NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMARRabu, 30 September 2009
Calon PAS PRK Bagan Pinang
NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMARMasa yang berlalu
Masa tetap berlalu dan tanpa kita sedari kita bertambah usia, masa hanya setiap detik, dan kita hanya mengecapi masa pada setiap detik dan ia akan berlalu, sekiranya kita melakukan yang terbaik bagi setiap detik yang kita punyai maka kita akan menjadi seorang yang benar-benar berjaya didalam kehidupan kita. Masa yang telah berlalu hanya menjadi kenangan dan kita tidak dapat berbuat apa-apa terhadap masa tersebut, ia hanya akan jadi kenangan dan menjadi sempadan untuk kita memperbaiki masa sekarang, masa akan datang bukan masa kita dan mungkin kita tidak akan melaluinya.Tidak perlu menanti masa yang belum tentu datang tetapi gunakanlah waktu yang sedia ada sekarang kerana ini adalah masa kita yang diberikan kepada kita. Kita perlu melakukan yang terbaik sekarang kerana masa ini diberikan khas buat kita untuk melihat bagaimana kita berbaik sangka terhadap Allah swt. Jika kita sedar dan benar-benar merasai bahawa Allah swt benar-benar melihat apa yang kita lakukan, kita tentu melakukan yang terbaik untuk mendapat rahmat dari Allah swt.
Setiap yang muda menjadi tua, yang tua pula akan mati, kita tidak lebih dari orang-orang yang telah dijatuhkan hukuman mati, namun kita bertindak seolah-olah kita tidak akan mati, kita perlu berusaha untuk mencari yang terbaik bagi kehidupan selepas kematian kita, apa sahaja yang kita lakukan perlu kita fikirkan adakah ia dapat membantu kehidupan kita selepas kematian nanti. Jika kita rasa dengan melakukan perkara-pekara yang ingin kita lakukan akan memberikan kebaikan bagi kehidupan akhirat maka kita perlu berusaha bersungguh untuk memastikan ianya berlaku kerana keselamatan diakhirat adalah suatu yang tidak boleh diabaikan. Sebaliknya sekiranya dengan melakukan perkara-perkara tersebut akan merugikan kehidupan akhirat kita nanti, maka kita perlu mengelakkan dan menjauhkan perkara tersebut daripada dilakukan oleh diri kita. Carilah keredaan Allah swt di mana sahaja yang boleh kita lakukan untuk kebaikan kehidupan akhirat nanti. Allah hu alam
Aktivis kental PAS calon PRK BP
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Omar PAS di pilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang 11 Oktober depan. Beliau akan bersaing dengan Tan Sri Isa Samad yang diumumkan sebagai calon Umno-Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri itu yang tradisinya milik Umno.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Zulkefly sebagai calon gagasan pembangkang untuk pilihanraya kecil itu di Bagan Pinang sebentar tadi . Ahli perniagaan berusia 45 tahun itu adalah anak tempatan berkelulusan Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan juga Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.“Saya akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat atas tema Bersama Kehendak Rakyat. Saya bertanding untuk membela rakyat di sini. Harapan saya ialah untuk membawa perubahan,” kata Zulkefli selepas diumumkan sebagai calon Pakatan.
Abdul Hadi berkata Zulkefly menerima sokongan penuh bukan sahaja daripada PAS tetapi juga rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat dan DAP.
“Kita sebulat suara setuju untuk turun padang bagi memastikan kemenangan,” tambah beliau.
Kempen rasmi untuk merebut kerusi itu akan bermula selepas penamaan calon pada 3 Oktober.
Turut hadir bersama Abdul Hadi malam ini adalah Timbalan Presiden Keadilan syed Husin Ali, Naib Presiden Keadilan Azmin Ali dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.
(TVA)
Selasa, 29 September 2009
Seperti yang dijangka
Isnin, 28 September 2009
Jangan layan ...biarkan dia menggila sendirian
Kesimpulannya jangan layanlah mamai Ibrahim Ali, tak mengenang budi, tak reti bahasa macam basikal buruk yang dah tidak boleh "repair". Biarkan dia melalak seorang diri. Perasan dia boleh kembali kepada UMNO, mungkin juga perasan ditawarkan jawatan menteri sekali lagi oleh tok jib. Minta maaflah rasanya tok jib tak pandang sebelah mata. Lagikan Khairy Jamaludin menantu bekas PM pun dia tak pandang inikan pula Ibrahim Ali yang tak punya apa-apa, AP Psir Mas pun PAS bagi atas dasar kepercayaan supaya Ibrahim Ali boleh berubah sebelum hayatnya berakhir.
Sabtu, 26 September 2009
F1Malaysia, Bajet Tahunan Dianggarkan RM308 Juta
Khamis, 24 September 2009
Sketsa Malaysia - Ini betul-betul bukan cobaan
Mau daging?, nah ambil yang 2 minggu lepas ini, percuma, walaupun dah busuk tetapi masih selamat dimakan, bukan percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., kalau nak yang fresh ini bayarlah tambahan la..
Mau jalan raya?, nah lalu ikut sini, jalan yang pecah-pecah ni, yang berlobang-lobang ni, percuma, buka percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., kalau mahu yang laju berdesup, tiada trafik jem, bayar la, tak banyak pun kalau ke JB dari KL baru RM60..
Mau rawatan hospital?, nah datang ke sini, Q lah dalam 5 ke 6 jam, jururawatnya memang terlatih memaki hamun pesakit, jangan takut, hati baik, yang ni, percuma atau bayar RM1 je, bukan percuma sebenarnya, sponsor, yang dananya diambil dari cukai kamu sendiri.., ha kalau nak yang special, tak perlu Q lama, jururawatnya ramah mesra, doktornya ramai, specialist lagi, bayarlah..tak banyak, sekali rawatan dalam 5ribu ke 6 ribu RM ke, bergantung jenis rawatan dan penyakit.
Rabu, 23 September 2009
Sembang-sembang Bagan Pinang
Ahad, 20 September 2009
Dah jadi tikar buruk?
Naib Presiden MIC, Datuk S.K Devamany berkata, Samy Vellu perlu meletak jawatan kerana beliau menjadi liabiliti kepada MIC dan juga Barisan Nasional (BN) selepas hilang kepercayaan daripada sebahagian besar masyarakat India.
"Samy Vellu patut meletak jawatan bukan sebab beliau terlalu lama menjadi Presiden, tetapi memandangkan beliau kini menjadi liabiliti kepada parti setelah rakyat melihatnya bukan lagi 'jaguh' bagi kaum India," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengatakan Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada BN pada pilihan raya umum akan datang disebabkan kepimpinannya gagal.
Dr. Mahathir bimbang sokongan rakyat terhadap BN akan merosot dan parti itu akan menjadi mangsa kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC.
Sementara itu, bekas Naib Presiden MIC, Datuk V.K.K Teagarajan menyokong kenyataan Dr. Mahathir yang mahu Samy Vellu meletak jawatan dalam MIC.
"Samy Vellu telah membuat MIC dan kaum India di negara ini hancur. Jadi, sudah sampai masanya beliau meletak jawatan dan keluar dari BN," ujarnyaSelamat Menyambut Hari Mulia Idulfitri
Sabtu, 19 September 2009
horey dunia dah aman...???
Sebenarnya kesungguhan pihak berkuasa Indonesia memburu Nordin kerana berada dalam tertekan sebelum menjelangnya lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang dirancang November ini. Inilah hadiah paling bermakna buat penguasa Indonesia buat Obama. Maka akan dicanang seantero Asia bahawa Asia sudah aman kerana pengganas,militan yang bertanggung jawab membuat kerosakan sudah tiada lagi. Begitukah?...Dulu Bush memburu Saddam Hussin dan kuncunya, dijatuhi hukuman bunuh, maka gege-gegak seuruh dunia dicanang Iraq bakal menikmati kehidupan baru yang aman dan maju...apa yang berlaku hingga ke hari ini kemusnahan berulang-ulang bagai tak pernah habis. Begitu juga bila Taliban memerintah Afghan selepas Rusia dihalau, Amerika mula mengusik bahawa Afghan tak kan aman selagi diperintah oleh militan, maka diperang, diburu Taliban hingga jatuh sebuah kerajaan, dan dilantik boneka yang kononnya membawa keamanan di Afghan, apa sudah jadi?, pi-mai,pi mai tang tu juga. Rakyat tetap derita, yang untung Amerika dan zionis bersorak sorai dapat memusnahkan Iraq, Afghan, dapat membunuh dan menangkap individu yang dicop pengganas, militan. namun kemusnahan negara-negara Islam dan individu muslim tersebut tidak sampai kemana...cuma bahan Amerika bermain wayang.
Jumaat, 18 September 2009
Apa kata rakyat?, jawapan pembaca MStar ialah
Soalan: Apakah peluang BN untuk menang di pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang lebih besar kerana ia adalah kubu kuat UMNO? Khamis, 17 September 2009
Kerajaan Pakatan Rakyat mesra rakyat
Kosmo hari ini memaparkan keriangan para pemain skuad Liga Super Selangor yang tersenyum puas menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini setelah menerima duit raya RM15,000 setiap seorang atas kejayaan menjuarai Liga Super musim ini. Ganjaran tersebut telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada para pemain dan pegawai pasukan Selangor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di Shah Alam."Kerajaan negeri telah berbesar hati untuk memberikan ganjaran berjumlah RM456,000 di atas kejayaan pasukan Selangor menjuarai Liga Super musim ini. Saya harap para pemain semua terus bersemangat dan mula memberi fokus untuk Selangor menjuarai pula saingan Piala Maaysia musim ini," kata Tan Sri Khalid yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
"Syukur alhamdulillah, kami terima saja apa yang diberi ini. Ia umpama rezeki hari raya. Ia pasti akan melonjakkan semangat para pemain untuk beraksi cemerlang dalam Piala Malaysia," kata Amri yang akan berhari raya di Tanjung Karang. Sementara itu pemain paling veteran dalam skuad Selangor, Khairul Anuar Baharom memuji sikap profesional pengurusan pasukan Selangor kerana mengotakan janji. "Terima kasih, syukur sangat dengan ganjaran ini yang hadir tepat sebagai hadiah hari raya. Apabila pengurusan membalas usaha penat lelah kami dengan apa yang dijanjikan mereka, ia memberi lebih semangat kepada pemain untuk menjulang pula Piala Malaysia,"
Gerammm
Siapa yang tak geram:> mengaku nabi,
> melarikan diri dari dibicarakan di makhkamah,
> Mempersendakan hukum Islam
> Memepersendakan akidah
> Tak payah solat, cukup dengan buat baik sahaja
> Tak perlu puasa, semasa ditangkap pun memang tak puasa
> mendakwa rasul sentiasa diutuskan sehingga hari kiamat
>> yang paling GERAM..mempermainkan penguatkuasa, gelak-gelak, buat joke je bila ditangkap
Obama: Tiada konspirasi dalam kematian MJ
(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam Buletin
(Forum MStar)
Melayu belum tentu Islam
Islam adalah hak semua bangsa. Melayu adalah bangsa seperti juga Cina, India, Inggeris, Arab dan sebagainya. Melayu belum tentu Islam walaupun perlembagaan menukilkan orang Melayu ialah sesorang yang beragama Islam namun hakikatnya berapa ramai orang Melayu lari dari anutan asalnya kerana bermacam sebab. Azlina lari dari anutan asalnya kerana cintanya, begitu juga Hartina, malah ramai lagi. Dalam media semalam seorang hamba Allah yang mabuk publisiti ,didakwa mengaku dilantik menjadi rasul. Sedangkan jelas Muhammad bin Abdullah dari bangsa Arab yang lahir hampir 1500 tahun dahulu adalah nabi dan rasul terakhir yang di utuskan oleh Allah kepada semua manusia termasuk juga Melayu. lelaki yang mengakui dirinya rasul Melayu ini Abd. Kahar Ahmad telah menyembunyikan diri daripada tangkapan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak lebih dua tahun lalu, namun akhirnya berjaya ditangkap di rumah sewanya di Sungai Long, Kajang.Mengikut ceritanya Abd. Kahar cuba melarikan diri ketika ditahan tetapi kemudiannya menyerah diri mungkin tak daya nak berlari lagi dan akan dihadapkan ke mahkamah dan dibicarakan Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 7 Oktober ini di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor pada 17 Ogos 2005.
Antara kesalahan dan akidahnya:
> sembahyang lima waktu tidak wajib dan padanya sembahyang itu memadai dengan hanya membuat kebaikan dan menjauhkan diri daripada perbuatan mungkar.
Rabu, 16 September 2009
Percayalah..jamin tiada hantu di Bagan Pinang
Bab pertama bertempat di Putrajaya semalam SPR memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pertambahan undi sesuka hati atau undi hantu dalam 5000 undi pos pada PRK DUN Bagan Pinang nanti. Jaminan telah diberikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz memandangkan proses undi pos dijalankan dengan kawalan ketat dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Jaminan termasuk peti undi pos itu akan dipateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding. Bab kedua parti-parti bertanding bolehkah atau dibenarkan kah mengunjungi kem-kem tentera yang menjadi pengundi pos tersebut?. Atau hanya Menteri Pertahanan sahaja dibenarkan berkempen di dalam kem atas alasan memberi sumbangan kepada anggota tentera?. tungguuuu
Antara malang, degil dan buruk sikap
Di Johor Bahru, Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.Di Sik, Kedah, seorang remaja berusia 15 tahun putus pergelangan tangan kirinya apabila mercun bola yang dikutipnya meletup secara tiba-tiba di Kampung Teloi Tua, Sik. Berikutan kejadian itu, Mohd Luqman Abidin, pelajar tingkatan tiga, hilang sebelah tangan. Mangsa dengan berani dan egonya menyalakan mercun yang dibeli di sebuah kedai di kampung itu dan mencampakkannya tetapi mercun itu tidak meletup. Tanpa rasa gerun dan takut mangsa mengutip semula mercun itu yang kemudiannya meletup ketika berada di tangan kirinya. Di jalan raya pula OPS sikap merekodkan sebanyak 12 nyawa kehilangan. Kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya pada hari kedua Ops Sikap ke-20 semalam dengan sembilan daripadanya membabitkan pengguna motosikal. Menurut statistik yang dikeluarkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, sebanyak 1,182 kemalangan dicatatkan pada tempoh yang sama dan 13,168 saman dikeluarkan di seluruh negara.
Selasa, 15 September 2009
Berita baik untuk pemandu ke pantai timur
PB-naik sampan, tak jumpa tol
Mesra Teksi


Mana satu betul daaa
Isnin, 14 September 2009
10 kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan
Ambil alih tugas iblis
KAJANG - Hajat seorang wanita bagi membuat persiapan hari raya dengan membeli pakaian baru untuk sembilan anaknya punah apabila semua wang bantuan zakat yang diterimanya dikebas kaki pukau Indonesia di Jalan Abdul Aziz di sini 3 September lalu.
Kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku semasa suri rumah berusia 41 tahun itu berjalan sendirian di sini selepas keluar dari pejabat zakat bagi menghantar beberapa dokumen.
"Sebaik keluar dari pejabat zakat, saya ternampak seorang kanak-kanak meminta derma untuk anak-anak yatim di situ.
"Saya kemudian telah pergi ke sebuah bank tidak jauh dari situ untuk mengeluarkan sedikit wang," katanya yang tinggal di Taman Kajang Utama di sini semalam.
Menurutnya, dia kemudian memberi derma RM10 kepada kanak-kanak itu sebelum beredar.
"Semasa berjalan saya didatangi seorang wanita dari belakang dan bercakap loghat Indonesia yang menyatakan dia dalam keadaan susah dan memerlukan wang," katanya.
Wanita dalam lingkungan usia 20-an itu, jelas Hasnah, memakai tudung warna coklat, baju T biru dan jean biru gelap.
Katanya, dia menolak permintaan wanita itu dengan baik kerana memberitahu dia juga orang susah dan tidak cukup wang untuk membantu wanita itu. (Kosmo)
Perbezaan Melayu dan Islam
Tragedi dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat ini tidak berlaku terhadap orang Islam sebagaimana dipaparkan oleh Harian Metro semalam. Tragedi ini hanya berlaku kepada orang Melayu kerana orang Melayu bukanlah tiket ke syurga, hanya orang Islam sahaja yang akan dipilih Allah. Orang Melayu bebas membuat apa saja jika mampu mempersetankan budaya Melayu yang lemah lembut, pengasih, bersopan, beradab, komited dengan agama Islamnya dan hormat pegangan ibu-bapanya.
Sepuluh Ramadan terakhir sepatutnya dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadat pada waktu malam. Namun segelintir anak muda juga sibuk berjaga malam tetapi bukan untuk beribadat, sebaliknya menyertai pesta liar. Kumpulan anak muda Melayu itu dikesan menghiburkan diri dalam ‘parti bikini’ di sebuah disko di ibu negara, malam kelmarin.
Wartawan Metro Ahad yang menyusup masuk ke parti itu untuk memastikan kesahihan maklumat diterima mengenai aktiviti liar dan lucah itu mendapati ia bukan sekadar gimik, tetapi benar-benar berlaku.
Seumpama kelab di luar negara yang kerap menampilkan tarian wanita separuh bogel kepada pengunjung, begitu juga situasi di disko itu. Lima wanita berbikini ditampilkan dengan masing-masing mempamer tarian mengghairahkan di atas meja. Dalam tempoh tertentu, seorang penari bergoyang di satu sudut menempatkan sebuah tiang dan seorang lagi meliuk lentok di kawasan DJ memutarkan lagu. Pesta tidak bermoral itu terang-terangan tidak menghormati Ramadan dan melanggar syarat pemberian lesen operasi pusat hiburan. Penganjuran parti berkenaan dikesan selepas munculnya iklan bertajuk ‘Bikini In The City Party’ (parti bikini di kota) yang diuar-uarkan hanya satu malam di laman mencari kenalan popular di Internet, Facebook.
Iklan memaparkan poster wanita berbikini itu disiarkan beberapa hari sebelum pesta berkenaan diadakan. Berdasarkan maklumat di iklan itu, pengunjung wanita bukan saja tidak dikenakan bayaran, malah diberi minuman percuma jika hadir dengan memakai bikini. Ternyata iklan itu berjaya mengumpan ramai ‘kaki disko’ menyertainya apabila 202 orang mengesahkan penyertaan mereka melalui Internet. Sebelum menghadiri parti itu, wartawan Metro Ahad membuat penyamaran dengan menghubungi penganjurnya untuk membuat tempahan awal.
Dimaklumkan, parti bikini itu dibuka kepada sesiapa saja dan ia bukan pesta rahsia atau eksklusif kerana sesiapa bebas membuat tempahan. Seperti dijadualkan dalam iklan itu, wartawan Metro Ahad menyusup masuk sekitar jam 11.30 malam kelmarin. Tiada bayaran masuk dikenakan dan pengunjung hanya perlu bayar jika menempah minuman. Pemantauan mendapati beberapa kumpulan anak muda Melayu leka berhibur sambil meminum arak. Di atas meja mereka penuh dengan botol dan jag arak. Masing-masing menanti kemunculan wanita berbikini seperti dijanjikan. Wartawan Metro Ahad diberitahu pelayan disko itu, parti tetap berjalan seperti dijanjikan tetapi lewat sedikit. “Layanlah lagu dulu. Rileks abang... sekejap lagi muncullah (wanita memakai bikini). Nanti dia orang akan naik atas meja dan menari,” kata pelayan wanita berbangsa Melayu itu. Ruang disko mulai padat apabila semakin ramai pengunjung datang. DJ pula bertanya jika ada pengunjung wanita yang hadir memakai bikini, tetapi tiada. Kira-kira jam 11.45 malam di satu sudut, kelihatan beberapa wanita memakai bikini bersiap sedia untuk menghiburkan pengunjung. Tepat jam 11.50 malam, dengan alunan lagu rancak dan pengumuman DJ, lima wanita terbabit naik ke atas meja dan mula mempamer tarian mengghairahkan mengikut alunan lagu sambil pengunjung tidak henti bersorak. Umpama pertunjukan fesyen, pengunjung bebas mengambil gambar atau video sama ada menggunakan telefon atau kamera. Tidak lama kemudian lima wanita itu berpecah dengan dua daripada mereka menari di beberapa sudut disko terbabit. Seorang di kawasan DJ memutarkan lagu dan seorang lagi di kawasan khas yang menempatkan sebatang tiang. Limpahan cahaya menunjukkan dengan jelas liuk lentuk wanita berbikini itu menari ghairah dan sesekali membuat aksi terlampau. Untuk tempoh 20 minit, disko itu hangat dengan aksi wanita berbikini sebelum mereka beredar meninggalkan pengunjung yang mahu persembahan mereka diteruskan.
Bagaimanapun, DJ memberitahu akan ada lagi kejutan. Selepas memutar beberapa lagu, DJ terbabit naik ke atas meja dan meminta seorang lelaki secara sukarela naik ke atas meja diikuti tiga wanita, juga secara sukarela. Sekali lagi pengunjung dihiburkan dengan tarian mengghairahkan apabila wanita terbabit diminta menggoda lelaki itu. DJ mengumumkan wanita bergaya paling berahi akan dipilih pengunjung sebagai pemenang menerusi sorakan paling kuat. Pemenang dipilih menerima RM150. Hiburan diteruskan kerana seperti dijadualkan pengunjung boleh bergembira sepuas-puasnya sehingga jam 3 pagi. Wartawan Metro Ahad berkesempatan berbual dengan beberapa pengunjung dan ternyata mereka teruja dengan penampilan wanita berbikini itu.
Seorang pengunjung yang memperkenalkan dirinya sebagai Man berkata, sukar untuk melihat pesta seperti dilangsungkan itu. “Apabila mengetahui menerusi Facebook, saya segera mendaftar bersama beberapa rakan. Bukan senang nak tengok wanita berbikini menari ghairah di atas meja. “Memang saya seronok. Sambil minum (arak), tengok aksi ghairah perempuan pakai bikini,” katanya separuh mabuk. Bagi Zam yang mendakwa dirinya eksekutif, dia sememangnya gemar berhibur dan kerap menyertai beberapa parti. “Bulan puasa pun saya berparti dan parti seperti ini memang saya tunggu sangat. Minum (arak), ‘goyang-goyang kepala’, tengok awek bikini... seronok beb. “Tak tahulah bila disko ini nak tunjuk lagi perempuan pakai bikini sebab dalam iklan beritahu satu malam ini saja,” katanya. Zam berkata, lebih ‘gempak’ jika ada pengunjung wanita yang datang memakai bikini seperti diuar-uarkan di dalam iklan. “Tapi tak nampak pula pengunjung wanita datang pakai bikini. Kalau ada, memang gempak beb!” katanya.
Ahad, 13 September 2009
Menghitung hari
Sabtu, 12 September 2009
Satu ungkapan cantik dari blog AlManiri
Bila iblis diikat, ada manusia ambil alih tugas iblis
Islam itu agama FITRAH
Bernama melaporkan berita dari KATHMANDU Nepal, Perkhidmatan bas khas untuk wanita yang disediakan oleh Persatuan Pengusaha Minibus di bandar raya ini menjadi semakin popular setelah diperkenalkan perkhidmatan bas tersebut sejak 6 September lalu. Ia dilancarkan atas permintaan kaum wanita dan pertimbangan kesusahan yang dihadapi mereka terutamanya ketika waktu pejabat. Presiden persatuan, Siddhiman Maharjan berkata, pada awalnya hanya tiga bas yang disediakan, tetapi kini jumlahnya telah ditambah menjadi lapan bas kesemuanya. Berita ini memperkuatkan lagi kebenaran cadangan kerajaan Kelantan untuk mengasingkan jantina bagi kaunter pembayaran di hypermarket, bas, dan lain-pain tempat tumpuan awam. Saranan kerajaan Kelantan bersesuaian dengan ajaran Islam supaya dapat mengelak berlakunya pergaulan bebas yang akhirnya membawa kepada zina. Sehingga ini kaunter pembayaran sudah pun dikuatkuasakan oleh kerajaan Kelantan walaupun pada awal penguatkuasaannya telah mendapat tentangan luarbiasa dari segenap penjuru dengan berbagai alasan.
Ramadhan tidak mendidik mereka
Sesiapa yang normal akan berasa sedih, sesiapa yang berakhlaq akan berasa sedih, sesiapayang bertamaddun akan berasa sedih, lebih-lebih lagi yang muslim lagi beriman, dengan gelagat dan kelakuan melampaui batas sekumpulan peserta dialog isu kuil seksyen 19 baru-baru ini. Ramadhan tidak mendidik mereka menjadi manusia, tidakmendidik merekamenjadi Muslim yang penuh keimanan yang berakhlaq mulia. Mungkin pada hari itu mereka lupa berpuasa mulut,ataupun memang tak puasa kerana terlupa sahur. Begitu bersungguh dalam isu kuil, seolah-olah merekalah pejuang Islam yang mempertahankan ketinggian Islam, tetapi tahukah matlamat tidak menghalalkan cara. Cara dan tingkah-laku mereka amat jauh dari akhlaq pejuang Islam, jauh sangat dari ajaran Rasulillah. Jadi apa yang mereka perjuangkan selain dari dengan sengaja membuat huru-hara. Yang menjadi mangsa kerakusan bahasa dan adab ialah MB dan exco kerjaan yang sah di Selangor terutama YB Rodhiah. Beliau yang juga ahli penal Dialog tersebut dicemari perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan tertentu yang mencetuskan kekecohan dengan kata-kata seperti “ Aku akan rogol kau, Rodziah!” . “Dialog yang lepas begitu jelas perkara itu berlaku, begitu jelas hamburan kata-katanamun hingga ke hari ini, setelah semingu ia berlalu tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak tertentu. Kebal sangatkah kumpulan ini?, ada pelindung peringkat tertinggikah kumpulan ini?, atau kumpulan ini sememangnya diekspot untuk mengharu-BIRUkan kerjaan Pakatan Rakyat Selangor?. Menurut YB Rodziah lagi, “saya telah hadir bagi bagi menyelesaikan masalah itu tapi apa yang saya dapati dalam dialog itu, beberapa perkataan yang menuju kepada saya iatu perkataan jalang, “Rodziah mengalahkan pelacur”, “babi” dan “sundal” dan satu kata yang menyentuh kepada keselamatan saya ialah, “Aku akan rogol kau Rodziah!, intimedasi ini jelas untuk memburukan nama dan menghina saya.” Katanya.
Jumaat, 11 September 2009
Baru pulih streamyx
Sabtu, 5 September 2009
Tak masuk akal: Lebih teruk dari haiwan
UMNO cuba mencari talian hayat dalam isu kuil
UMNO tidak takut mempersenda agama
Pemimpin PAS Memenuhi tanggung-jawab Muslim
Jumaat, 4 September 2009
Biarkan Polis menjalankan kewajipan tanpa bias
Memang panas
Khamis, 3 September 2009
Gempa bumi
Selasa, 1 September 2009
UBN semakin fobia dengan pilihanraya
Itulah keputusan yang telah dijangkakan dari SPR yang bermesyuarat hari ini bagi menentukan kedudukan Adun Kota Seputih (BN), Datuk Abu Hassan Sarif. Walaupun mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli (Adun) yang tidak hadir Sidang Dewan 2 kali berturut-turut tanpa kebenaran daripada Speaker Dun, maka keanggotaannya akan terbatal. Sekali lagi Umno BN diselamatkan oleh SPR. Tidak mustahil pada PRU 13 nanti Adun BN ini akan hilang kerusi tersebut memandangkan pada PRU 12 lepas beliau hanya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis 495 undi. (PPK1)
Kereta anda sesuai ke dengan RON95?, sila pastikan
(Honda menumumkan semua kereta buatan Honda boleh menggunakan RON 95 kecuali Honda Civic Type R)
Kumpulan pengapi perkauman di bidas
Harakahdaily juga melaporkan kebanyakan penduduk Seksyen 23 menyifatkan demontrasi kepala lembu berdarah dan menconteng dinding dengan kata-kata kesat sebagai sesuatu yang ekstrem, keterlaluan serta tidak menghormati kepelbagaian penganut agama penduduk tempatan. Dakwaan mereka, insiden terbabit sebenarnya bukan mewakili suara penduduk tempatan yang rata-ratanya berpendidikan tinggi dan berpegangan moral, sebaliknya ia adalah usaha pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik mereka sendiri.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS negeri Kelantan Ustaz Muhammad Mustafa berkata, selain menyinggung perasaan penganut agama hindu, tindakan di luar ajaran Islam itu juga mampu mencetuskan ketegangan kaum."Apakah dengan membuat demonstrasi membawa kepala lembu tersebut satu cara penyelesaian? Ini akan menyinggung perasaan penganut agama Hindu yang mereka menganggapkan lembu sebagai seekor binatang suci. Islam tidak menyuruh kita menyinggung perasaan penganut agama lain," ujar Adun Demit tersebut.
