Kawan-kawan setia

Rabu, 28 Oktober 2009

Pelbagai

UBN sedang seronok sekarang ini dapat kucar-kacirkan puak-puak PAS, nanti media pro UBN akan dapat bonus hujung tahun. Blogger PAS pun terikut-ikut rentak melodi media UBN. Sampai lupa disiplin berparti terhadap kepimpinan. Kelamkalibutnya rakyat dek cerita perpecahan dalam PAS hingga terlupa isu sebenarnya yang ingin ditutup oleh UBN.

Muliakan pemimpin kita jangan terlalu ikut emosi, perjuangan mereka tiada tolok bandingnya dengan kita, selagi tidak jelas duduk perkara jangan menuduh sebarangan. Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, dilantik oleh perwakilan, wajib memberi walak. Mengutuk Mursyidul Am..sangat tidak beradab, mengutuk Presiden...memang tak beradab, mengutuk Timbalan Presiden...juga tiada adab. memanglah dalam PAS telus, 2 hala, ahli boleh mengkritik pemimpin, tetapi belajarlah beradab dengan pemimpin.

Perhimpunan blogger di rumah Datuk Dr Hasan Ali, tak perlu di isukan, siapa kita mempertikai kesetiaan dan pengorbanan Dr Hasan Ali terhadap PAS. Memang kita tahu asal usul beliau, itu perkara lama, tak perlu diungkit. Beliau habis harta benda memperjuangkan PAS, kita korbankan apa?, usrah pun tak datang, puas sahabat sms minta datang usrah, sibuk memanjang. Memang kita masih terasa pahit atas tindakan presiden PAS gemulah Datuk Asri, Ustaz Nakhaie dan sewaktu dengannya yang belot, tetapi adilkah kita samakan dengan situasi sekarang.

Bagan Pinang usah dikesalkan, begitulah keadaanya di Negeri Sembilan kesuluruhannya. Nak cari 3 cawangan satu DUN pun susah, masing-masing takut nak ke depan takut dipulau atau takut dipecat kerja gomen. Orang kampong takut tak dapat jalan tar, jambatan, subsidi, projek ternak kambing dan berbagai ketakutan lagi. Sebab itu dipedalaman NS dibiarkan mundur, baru sentiasa ada modal mengugut rakyat. Perjuangan tetap pejuangan skat yang terdaya. Sebenarnya peringkat Kawasan dan DUN PAS Negeri Sembilan tiada "leaders", kalau nak menang di NS ni kena klon Hj Zul, YB Hj Taufik dan ekspot ke seluruh negeri. Dr Rosli juga kena panggil balik buat kelas motivasi.

AHLI PAS KENA BIJAK MENGHADAPI FITNAH MEDIA

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini. PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah. Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan. Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi. Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan. PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini. Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun. PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga. PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti. Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 25 Oktober 2009

Pelan Tindakan sebelum PRU ke 13

PAS perlu segera membuat persiapan menjelang PRU ke 13 mungkin 2012. Segala kemelut, kepincangan, kelemahan, ketidak cekapan perlu di atasi segera. Untuk menjadi pilihan utama rakyat nanti bersama ahli PR yang lain bukan semudah ABC. PR mesti bersatu dan kelihatan bersatu. PAS sendiri sebagai komponen utama yang paling tua atau abang long mesti bersatu dan kelihatan bersatu. Remeh-remeh titik bengit perlu dibuang jauh-jauh. Media kini sedang menunggu untuk membaham Pakatan Rakyat jika tersilap perkiraan. Para blogger yang menjadi agen PR kena hati hati dari menulis sesuatu yang menjadi "private"bagi parti. Berbincang, bergaduh dalam kain tak apa, jangan diluahkan diluar, yang penuh dengan singa lapar. Saling menjerit melalui media sangat tidak membantu parti supaya kelihatan padu pada pandangan pengundi, bahkan ahli sendiri pening.... Kena kembali kepada musyawarah...

Khamis, 22 Oktober 2009

Minta perhatian pihak yang berkenaan

Komen pembaca GMU

aslmkm..
cuba buat statistik rumah2 di Bangi yang kena pecah masuk/dirompak.. beberapa kali saya komen kat laman YB nampak macam takde tindakan ape2. baru2 ni jiran saye kena lagi.
nak kena brp byk kes jadi baru nak ambil tindakan? bg la kami rasa lega sikit.

t/kaceh!

Fatihah

Ahad, 18 Oktober 2009

Teknologi terkini - Kamera Digital Nikon S1000pj

Teknologi kreatif dari Nikon ini memang sesuai kepada pekerja politik bagi memudahkan tugas-tugas penerangan dengan lebih "portable". Kamera digital ini satu-satunya wujud dengan dipelopori oleh Nikon pembuat kamera tersohor didunia mengiringi Canon. Dengan teknologi simpanan data dalam bentuk letronik seperti kad memori SD, CF, xD, MS dan sebagainya memberi kemudahan kepada pengguna untuk memindahkan data dari mana-mana jua kedalam penyimpan data sekecil duit syiling 5 sen. Kalau dulu video 1 jam disimpan dalam tape yang gedabak kini hanya boleh dimuatkan ke dalam memori kad yang nipis ini dan dengan mudah dimainkan semula menggunakan perojektor yang boleh di simpan dalam poket baju. Setakat ini kamera ini hanya bertujuan untuk projek video dan foto sahaja, mungkin dalam masa akan datang ianya akan menyokong software lain seperti MS power point untuk tujuan pembentangan. Lens projektor ini dapat dilihat jelas berada di bawah sedikit flash kamera tersebut. Ianya satu LED yang direka untuk membuat projeksyen dari 5 hingga 40 inci (bergantung kepada jarak dari kamera ke permukaan skrin) ke atas permukan yang putih. Satu slider dilekapkan di bahagian atas kamera untuk melaraskan fokus. Kamera ini juga didatangkan dengan kaki sebagai pemegang supaya senang diletakkan untuk tujuan projeksyen atau pun lebih praktikal menggunakan tripod.
Dari segi teknologi kamera ini menggunakan "reflective LCD chip" dengan resolusi VGA (640 x 480), dan sesuai untuk menayangkan imej sehingga 12 Megapixel yang dilengkapi dalam kamera ini. Disebabkan kamera projektor ini bersaiz kecil dan kecerahan hanya setakat 7 Lumens sahaja (projektor biasa sekurang-kurangnya 1500 Lumens), maka ruang yang digunakan untuk projetor ini mestilah gelap seperti mana projektor filem zaman 60an dulu. Model ini juga tidak boleh projek LIVE hanya berupaya untuk projek bila kamera ini berkeadaan "PLAYBACK" , juga tidak boleh projek MS Power point atau sambungan terus ke komputer, pemain video dan sebagainya. Projeksyen hanya boleh dibuat terhadap bahan yang ada dalam SD kad kemera ini sahaja.

Peringatan kepada pemandu


Penting diulang siar petikan berita dari KOSMO mengenai jejambat Jalan Istana Sungai Besi supaya pemandu yang melalui jejambat ini berhati-hati. Jejambat ini mempunyai sejarah yang menggerikan semenjak ianya beroperasi. Semalam sebuah kenderaan pacuan empat roda adalah mangsa terkini jejambat ini.

Jumaat, 16 Oktober 2009

Warga DUN Bangi Jangan lupa...

Pada hari Ahad ini ada 2 majlis besar yang dilajalankan serentak iaitu jamuan Aidilfitri Pakatan Rakyat di kompleks sukan Seksyen 15 Bandar baru Bangi dan di Pusat tarbiah Taman Melewar, jadi hadirlah sekurang-kurangnya satu, atau kalau mampu kedua-dunya sekali.

Bagan Pinang- yang kita nampak (tak semestinya betul, yang terlibat berhak menafikan)

Apa yang kita lihat akan membentuk persepsi. Persepsi kami rakyat yang bukan penyokong UBN

Komponen BN yang aktif semasa PRK Bagan Pinang:
1. SPR - nampak sangat berat sebelahnya, kes undi pos. apa yang dibimbangi Pakatan Rakyat menjadi kenyataan. Kalau undi pos telus, tentera, polis memang pengundi tegar UBN kenapa tidak diserapkan saja bersama undi orang awam, apa yang nak ditakutkan. Kerajaan yang masih mengamalkan undi pos ialah kerajaan yang tidak setabil seperti zaman darurat, katanya Malaysia dah setabil, aman damai, maka perlu apa masih wujud undi pos. Pesrepsi kami undi pos mesti kekal kerana ianya penyelamat parti kerajaan melalui komponennya "SPR".
2.PBT - PBT cukup cekap membuang poster Pakatan Rakyat atas alasan tidak sesuai, bersifat fitnah, tidak mematuhi peraturan, tetapi dalam masa yang sama membantu petugas UBN memasang poster, menasihati petugas UBN dimana lokasi yang sesuai dan strategik untuk diletak poster, tidak mengambil endah aduan petugas PR terhadap poster yang jelas menghasut bahkan hingga hari ini pun masih belum dibuka.
3. Lain-lain-Media, jentera kerajaan, kaitangan kerajaan, KEMAS, dan sebagainya (macam biasa lah..)

Muhasabah diri sendiri

Setelah sekian lama kemarau kemenangan di Semananjung, maka PRK Bagan Pinanglah satu-satunya penawar bagi UBN. Segala macam perbuatan diluar rasional dilakukan oleh UBN semata-mata untuk mendapatkan satu kemenangan. Bagi kita berterusan menyalahkan pihak lawan sebagai penyebab kelalahan tidak sepatutnya berlaku. Kalau UBN masih bersemangat untuk menang setelah 7 PRK berlalu mengapa kita baru saja satu kekalahan sudah hilang moral. Ini bukan peribadi seorang pejuang. PAS sudah lama menghadapi kekalahan demi kekalahan namun tetap kental hingga kini. Berterusan kemenangan membuatkan kita lupa diri, apa salahnya Allah Taala memperingatkan kita dengan diberikan kekalahan yang bermaruah dan setia terhadap lunas undang-undang negara. Pihak lawan, walaupun menang, tidak berbaloi dengan dosa dan noda yang dilakukan. Segala bentuk provokasi, penayalahgunaan harta kerajaan, kakitangan kerajaan, media kerajaan, tanpa segan silu. Maka jangan tundukkan muka, terus kehadapan dengan penuh semangat, kental, cekal, berdisiplin dan bertaqwa. Muhasabah diri, dengar apa orang lain kata, jangan keras kepala, bijak berpolitik dan mengutamakan kesatuan PR. Pihak pimpinan pula jangan obses membuat kenyataan kepada media perdana kerana mereka ada agenda memporak-porandakan PR. Berbalik kepada Bagan Pinang, berdasarkan kepada lontaran kata-kata, foto-foto dan video lagak ahli dan penyokong UBN memang jengkel, tapi apa nak dihairankan, mereka berbuat demikian bukan atas dasar perjuangan, tetapi atas dasar perut dan bawah perut. Mereka menari melompat2 macam beruk, lantang mengutuk pemimpin PR, ungkapan-uangkapan yang tidak bermoral "bukalah ketayap tu, pakai serban rogol anak...", ungkapan jahat seperti "arak halal kat selangor... sapa nak arak free pergi selangor... babi halal kat kedah", (Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka). Bagi ahli Pakatan Rakyat, muhasabah diri sendiri dulu, tak usahlah salahkan kepimpinan kita, mereka sudah buat yang terbaik.

Isnin, 12 Oktober 2009

Minat beli properties

RUMAH BANGLO 2 TKT. UNTUK DIJUAL.
Keluasan tanah 5000 kaki persegi. Alamat : No.5 Jln. RK 4/11, Rasah Kemayan, 71300 Seremban, N.Sembilan.
Harga Jual RM350 --/- dan boleh nego.
Tel : Shah 013 235 0995

Bagan Pinang - keputusan terperinci




Bagan Pinang enggan melakukan perubahan

Takziah kepada pengundi Bagan Pinang kerana merelakan individu yang telah disahkan terbabit rasuah, bahkan telah dihukum kerana rasuah terus dinobatkankan sebagi pemimpin masyarakat. Bukan menghukum individu yang dikatakan dah bertaubat, dan memberi peluang membuat perubahan tetapi didalam kempen PRK yang baru berlalu pun masih terpalit dengan rasuah yang mungkin bagi Be End hanya kecil, satu unit rice cooker apa la sangat, tetapi walaupun RM30 kepada pengundi tetap rasuah, jadi apa makna yang dikatakan telah bertaubat dan membei peluang kedua. Kebanyakan penganalisis masih mengatakan punca pengundi mengundi Isa kerana masih dibelenggu bermacam ketakutan, termasuk tentera yang mengundi pos. Kalau takut janganlah jadi tentera jadi jual goreng pisang kat tepi jalan sudahlah. Tentera dan polis adalah mereka yang berani dan cekal. Mungkin kerana rasuah juga maka mereka tumpas. Apa tidaknya, mereka dijanjikan bermacam-macam kalau Isa dipilih...ya la tu. Kepada PAS dan Pakatan Rakyat sedikit tersepak tunggul bukan penamat perjalanan perjuangan, mungkin Allah Taala ingin memberi pengajaran supaya jangan angkuh dan takbur, kemenangan hanya pemberianNya buka atas segala usaha kita. Ganjaran bukan atas kemenangan tetapi atas usaha dan ikhtiar, kemenangan adalah bonus, kalah adalah pengajaran, cek dimana kesilapan. Mungkin gaya kita berkempen terikut-ikut cara Be End, turut memberi rasuah walaupun sekeping dodol...

Ahad, 11 Oktober 2009

Dari Bagan Pinang ke Seputih

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yakin pilihan raya kecil Kota Seputeh Kedah bakal menyusul selepas pilihan raya kecil Bagan Pinang esok.“Insya Allah, selepas Bagan Pinang kita akan ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil di sana,” kata Azizan ketika berucap dalam sesi penerangan rakyat di Taman Sri Rusa bagi membantu calon Pas yang mewakili Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar.Menurut Azizan, Speaker Dun Kedah telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kekosongan kerusi Kota Seputeh berikutan kegagalan Adunnya menghadiri sidang Dun sebanyak dua kali berturut-turut.“Kita telah melantik tujuh peguam untuk mengkaji balik keputusan SPR yang memohon permohonan Speaker kita,” kata Azizan.Beliau yakin, kes ini berpihak kepadanya berdasarkan undang-undang yang ada di negeri Kedah.“Ada pemimpin Umno kata kita membazirkan duit...Saya kata, saya rela bazirkan duit untuk adakan pilihan raya semula dari terus membayar gaji Adun yang pemalas...nak datang sidang Dun pun malas,” katanya disambut sorakan orang ramai.1 Oktober lalu Speaker Dewan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Surruhanjya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Siputeh.Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengisytiharkan Abu Hassan dari Barisan Nasional bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang DUN itu.Sehubungan itu, Abdul Isa, 61, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.Sebelum ini, Abdul Isa telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan yang didakwa telah hilang keanggotaannya.Abu Hassan, Ketua UMNO bahagian Jerlun itu dikatakan telah hilang kelayakannya kerana gagal menghadiri sidang DUN secara berturut-turut pada 19 April dan 9 Ogos lalu.Walau bagaimanapun, sebagaimana di Perak, keputusan speaker Pakaran Rakyat di Kedah juga ditolak oleh SPR walaupun keputusan itu dibuat berdasarkan peruntukan Perlembagaan Negeri.Seksyen 51 dalam Perlembagaan Negeri menjelaskan anggota DUN yang tidak hadir ke sidang DUN secara dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya serta hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Pertemuan orang politik


Pertemuan boleh dilakukan dengan banyak cara, mesyuarat, usrah, ziarah dan yang terkini semasa rumah terbuka. Bagi orang bandar rumah terbuka dijadikan lokasi perhimpunan sekali setahun, untuk beramah-mesra, berbincang, bertukar fikiran dan sebaginya. Cuma bila menadah telinga mendengar orang politik dan pemerhati politik besembang, tajuknya tentulah politik. Apa pun tajuk politik yang terkini tentulah Bagan Pinang, dan dalam banyak-banyak telahan keputusan undi ada yang bersetuju analisi Prof Hamirdin, calon PAS akan menang tipis atau majoriti mudah, InsyaAllah. GMU mengucapkan selamat mengundi kepada warga DUN Bagan Pinang dan seperti kata Isa Samad dalam kempennya pengundi jangan buat silap. GMU nak tambah sikit pengundi jangan buat silap dengan memilih calon yang terlibat rasuah.








Sabtu, 10 Oktober 2009

Media UBN hampir kehabisan modal untuk membuli Pakatan Rakyat

Tidak seperti Pilihanraya sebelum ini, kelihatan media perdana pecacai UBN seolah-olah kehabisan modal untuk membuli PAS. Kalau sebelum ini media tersebut menggila segila-gilanya memfitnah dan menghentam PAS dan Pakatan Rakyat, kini media tersebut sepi sahaja mungkin ketiadaan isu atau sudah mula ada angin perubahan ke atas media tersebut. Utusan didapati hanya ada satu dua berita sahaja iaiitu diatas tajuk "Provokasi Pas" Menurut Utusan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal Malaysian Insider dan Harakah Daily didakwanya mengelirukan dengan dakwaan kononnya penyokong parti itu cedera diserang ahli UMNO. Ini berdasarkan kenyataan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh yang berkata, gambar mangsa yang ditunjukkan Salahuddin dan disiarkan dalam portal berbeza dengan orang yang membuat laporan polis. KPNS juga mendakwa tiada siapa yang tampil membuat laporan polis berhubung kes cedera teruk ditetak ‘pedang samurai’ tersebut. Selain itu Utusan juga mendakwa Salahuddin Ayub gagal tunjukkan bukti salinan laporan polis atau nama lelaki yang ‘cedera’ ditetak. Ia hanya satu salinan laporan polis seorang penyokong Pas yang mendakwa keretanya dihalang oleh petugas BN.
Seperti Utusan Berita Harian juga sepi dari berita kempen untuk BN dan menghentam Pakatan Rakyat yang dapat kita baca ada dua tiga tajuk yang hambar seperti "Pengundi diminta tidak ulangi kesilapan", kata Isa Samad calon BN. Berita ini mudah sangat dipatahkan hatta oleh budak-budak sekolah. Tajuk yang lain juga nampak macam tak menarik dan mudah dipusing seperti "Pembangkang sudah hilang halatuju". Lain-lain media pun sudah begitu hambar mungkin juga sudah malu nak berkempen untuk Isa Samad yang jelas sangat terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sepanjang menjawat jawatan Menteri Besar dan menteri kerajaan pusat.

Ceramah Penerangan hari ini

Pengundi Bagan Pinang akan terus di beri penerangan sejelasnya berhubung masa depan mereka dalam mengharungi suasana politik baru di Malaysia. Politik lama yang penuh penipuan, rasuah dan salahguna kuasa mesti ditentang melalui undi. Pengundi Bagan Pinang perlu membuat perubahan ini. Kesilapan lama memilih BN mesti di tebus dengan memilih calon dari Pakatan Rakyat yang jelas berwibawa, muda dan mementingkan kepentingan rakyat. Ceramah penerangan PAS menampilkan gabungan mantap golongan muda dan veteran, berbagai kaum dan etnik dan berbagai latar belakang pendididikan.









Jumaat, 9 Oktober 2009

KIMMA turut berkempen untuk BN

Semalam TP UMNO dijemput berucap pada Majlis Pertemuan Bersama Masyarakat India Muslim, di Batu 4 Port Dickson. Majlis dianjurkan oleh Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) ini turut dihadhiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan.
Dalam kempen bersama KIMMA ini TP UMNO berkata, usaha membangunkan negara oleh kerajaan BN bukan sahaja berjaya tetapi sudah sampai ke suatu tahap yang membanggakan.
Sehubungan itu, Muhyiddin berharap masyarakat khususnya pengundi di Bagan Pinang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh pembangkang kerana hanya kerajaan pimpinan BN yang mampu memberi pembangunan dan kesejahteraan.
"Pakatan pembangkang yang baru sahaja beberapa bulan berkuasa di beberapa negeri telah bercakaran sesama sendiri kerana mereka tidak mempunyai keserasian dan bersatu.
"Kita cukup bimbang nasib rakyat tidak akan terbela kerana dasar mereka tidak dapat membantu rakyat memandangkan sukar untuk melihat mereka benar-benar bersatu," jelasnya.
Beliau menegaskan, biar pun dalam keadaan genting, kerajaan yakin bahawa rakyat sedar dengan semua sumbangan yang telah dilaksanakan oleh BN.

Sepatutnya dah lupus

Tapi masih ADA

> Undi POS
> ISA
> Rasuah
> Salahguna hak kerajaan untuk milage politik: Sekolah, Anggota keselamatan, KEMAS, Dana dsb
> Politik samseng
> SPR menganggap badan itu sebahagian dari parti politik pemerintah, bila berdepan dengan pemimpin parti yang menerajui kerajaan pusat...menikus, bila berdepan dengan parti lawan parti kerajaan pusat menyinga.
> SPRM juga masih menganggap badan itu sebahagian dari parti politik pemerintah, bila berdepan dengan pimpinan parti kerajaan pusat endah-tak endah saja, bila berdepan dengan parti lawan parti kerajaan pusat serta-merta siasat, sampai berlaku kematian pulak tu...
> TV1, TV2 juga masih menganggap wajib melapor segala kegiatan pimpinan parti kerajaaan pusat walaupun atas tujuan politik dan mesti serang habis-habisan musuh politik parti kerajaan pusat
> Ungkapan hanya BN shaja yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat

Kata dulang paku serpih

Timbalan Presiden UMNO saban hari wirid merata-rata kononnya PAS semakin tertekan. setiap hari media pro UBN memetik kenyataan TP Umno ini PAS semakin tertekan. Tapi kenyataannya kalau dilihat kepada sambutan rakyat di bagan Pinang ni kita boleh agak siapa yang sebenarnya tertekan. Majlis-majlis anjuran UBN lebih banyak kerusi dari rakyat tempatan.


Namun mereka tidak pernah melaporkan bagaimana kosongnya majlis yang dihadiri oleh mana-mana pembesar BN hatta Muhyidin Yassin sendiri. Apatah lagi majlis yang dibuat oleh para pemimpin lain di Bagan Pinang ini. Foto ini diambil di Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Taman Intan Perdana. Kelihatannya, banyak kerusi kosong yang menyambut ketibaan Timbalan Presiden Umno ini. Ada yang berkata, ia berlaku kerana majlis beliau diboikot oleh penduduk Bagan Pinang dan ada juga yang berkata majlis tidak mendapat kerjasama penuh badan-badan kerajaan di bawah kerajaan negeri sembilan. Lantak ekaulah jang...

Gempa lagi, kini di Vanuatu pulak

Reuter melaporkan,Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami terhadap 11 negara termasuk Papua New Guinea serta pulau peranginan popular di Fiji, Vanuatu dan New Caledonia, hari ini. Ini berikutan dua gempa kuat berukuran 7.8 skala Richter melanda Kepulauan Vanuatu pada jam 9.03 pagi waktu tempatan, diikuti 15 minit kemudian gempa kedua jam 9.18 pagi yang berukuran 7.3 Richter. Pusat amaran yang berpusat di Hawaii itu juga melebarkan amaran tsunami itu terhadap negara Pasifik Barat termasuk Australia, New Zealand, Indonesia, Amerika Samoa dan Samoa. Sementara itu, jurucakap polis Noumea, ibu negara Vanuatu berkata, mereka meramalkan tsunami melanda jam 11.15 pagi waktu tempatan (0015 GMT).

Kenyataan media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengutuk tindakan ganas Pemuda Umno yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetak seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi.
Sebelum itu, beberapa pemuda PAS turut diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda Umno ini mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman. Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.
Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis. Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.
Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.
PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera. PAS juga mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan Umno. Kini, beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon Pas yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat. Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Ceramah penerangan hari ini











Khamis, 8 Oktober 2009

Undi BN kerajaan akan bagi ganjaran?


Ni satu lagi, punya haprak kata budak-budak sekarang. Siapa yang bertanding PRK ni?, Kerajaan Malaysia dengan PAS ke UMNO dengan PAS. Kalau UMNO dengan PAS apa ke jadah nye kalau undi calon UMNO kerajaan yang bagi ganjaran alias rasuah. Sangat jelas UBN meyalahguna kedudukan sebagai kerajaan dengan berjanji dan menyogok pengundi pos tentera di Kem Kampung Sawah, Port Dickson. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi mendakwa pengundi pos di kem tersebut diumpan dengan pelbagai projek pembangunan di dalam kes tersebut, termasuk kolam renang, wi-fi percuma dan padang futsal. Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan berkata askar-askar terbabit hanya dapat menikmati kemudahan-kemudahan ini sekiranya mereka memangkah calon mereka Tan Sri Mohd Isa Samad. “Perbuatan ini jelas merupakan satu kesalahan pilihanraya dan melanggar peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 (Seksyen 10) dan AKP dan Dewan Pemuda PAS akan membuat laporan kepada pihak polis, SPRM dan SPR untuk membolehkan kita membatalkan keputusan pilihanraya sekiranya berpihak kepada BN,” katanya.Dewan Pemuda Pas mempunyai bukti sogokan yang dibuat dan akan memfailkan laporan ke Suruhanjaya Pilihan Raya dan badan berwajib dalam masa terdekat.

Bagan Pinang: Lawan hujjah ke lawan parang?

(Mana foto Isa?, siapa yang bertanding ni....)
Setahu kita sejak demokrasi diamalkan di Malaysia, tak mungkin wujud lagi lawan kapak atau lawan parang. Nampaknya Pemuda Tahan Lasak sudah kembali da... Kalau baru-baru merdeka boleh lah, kita faham semangat pahlawan yang suka berperang senjata ni masih membara selepas menghalau Jepun dan penjajah. Kini sudah 52 tahun berlalu tak kan Pemuda Tahan Lasak pun rebranding jugak. Kejadian memarang musuh politik di bagan Pinang ni amat memalukan rakyat Negeri sembilan. Orang yang buat kojo ni memang belum bertamaddun lagi. Zaman sekarang kita lawan hujjah, ceramah dengan ceramah, blog dengan blog, media dengan media, tiba-tiba serang musuh politik dengan parang...rasanya Isa Samad pun malu. Sebab itu dalam banner kempen pun dia tak masukkan muka dia, malu...

Kumpulan mana yang terdesak

Semalam TP UMNO mengulangi lagi ke sekian kalinya PR terdesak untuk memenangi PRK Bagan Pinang. Siapa yang terdesak sebenarnya? cuba baca posting ni...http://prkn31baganpinang.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=153:kecoh-di-padang-permainan-taman-dato-abd-samad&catid=25:berita-terkini&Itemid=53

Rabu, 7 Oktober 2009

Lagi tembelang daftar pemilih, apa ni SPR?

Jentera Pilihanraya PAS bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang mengesan lebih banyak pemilih yang namanya dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih.Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, ia paling banyak berlaku dikalangan pemilih yang menggunakan kad pengenalan anggota tentera.Beliau berkata, sehingga tengahari ini, semakan yang dibuat mengesan, sekurang-kurangnya 500 pemilih terlibat dengan penyenaraian nama berganda itu.(Gambar - Salahuddin menunjukkan senarai nama yang berganda, Ustaz Abdul Halim (paling kiri) akan mengetuai rombongan PAS bertemu SPR)”Kita bimbang kemungkinan berlaku pengundian dua kali,”kata Salahudin ketika ditemui selepas sidang media harian, di Markaz Induk PRK Bagan Pinang, disini hari ini (7 Oktober). Semalam, perkara yang sama telah didedahkan oleh Salahuddin selaku Pengarah PRK Bagan Pinang, namun beliau tidak mendedahkan bilangan pemilih yang terlibat.Sehubungan itu, Salahuddin berkata, rombongan PAS yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abdul Harim A Rahman akan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya jam 3 petang ini.Katanya, Ustaz Abdul Halim akan membangkitkan kontroversi ini dalam pertemuan tersebut dan mendesak supaya SPR membersihkan daftar pemilih yang akan digunakan pada hari mengundi 11 Oktober (ahad) ini.

Tawaran lumayan foto Putra Azeez kena tumbuk

(Foto SuperSiva kena cekik ada,....)
Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) hari ini menaikkan tawaran dari RM1000 kepada RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk pada hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang awal minggu lalu.
Menurut Timbalan Presiden Pembela, Mohd Dzohir Hamid bahawa, sejak berita berkenaan tawaran tersebut disiarkan oleh beberapa media online seperti Harakah Daily, Malaysiakini, Detik Daily, Utara Online dan Kedah Lanie serta tabloid Sinar Harian, pihaknya telah menerima beratus-ratus panggilan dari orang ramai untuk mengetahui tentang kedudukan tawaran tersebut, di samping ingin turut menyumbang wang sebagai tambahan tawaran kepada harga asal yang berjumlah RM 1000.00.
Katanya, setelah di buat penjumlahan wang yang bakal disumbang oleh orang ramai, Pembela mendapati jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6,500.00. Maka dengan ini, kami mengambil keputusan menawarkan harga baru kepada sesiapa jua yang memiliki atau merakam gambar Datuk Abdul Azeez kena tumbuk ketika hadir di hari penamaan calon pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang, Sabtu lalu".
"Tawaran ini bukan main-main darai kami (Pembela),.. sebaliknya ia suatu yang serius dan ditegaskan bahawa Pembela bertanggungjawab atas tawaran tersebut, katanya.
Dzohir berkata, Pembela amat memerlukan gambar ini sebagai bukti di tasa dakwaan Datuk Azeez yang juga Ketua Putera Umno yang mendakwa dia dipukul oleh para penyokong PAS.
"saya tahu lebih daripada sembilan orang menyerang saya dan lebih 20 tumbukan saya terima sambil mendakwa orang yang menyerangnya terdiri dari orang lelaki memakai baju berlogo PAS".
Laporan juga menyebut bahawa kejadian tersebut berlaku semasa beliau berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pada kira-kira jam 9.20 pagi.
Bagi Pembela dakwaan Azeez ini perlu dibuktikan supaya ia boleh dipertanggungjawab samada oleh pihak yang dituduh (Pas) maupun dia selaku penuduh juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang meletakkan calon mereka bertanding di situ, kata Dzohir lagi.
Diharapkan dengan tawaran yang lebih besar ini, pihak yang merakam kejadian Datuk Azeez kena tumbuk sudi menjual gambar tersebut kepada Pembela� seperti yang dijanjikan pembayaran adalah secara tunai kepada pihak yang menjualnya.
Kata Dzohir lagi, tawaran harga ini membeli gambar ini hanya berlaku di semasa kempen pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang berlangsung iaitu selewat-lewatnya pada jam 12 malam 10 Oktober depan�.
Sehubungan itu, pihak yang berkaitan bolehlah terus menghubungi Mohd Dzohir di talian 019-498 0230 pada bila-bila masa_

DS Anwar PR akan pertahan selangor demi rakyat

video

Bersama kehendak Rakyat

video

Lagi Video Bagan Pinang

video

Undi POS oh Undi POS

Telah disalahguna sejak 1959
Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka. Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut."Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos."Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat."Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka."kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagiPada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem."Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja."Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.Beliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan."Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur."Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka.

Program-program di DUN Bangi

Program SPIES BELIA Dun Bangi

Assalamualaikum w.b.t..
Jemputan Menghadiri Program SPIES BELIA Dun Bangi ;
Tarikh : 24 - 25hb. Oktober 2009 ( Sabtu & Ahad)
Tempat : Hotel Bluewave, Shah Alam.
Bayaran : Percuma
Pendaftaran bermula jam 9:30am (Sabtu)
Bersurai jam 2:00pm (Ahad)
*Pengangkutan Disediakan
Seramai 100 orang peserta (belia berumur antara 18-35 tahun) diperlukan untuk menjayakan program ini.
Keterangan lanjut sila hubungi Cik Sakinah : 0194328684

Pusat Tuisyen Rakyat Selangor DUN Bangi, SPM 2009
Assalamualaikum w.b.t

Berikut ialah program anjuran Pusat Tuisyen Rakyat Selangor DUN Bangi untuk pelajar-pelajar SPM 2009
Nama Program : Pecutan Akhir SPM 2009
Tarikh / Hari : 18 Okt. 2009 (Ahad)
Tempat : Dewan Budiman,Fakulti Pendidikan UKM
Masa : 8.00 am 5.00 pm
Penyertaan : Pelajar Ting.5
Pakaian : Sopan & Menutup Aurat
Maklumat lain : Makanan Disediakan
Yuran : Tiada
Kepada yang berminat sila mendaftar melalui telefon @ SMS ke ; 0194328684 – Cik Sakinah

Tembelang BN pecah


Senjata-senjata yang memenangkan BN selama ini satu-satu dibongkar oleh Pakatan Rakyat. Tanpa senjata-senjata ini UBN tak akan bertahan lagi. UBN sangat bergantung kepada jentera kerajaan, dana syarikat swasta (GLC) utnuk merasuah pengundi, penipuan daftar pemilih dengan kerjasama SPR, mas media kerajaan dan swasta juga penipuan semasa hari mengundi. Rasanya banyak lagi senjata-senjata yang digunakan oleh UBN untuk menang pilihanraya. Dalam PRK Bagan Pinang ini Pakatan Rakyat dapat mengesan nama kira-kira 200 pemilih yang dimasukkan dua kali dalam daftar pemilih, termasuk melalui kad pengenalan tentera, yang akan digunakan pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Daftar pemilih ini berpotensi tidak bersih dipercayai akan berlaku undian dua kali. Mereka ini ada dikenalpasti ada kad pengenalan tentera (sebagai pemilih pos) dan ada kad pengenalan awam (sebagai pemilih biasa).

Hari ini di Bagan Pinang











Isnin, 5 Oktober 2009

Gempar foto Putra Aziz ditumbuk

Rombongan BN sepatutnya melalui lorong yang khas untuk UBN yang telah disedia SPR sebagaimana pipihanraya sebelum ini. Apasal dua pemimpin UBN ini melalui kawasan Pakatan Rakyat. Memang sengaja ikut skrip yang sudah dirancang. Kita akan melalui kawasan Pakatan Rakyat, kemudian kita buat ceritalah kena tumbuk. Apa yang berlaku sebenarnya Putra Aziz hanya disapa oleh seseorang yang memakai jubah, tepuk bahu sahaja... bukannya ditumbuk oleh sepuluh orang. Ingat ni cerita hindustan ke mudah-mudah nak tumbuk orang lebih-lebih lagi pemimpin UBN ni tidak berjalan sednirian malah dikelilingi bodyguard.

Lagi tajuk yang sama: PAS tertekan


Kalau kita pejam mata, bayang-bayangkan dua pihak bertanding, rasanya siapa yang tertekan dalam mempertahankan kerusi DUN Bangan Pinang ini....Rasanya bukan PAS, sebabPAS bukan mempertahankan DUN tetapi yang ingin merebut DUN dari UBN. Namun begitulah yang para pemimpin UBN sedang ratib ke seluruh Malaysia PAS yang tertekan dalam PRK Bagan Pinang sehingg sanggup ememukul pemimpin UBN, sanggup memfitnah, dan berbagai tuduhan lagi...

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujudnya pelbagai fitnah dan surat layang terhadap UMNO/Barisan Nasional (UBN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, menunjukkan parti pembangkang kini tertekan dalam berdepan dengan parti itu. Beliau berkata perbuatan melaga-laga dan mendatangkan keganasan terhadap pemimpin BN juga sekaligus menunjukkan petanda bahawa calon parti ini, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad merupakan calon yang digeruni pembangkang kerana mempunyai populariti mengatasi calon PAS."Saya tengok PAS begitu tertekan. Isu fitnah calon, melaga-lagakan pemimpin BN telah bermula lebih awal. Kita tengok apa yang dilakukan kepada Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan perbuatan-perbuatan seperti ini menunjukkan Tan Sri Isa merupakan calon yang digeruni pembangkang," katanya.

Hidangan basi


Tak tahulah apa mimpi Utusan, memetik penulisan blog Saiful yang rasanya tiada nilai berita bagi orang yang waras. Kalau orang yang sihat jadi demam bila membaca tulisan Saiful dalam blognya yang tak habis-habis mengorek berita basi tentang Anwar. Hidangan basi dan merapu ni orang tak makan dah kecuali orang kebulur lebih-lebih lagi musim PRK bagan Pinang yang kempen sedang berlangsung.

Ahad, 4 Oktober 2009

Pekampungan lenyap ditelan bumi

Kalau dalam peristiwa tsunami di Acheh perkampungan lenyap ditelan air beberapa tahun lalu, terkini di Padang beberapa kampung juga lenyap tetapi ditelan bumi. Gegaran kuat berukuran 7.6 skala Richter pada Rabu lalu menyaksikan ratusan buah kampung di kawasan berbukit Padang mengalami kerosakan menyeluruh termasuk empat buah kampong bersama isinya lenyap terus dari muka bumi. Ketua Pusat Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam Pakaya berkata, perkampungan itu Pulau Aiya, Lubuk Lawe dan Jumena di daerah Pariaman lenyap ditimbus tanah runtuh. Operasi menyelamat mangsa yang dijalankan amat sukar kerana rumah mereka 'disedut' ke bawah tanah. Selain itu didapati ratusan buah kampung yang terletak di dalam zon bencana dilaporkan semua penduduk maut manakala yang hidup mengalami cedera parah.

PAS terdesak?...

Senak perut bila dengar ucapan Dato Jo, dah lah berkempen atas kapasiti Menteri Pertanian yang dijangka akan membawa berbagai projek pertanian ke Bagan Pinang dan akan berkata lagi "apa PAS boleh bagi?, bercakap saja boleh lah, tengok UMNO, tak henti-henti memberi kesejahteraan kepada rakyat dengan berbagai projek pertanian". Apa yang digelikan ialah bila Datuk Jo merasakan PAS kini terdesak dan bimbang untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang berikutan ketiadaan sebarang isu untuk meraih sokongan rakyat. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata ekoran itu pembangkang terpaksa mencari pelbagai alasan termasuk membantah arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai syarat pemasangan poster dan bendera. Memanglah UMNO tak payah bersusah payah bertegang leher dengan SPR kerana PM batuk je cukuplah, dah ketar satu badan. Pakatan Rakyat terpaksa bertegang leher dengan SPR kerana tindakan SPR selalu dan terlalu berat sebelah. Ucapan-ucapan Pengerusi atau Setiausaha SPR jelas sekali memihak kepada UBN. Pakatan Rakyat lantang mengkritik SPR bukan kerana takutkan kejayaan kerana Gagasan 1Malaysia yang diasaskan oleh Datuk Jib dan bukan kerana terdesak tetapi, tetapi mencari keadilan dalam setiap ruang demi kepentingan rakyat jelata. Slogan 1M bagus macam juga 2M dulu, tetapi amalan 1M entah kemana, sehinggakan calon PAS yang bukan anak tempatan Bagan Pinang pun dijadikan isu macam mana nak implementasi 1Malaysia, 1Nogori pun dipertikai.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Ngeri, ditelan bumi hidup-hidup

Kira-kira 400 orang yang sedang menghadiri satu majlis pernikahan dikhuatiri hilang ditelan bumi di Dusun Pulau Aik, Padang Pariaman ketika gempa bumi berkekuatan 7.6 skala Richter melanda Sumatera Barat pada 5.16 petang 30 September.
Kebimbangan itu berdasarkan keadaan kampung itu yang kini rata ditutupi tanah dan menara masjid, yang merupakan struktur tertinggi di situ, bahkan juga sudah tidak kelihatan.
“Mereka ditelan bumi sedalam 30 meter akibat gempa dan longsor (tanah runtuh),” kata Ketua Pusat Penanganan Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S.Pakaya yang dipetik detikcom, hari ini.
Sambil menyebut bahawa pasukan mencari dan menyelamat tidak mungkin menggali sedalam 30 meter untuk mengeluarkan mangsa beliau berkata, dengan tenggelamnya kampung itu, proses mencari dan menyelamat sangat sukar untuk dijalankan walaupun pasukan pencari masih berusaha.
Tragedi di kampung itu merupakan satu daripada beberapa kejadian serupa apabila mangsa tertimbus dan terhimpit di celah runtuhan bangunan, yang kini mendapat perhatian setelah komunikasi dan jalan raya mulai dapat berfungsi semula.-Bernama

Media Pedana telah menjalankan peranan

Media perdana yang menjadi pendokong setia UMNO telah memulakan kerja perang saraf terhadap lawan politik UMNO sebaik saja pertandingan satu-lawan satu bermula. Bahkan sebelum itu lagi pun media cetak dan letronik yang mendabik dada sentiasa adil dalam pemberitaan, profesional sangat jelas berat sebelah. Jangan dibandingkan dengan Harakah atau Suara Keadilan, atau Roket kerana media ini memang media parti. Utusan telah dengan jelas menyerang PAS dengan tajuknya besarnya "PAS tidak mencerminkan Islam dengan sikap biadap penyokongnya". Berita yang belum tentu sahih, dikeluarkan semata-mata ingin memburukkan PAS sahaja. Yang pasti dalam kejadian pagi tadi pengawal peribadi Isa Samad yang mengelilingi Isa Samad, memakai vest dan bertopi logo UMNO menolak dengan kasar beberapa wartawan yang membuat liputan, yang itu memang sah UMNO tidak pula dijadikan berita. Kalau setakat penyokong, atau mana kita tahu dia penyokong PAS, mungkin pecacai UMNO yang membuat provokasi. Penyokong tak sama dengan ahli yang berdaftar dan ditarbiah akhlaqnya oleh parti. Penyokong awaki nak takrbiah macam mana?, maka tidak adil kalau benarlah sikap penyokong begitu dihumbangkan kesalahan kepada parti. Serangan kedua media pula terhadap calon, dengan membesar-besarkan asal usul calon bukan dari Bagan Pinang. Maka jelaslah UMNO ini parti perkauman. Kalau bukan perkauman apa sangat dibanggakan dengan calon tempatan. Kalau dah calon tempatan UMNO sendiri bergelumng dengan rasuah dan salahguana kuasa, awak mahu ke?.

Apa kono eh jang

Hasrat tak kesampaian? tu lah dia rupa pemimpin yang budak-budak gelarkan syok sendiri. Kalaulah penyokong pencalonan dah tak punya, siapa pulak yang nak jadi pengundi. Sekoman-koman tok Moon di KT ada penyokong calon, ada bajet untuk kempen, ada sponsor. Begitulah berkecainya hasrat Shahruddin Abdul Hamid untuk bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, hari ini tidak kesampaian. Beliau dilihat memasuki pusat penamaan calon di pejabat perbandaran Port Dickson untuk menyerahkan pencalonannya. Bagaimanapun, tidak lama kemudian, beliau keluar dari pusat penamaan calon tersebut setelahs mendapati penyokong yang beria-ia menyokonganya sebenarnya bukan dari Bagan Pinang.
ketika meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang beliau sedang mencari seseorang sebagai penyokong pencalonannya dari kawasan DUN itu. Namun diberitakan Shahruddin tidak muncul lagi selepas itu. Mungkin merajuk membawa diri atau sudah teramat malu atas tindakan kebudak-budakan beliau. Tak ado kojo cari kojo, ..apo kono kau jang

Berikutan kegagalan shahrudin, SPR mengesahkan Bagan Pinang akan menyaksikan satu lawan satu antara calon PAS Zulkefly Mohammad Omar dan calon BN Isa Samad selepas proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil itu tamat sebentar tadi di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson. Isa menyerahkan borang pencalonnya pada jam 9.05 pagi ini, diikuti oleh Zulkefly sejurus kemudiannya.

Lagi kejadian ribut dan banjir

1. AFP melaporkan berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang dahsyat di Sicily, Itali. Pasukan penyelamat dan anjing pengesan berjaya menemui beberapa mangsa yang terselamat dalam runtuhan dua bangunan ekoran hujan lebat yang telah meragut 17 nyawa manakala 35 lagi hilang. Seramai 415 orang hilang tempat berlindung manakala 10 parah dalam kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur akibat hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam pada hari Khamis lalu.

2. Di Manila taufan Parma telah memberi kesan lebih dahsyat berbanding Taufan Ketsana yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota Manila, Vietnam dan Kemboja. "Terdapat kemungkinan taufan ini akan mengumpulkan kekuatan yang lebih besar," kata ketua jabatan kaji cuaca Filipina, Nathaniel Cruz. Filipina ketika ini menghadapi satu lagi bahaya baru serangan ribut lebih kuat yang kini dikesan sedang menghala ke negara ini. Jumlah mangsa yang maut akibat Taufan Ketsana yang melanda tiga negara beberapa hari lalu mencecah 383 orang. Pihak berkuasa kini bersiap sedia untuk memindahkan berpuluh-puluh ribu penduduk selepas Taufan Parma diramalkan menuju ke Filipina dengan kelajuan angin melebihi 210 kilometer sejam.

Lagi gempa bumi, Fiji pula..

Gempa bumi bersekala 5.0 Ricther kini meletus pula negara kepulauan Pasifik, Fiji hari ini, kata ahli ahli seismologi. Gempa itu melutus kira-kira pukul 3.47 pagi waktu tempatan (15.47 GMT) yang berpusat di 439 kilometer ke utara barat laut ibu kota Suva, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Pusat amaran tsunami di Hawai bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang amaran ancaman ekoran letusan sederhana besar itu

Kesan gempa di Padang, bangunan runtuh di Perak?

Dua terbunuh manakala seorang cedera parah apabila kereta yang mereka naiki dihempap oleh sederet bangunan lama dua tingkat yang runtuh secara tiba-tiba di Jalan Kamaruddin Isa, Ipoh malam tadi. Ketika kejadian, tiga remaja berusia dalam lingkungan 20-an yang menaiki kereta Perodua Viva sedang dalam perjalanan dari Taman Fair Park menuju ke pusat bandar. Pemandu kereta disahkan cedera parah manakala dua rakannya yang menumpang mati di tempat kejadian. Runtuhan tersebut turut mengenai tiga buah kenderaan lain iaitu kereta jenis Perodua Kenari, Perodua Kelisa dan Honda Accord. Bagaimanapun semua pemandu dan penumpang tiga kenderaan itu tidak mengalami kecederaan serius. Setakat ini polis masih menyiasat punca kejadian dan menurut laporan akhbar kerja-kerja meruntuhkan bangunan lama disitu sedang dijalankan. Adakah runtuhan tersebut akibat dari kerja meruntuhkan bagunan atau kesan gempa bumi Padang atau bangunan tersebut memberi isyarat lain terhadap kerjaan haram Perak.

Jumaat, 2 Oktober 2009

Asal jadi calon, keluar parti pun tak apa

Shahruddin Abdul Hamid, yang telah menyatakan hasratnya bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober, mengisytiharkan keluar parti itu hari ini. Hanya berharap kepada mana-mana yang tidak setuju dengan calon yang dipilih parti masing-masing, akan memberikan undi kepada beliau. Beliau kini sedang mempertimbangkan lambang yang akan digunakannya esok bagi bertanding sama ada kunci, komputer atau payung. Pada 14 September lalu, Shahruddin menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN itu kerana mahu bertanding bagi "memajukan industri pelancongan" di Port Dickson. Beliau adalah bekas pengerusi tetap Umno Kota Lukut itu sehingga 2004, kini berniaga dalam bidang pengurusan acara.

Lagi gempa bumi

Satu gempa bumi kuat berskala 6.4 Richter melanda Wilayah Kepulauan Tonga pada kira-kira 9.08 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), gempa bumi yang berpusat di latitud 15.82 selatan dan longitud 174.8 barat itu terletak kira-kira 7,021km dari barat Davao, Filipina dan 7,717km dari barat Tawau, Sabah. Keadaan itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu yang akan memantau perkembangan itu

Khamis, 1 Oktober 2009

Alhamdulillah YB Dr Lo'lo' sudah kembali bertugas

Kelibat kunjungan YB Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali yang muncul di khalayak ramai selepas menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), telah melegakan banyak pihak samada rakyat Ttitiwangsa, sahabat seperjuangan, ahli keluarga dan kawan-kawan yang mengenali beliau. Laporan malaysiakini menyebut beliau dilihat menziarahi pelakon terkenal Norlia Ghani Isnin lalu, sehari selepas pelakon itu kematian anaknya, Edi Rizal Ramli yang jatuh dari pangsapuri ketika cuba menangkap pencuri pada 27 September lalu. Beberapa foto berhubung lawatan beliau ke rumah pelakon kelihatan tersiar di internet termasuk didapati di laman facebook tokoh PAS itu. Malaysiakini juga melaporkan Dr Lo' Lo' berhari raya bersama ahli keluarga beliau di Kedah dan Perak yang dimuatkan dalam laman blognya. Turut dipaparkan Dr Lo' Lo' bersama-sama dengan Norlia yang ditemubual oleh wartawan TV3 berhubung kejadian yang mengejutkan pelakon itu. Menurut Norlia, pertemuan itu berlangsung kira-kira selama sejam bersama dengan wartawan hiburan Melodi, Nas Ahmad yang datang serentak dengan Dr Lo'lo'. Dalam pertemuan itu juga Norlia mengambil kesempatan merayu kepada Dr Lo' Lo' supaya mengambil berat tentang tahap keselamatan penghuni di pangsapuri berkenaan yang sering berlaku kejadian jenayah seperti kecurian dan rompakan.

Laporan Bernama

Oleh Mohd Nasir Yusoff
JAKARTA, 1 Okt (Bernama) -- Jumlah kematian akibat gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat petang semalam masih bercelaru dengan pelbagai laporan menyebut antara 215 orang hingga hampir 500 orang terkorban setakat tengah hari ini, ketika usaha mencari dan menyelamat giat dijalankan.Pemerintah Indonesia bagaimanapun menganggarkan jumlah kematian akan mencapai angka ribuan kerana masih ramai mangsa yang dikhuatiri tertimbus dan terperangkap di bawah runtuhan lebih 1,000 bangunan termasuk hotel dan rumah serta prasarana lain.Laporan beberapa pihak berkuasa setempat sehingga tengah hari ini menyebut lebih 100 mangsa dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan Hotel Ambacang di tengah Kota Padang dan lebih 60 murid pula terperangkap dalam bangunan tiga tingkat tempat mereka sedang mengikuti tuisyen ketika kejadian pada pukul 5.16 petang semalam.Visual TV tempatan menunjukkan anggota tentera, ibu bapa dan orang ramai masih berusaha mencari dan menyelamatkan murid-murid itu, termasuk dengan menggunakan kudrat tangan kosong cuba mengalihkan tiang dan dinding konkrit yang sangat tebal, diiringi jerit tangis kaum keluarga yang menunggu.Daripada hotel Ambacang pula, kelihatan seorang wanita berjaya di selamatkan dalam keadaan letih lesu dan terus dikejarkan ke hospital, pada ketika beberapa hospital termasuk Hospital Mohamed Jamil dilaporkan sudah tidak cukup tangan menangani mayat-mayat mangsa yang dibawa ke situ.Sejumlah orang juga dilaporkan masih terperangkap dalam runtuhan bangunan Hotel Bumi Minang, yang merupakan satu daripada hotel yang digemari rakyat Malaysia yang melancong ke Kota Padang atau menziarahi saudara mara di sana.Maklumat dari pusat bencana di Pejabat Gabenor Sumatera Barat pula menunjukkan 215 orang disahkan mati di tiga lokasi utama yang paling teruk dilanda gempa iaitu di Kota Padang (139 orang), daerah kecil Padang Pariaman (62) dan Kota Pariaman (14).Ketika keadaan di Kota Padang, Padang Pariaman dan Kota Pariaman masih kelam kabut, pagi ini Pulau Sumatera digoncang lagi oleh gempa bumi berkekuatan 7.0 SR di Jambi, berpusat di KM 46 ke tenggara Sungai Penuh pada kedalaman 10 KM di daratan pada pukul 8.52 pagi, dan gempa 5.5 SR berdekatan pada pukul 9.20 serta gempa 5.1 SR di Sipura Mentawai pada pukul 10.34 pagi.Pemerintah Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat bagi provinsi Sumatera Barat dan pelbagai bantuan ubat, makanan dan minuman dilapor telah dikirim ke sana dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang baru pulang dari Amerika Syarikat dijadual melawat Padang hari ini.-- BERNAMA

Terkini gempa bumi Sumatra-kematian meningkat ke 467 orang

A government official says the death toll in Wednesday's earthquake on Indonesia's Sumatra island has reached 467. Tugiyo Bisri of the Social Affairs Ministry's crisis center says a total of 467 people are confirmed dead and 421 seriously injured in Wednesday's 7.6 magnitude quake.
He said Thursday that 376 deaths occurred in Padang, the capital of West Sumatra province. Pasaman district accounted for 75 deaths and the other dead were from three other districts

Tanda-tanda akhir qiamat

Terkini
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.9 menggegarkan Sumatera, Indonesia sebentar tadi, memusnahkan bangunan-bangunan besar dan mula mencetuskan kebakaran di Padang, demikian menurut laporan dan ahli-ahli geologi."Sebilangan hotel di padang telah musnah," kata ketua amaran tsunami bagi agensi geofizik dan metereologi, Rahmat Triyono.Bagaimanapun katanya, tiada amaran tsunami dikeluarkan.Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawai bagaimanapun telah mengeluarkan amaran tsunami bagi Indonesia, Malaysia, India dan Thailand.Menurut agensi tersebut dalam laman webnya, gempa tersebut berlaku pada pukul 5.16 petang waktu tempatan (6.16 petang waktu Malaysia) yang melanda kawatan laut di wilayah Sumatera Barat.Saluran berita tempatan, Metro TV melaporkan, kebakaran berlaku di tengah serpihan bangunan di Padang yang didiami kira-kira 900,000 penduduk. Para penduduk bertempiaran lari ke jalan-jalan apabila gempa tersebut melanda.Tidak ada sebarang laporan segera berhubung kematian atau kecederaan.Gempa bumi itu turut dirasai di Jakarta yang terletak kira-kira 940 km dari Padang. AFP

Semalam
Sekurang-kurangnya 113 orang terkorban apabila satu gempa bumi kuat berlaku di Lautan Pasifik mencetuskan tsunami yang melanda kepulauan Samoa dan Tonga awal pagi ini.
Ombak setinggi 4.5 hingga 6 meter itu menyebabkan banyak kampung di kepulauan tersebut musnah atau ditenggelami air dan ramai pekerja hilang di sebuah taman negara di American Samoa.
Kenderaan dan mangsa dihanyutkan oleh ombak deras, manakala penduduk yang sempat melarikan diri ke kawasan tinggi masih berlindung di sana beberapa jam selepas gegaran berlaku awal hari ini.
Gempa berukuran 8.0 hingga 8.3 pada skala Richter itu berlaku pada kira-kira pukul 6.48 pagi waktu tempatan (pukul 1.48 pagi ini waktu Malaysia) kira-kira 32 kilometer di bawah dasar laut, 190 kilometer dari American Samoa, sebuah tanah jajahan Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai penduduk seramai 65,000 orang.
Gempa itu telah menyebabkan bekalan elektrik dan sistem komunikasi terputus, menyukarkan pegawai untuk memastikan tahap kerosakan dan kemalangan jiwa.
Polis melaporkan sekurang-kurangnya 63 orang terkorban di Samoa, manakala 19 disahkan maut di American Samoa, tetapi pihak berkuasa memberi amaran angka kematian dijangka meningkat melebihi 100 orang. Mangsa yang maut termasuk pelancong asing.
Pegawai di Tonga turut melaporkan enam orang maut dan empat lagi hilang di negara itu.
“Saya tidak fikir sesiapa akan terlepas daripada menerima akibat bencana ini,” kata pemangku Gabenor American Samoa, Faoa A. Sunia.
Ahli meteorologi di Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaaan di American Samoa, Mase Akapo berkata, sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di empat kampung di pulau utama, Tutuila, manakala sekurang-kurangnya 50 lagi dilaporkan cedera.
Di Samoa, sebuah negara merdeka dengan 179,000 penduduk, wartawan Associated Press (AP) melihat kira-kira 20 mayat ditempatkan di sebuah hospital di pekan Lalomanu di pantai selatan pulau utama, Upolu.
Kawasan pantai sekitar yang menjadi tumpuan pelancong musnah dan sekurang-kurangnya tiga kampung turut ranap.
Sunia mengisytiharkan keadaan darurat di American Samoa, dengan menggambarkan ‘kerosakan besar dan meluas melibatkan bangunan-bangunan persendirian, awam dan komersial di kawasan pantai, selain kematian dan kecederaan’.
Gabenor Togiola Tulafono yang berada di Honolulu untuk menghadiri satu persidangan memberitahu wartawan, lebih banyak mangsa mungkin ditemui apabila penyelamat memasuki kawasan yang terputus hubungan dengan jalan darat. – AP