tersebut, namun pembesar, pemimpin negara, mufti dan ahli akademik terus menerus membelasah TGNA dengan berbagai cara dan rentak. Walaupun nanti akhbar tersebut sekali lagi memohon maaf dengan alasan tersilap petik, damage telah berlaku.
Mereka ingat mereka berjaya menipu daya rakyat, sesungguhnya kita percaya Allah Maha Adil. PAS berhempas pulas mempertahankan TGNA, terkini PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran. Naib Presiden PAS sdr Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh TGNA. TGNA sebelum ini telah diserang bertubi-tubi oleh media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam. Semalam, TGNA menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.


Yb Idham Lim (CinaIslam) menunaikan umrah

Saya akan berangkat mengerjakan UMRAH dari 19 Ogos 2009 hingga 2 September 2009 (15 Hari). InsyaAllah saya akan menaiki Kapalterbang dari LT Antarabangsa Bayan Lepas jam 9.55 malam ini ke KLIA dan menginap di sana malam ini (Idhamlim)


(Foto Yb Idham Lim melawat mangsa ribut)

Selasa, 18 Ogos 2009

Fitnah tak habis-habis

Saya cuma menyatakan cakap ajuk, saya ambil dari guru saya yang menyebut, markah bawah 40 peratus tidak lulus periksa, gagal. Saya bagi tahu kawan sekelas apa yang diucapkan oleh cikgu dan memang peraturan yang tertulis begitu. Kawan sekelas saya memperli, kamu bukanlah penentu lulus ke gagal... TGNA hanya mengulang cakap apa yang disebut Rasulullah, yang termaktb dalam AlQuraan, menolak hukum Allah tak masuk syurga, lalu puak-puak yang termakan cabai dan rasa pedasnya memperli, TGNA bukanlah penentu siapa yang akan masuk syurga. Itu satu hal, yang menjadi masaalah ialah lain TGNA cakap lain pula yang ditulis. Yang tersiratnya apa yang kita nampak akhbar ini cuba melaga-lagakan TGNA dan ahli juga pemimpin UMNO. Jadi kalau TGNA mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media tersebut yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga, itu memang patut dan disokong. Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya. Akhbar harian perdana itu menyiarkan di muka depan kononnya TG Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga. Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz. Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini. Itulah dia dek terlampau nak mengampu pemerentah..., hilang harga diri

Isnin, 17 Ogos 2009

Influenza H1N1, ramai kesal kelembapan tindakan Kementerian Kesihatan

Ahli Parlimen Ipoh Barat Yb Lim Kit Siang kesal terhadap kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak Influenza A (H1N1) yang semakin serius di negara ini. Menurut beliau, kerajaan seolah-olah tidak serius mengenai wabak pembunuh itu hingga ramai rakyat menjadi mangsa. :“Dalam enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru- baru ini tidak menyentuh langsung soal kesihatan. :“Malah kempen besar-besaran yang di umumkan kerajaan juga tidak berkesan dan apa yang sepatutnya kempen tersebut berjaya mengubah kesedaran rakyat terhadap Pandemik ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Dari laporan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Ismail Merican mendedahkan sebanyak 40 peratus daripada jumlah korban wabak Influenza A (H1N1) meninggal dunia akibat kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus pula angkara kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan. Menurut Yb Kit Siang lagi, Kementerian Kesihatan perlu lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan mesej terhadap masyarakat dan melipatgandakan usaha. “Kempen yang baik secara berterusan mampu menyelamatkan rakyat daripada menjadi mangsa korban seterusnya,” katanya. (Petikan Sinar Harian)

Kalau dilihat situasi orang ramai rata-rata samada tidak perihatin atau tidak sedar akan pandemik yang melanda negara. Kalau kita ke tempat orang ramai lebih 90% tidak mengambil tindakan pencegahan samada memaki topeng muka atau mengamalkan membasuh tangan sebersihnya sebelum makan atau menyentuh muka, hidung atau mata. Kalau anda ke tempat perhimpunan oran ramai seperti Kajang, Alamanda atau ke KL dan anda memakai topeng muka, anda seolah-olah alien, semua akan memandang anda dengan pelik...

Rohaizat awal-awal lagi sudah kalah

Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri N11 Permatang Pasir, Rohaizad Othman membuat akuan secara terbuka bahawa beliau telah disenarai-hitam oleh Majlis Peguam Malaysia.Calon BN tersebut membuat kenyataan ini selepas mendapati ada pihak yang mendedahkan bahawa lesen guamannya telah ditarik. Rohaizad bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai pendedahan berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun."Saya memang seorang peguam tetapi tidak mengamalkannya sejak hampir dua tahun lalu," katanya selepas menghadiri persidangan perwakilan Umno Bahagian Permatang Pauh di sini, hari ini."Saya sedia berhadapan dengan tanggapan negatif pembangkang dan akan menjawab apabila tiba masanya. Bagaimanapun pada masa ini saya serahkan pada Penasihat Undang-Undang Umno, Datuk Hafarizam Harun menjelaskannya," katanya.Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Rohaizad, Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohd Salleh Man dan Kamarul Ramizu Idris yang telah mengumumkan akan bertanding sebagai calon BebasSuruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari ini, 17 Ogos sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 25 Ogos

Den Kayo, den kayo

Puak-puak scam ni tak jemu-jemu menipu pemilik e-mail. Rasanya dah bertahun dok menyemak e-mail kita dengan makluman menang bermacam-macam contest yang tak pernah pemilik e-mail sertai. Lepas tu bukan main dasyat jumlah kemenangan ada 1M Pound, 7Mil Pound, 500M USD dan banyak lagi. kalaulah nak dikumpul sejak mula terima e-mail den dah kayo dah, buka jutawan lagi tapi blionwan...

Congratulations your email is among the lucky winners that won£1,000,000.00 (One Million Great Britain Pounds) Each in the justconcluded draw held to promote London 2012 Olympic Games, sponsored byMICROSOFT CORPORATION UK. The following particulars are attached toyour Award payment: i.Winning Numbers:03-27-11-6-86-21. ii. EmailTicket number: GWL88/433/Y8. iii. Serial Number: GWL/77919. iv.Reference Number: GWL/288/146. To claim your prize,kindly contact MRRAY KADIFF(Microsoft Group)via email: http://us.mc345.mail.yahoo.com/mc/compose?to=raykadiff_fiduciary02@live.com and provide your informations below;
FIRST NAME.................
LAST NAME..................
NATIONALITY................................
RESIDENTIAL ADDRESS......................
CITY/STATE...............................
DATE OF BIRTH...................
SEX.....................................
EL. NUMBER......................FAX NUMBER............................
EMAIL ADDRESS..................
OCCUPATION.....................
MARITAL STATUS...................

Ni dari malaysia punya, boleh check address:
Alvin John & Partners FirmsSolicitor & Advocate
No. 511, Block C Phileo Damansara 1 no.9,
Jalan 16/11 46350 Petaling Jaya,
Malaysia.
Dear Friend, How are you today, coupled with your health? Hope all is well with you. I pray that this email reaches you in the best of health, I present my best wishes to you and your family with blessings, goodness and mercies of the Lord. Do not worry on how I got your email address, I got it from an email marketing firm on the internet. In a brief introduction my name is Alvin John. a legal practitioner ( Alvin John & partners Firms ) in Kuala Lumpur Malaysia, with many years of practice. My client died in Kuala Lumpur, Malaysia of a heart related condition in 2001. His heart condition was due to the death of all the members of his family in the Gulf Air Flight, Crashes in Persian Gulf Near Bahrain in August 23, 2000 - 2:50 p.m. ET as reported on:http://transcripts.cnn.com/TRANSCRIPTS/0008/23/bn..08.htmlI am looking for a client, who will help me and he/she will be a beneficiary, to be backed up with all legal documents required. The holding Financial Home has issued me a notice to contact the next of kin, or all the account will be confiscated, and so far, all my efforts to get hold of someone related to this man has proved abortive. This is my proposal; I am asking for your consent, to present you to the Financial home as the next-of-kin and beneficiary of my late client, so that the proceeds of this account ($4.700.000, 00 Million) can be paid to you. Then we can share the amount on a mutually agreed-upon percentage I suggest 60% for me and 40% for you. I do have a good standing in Malaysia, it is my assurance that this transaction will be successful and that I will make sure that the transaction is done within the applicable laws to guarantee full legitimacy. All legal documents to back up your claim as my client's next-of-kin will be provided by me. All I require is your honest cooperation to enable us see this transaction through. This will be executed under a legitimate arrangement that will protect you from any breach of the law. However, if this business proposition offends your moral values, do accept my apology.Please contact me at once to indicate your interest. Do understand that this transaction does require utmost confidence and you should keep this mail to yourself not withstanding if you are rejecting the transaction or accepting it. Note that I reserve the right to reject your acceptance of this proposal if I have reasons to believe that you may not be honest or discreet as it concerns this proposal. Further details will be giving as soon as your interest is indicated.

Alvin John Esq.Alvin & Partner Law firm Malaysia.

Influenza H1N1: usaha dan doa supaya dihindari darinya

High risk infection to:
Person yg smooking, has atshma, children, pregnant woman
Beginner stage:
Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...
Second Stage:
Susah bernafas, simptom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kena kuarantin... at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital tak cukup katil & bilik kuarantin.... Bila u pengsan macam nak mati baru dia org admitted.macam kes adik I.Critical Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like my brother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigen with highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 days oksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's why kalau baby atau budak2 susah nak kata....normally die. My brother hari ni genap 8 hari..still need oksigen. Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampai menangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah tak tahan...sampai dia give up .sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambik nyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cuma blh tengok dia dari cermin....tak blh masuk dlm bilik kuarantin... Dr & nurse aje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagi sms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar dia zikir ingat Allah & bagi Air yasin...Alhamdulill ah pastu dia ok sikit.Ada hikmahnya... All the family member unite to support my brother fighting the virus..Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua depend hospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in my brother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private.. Lepas tu plak this is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz with other case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2 tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg very appreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang is the best goverment hospital yg i jumpa..very efficient. Very quick action ..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience, dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai tak balik rumah...tidor kat hospital.
Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

Tips:
Banyakkan minum/makan buah yang mengandungi vitamin C(saya diberikan ubat vitamin C semalam)...Antara buah yang kaya dengan vitamin C adalah, apple, orange dan banyak lagi.Bermakna, email yang anda baca diatas ini, adalah 'logik' kerana ianya menyuruh kita mengambil air apple dan orange...sama seperti yang disarankan oleh doktor kepada saya semalam.
Wallahu'alam

Ahad, 16 Ogos 2009

Pengundi Permatang Pasir ikut rasional macam MU, BG, BS, PP...

Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin yakin para pengundi di Permatang Pasir akan membuat keputusan rasional pada 25 Ogos ini. Tegas Timbalan Presiden UMNO itu, para pengundi semakin memahami perkembangan politik semasa. ''Pengundi kawasan itu (Permatang Pasir) memahami perkembangan politik semasa dan yakin mereka juga tahu apa yang berlaku dan tentunya akan mempengaruhi pengundi di kawasan itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan secara serentak bagi UMNO Bahagian Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota di Stadium Sukpa di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas situasi pilihan raya kecil Permatang Pasir selepas mengumumkan calonnya semalam iaitu Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, yang bakal ditentang calon Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Salleh Man, 52. Muhyiddin berkata, pihaknya yakin angin perubahan yang melanda seluruh negara akan turut berlaku di Permatang Pasir. ''Saya melihat waktu kita berkempen pada Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai sebelum ini, pengundi agak rasional, saya percaya pengundi Permatang Pasir pun rasional".

PAS semakin kehadapan

PAS semakin jauh ke hadapan dalam persaingan politik negara. Terkini PAS mengambil pendekatan berhemah dengan menubuhkan kelab penyokong PAS dan membenarkan ahli KPP menjadi calon PAS bagi kawasan-kawasan seperti yang telah berlaku di Johor dalam PRU ke 12. PAS berjaya menolak dakwaan musuh politik yang melebelkan PAS sebelum ini sebagai perkauman, ekstremis agama dan berbagai gelaran negatif lagi. Orang bukan Islam bukan sahaja akan turut bersama pejuangan PAS malah ahli KPP akan berpeluang bertanding atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti itu, bulan purnama, dalam pilihan raya ke 13 nanti. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali ketika ketika membentangkan kertasnya dalam munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS peringkat negeri Pulau Pinang. Dengan pendekatan ini, dipercayai ramai orang bukan Islam akan bertanding atas tiket PAS dalam pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang sangat baru kepada parti Islam itu. Sebelum ini, PAS juga membuat keputusan mencalonkan wanita sebagai calonnya dalam pilihan raya. Ekoran itu, ramai wanita dicalonkan PAS dalam pilihan raya umum. Ia hanya berlaku di awal penubuhan PAS namun sudah lama tidak belaku. Kini, orang bukan Islam pula bakal menjadi calon PAS. Buat masa ini, kira-kira 20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara. PAS juga sedang mengkaji semula perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS sepenuhnya.

Lembaran baru - Selamat Pengantin baru

Penyanyi Akhil Hayy, 40, dan penyanyi irama Arab Waheeda, 30,akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini. Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah menjadi suami kepada Waheeda untuk memulakan hidup yang baru. Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak termasuk anak-anak Akhil Hayy dengan bekas isterinya Maizawati. Setelah segala kontroversi tenggelam bolehlah Akhil Hayy meneruskan semula kewajiban dakwah yang terbantut setalah sekian lama terpalit dengan kontroversi rumah-tangga. Masing-masingAkhil dan bekas isteri sudah jelas untuk membawa haluan sendiri dan diharapkan bekas isteri beliau Maizawati menemui kehidupan baru yang lebih aman dan sejahtera. Yang lepas sudah menjadi sejarah, yang dihadapan masih impian, gunakan masa yang dihadapi sebagai ruang memperbaiki diri dalam mancari keredhaanNya.

Selamat bersara ALBRANGI

Masa berjalan sangat pantas, rasa baru sahaja Prof Dr Hamirdin bersara tetapi sebenarnya sudah lebih 2 tahun (Dr betulkan kalau silap). Jumaat lepas seorang lagi sahabat ALBrangi turut masuk ke kelab Dr Hamirdin, kelab POP (Persatuan Orang Pesara). Tahniah kepada AlBrangi kerana sudah samapai ke tahap itu. Yang lain-lain tu belum tentu sampai..jadi kena minta petua dari AlBrangi bagaimana beliau menjaga kesihatan sehingga boleh maintai FIX hingga ke usia bersara. Kalau sebelum ini beliau takut-taku untuk tunjuk muka, mulai punchcard terakhir, terdedahlah kehansoman AlBrangi...

(Hari ini, 15 Ogos 2009 merupakan hari resminya saya berundur yakni bersara dari perkhidmatan. Yang sebenarnya hari Rabu 12 Ogos 2009 lepas merupakan hari terakhir saya bertugas kerana saya menghabiskan cuti saya pada hari Khamis dan Jumaat - ALBrangi)

Apa khabar YB Dr Lo' lo'

Mengejutkan bila Prof Dr Hamirdin membuat posting tentang kesihatan AP Titiwangsa Yb Dr Lo'lo' semalam. Maklumat lain dari paparan Prof Hamirdin saya tak jumpa. Mintalah sahabat-sahabt blogger yang tahu perkembangan Dr Lo'lo' buat posting status terbaru. Disamping itu blog Malaysian Wave meminta semua pembaca mendoakan Dr Lo' Lo', supaya cepat sembuh dari pembedahan paru-paru (labectomy) yang beliau jalani semalam di IJN. Doktor yang membedah beliau adalah Dr. Azhari Yaacob, pakar kardiothoratik Asia. Berita yang paling terkini setakat ini ialah Dr. Lo' lo' telah selamat menjalani pembedahan tersebut dan telah pun keluar dari ICU. Beliau ditempatkan di Wad Kenanga, Intitut Jantung Negara dan sedang dalam proses pemulihan. Bersamalah berdoa semoga Dr. Lo' Lo' cepat sembuh dan boleh kembali bertugas kepada rakyat. Saya mengenali Dr Lo'lo' sejak dibangku sekolah dimana beliau adalah rakan sekelas saya. Beliau seorang yang dedikasi dan aktif dalam berbagai persatuan. Ayahanda beliau Hj Ghazali adalah bekas mufti, seingat saya mufti Selangor pada tahun 70an.

KJ bermimpi lagi

KJ nampaknya tidak buat homework sebelum membuat ucapan. Kerana itulah sebahagian besar kandungan ucapannya tersasar dari kebenaran. Dalam ucapannya di Rompin sebagai memenuhi kempen "pengkhianat anjuran UMNO' seiring dengan perasmian mesyuarat perwakilan Pemuda Rompin, KJ menyarankan anggota PAS supaya lebih bertanggungjawab dan berani menegur pemimpin mereka yang dilihat sanggup membenarkan DAP menghina Islam. Ketua Pemuda Umno yang tidak sedar dianak-tirikan oleh kabinet Najib berkata, mereka tidak sepatutnya mendiamkan diri dengan tindakan kepimpinan PAS yang berterusan mengeluarkan kenyataan yang dilihat boleh menjejaskan identiti, agama dan bangsa."PAS hari ini kita lihat sanggup mengorbankan prinsip mereka demi kuasa dan ini jelas menunjukkan pemimpin mereka mempamerkan trend yang tidak sihat kepada politik negara."Jika mereka bertanggungjawab, mereka tidak sepatutnya mengizinkan pemimpin mereka menghina Islam," Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Mursyidul Am Pas, TGNA yang disifatkan ramai pihak sebagai tidak mempunyai pendirian konsisten apabila menghalalkan pemimpin DAP menghina Islam."Ahli PAS sendiri perlu bangkit dan membetulkan keadaan kerana Umno hanya mampu bertindak dari luar. (Bila pula TGNA menghalalkan sesiapa menghina Islam. Soal halal dan haram biaralah pihak yang berotoriti membuat keputusan. Lagipun kan Malaysia ini dipenuhi dengan longgokan bermacam akta dan tidak berakta, jadi atas hadapkanlah ke mahkamah berdasarkan peruntukan akta mana yang sesuai..awakkan kerajaan..) Kata KJ lagi, "mereka (ahli PAS la tu...) sepatutnya berani menegur pemimpin mereka dan bukannya terus memberi ruang kepada lebih banyak keburukan berlaku," katanya."Dalam Al-Quran sendiri telah tercatat bahawa agamaku untukku dan agamamu untukmu.

Tulisan Tokjanggut dalam TKO patut di renungi

Meluat dan jijik apabila membaca komen puak UMNO dalam isu arak di Selangor.
Dia lupa siapa yang meluluskan kilang-kilang arak yang berdiri megah di Selangor dan di negeri-negeri lain itu? Dan UMNO juga lupa siapa yang member tanah dan kelulusan sehinggi berdirinya kilang judi terbesar di Asia di Genting Highland dan di merata tempat itu?
UMNO cuba berlakun kononya mereka juga tak suka arak dan tak suka judi.
Apakah UMNO ingat rakyat bodoh bahawa selama ini kilang-kilang arak dan kilang-kilang judi adalah penyumbang kewangan terbesar kepada UMNO terutamanya ketika menghadapi pilihanraya umum dan pemilihan UMNO Pusat? Rakyat tidak mudah lupa ketika perbicaraan kes liwat mantan TPM pada tahun 1999 lalu dimana dalam perbicaraan didedahkan sumbangan Kilang judi di Genting Highland sebanyak RM400juta kepada UMNO?.
Oleh itu wahai umat Islam semua, janganlah terpengaruh dan perpedaya dengan lakunan golongan munafik ini kononya arak itu memang haram tetapi disebaliknya puak UMNO termasuk pemimpin merekalah kaki arak dan kaki judi.
Pakatan Rakyat jangan layanlah UMNO ni dalam isu arak di Selangor tu.
Selesaikan sendiri tanpa gunapakai apa yang UMNO kata pun.
UMNO hanyalah talam dua muka atau gunting dalam lipatan saja. Tujuan UMNO buat komen hanya untuk mengacau dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat saja, bukan kerana nak bela hukum Islam.
Semasa Kerajaan PAS Kelantan mula-mula berhasrat menghadkan penjualan arak dulu siapa yang menyalak nyaring menentang? Bukankah UMNO? Sehinggakan UMNO mengapi-apikan rakan sebantal mereka MCA supaya mengadakan satu majlis minum arak secara besar-besaran di Kota Baru dengan tujuan untuk melaga-lagakan Kerajaan PAS Kelantan dengan kaum Cina dari MCA di negeri itu.
Tapi mereka silap apabila Tuan Guru Nik Aziz membenarkan mereka buat majlis itu dan boleh minum sehingga pecah perut. Oleh kerana agenda UMNO dan MCA itu gagal maka majlis itu dibatalkan.
Inilah wajah UMNO sebenarnya.Selagi UMNO wujud selagi itulah arak dan judi tidak akan dapat dihapuskan dari diminum dan dijauhkan oleh umat Islam di Malaysia ini.
Ini termasuk pusat pelacuran dan lain maksiat dan kemungkaran lagi kerana semua perkara ini wujud adalah atas usaha dan kelulusan serta untuk kepentingan UMNO.
Nak hapuskan benda-benda haram ini kena hapus dan hancurkan UMNO dulu. Dan anggaplah menghancur dan melenyapkan UMNO itu satu jihad, satu ibadah dan satu yang wajib buat umat Islam keseluruhanya.
Tanpa bantuan kewangan kilang judi dan kilang arak, UMNO sudah lama tinggal nama dah. Begitu juga isu DAP dikatakan menghina Islam.
Apa yang peliknya kerana mereka itu orang bukan Islam.
Yang menjadi pelik ialah dimana selama ini pemimpin-pemimpin UMNO yang menghina hukum hudud, menghina sunnah Nabi, menghina ulama dan mempersendakan syariat Allah, itu yang patut diberi perhatian kerana ia boleh membawa kepada murtad.
Orang DAP tak kan jadi murtad kerana hina Islam lagipun mereka jahil bab Islam dan mereka bukan orang islam..
Mengapa puak UMNO tak bising dan tak buat demonstrasi.
Dalam soal ini UMNO sebenarnya lebih teruk dan lebih bahaya dalam hal menghina Islam.
Tak payahlah nak tunjuk baik wahai UMNO.
Orang jahil saja yang terpedaya dengan lakunan kamu itu. (Tokjanggut)

Kepimpinan baru kerajaan UBN semakin lari landasan

Selari dengan kempen menghindari Selesema babi, kempen pemusnahan nyamuk aedes yang menyebabkan demam denggi dan demam chikungunya terdapat satu lagi kempen besar-besaran iaitu kempen "pemusnahan pengkhianat". Tanggapan pemimpin UBN bahawa bila digerakkan kempen ini ke seluruh negara ianya boleh menaikkan kembali imej BN di kalangan rakyat. Kempen pemusnahan peribadi dengan memfokus kepada DS Anwar Ibrahim seolah-olah sudah menjadi agenda negara. Betapa haru-biru kempimpinan UMNO dewasa ini. Menurut beberpa laporan dalam media cetak kempen kutukan anjuran Umno-BN tidak mendapat sambutan sebagaimana yang diharapkan dari masyarakat setempat. Bahkan, tinjauan mendapati setiap program yang diadakan lebih banyak kerusi kosong yang setia mendengar ucapan kepimpinan tertinggi seperti ketua pemuda Umno Khairy, Lokman Nor Adam dan lain-lain. Di Shah Alam, program anjuran Umno diwar-warkan akan dihadiri kira-kira 1000 orang tetapi ceramah mengutuk peribadi DS Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat, Pas dan DAP itu nampaknya hanya dihadiri sekitar 300 orang sahaja.
Mungkin kerana meluat, atau berasa jijik dengan kempen sebegini.
Di selatan tanahair, pemimpin kanan Umno sendiri ‘mengkhianati’ Umno dengan memulaukan perhimpunan mengutuk DS Anwar di Batu Pahat. Hanya 400 orang dari sasaran 10,000 orang yang hadir ke perhimpunan kutuk-mengutuk itu. Bahkan, ramai daripada mereka yang hadir menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.
Pencetus kepada kempen ini Timbalan Presiden Umno sendiri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram itu. Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu. Hadirin juga terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada kain pemidang-pemidang yang direntangkan.
Di Kuala Terengganu, orang ramai yang lalu lalang dihadapan bangunan UMNO berhampiran Jalan Batas Baru, tidak pun peduli kepada sebuah kanopi yang dipasang ditepi jalan itu. Apatah lagi mahu ambil pusing, melihat ‘banner’ yang direntangkan pada kanopi itu atau mahu melihat apa yang berlaku dibawah kanopi. Kelmarin, tinjauan Buletin Online mendapati hanya 3 orang sahaja yang ‘duduk’ bersembunyi dalam kanopi itu, tidak ada kempen, tidak ada risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

DAP, PKR semakin teguh bersama PAS

PERMATANG PAUH, 15 Ogos: Calon PAS di Permatang Pasir, Mohd Salleh Man nampaknya akan mendapat sokongan penuh dari rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
Pagi tadi, DAP melancarkan jentera kempennya untuk membantu PAS manakala PKR pula akan melancarkan jentera kempennya malam ini. Mungkin kekompakan mereka diperolehi selepas Bengkel Memperkasakan Pakatan yang diadakan sehari suntuk di Petaling Jaya baru-baru ini. DAP melancarkan jentera gerakan di Taman Ciku, Bukit Mertajam pagi tadi untuk memulakan langkah menyerang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir.
Pelancaran itu dilakukan oleh Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng bersama Calon PAS N11, Mohd Salleh Man. Semasa berucap Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengingatkan media pro Umno dan BN jangan terlalu mendewa-dewakan kepimpinan BN seolah-olah mereka semuanya berkuasa.
Sepatutnya, media yang ada tidak terlalu mirip kepada dasar-dasar atau aktiviti BN sebaliknya membanyakan sama program Pakatan Rakyat yang juga merupakan pemerintah di lima buah negeri.
Media langsung tidak menonjolkan aktiviti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tetapi mencari kesalahan untuk diburuk-burukkan supaya rakyat di negeri ini lebih keliru. "Jangan terlalu ego menyiarkan berita yang merendah-rendahkan Pakatan Rakyat tetapi dalam masa yang sama memuji usaha kerajaan walaupun ianya menyalahi undang-undang, " katanya di hadapan ratusan petugas yang senantiasa menanti arahan mengerakkan serangan ke atas BN. (Petikan Laporan Mohamad Sabri-Harakahdaily)

Khamis, 13 Ogos 2009

Minta pengesahan, ini kes berat...

E-mail dari seseorang yang tidak dikenali. messagenya cukup berat, melibatkan sebuah pasaraya utama di sini. Minta pengesahan e-mail ini.

Assalamualaikum wbt
Saya sekadar berkongsi apa yang sy jumpa di Pasaraya Bintang (di TmnMewah Kajang, di depan kondo Taman Sepakat, berhampiran seksyen 7, BdrBaru Bangi ) pada 18/07/09 sekitar jam 9.30 malam.Malam tu sy ke Bintang untuk membeli ikan bilis. Bintang selalu tutup pukul 10:00 mlm, tapi sy terpaksa beli juga bilis tu mlm itu juga, so sypergi juga la walaupun dah nak tutup. Dengan rushing nyer sy ke section ikan bilis. Bila sy sampai di area ikan bilis tu, sy nampak ramai orang(sekitar 20 orang kot) tengah berkumpul di bahagian menjual daging lembu... dalam hati sy cakap "agaknya ade lelong barang kot" so sy terus ambik bilis n timbang. Kemudian sy tanya la staff yg timbang ikan bilistu.. "ada apa tu?"then staff tu (perempuan bangsa India) kata lebih kurang nya "ada client jumpa daging babi bercampur dengan daging lembu" ...sy punya la terperanjat yang amat sangat .. sy boleh rasa muka sy panas.. rasa darah tersirap ke muka, terkejut yg amat sangat.Then sy bercakap dengan client yg jumpa daging khinzir tu .. perempuan(orng kita, sy panggil Kakak A)... dia kata dia akan masukkan TV3, sy harap dia berjaya. Kata Kakak A, pihak atasan Bintang jumpa 4 lagi paketdaging khinzir antara daging lembu yang di jual. Dia kata lagi, even staff (melayu) yang potong daging tu pun tak tahu beza antara daging tu.Mengucap panjang sy malam tu. Sy kata pada suami sy Bintang akan termasuk dlm senarai pasaraya yg akan sy boikot bermula malam itu. Sy tak kira samada pihak Bintang membuat silap ini secara sengaja atau tidak. Bagi sy sekali ni cukup la. Tak de lagi Bintang dlm senarai sy dah. Nak percaya atau tidak, terpulang. Sy sekadar menyampaikan.

Wassalam.

Rabu, 12 Ogos 2009

Dendam tak sudah

Kesian tengok warga kita diperbodohkan oleh pemimpin seperti mereka. Kononnya PROTES bukan budaya UMNO namun dari foto ini diberitakan 500 orang ahli pertubuhan bukan kerajaan Perak yang menyertai perhimpunan secara aman mengutuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP yang menghina Islam di Wisma UMNO Jalan Gopeng, Ipoh hari ini. Yang lagi sedih protes yang di adakah hanya atas dasar imaginasi pemimpin no 2 mereka yang tiada asas, semata-mata kerana dendam yang tak sudah. Anwar tak habis dimangsakan oleh para pemimpin BN. Dendam UMNO kepada Anwar tak kunjung padam. Betapa siksa yang telah ditanggung Anwar nampaknya belum memadai bagi musuhnya...sepak terajang, dimalukan, dipenjarakan..dituduh bermacam tuduhan...yang tiada bukti di cipta bukti, yang penting...Anwar kena..

Tuntutan kerja lebih utama?

APABILA menatap wajah terbaru penghibur tersohor negara, Datuk Sheila Majid yang manis bertudung ini, pasti ramai yang mengandaikan Sheila kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya. Apatah lagi, setelah pulang dari menunaikan fardu haji awal tahun ini ramai yang mahu melihat Sheila tampil dengan imej sebegini.
Namun, tuan punya diri dengan penuh hemah dan diplomasi sambil tersenyum manis memberitahu, penampilannya itu bukanlah bermakna dia kini sudah berubah.
Sebaliknya, kata Sheila, penampilannya bertudung dan berjubah itu adalah untuk memenuhi konsep rancangan 1001 Inspirasi Raikan Kemenangan terbitan saluran Astro Oasis (saluran 106, Astro) sempena Aidilfitri. Tidak mahu menjadi seorang yang hipokrit, kata Sheila, dia enggan memuaskan hati masyarakat dengan tampil bertudung dan berimej muslimah seandainya hatinya belum terbuka berbuat demikian.
Malah, dia sendiri sudah berkali-kali memberikan penjelasan tentang perkara tersebut (isu penampilan) baik sebelum mahupun selepas pulang daripada mengerjakan haji.
"Isu bertudung dan pemakaian semuanya perlu datang dari hati yang ikhlas dan tulus. Saya tidak mahu melakukannya semata-mata untuk memuaskan hati pihak yang mahu saya berbuat demikian hanya kerana saya sudah menunaikan haji.
"Malah, saya juga tidak mahu menetapkan masa bilakah saya akan bertudung kerana itu semua urusan Allah SWT. Siapa tahu kalau dalam waktu terdekat ini, hati saya dibuka olehNya untuk bertudung, saya pasti akan memakainya," jelasnya yang cukup manis berpakaian serba putih rekaan butik Hajabah. (Ekstrak UM)

Serius kah Malaysia menangani H1N1

PAS rasa cukup tidak puas hati dengan tindakan kerajaan menangani masalah selsema babi yang kini sudah menjadi satu jangkitan yang cukup merbahaya.PAS juga memberi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia, selsema babi (H1N1) kini sudah mencapai tahap yang cukup merbahaya. “Hari ini (semalam) enam orang mati dan (keseluruhannnya) di Malaysia sudah 41 kematian, kadar biasa dunia (dalam) 1000 kes (pengidap), seorang mati,”tapi di Malaysia (luar biasa) kes tak sampai 2000, sudah 41 orang mati,” kata Dr. Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tunggal, ketika menyampaikan ucapannya dalam majlis penerangan di Bukit Tunggal, dekat sini, semalam.Dengan kadar itu, katanya, ia adalah satu kadar kematian yang sangat tinggi dan sangat merbahaya, melebihi wabak demam denggi.Beliau yang juga seorang doktor perubatan berkata, sehingga hari ini, belum lagi ditemui ubat yang mujarab yang benar-benar dapat membunuh virus tersebut, manakala vaksin untuk mencegah jangkitan virus selsema babi ini juga belum ditemui.Menurutnya, virus H1N1 adalah gabungan tiga jenis virus iaitu virus selsema burung, selsema manusia dan selsema babi. (Gambar kanan - Dr. Alias, marah...geram...dan tak puas hati... dengan cara kerajaan menangani H1N1)”Ini selsema burung campur dengan selsema babi pada manusia, campur dengan flu pada babi, ia sudah bercampur dalam babi, bila menjangkit kepada manusia boleh menyebabkan kematian,”babi tempat prosesnya, tempat percampuran macam mangkuk memasak, (kini) berjangkit antara manusia dengan manusia, (dan) jadi bahaya sekarang ialah ia berjangkit bukan melalui makanan, tetapi melalui udara,”jelasnya.Katanya, kanak-kanak dan mereka yang kurang imuniti adalah golongan yang berisiko menyebabkan kematian, namun tidak ada sebarang jaminan selamat, walaupun kepada orang-orang yang sihat.Jelasnya, kematian akibat serangan selsema babi ini adalah kerana serangan sesak nafas dan paru-paru berair.Oleh yang demikian, beliau menasihatkan supaya mereka yang mengalami demam atau selsema biasa mendapat rawatan segera, kerana menurutnya ubat selsema babi yang ada masakini sudah tidak memberikan sebarang kesan, sekiranya seseorang itu telah diserang selama empat hari.Dalam pada itu, beliau kesal dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh kerajaan yang sambil lewa menangani wabak selsema babi. Katanya, sejak peringkat awal, kerajaan tidak meletakkan kawalan maksima menyebabkan virus yang berasal dari Amerika Selatan itu merebak ke Negara ini.”Yang malangnya kita melihat pada hari ini, kerajaan tidak bersungguh atas perkara ini, tidak ada kesungguhan pada peringkat awal lagi,”ini yang kita rasa cukup geram, marah dan tidak puas hati, ke (atau) kena buat demonstrasi nak tunjuk tidak puas hati kerana H1N1 pula, baru kerajaan nak bersungguh,”katanyaMenurutnya peringkat awal Negara kita adalah bebas dari selsema ini kerana Negara kita bukanlah Negara yang asal dimana wabak ini berlaku.Katanya, selsema babi ini bermula di Mexico, menjangkit ke Amerika dan Eropah”Tetapi kerajaan ketika itu mengambil sikap tidak apa, kesilapan pemimpin peringkat awal yang menyebabkan kita menghadapi masalah seperti yang dihadapi pada hari ini,”tegasnya.Katanya, antara Negara yang berjaya mengawal penularan wabak selsema burung adalah Negara Arab Saudi, dimana kerajaan itu telah menggunakan kuasanya secara maksima, dengan mengurung (kuarantin) mereka-mereka yang disyakki mengidap selsema babi selama tujuh hari (Buletin Online)

MCA tidak boleh lagi berada dalam BN?

Mantan Menteri Kesihatan Datuk Chua dalam siri ceramahnya mendedahkan yang beliau ditolak kerana beliau telah beberapa kali mencadangkan dan menyarankan agar MCA membuat ketetapan keluar dari BN jika perangai beberapa kerat pemimpin Umno tidak berubah. Bahkan dalam satu langkah yang dikira drastik, Chua pernah mengusulkan satu resolusi supaya semua menteri, Timbalan Menteri, Exco kerajaan negeri dan wakil rakyat MCA meletak jawatan jika UMNO tidak berubah dan terus membohongi rakyat. Malangnya resolusi beliau ini telah ditolak.

Tak sebulu bermakna pengkhianat

Begitu mudah menghukum orang lain, pengkhianat sudah menjadi wirid UMNO terhadap musuh politiknya. Melawan UMNO pengkhianat, tak sebulu pengkhianat, enggan bekerjasama pengkhianat...begitulah kalau sudah nyawa hampir kerongkong, meracau-racau...Namum bagi DSA perkataan itu sudah lali baginya. Ikutilah apa kata DSA.

Pimpinan UMNO dan konco-konco mereka memintal propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. Ini bukanlah kali pertama saya menjadi sasaran di dalam isu pengkhianatan ini. Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak.
Saya tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Saya akan hanya berhujah dari sudut dasar. Perlu saya tekankan pandangan saya dan Pakatan Rakyat jelaswalaupun tidak siarkan oleh media milik UMNO.
Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang ditandatangani oleh YB Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan saya sendiri bersidang pada 8 September 2008, menegaskan komitmen menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.Kita menyakini mempunyai hujah-hujah yang cerah dan jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolok simbol-simbol bangsa, agama dan raja, semata-mata untuk mengekalkankekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa.Pengkhianatan amanah rakyat oleh pimpinan UMNO berterusan dengan skandal penyelewengan dana awam berbillion ringgit di atas nama komisen pembelian senjata, mengaut saham, kontrak dan lesen yangdiperuntukkan untuk bumiputera tetapi dikaut oleh keluarga serta kroni mereka.Kita juga tidak lupa bahawa pimpinan UMNO lah yang menghina instutusi Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993. Malahan mereka menghina Islam dengan memperbanyakkan lesen perjudian serta menggadai Gunung dan Bukit kepada tauke-tauke judi terbabit.
Hatta pentadbiran UMNO sanggup menggadai kepentingan petani dan peraih kecil Melayu dengan menjual saham Bernas kepada syarikat asing

Selasa, 11 Ogos 2009

Bukan berpenyakit tetapi mencari penyakit

Berita dari Kuala Kangsar ini sangat memanaskan hati setiap menausia yang waras. Apa punya ibu sanggup menyerahkan anak gadis sendiri untuk dirogol dengan alasan untuk mengubati anak daranya supaya melupakan bekas kekasih. Amat malang kebodohan dan kejahilan anak daranya sama dengan kebodohan ibunya yang membiarkan seorang bomoh keparat yang sudah berusia hampir 70 tahun kenduri seks pemuas seks bomoh terbabit selama 3 hari 3 malam. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, dalam laporan polis yang dibuat oleh ibu gadis tersebut, setibanya di rumah bomoh itu pada pukul 7.30 malam, wanita itu disuruh meninggalkan anak gadisnya selama tiga hari tiga malam kononnya bagi melakukan proses rawatan melupakan bekas kekasihnya. Bagaimanapun apa yang berlaku pada pukul 12.30 malam hari itu juga gadis itu dipaksa mengadakan hubungan kelamin oleh bomoh tersebut dan gadis itu mudah sahaja membiarkan dirinya diperkosa dengan alasan hubungan kelamin harus dilakukan kononnya untuk mengeluarkan air mani mangsa yang dikatakan 'ubat mujarab' bagi mangsa melupakan bekas kekasihnya. Inilah dia dikatakan mencari penyakit. Masih ada rupanya ibu-bapa yang bodoh lagi bangang mempercayai dakwaan bomoh seperti ini. Nampaknya masih jauh lagi harapan negara untuk berjaya membentuk masyarakat berilmu dan cerdik wujud sepenuhnya. Walaupun saban hari media melaporkan kes-kes seperti ini namun ianya berterusan berlaku seolah-olah sememangnya direlakan berlaku.

Semakin galak mempromosi "pengkhianat"

Saban hari TP UMNO ke sana-sini mempromosikan 'pengkhianat" terhadap Anwar malah mengulangi bahawa beliau tidak gentar walaupun menghadapi saman beratus juta ringgit bahkan beliau akan menentang habis-habisan puak penderhaka bangsa Melayu. Beliau menyifatkan orang Melayu dalam bahaya kerana wujudnya Anwar. Sehubungan itu, beliau menyanggah keras sikap pihak berkenaan yang menjaja cerita di seluruh negara kononnya UBN tidak lagi berminat membantu orang Melayu sebaliknya hanya mementingkan keperluan kaum lain. “Seolah-olah kita berkompromi terlalu banyak (untuk kaum lain), ingatan tegas daripada saya bahawa, itu adalah tidak betul dan selagi UBN mentadbir negara, ia tidak akan berlaku. Beliau menegaskan, kenyataannya mengenai kedudukan orang Melayu terbit daripada keikhlasan dalam dirinya dan bukan kenyataan bagi meraih simpati politik. “Saya sudah menjadi Timbalan Perdana Menteri, saya sudah tidak ada apa lagi, tetapi saudara-saudara semua ini yang saya risau,” katanya. Dalam konteks itu, beliau mempersoalkan apakah dalam tempoh 52 tahun kemerdekaan negara, UMNO tidak pernah menjaga kepentingan orang Melayu di negara ini.

Isnin, 10 Ogos 2009

Jagalah yang masih dikendong, nanti keciciran

Trend pemikiran rakyat kini bukan zaman 10 tahun dulu. Rakyat sudah mula berani menilai dan memilih kerajaan mana yang mereka boleh harap untuk menjaga amanah mereka. Slogan demi selogan dari kerajaan UBN hanya retorik semata-mata. di Kuala Selangor Najib Razak berkata beliau mahu Selangor dikembalikan semula kepada Barisan Nasional kerana negeri itu penting sebagai nadi negara. Seolah-olah Selangor ini hak milik peribadi UBN, sedangkan yang mengambil dari UBN ialah rakyat lalu memberikan peluang kepada komponen baru yang lebih berintegriti iaitu Pakatan Rakyat. Bukan sahaja Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang pun dah mula mengintai untuk memberi peluang kepada komponen kerajaan baru menggantikan komponen lama yang angkuh, sombong dan rasuah menjadi amalan biasa . Maka peluang-peluang untuk UBN berkuasa di Selangor sudah tiada lagi kecuali dengan merampas secara samseng sebagaimana yang dilakukan ke atas kerajaan sah Pakatan Rakyat di Perak. Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor Najib akan sedaya upaya mengambil Selangor walau dengan apa cara sekalipun. Pegangan dan amalan matlamat menghalalkan cara ini memang makanan harian pemimpin-pemimpin UBN, jadi Pakatan Rakyat mesti menguatkan saf menghadapi berbagai mehnah dari tentera upahan UBN. Isu rasuah hanya cubaan kecil sahaja, yang baru bermula...

Ahad, 9 Ogos 2009

Kefahaman rakyat yang membahayakan UBN

Penyokong PR berkata UBN menghampiri hujung usia, banyak perpecahan berlaku dalaman hatta dalam pucuk pimpinan sendiri. Kes Terengganu, Perlis dah sudah tidak boleh di runding lagi, berkerat rotan berpatah-arang. Datuk Chua Jui Meng juga akibat perpecahan MCA di Johor. Datuk Subra perpecahan MIC dan seterusnya. Juga antara tanda UBN menghampiri usia bila tiba-tiba pemimpinnya berminat terhadap agama, menjadi juara mempertahankan agama, sedangkan selama ini merekalah juara menentang hukum agama. Tetapi mengejutkan jika mentaliti orang kampong turut berubah.. Kalau dulu apa sahaja yang dihidangkan oleh mdia cetak dan TV ditelan bulat-bulat oleh orang kampong tanpa ditapis dan dikunyah. Kini suasana berubah bila setiap berita di teliti dulu, ditapis dengan berbagai sumber baru di ambil logik dan kebenarannya. Di sebuah kampong di Negeri Sembilan, tentunya hardcore UBN, pembangkang hilang wang pertaruhan jika menjadi calon pilihanraya di kawasan ini, kalau tak hilang pun hampir hilang wang pertaruhan. Namun telinga saya tidak salah dengar, bila mengulas hal perhimpunan GMI, ada yang menyokong tindakan FRU tetapi yang ramainya membantah...dan menyalahkan kerajaan terhadap huruhara perhimpunan. Saya rasa ini perkembangan menyakitkan untuk survival UBN di Negeri Sembilan. Kalau sudah kawasan hardcore mempersoalkan kewajaran tindakan pihak berkuasa, apa lagi di kawasan 30/70, 40/50...PRU ke 13 UBN akan menjadi pembangkang di parlimen...

Bodoh Sombong

Mereka rasa mereka cukup pandai, mereka lupa rakyat semakin ramai menjadi rakyat bermaklumat. Rakyat sudah tahu, mereka cipta isu, mereka highlight isu besar-besaran dalam media belaan mereka, dan mereka ulas isu tersebut dengan berselera sekali dan terlupa dihadapan mereka adalah golongan rakyat bermaklumat. Sekarang ini mereka goreng pertelingkahan berterusan dalam pakatan pembangkang yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan terbaru di Selangor. Maka dicanang disegenap ruang akan perpecahan hebat dan kesimpulan pun dibuat "jelas menunjukkan Pakat Rakyat tidak berupaya membela nasib rakyat". Seorang Naib Presiden yang diberi gelaran Datuk Seri berkata, keadaan tersebut memang sudah dijangka kerana DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas mempunyai perbezaan fahaman yang cukup ketara. Mereka yakin memang sudah menjangka bahawa pakatan ini bukan satu pakatan kukuh yang rakyat boleh berpaut dan berpegang untuk menjamin kesejahteraan mereka mendapat pembelaan. Mereka yakin pakatan ini tidak boleh bertahan dalam keadaan yang kita lihat hari ini, bukan hanya di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Setelah mencincang Pakatan Rakyat, tindakan kedua ialah mendabik dada dengan penuh angkuh dan sombong "UBN selaku pentadbir negara sentiasa menekankan budaya hormat menghormati, seperti pembinaan masjid di kawasan majoriti penduduk Islam dan menegaskan supaya hotel menyediakan makanan halal. Kalau ada pun minuman keras, ia dikhususkan kepada bukan Islam dan pelancong kerana ianya selaras dengan perjuangan kita, jangan hanya pandai baca dan sebut ayat al-Quran, bukan Islam pun sebut, tetapi dari segi pelaksanaan tidak dikotakan."

Realitinya...
Bila masa UBN buat masjid?, meruntuh masjid dan surau banyak..
Bila masa UBN bersatu-padu?, dah berapa kali perang dan pecah?, lupa sejarah kot.., hinggakan Tun Dr M sudah berapa kali keluar masuk UMNO
Bila masa UBN perihatin dengan kehendak rakyat?, yang terbaru menyembur rakyat dengan air asid, atau pun penyokog GMI bukan dikira rakyat?
Datuk Seri ni dakwa UMNO menghayati dan melaksanakan ALQuraan?, ...mimpi apa?, merekalah selama ini menentang hukum dalam AlQuraan hingga sekarang, dah tu menghina dengan mengatakan hukum AlQuraan ketinggalan zaman, kalau laksanakan hukum AlQuraan habislah batu tak boleh buat jalanraya, orang Islam tak maju sebab semua dah hilang jari..kalau nak makan sup tangan jom pergi ke Kelantan,...dah lupa ke?...

Yang lain-lain tu hangpa tambah sendiri lah..berkoyan-koyan lagi kebejatan UBN ni..

Sabtu, 8 Ogos 2009

Selesema babi semakin mengancam, perlu tindakan lebih serious

Jumlah kematian akibat influenza A(H1N1) meningkat lagi dengan seorang lelaki berusia 40 disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur semalam merekodkan kematian ke 15 setakat pagi tadi di Malaysia. PM Najib telah mengisytiharkan wabak A(H1N1) sebagai ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat-tempat awam. Beliau menasihatkan semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran peningkatan pantas angka kematian akibat H1N1 ini. Dalam pada itu, kenyataan Kementerian Kesihatan menjelaskan, kes kematian ke-15 melibatkan lelaki obes berumur 40 tahun. Dia yang dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2009 kerana mengalami sesak nafas dan telah meninggal dunia kelmarin kerana Acute Coronary Syndrome with Cardiogenic Shock. Mangsa mengalami demam dan batuk sejak 28 Julai lalu dan telah mendapat rawatan di klinik swasta pada 31 Julai lalu dan hospital swasta pada 2 Ogos sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur.Pesakit itu disahkan positif influenza A(H1N1) semalam iaitu sehari selepas kematian, kata kenyataan itu lagi.

Jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) di Malaysia:
Terkini 1,525 kes dengan jumlah kematian 15 orang.
574 (38 peratus) kes import
951 (62 peratus) kes jangkitan tempatan.
1,434 kes (94 peratus) telah sembuh.
masih berada di Unit Rawatan Rapi adalah 14 orang (5 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti (2), post-delivery (1) dan bayi (2))
Seramai 44 pesakit sedang menerima rawatan antiviral di wad isolasi
33 orang menerima rawatan pesakit luar.

Siapa sebenarnya pengkhianat bangsa?...

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Nor bersedia tampil sebagai saksi utama kes tuntutan saman Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membuktikan siri pengkhianatan yang pernah dilakukan oleh Penasihat PKR itu.
Katanya, beliau bersedia berbuat demikian kerana mahu bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan lebih banyak lagi tindakan khianat Anwar terutama terhadap orang Melayu.

Kenapa tidak Kelantan...Kembalikanlah kepada yang berhak

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan pusat diminta membayar tuntutan royalti berkenaan dalam bulan Ramadan ini sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan.
Katanya kerajaan pusat juga tidak seharusnya mengambil masa yang panjang mengkaji isu royalti yang tertangguh selama lima tahun tahun ini, lebih-lebih lagi apabila mantan Pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang mengesahkan kesahihan tuntutan berkenaan.
Razaleigh yang juga antara individu yang menandatangai perjanjian royalti 5% bagi pihak Petronas menyatakan sokongan beliau itu melalui surat yang dihantar kepada Kerajaan Negeri Kelantan. “Saya harap PM atau kerajaan Barisan Nasional mengunapakai terus pandagan Ku Li kerana beliau adalah orang yang terlibat merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974, sebagai Pengerusi Petronas yang pertama, terlibat dalam merangka perjanjian-perjanjian kerajaan negeri dan Petronas. Dan beliau adalah orang yang menandatangai bagi pihak Petronas perjanjian royalti minyak 5% Kerajaan Kelantan pada tahun 1975,” katanya.
Menurutnya, mengikut perjanjian yang ditandatangani, kerajaan pusat perlu membayar royalti berkenaan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September secara tunai.
Katanya, mengikut peta yang diperolehi, terdapat tiga lagi buah pelantar yang jaraknya lebih dekat dan berada dalam perairan Kelantan iaitu Lawit, Bintang dan Jernih.
“Dari Pengkalan Kubur tepat 153 km dan kedudukannya memang dalam perairan Kelantan. Pada masa yang sama kami dimaklumkan melihat kepada peta perjalanan terdapat 3 telaga lagi yang begitu hampir dengan Kelantan. Paling hampir ialah Lawit, hanya 68 batu daripada Tok Bali,” katanya.

Usaha memerangi penjualan arak terbuka dikawasan umat Islam

Semalam 7 Ogos dilaporkan Kerajaan Negeri Selangor meminta para peniaga kedai serbanika yang beroperasi 24 jam di negeri itu agar mengawal jualan minuman keras di kedai mereka dari menjualnya kepada orang Islam. Menteri Besar Selangor menegaskan garis panduan penuh akan dikeluarkan dalam masa sebulan oleh kerajaan negeri. Isu penjualan arak terhadap orang Islam di kedai 24 jam/7-Eleven menjadi isu kerana diyakini ia menjadi punca remaja dan golongan lain mengambil kesempatan membelinya di waktu lewat malam.
Ia menimbulkan gejala sosial di kalangan penduduk taman perumahan kerana mereka membeli dan meminum minuman keras ini di waktu malam. Penduduk Bandar Baru Bangi yang diketuai wakil rakyat mereka, YB Dr Shafie, sebelum ini pernah membuat kempen meminta penduduk memboikot kedai serbanika 24 jam, 7-Eleven kerana menjual minuman keras di kawasan penduduk majoriti Islam.Ekoran itu, kedai itu tidak lagi menjual minuman keras di situ kerana tidak mahu diboikot oleh penduduk. Namun di kawasan lain, ia terus berlaku bahkan memaparkan kempen dan promosi minuman keras di kedai-kedai kereka. Ini telah menimbulkan keresahan dan kemarahan di kalangan umat Islam dan ekoran itu PAS di tekan kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan mereka adalah rakan kongsi dalam kerajaan negeri Selangor. (ekstrak Siasahdaily)

H1N1 - Usaha ADUN Bangi

Dalam usaha membendung penularan wabak Influenza H1N1, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Bangi akan menyediakan kepada warganya sejumlah 500 hingga 1000 topeng muka untuk diedarkan pada pengunjung pasar malam malam ini di Seksyen 16 (8/8/09). Edaran risalah mengenai H1N1 ini juga turut akan dilakukan.

Jumaat, 7 Ogos 2009

Setuju dengan Rais

Kerajaan bercadang untuk menapis kandungan pornografi yang menular di kalangan pengguna Internet dengan mewujudkan sistem tapisan khas tidak lama lagi.Sehubungan itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, mengesahkan tawaran tender bagi sistem terbabit yang bertujuan menangani pornografi secara online."Kita tidak akan berkompromi terhadap pornografi online kerana ia membabitkan keselamatan kanak-kanak. Oleh itu penetapan sistem ini diharapkan mampu mengurangkan pendedahan secara meluas," katanya. Dr Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan entiti lain bertanggungjawab untuk memastikan sistem itu berjalan lancar.

Rabu, 5 Ogos 2009

JJ ke US

Sebagaimana rumors bertipu kencang sebelum ini, telah menjadi kenyataan bila Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima watikah perlantikan sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang bersara pada Jun tahun lepas. Jamaluddin sebelum ini memegang pelbagai jawatan tinggi sepanjang kerjaya profesionalnya sebelum menyertai Kabinet sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 2002 juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad. Datuk Seri JJ adalah antara AP UMNO aktif di Parlimen dan pasangan debat popular bagi Pakatan Rakyat. Namun disebalik kegemilangan beliau, beliau juga tak sunyi dari tuduhan skandal peribadi. Apa-apa pun kita ucapkan selamat bertugaa kepada beliau, seperti biasa buang yag keruh ambil yang jernih, cai keredhaan Ilahi bukan keredhan makhluq.

Sesi brainstorming-apakah perbezaan bangsa UMNO dengan Melayu

Abang Bradd Pit dari Melaka ada memperbandingan 2 bangsa yang menghuni Malaysia dewasa ini iaitu bangsa Melayu dan Bangsa UMNO, saya petik sikit dari ulasan Mr Pit atau En Hasbullah. Nak lebih-lebih baca sendiri.

Apa perbezaan ketara antara Bangsa UMNO dengan Bangsa Melayu dari sudut pandangan terhadap Bahasa Melayu?
Bangsa UMNO bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi mengagungkan Bahasa Inggeris.
Berucap dalam Bahasa Melayu, tetapi nama tempat dinamakan dalam Bahasa Inggeris. Melaka Planetarium, Eye on Malaysia, "MQA".
Bangsa Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu, tetapi menggunakan Bahasa Melayu pada nama tempat, nama syarikat.
Bangsa Melayu yakin Bahasa Melayu boleh menjadi Bahasa Ilmu, akan tetapi Bangsa UMNO yakin Bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa Ilmu walaupun setelah tamadun Barat jatuh.Bangsa Melayu mengajak bangsa lain untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu sebagai platform perpaduan.

dan seterusnya....

Meja bulat-Jangan cuci pakaian kotor ditempat awam

Elakkan berpolimik dalam media, sejarahnya...menjelang pilihan raya kecil Manek Urai dulu, Naib Presiden PKR menyerang Exco kerajaan negeri Selangor, anggota Parlimen PKR menyerang Exco Selangor. Kini menjelang PRK Permatang Pasir, Exco Selangor, Datuk Dr Hassan Ali mendesak agar Exco Selangor dari DAP, Ronnie Liu ditukar melalui sidang media. Dalam pilihan raya Manek Urai, calon PAS menang dengan majoriti kecil iaitu 65 undi sahaja. Exco Selangor Dr. Halimah Ali bimbang antara punca kekurangan majoriti itu bermungkinan akibat dari perbalahan ketara antara pemimpin PR.Sehubungan itu, beliau mendesak rakan-rakannya agar 'jangan mencuci pakaian kotor mereka di tempat awam'. PAS, PKR dan DAP kena selalu duduk semeja sentiasa berbincang...

Isnin, 3 Ogos 2009

Mentaliti NGO pro-UBN baca sendiri

Penasihat Undang-undang Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran), Mohd Khairul Azam mendakwa, perhimpunan anjuran GMI secara jelas mencabuli lima hak warganegara yang digariskan dalam perlembagaan. Beliau mendakwa, tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang lari (kalau tak lari apa patut dibuat?, tahan mata dek ges?, dek belantan?)ke arah orang awam di Chow Kit, Masjid India dan Masjid Jamek apabila polis menyuraikan mereka, telah menyebabkan pencabulan hak asasi seperti berikut:
Perkara 5(1), berkaitan kebebasan diri – menyebabkan orang awam terperangkap dalam premis perniagaan tanpa kerelaan, seolah-olah dipenjarakan.

Perkara 6(2), berkaitan keabdian dan kerja paksa dilarang – memaksa dan memanipulasi anak kecil, wanita dan orang tua untuk terlibat berdemonstrasi “demi simpati murahan”.

Perkara (9)1, berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak – menafikan kebebasan orang awam membeli belah dan bersiar di ibu kota semasa perhimpunan itu.

Perkara 10b, berkaitan kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan – menafikan hak berhimpun orang awam yang lain daripada mengadakan program peribadi dan perniagaan.

Perkara 13(1), berkaitan hak terhadap harta – menyebabkan banyak harta awam dan peniaga rosak berpunca daripada demonstrasi itu


Tak tahulah persepsi orang lain, anda bebas membuat persepsi, bagi saya rasanya aduan ini tak sebesar mana, hanya hasil luahan makhluq yang berjiwa kecil, tak nampak yang lebih aula.

Agaknya berapa kos dibazirkan

Sekadar sambil rehat-rehat cuba anggarkan kos pembaziran tindakan polis ini yang dananya diambil dari pelbagai cukai dari rakyat jelata termasuk cukai pendapatan, aku kena RM400o tahun ini. (ni yang memendam rasa ni, aleh-aleh diguna kat aku balik)

1. Gaji kakitangan kerajaan yang bertugas termasuk polis sendiri
2. Penggunaan air kimia
3. kerosakan jalan
4. kerosakan infrastruktur lain
5. kos perubatan rakyat yang terkena semburan
6. kos mesin penyembur dan maintenancenya
7. kos pelbagai

Bukankah lebih mesra rakyat dan lebih mesra kos jika pihak keselamatan membiarkan perhimpunan aman berjalan dengan kawalan dari berlakunya rusuhan. Mereka bukan perusuh dan tidak boleh dilayan sebagai perusuh. Polis pencegah rusuhan (FRU) di dibentuk untuk mengawal berlakunya rusuhan. Atau mungkin Polis keliru istilah perusuh dengan pehimpunan lalu menganggap perhimpunan ialah perusuh, perusuh bermula dari perhimpunan...

Mentaliti rendah?, entahlah pikir lah sendiri

Apakah jenis mentaliti budak ini dengan menyamakan kepentingan rakyat terbanyak dengan kepentingan dirinya seorang yang didakwa teraniaya. Pulak tu di quote oleh akhbar perdana diletak dimuka depan. Tindaan akhbar Utusan ini merendahkan martabat kumpulan utusan sendiri. Perlukah diletak muka depan kelohan budak ini?, "Persoalan saya, apa bezanya tindakan beliau memfailkan permohonan itu dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) - tahan 'tanpa bicara' yang dituduh kononnya zalim?” soal Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, dalam blognya di http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

UMNO Boleh-2: Fitnah terhadap MB

Dakwaan mengatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sibuk berkempen semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di Sarawak, Rabu lalu, bertujuan cuba melagakan beliau dengan Sultan Selangor.
Menteri Besar Selangor itu tetap bersama Sultan Selangor yang mempengerusikan mesyuarat kerkenaan dan hanya tidak hadir dalam beberapa acara. Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam - ADIDAS King Of the Road dan melawat Tapak Bazarena di Stadium Shah Alam, pagi tadi.
Menurutnya, baginda Sultan memahami tugas beliau sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat dan baginda turut melahirkan rasa sedih terhadap kenyataan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber 2, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berhubung perkara itu di sebuah akhbar tempatan, semalam. Beliau berkata, menteri-menteri dari Barisan Nasional juga selalu mengambil kesempatan seperti ini untuk berjumpa dengan penyokong mereka di Sabah dan Sarawak. “ Saya rasa, saya telah menjalankan tugas saya sebagai Menteri Besar dan ada juga bersama-sama Tuanku Sultan Selangor untuk mempengerusikan majlis mesyuarat kali ini. Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancer,” katanya. (petikan Selangor Online)

Menginsafkan: Pengalaman pertama Datuk Zaid Ibrahim bersama rakyat

Saya tertarik dengan tulisan pengalaman Datuk Zaid Ibrahim bersama-sama rakyat berarak, diherdik, ditembak gas pemedih mata. Saya pernah mengalami gas pemedih mata ini dan merasai betapa pedihnya mata sampai nak pitam, terus jatuh tak boleh nak bergerak. Masa itu belum ada pengalaman, ditenyehnya mata, makin ditenyeh makin sakit...Sebenarnya kita pun tak faham maksud FRU minta bersurai sebab semua jalan di tutup, terkepung. Ibaratnya kalau penyuraian trafik maka ada laluan melepaskan trafik tersebut. Yang terjadi kepada peserta perhimpunan di arah bersurai tetapi tiada ditunjukkan jalan bersurai, dalam kita terpinga-pinga mencari jalan bersurai dah sampai tin gas yang dah pecah mengeluarkan asap, lagi la gelap mata nak cari jalan bersurai. Tak pergi juga belantan sampai kat belakang...aduh..zalim..


Apa pula pengalaman Datuk Zaid, saya copy semula di sini:
Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.
Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebesan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah

Ahad, 2 Ogos 2009

Kenapa polis semakin tidak mesra rakyat..

polis berusaha memecahkan pintu Pejabat Agung Pas dalam usaha menahan pimpinan Pakatan Rakyat. Suasana di luar ibupejabat parti pembangkang terbesar di Malaysia itu bagaikan medan perang. Bunyi siren polis, trak FRU ke hulu ke hilir dan gas masih lagi menebal di udara.
Beberapa anggota polis cuba membuka pintu ibu pejabat, namun gagal. Mereka akhirnya beredar. Walaupun begitu, trak meriam air FRU yang melintasi hadapan ibupejabat Pas masih menembak-nembak air kimia ke pintu kaca ibupejabat Pas

Bantuan kepada anggota Unit Amal

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah merayu orang ramai yang bersimpati dengan dua orang anggota Unit Amal Negeri Pulau Pinang yang terlantar di Hospital Sungai Buloh akibat bas ekspres terbalik di Bukit Berutung ketika perjalanan menghadiri perarakan Mansuhkan Akta Keselamatan Dalan Negeri (ISA) pagi semalam menyumbangkan sedikit derma untuk pembedahan menghindarkan lumpuh separuh tubuh.
Kemalangan tersebut menyebabkan dua daripada dua puluh anggota Unit Amal yang menaiki bas ekspres Konsortium bertolak dari Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam jam 1,15 tengah malam terbabas dan seterusnya berbalik bila melanggar penghadang jalan.
"Dewan Pemuda PAS Negeri merayu orang ramai untuk membantu dua orang anggota Unit Amal yang parah sehingga menyebabkan kemungkinan lumpuh separuh badan. Kos rawatan mereka berdua ialah RM10 ribu," jelasnya.
Menurut Ustaz Yusni lagi, hari ini doktor terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang Abdul Razak bagi mengantikan beberapa elemen saraf yang rosak.
Kepada sesiapa yang ingin memberikan sumbangan boleh terus kepada akaun Bank Islam Dewan Pemuda PAS Negeri 07016010059732 atau
menghubunginya (Ustaz Yusni) untuk mendapatkan keterangan lanjut di talian 019-4500660

Kerugian RM200 juta?

Kementerian Wilayah Persekutuan menganggarkan kerugian kira-kira RM200 juta yang dialami para peniaga serta kerosakan harta benda ekoran tindakan berbagai pihak termasuk pihak berkuasa dalam menyuraikan perhimpunan rakyat menyokong Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di sini semalam.
Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, para pegawai kementeriannya bagaimanapun akan membuat penilaian mengenai kerosakan dan kerugian itu untuk mengetahui jumlah sebenarnya. Perhimpuna aman menjadi kelamkabut bila FRU menyembur dimerata tempat yang ditaksirkan ada perhimpunan. Kebanyakan peserta hilang haluan bila dikepung depan dan belakang oleh pihak polis pencegsh rusuhan. Adakah pihak keselamatan mengira dengan menyembur air pemedih mata, gas pemedih mata, menangkap, memukul dapat memadamkan dendam rakyat terhadap pihak berkuasa. Mereka silap teramat besar, bahkan mereka mencipta imej yang amat buruk dihati rakyat yang merupakan pengundi masa depan. UMNO masih belum sedar bahawa dengan menyiksa rakyat penyokong pembangkang kemudian menyiarkan berita negatif terhadap mereka melalui media utama pandangan rakyat umum menyebelahi pihak berkuasa, mereka rasa sudah berjaya...UBN silap besar, ini bukan tahun 80an, rakyat boleh diperkotak katik melalui media utama, sekarang rakyat sudah ada internet sampai ke rumah-rumah pedalaman, mereka tonton CNN, AlJazera...Lu pikirlah sendiri PRU ke 13 nanti, UBN hanya wujud di muzium

Bersuaralah Zamberi

dari TAPAH, Menteri Besar (haram) Perak, Zambry Abdul Kadir berkata demonstrasi itu diadakan kerana pembangkang menyedari sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan...

Mari kita ketawa ramai-ramai..kah..kah..kah (kalau pengecut sampai tak sanggup membubarkan DUN Perak supaya rakyat memilih kerajaan yang sah, tak usahlah berkokok berderai-derai, ekor awak tu penuh najis)

Kain rentang dari orang tak cukup akal

Kain rentang ini seolah-olah baling batu sembunyi tangan, bukan di bawa secara jantan. Tajuknya juga pelik iaitu menyamakan ISA dengan demokrasi. Kalau tolak ISA maknanya tolak demokrasi. betul ke begitu?. Kumpulan Pro-ISA ni ambil definasi dari mana yang ISA ada kena mengena dengan demokrasi. Dia orang tahu tak ISA macam mana?. Menangkap orang tanpa bicara di mahkamah segala keputusan dibuat oleh menteri Dalam Negeri bukan hakim, dan paling menyayat mangsa tidak boleh membela diri...kalau dengan demokrasi sudah tidak sehaluan apa lagi dengan Islam. Islam melarang keras menangkap mana-mana individu tanpa dihadapkan mahkamah, dibacakan kesalahan dan diminta membela diri.

Menyambut tetamu yang berbeza

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kelantan pagi semalam untuk merasmikan persidangan perwakilan Umno BahagianKota Bharu. Ketibaan beliau bersama isteri di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini pada 9.30 pagi semalam, disambut oleh:
1) Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed serta Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein bersama pemimpin Barisan Nasional (BN) Kelantan menyambut Presiden UMNO
2) Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut Perdana Menteri Malaysia

Presiden UMNO tersebut merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu di Dewan Putera, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab, disusuli dengan majlis jamuan rakyat di Dewan Sekolah Menengah Ismail Petra, Kompleks Sekolah-sekolah Wakaf Mek Zainab.

Dari dua situasi di atas, nampaknya Menteri Besar Kelantan lebih profesional, mengenepikan tujuan Presiden UMNO datang ke Kelantan atas urusan parti dengan menyambut beliau atas dasar Menteri Besar dan Perdana menteri malaysia. Peristiwa ini juga memberi tanggapan jelas penyalahgunaan hak kerajaan untuk tujuan parti. DS Najib datang ke Kelantan untuk tujuan parti UMNO tetapi menggunakan harta dan kemudahan kerajaan Malaysia atas kapasiti Perdana Menteri?. Siapa yang tidak profesional?

Galeri Lagenda Antarabangsa - Corazon Aquino

Bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino yang pernah mengetuai revolusi Kuasa Rakyat (macam Pakatan Rakyat la tu...), yang menggulingkan pemerintahan Ferdinand Marcos dan seterusnya memulihkan demokrasi di negara ini, meninggal dunia setelah menderita penyakit kanser kolon.
Menurut anak mendiang Benigno Aquino Jr ibu mereka meninggal dunia pada pukul 3.18 pagi Sabtu semalam. 'Cory' Aquino menaiki takhta politik Philiphina pada 1986 apabila memimpin berjuta-juta rakyat Filipina dalam protes terhadap pemerintahan rejim Marcos yang telah memenjarakan beribu-ribu penentang dalam tempoh 20 tahun pemerintahannya (macam ISA kot?). Presiden Philiphina Gloria Macapagal Arroyo mengisytiharkan tempoh berkabung selama 10 hari sebagai menghormati Aquino yang disifatkan sebagai 'harta negara'. "

Cerita sikit - perihal YouTube

YouTube ialah satu laman web perkongsian video dimana pengguna boleh memuat-naik video bagi tujuan perkongsian. Laman web ini disediakan secara percuma. Untuk menjadi ahli pengguna hanya perlu berdaftar dengan YouTube dan boleh memuat-naik bahan-bahan video. YouTube mengenakan syarat muat-naik video mestilah original, tiada berkait dengan sebarang kes menyerang peribadi tertentu dan juga pornografi. Bagi pengguna yang tidak berdaftar bertujuan hanya perlu menonton sahaja tidak perlu menjadi ahli. YouTube diasaskan oleh 3 orang bekas pekerja Paypal pada bula February 2005. Pada bulan November 2006, YouTube, LLC telah dibeli oleh google Inc. dengan harga yang lumayan iaitu $1.65 billion, dan sekarang YouTube beroperasi sebagai subsidiary Google.Syarikat ini beroperasi di San Bruno, California, menggunakan Adobe Flash Video technology sebagai software penayangan video. Video yang dimuatkan terdiri dari berbagai bidang yang di muat-naik oleh pengguna termasuk movie clip, TV clip, music video, juga kandunagn video amateur seperti video blogging dan video pendek